You are on page 1of 1

PANDUAN KETIKA BERLAKU KEBAKARAN

DAN KECEMASAN
SK JALAN HANG TUAH (1)
1.

Bila berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan di kawasan sekolah,


loceng kecemasan akan dibunyikan berterusan atau paling kurang
selama lima minit.

2.

Semua murid hendaklah bergerak dalam keadaan yang tertib tetapi


cepat untuk menyelamatkan nyawa. Murid tidak dibenarkan menjerit
kerana ini boleh menimbulkan suasana kelam kabut dan panik kepada
murid lain.

3.

Bagi memberitahu kepada murid lain tanpa menimbulkan suasana kelam


kabut dan panik, murid mestilah menyebut perkataan Api, Api, Api
secara berterusan. Ini membolehkan murid lain mengetahui situasi yang
sedang mereka hadapi ketika itu.

4.

Nyawa anda lebih penting daripada harta benda. Selamatkan nyawa


anda dahulu.

5.

Untuk mengelakkan keadaan bersesak-sesak, terutamanya bagi murid


yang duduk dibangunan tinggi ketika menuruni tangga, carilah tangga
yang paling hampir dengan anda.

6.

Semua murid dikehendaki menyelamatkan diri dan berkumpul di


padang. Anda dinasihatkan berbaris mengikut kelas masing-masing sama
seperti hari perhimpunan. Ini bertujuan untuk mengesan murid-murid dan
rakan-rakan anda yang mungkin terperangkap dalam kebakaran.

7.

Laporkan kepada guru atau pihak yang bertugas ketika itu seperti
Bomba dan Polis sekiranya anda mengetahui ada antara rakan anda yang
terperangkap atau tidak ada semasa perhimpunan itu. Ini bertujuan agar
tindakan menyelamat boleh diatur secepat mungkin bagi menyelamatkan
nyawa rakan anda itu.

8.

Tunggu arahan yang berikutnya daripada pihak bertugas berkaitan


tindakan susulan yang perlu anda lakukan.

ARAHAN
Guru Besar SK Jalan Hang Tuah (1)

You might also like