You are on page 1of 3

Penulisan Refleksi Pemerhatian Dalam Kelas

Tarikh: 25/1/2016

Kelas : 4U

Masa: 10.40am -11.40 am

Bilangan Murid: 42 orang


Tajuk : Tambah Dalam Lingkungan 100 000
(Penambahan hingga tiga nomborPenggunaan anu dalam penambahan)
Perkembangan / langkah pengajaran:

Pada fasa induksi, guru megenal pasti murid yang tidak membuat latihan yang

diberi pada minggu yang lepas.


Guru menunjukkan cara mengira penambahan hingga tiga nombor dengan
memberi penerangan yang teliti. Guru mengalakkan murid untuk membuat
penambahan dua nombor dahulu dan diikuti dengan nombor yang ketiga bagi

mengelakkan kekecuaian semasa mengira operasi tambah.


Guru juga mengajar murid-murid tentang penggunaan anu dalam penambahan.
Guru menunjukkan cara mencari ayat Matematik penambahan yang melibatkan

anu.
Kawalan kelas:

Guru meminta murid yang tidak menyiapkan kerja rumah berdiri.


Guru akan memanggil nama murid yang tidak memberi perhatian semasa guru

mengajar untuk menjawab soalan yang diberi.


Kekuatan yang boleh dipelajari:

Kawalan kelas guru yang berkesan dengan meminta murid berdiri apabila
mereka tidak menyiapkan latihan dalam buku latihan sebagai tanda amaran dan

kesedaran terhadap murid berkenaan.


Guru dapat berinteraksi dengan murid dengan baik. Dapat dilihat bahawa murid

aktif dalam memberi maklum balas kepada guru semasa guru menanya soalan.
Keupayaan guru mengesan murid yang tidak memberi perhatian atau kurang

faham dalam sesi P&P dengan segera memanggil nama murid tersebut.
Pengetahuan baru yang dipelajari:
Saya menyedari tentang kepentingan mengawal kelas bagi memastikan proses PdP
dapat dijalankan dengan lancar. Saya menyedari bahawa kaedah latihan mampu
mengukuhkan konsep murid terhadap penambahan yang melibatkan tiga nombor
dengan memberi penerangan yang teliti. Perondaan di sekeliling kelas semasa murid
membuat latihan amat diperlukan bagi mengawal murid dan melihat tahap penguasaan
murid secara terdekat.

Tarikh:

23/4/2015

Kelas : 4M

Masa: 11.20am -12.20 pm

Bilangan Murid: 35
Tajuk :
Perkembangan / langkah pengajaran:

Kawalan kelas:

Kekuatan yang boleh dipelajari:

Pengetahuan baru yang dipelajari:

You might also like