You are on page 1of 24

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SINTOK, KEDAH DARUL AMAN.

SGRA3012 PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH
DAN DASAR
TUGASAN: REKA BENTUK KURIKULUM

PROGRAM PENSISWAZAHAN
GURU SEKOLAH RENDAH
NAMA PELAJAR:
1. ALUNI BINTI ABDUL RAHIM 210065
NO.K/P:790216-07-5570
NO.TEL: 012-4029897
2. YUSLINA BINTI YUSOB 210074
NO.K/P:760925-02-5114
NO.TEL: 012-4517872
3. NOOR ANATI BINTI NOOR LAJIS 210105
NO. K/P: 820404-02-5524
NO.TEL : 012-3162544
4. ROZITA BINTI ABDUL HAMID - 210156
NO K/P: 771112-02-5874
5. NORLIZA BINTI MD SHARIF - 210154
NO K/P: 760927-02-5214
6. JAMALIAH BINTI TONGKOL - 210245
731217-13-5934
NAMA PENSYARAH: TN.HJ.ABU HASSAN BIN OTHMAN
1

REKA BENTUK KURIKULUM

PENDAHULUAN
1. Sejarah perkembangan kurikulum di Malaysia
Pembentukan kurikulum negara telah berubah dari masa ke semasa
mengikut peredaran zaman dan keperluan antaranya, sejarah pendidikan negara
telah mengalami perkembangan sejajar dengan pembangunan dan kemampuan
negara. Perkembangan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah melalui lima
fasa iaitu pada zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pasca merdeka (19571970), zaman dasar ekonomi baru (1971-1990), zaman dasar pembangunan negara
(1991-2000) dan zaman dasar wawasan negara (2001-hingga sekarang). Pada
zaman pramerdeka iaitu pada zaman pemerintahan British, sekolah di Tanah
Melayu telah dibahagikan kepada empat aliran iaitu sekolah Inggeris, Cina, Tamil
dan Melayu yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berbeza.
Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan terdapat beberapa laporan telah
dihasilkan, antaranya Laporan Barnes (1951) yang bertindak untuk menyemak dan
memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu, Laporan Fenn-Wu (1951) yang
bertindak untuk menyemak pendidikan kaum Cina, Ordinan Pelajaran (1952) iaitu
bertindak untuk mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan kebangsaan dan Laporan Razak (1956) yang bertindak untuk
meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk
perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran
dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

1.2 ZAMAN PASCA MERDEKA


Pada zaman pasca merdeka pula, Ordinan Pelajaran (1957) telah digubal
berdasarkan Laporan Razak yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh
Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini
menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum yang sama pada
semua peringkat. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962
dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar.
Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan
tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan
pada tahun 1964. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar
yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat
mulai tahun 1992.
1.3 ZAMAN DASAR EKONOMI BARU
Zaman Dasar Ekonomi Baru ialah zaman ketiga dalam sejarah perkembangan
pendidikan negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah yang
menekankan kesimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan
ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dasar Ekonomi Baru
dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dengan sasaran
tempoh masa 20 tahun. Dalam tempoh ini, pendidikan telah diberikan
keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat

dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum di


Malaysia. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat
untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Selain itu, terdapat banyak perubahan pendidikan yang berlaku dalam tempoh
tersebut, Antaranya ialah Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di
sekolah menengah dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1982 di
Semenanjung Malaysia dan Sabah. Manakala di Sarawak pula ia dilaksanakan
pada tahun 1990. Di samping itu, penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah
menengah juga diberi tumpuan dan penekanan. Sementara itu, sekolah rendah
kerajaan dan bantuan kerajaan terus mengekalkan penggunaan bahasa ibunda
masing-masing. Ini selaras dengan Akta Pelajaran 1961 iaitu menggunakan
bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Antara perubahan
lain yang berlaku ialah Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan mata
pelajaran Sivik bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Untuk
menghasilkan teanaga pekerja yang berkemahiran tinggi, mata pelajaran
Pendidikan Sains dan Teknikal pula diberi penekanan di peringkat sekolah
menengah. Perubahan terakhir yang dilaksanakan pada zaman ini ialah
meningkatkan peluang pemdidikan untuk warganegara Malaysia di samping
memperbanyakan lagi kemudahan fizikal dan infrastruktur terutamanya di
kawasan luar Bandar.

1.4 ZAMAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA


Zaman Dasar Pembangunan Negara pula adalah rentetan daripada Zaman
Dasar Ekonomi Baru. Pada zaman ini, bidang pendidikan mengalami lebih
banyak perubahan berbanding dengan zaman sebelumnya. Antaranya ialah
penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999, menaik taraf kelayakan guruguru iaitu daripada peringkat sijil kepada diploma, menaik taraf Makab Sultan
Idris kepada Unversiti Sutan Idris dan yang terakhirnya menaik taraf Sekolah
Menengah Vokasional

kepada Sekolah

Menengah Teknik. Kesemua

perlaksanaan ini adalah berasaskan dasar pendidikan yang diperkukuhkan lagi


melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta seperti Akta Pendidikan 1996,
Akta Insititut Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi
Negara 1996 dan akta-akta lain yang berkaitan dengan pendidikan.
1.5 ZAMAN DASAR WAWASAN NEGARA
Zaman kelima dalam sejarah perkembangan kurikulum ialah Zaman Dasar
Wawasan Negara. Zaman ini juga dikenali dengan alaf ke-21, iaitu zaman
teknologi maklumat. Tempiasnya juga turut dirasai dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran telah membuat
penambahbaikan dan pemantapan dalam sistem pendidikan terutamanya
dalam perundangan, dasar dan program utama agar ia selari dengan arus
pemodenan yang berlaku. Antara dasar yang dilaksanakan ialah pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada tahun
2003. Manakala program yang dijalankan pula ialah Program j-QAF iaitu
diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan lagi pada tahun 2006 bagi
memastikan murid Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 menguasai Jawi, Al-Quran,
5

Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah. Di samping itu,
perubahan bermakna yang berlaku dalam sejarah perkembangan pendidikan
negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
pada tahun 2004. Penubuhan tersebut telah menyebabkan tanggungjawab
Kementerian Pelajaran Malaysia hanyalah tertumpu kepada pembangunan
pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan
pendidikan guru.

2.0 DEFINISI KURIKULUM


Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang
merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain
itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kurikulum
dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di
sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan
institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Manakala definisi
kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah semua mata pelajaran
yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk
kepada definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang
dan bertujuan untuk mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka
konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat penting untuk dijadikan
landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W. Tyler
1990).

2.2 DEFINASI KURIKULUM BERDASARKAN PAKAR-PAKAR DAN


PENGKAJI
Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh
pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum
merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin
Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang
dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk
membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan
mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander mendefinisikan
kurikulum

sebagai

rancangan

dalam

menyediakan

kesempurnaan

pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang


spesifik.

3.0 REKABENTUK KURIKULUM


Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu
reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk
modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.
Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang
telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan
bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia
2009).

3.1 KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN


Oleh yang demikian, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dibangunkan
berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan utama penetapan
standard dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan
kualiti. Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid
untuk tujuan ekuiti bagi penetapan standard pendidikan prasekolah. Kualiti
pula membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang
berkualiti. Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang
perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh
persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria
atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural)
untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2009).

3.2 KURIKULUM ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK_KANAK


Dengan ini, kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan

(Kurikulum

PERMATA

Negara)

dijadikan

Kurikulum

Kebangsaan. Skop yang terkandung di dalam Kurikulum PERMATA adalah


meliputi 6 bidang pembelajaran dan mengandungi aspek pengasuhan yang
lengkap

iaitu

perkembangan

sosio-emosi,

sahsiah

dan

kerohanian,

perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan pramatematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia
persekitaran,

perkembangan

fizikal
8

dan

kemahiran

mengurus

diri,

perkembangan estetika dan daya kreatif serta aspek pengasuhan yang meliputi
aspek-aspek keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan bayi dan kanakkanak dan amalan pengasuhan.

3.3 MODUL ASAS DAN MODEL BERTEMA


Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis
modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul Asas pula terdiri daripada
Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan
Matematik. Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang
mengandungi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan unsur kreatif,
kritis dan inovatif. Modul Bertema ini juga dibina dengan menggunakan isu
kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

3.0

KURIKULUM SEMASA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas
kepada pembentukan system dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti yang
termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan
perpaduan sebagai matlamat utama negara . disamping usaha-usaha juga mesti
dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara
meliputi kebudayaan , social , ekonomi dan polotik.

Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan satu garis panduan dalam


bidang pendidikan di Malaysia. Falsafah ini bertujuan mengganjar diri ke
kedudukan yang terkehadapan dengan menggunakan dasar-dasar secara asas
untuk membentuk satu sisitem pendidikan yang seimbang bagi melahirkan
insane yang baik, seimbang dan bersepadu dalam menjayakan hasrat dan citicita negara. Bermula dari satu konsep kepercayaan kepada Tuhan hinggalah
menjadikan murid satu insane yang harmonis dan seimbang dari segi
berpendidikan untuk melahirkan seorang insane yang berbudi perketi yang
baik dan akhlak yang mulia agar insane itu dapat menjadi seorang masyarakat
yang terdidik dan terbaik bagi masyarakat dan negara.

3.2 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN


Falsafah pendidikan menekankan satu konsep yang penting tentang
ilmu pengetahuan, dimana ilmu ini memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan insane dan masyarakat. Ilmu ini begitu penting dalam
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia
dalam bidang pendidikan. Ilmu berfungsi mengubah manusia dan masyarat
yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya.Jika dilihat dengan mata
kasar, kita akan dapat mengetahui bahawasanya pendidikan merupakan satu
proses sepanjang hayat dan proses ini melibatkan penambahan ilmu
pengetahuan yang baru dari semasa ke semasa malah ilmu juga dapat
mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada menjadi lebih sistematik, mudah
dan teratur kepada manusia.

10

Pertalian diantara pencipta, manusia, masyarakat dan negara


menjadikan pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan individu
mempunyai perhubungan yang akrab diatara satu sama lain. Apabila kita
mengkaji, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diguna pakai dari dahulu
hingga kini dalam bidang pendidikan kita dapati pendidikan bukan sahaja
dengan mendapatkan segulung ijazah atau diploma tetapi untuk pembangunan
diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan ,
ahli

keluarga

dan

masayarakat

dan

warganegara

yang

berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti .(rujuk lampiran )

3.3

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Ordinan Pelajaran Malaysia mengalami pelbagai revolusi dan
penambahbaikan setelah mengalami beberapa era dan pasca kemerdekaan.
Pelbagai cabaran yang begitu kompleks menyebabkan wujudnya Dasar
Pendidikan Kebangsaan . Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertunjangkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi melahirkan generasi yang bersayu
padu, seimbang, harmonis daripada aspek jasmani, emosi , rihani dan intelek.
Melalui nilai-nilai ini diterapkan pula satu lagi nilai iaitu kemahiran yang cuba
diserapkan dalam diri setiap murid agar dapat mandatangkan keupayaan
kepada mereka agar mencapai kesejahteraan diri, memberi sumbangan kea
rah kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara pada masa akan
datang. Terdapat banyak perubahan dalam arus pendidikan dari semasa
kesemasa walaupun demikian perubahan itu sentiasa mendatangkan kebaikan
kepada kita . ( rujuk lampiran ).
11

4.0

TRANSFORMASI KURIKULUM
Kurikulum adalah penunjuk arah bagi murid-murid dan setiap guru di
sekolah. Dasar ini telah dikaji mengambil kira segala keperluan pendidikan
dan status sekolah untuk menjadikan sekolah sebuah sekolah yang klaster dan
cemerlang. Dasar ini perlu lah selari dengan arus perdana dan selaras dengan
falsafah pendidikan kebangsaan. Tranfomasi kurikulum perlulah selaras dan
sejajar dengan arus pendidikan kini. Transfomasi kurikulum ini berfungsi
menjadikan didikan yang sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan
membolehkan

mereka

memperkembangkan

potensi

dalam

pelbagai

sudut.Daripada masyarakat perindusterian perubahan pemikiran manusia


berubah kapada masyarakat berinfomasi penggunaan teknologi manusia
kepada teknologi tinggi. Tranfomasi pendidikan merupakan perubahan
daripada masyarakat perindusterin kepada masyarakat yang berinfomasi.dan
berteknologi tinggi.
4.1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Standard sekolah (KSSR) yang telah diistiharkan dan
dilancarkan secara berperingkat bermula tahun 2011 merupakan perubahan
dalam transfomasi pendidikan iaitu satu perubahan yang holistic kepada
perubahan yang melibatkan bentuk,bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah. Kurikulum pendidikan Malaysia mangalami perubahan akhirnya pada
tahun 1993. Transfomasi ini digubal dalam dua standart utama iaitu dari segi
kandungan standart dan standart pembelajaran. Kandungan standart merujuk
kepada satu pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
12

boleh dilakukan dalam satu tempoh persekolahan. Guru-guru menggunakan


modul ini untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggantikan
buku teks. Standart pembelajaran pula merupakan satu pencapaian yang boleh
diukur bagi satu kreteria pembelajaran.

4.2 PENGUASAAN 4M
KSSR memberi tumpuan kepada pengguasaan 4 M bagi murid tahap 1
iaitu (membaca, menulis, mengira dan menakul) serta kemahiran asas
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembanagan soaialemosi,
kerohanian , fizikal, kognatif, sikap dan nilai . Manakala bagi murid tahap 2
pula pembelajaran tertumpu pada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran
asasICT, perkembangan socialemosi, kerohanian, fizikal , sikap dan nilai.
Kemeterian banyak memberikan penumpuan kepada teknologi tinggi dalam
pengajaran seharian .Murid dapat meneroka arus teknologi sejak dari kecil lagi
disamping mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.

4.3 SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Kurikulum yang berteraskan kapada peperiksaan akan dimansuhkan
dan digantikan dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)
dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam. Pentaksiran
Berasaskan sekolah adalah untuk memperbaiki pembelajaran murid,
pentaksiran holostik dan berterusan serta membina modal insane dengan lebih
berkesan. Pentaksiran dibahagikan kepada dua nahagian fomatif dan sumatit.
13

Guru tidak dibenarkan menilai murid serta menetakkan skala yang


menunjukkan kebolehan mereka tetapi guru boleh menilai murid mereka
dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam
meneruskan pembelajaran.Perkembangan murid dapat dipantau apabila segala
hasil kerja mereka disimpan dan direkodkan secara sistematik dalam portfolio.
Ibu bapa, guru boleh merujuk hasil pencapaian murid berkenaan dari semasa
ke semasa . Port folio membolehkan guru menyemak dan menganalpasti
kelemahan murid secara sistematik dan teratur. Pengukuran tahap pencapain
murid dapat dilakukan menerusi standart prestasi yang berupaya menentukan
pengusaaan murid mengikut band satu hinggaenam. Oleh itu mulai taun ini
KSSR diperkenalkan untuk menggantikan KBSR.

4.5

PEMANTAUAN PENILAIAN MURID KSSR


Sejauh mana keberkesanan KSSR tidak dapat dikenalpasti lagi setakad
ini, namun demikaian pihak kementerian dan kerajaan sentiasa mengharapkan
agar KSSR ini dapat menjadi satu kurikulum yang baru dan transfomasi yang
baik bagi generasi kini dan yang akan datang.

5.0 PERUBAHAN DALAM KURIKULUM


Perubahan dalam kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah
kepada yang lebih baik ataupun mungkin kepada yang lebih buruk lagi. Ini
disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak
14

khusus. Memanglah tidak boleh kita terima hakikat bahawa sesuatu perubahan
itulah yang membawa kepada yang lebih buruk lagi. Tetapi ini tidak pula
bermakna yang ianya tidak boleh berlaku ataupun dilakukan (Razali Arof
1991).

5.1

OBJEKTIF PERUBAHAN
Setiap perubahan yang dilaksanakan mempunyai objektif dan
bentuknya tersendiri. Ini bermakna bahawa ahli-ahli pembentuk kurikulum
perlu mengetahui tujuan dan bentuk perubahan yang hendak dilakukan.
Apabila kita berbincang mengenai tujuan dan bentuk perubahan, sebenarnya
kita menyentuh tentang jenis-jenis perubahan. Dalam bidang literatur terdapat
sekurang-kurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah
perubahan

bercorak

hemeostatik,

perkembangan,

neomobilistik

dan

metamorphistik.
5.2

PERUBAHAN MOMEOSTATIK
Perubahan

homeostatik

adalah

perubahan

yang

dibuat

tanpa

memasukkan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna. Perubahan yang


dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang biasa sahaja (Razali
Arof 1991). Contohnya ialah Guru Besar B menggantikan Guru Besar A
disebabkan Guru Besar A telah bersara. Demikianlah keadaan seterusnya
supaya semua aktiviti yang terlibat dapat berjalan seperti biasa. Dengan kata
lain, perubahan jenis homeostatik ini membawa perubahan yang berciri atau
bersifat kebiasaan.

15

Perubahan perkembangan bererti wujudnya unsur atau elemen


perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak
pembaharuan kepada yang lama dan dalam konteks bentuk kurikulum yang
telah dibentuk. Ini bermakna ciri-ciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih
dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan
ataupun alat-alat yang digunakan. Selalunya perubahna jenis perkembangan
ini dilaksanakan untuk mengatasi aktiviti-aktiviti yang lemah setelah dikenal
pasti. Contohnya perubahan dalam isi disebabkan cara-cara yang digunakan
dalam pemilihan isi itu didapati telah tidak sah. Ataupun penukaran dalam
beberapa objektif kurikulum tersebut disebabkan kaedah yang digunakan
untuk memilih atau mengenal pasti objektif-objektif untuk kurikulum itu
adalah tidak tepat. Dalam keadaan seperti contoh di atas, maka sesuatu
kurikukum itu akan diubah bagi mewujudkan pembaharuan untuk menjadikan
sesuatu kurikulum itu lebih berkesan (Razali Arof 1991).

5.3

PERUBAHAN NEOMOBILISTIK
Seperti

juga

dengan

perubahan

perkembangan,

perubahan

neomobilistik juga membawa unsur atau elemen pembaharuan kepada


kurikulum itu. Tetapi ia berbeza dengan perubahan perkembangan disebabkan
perubahan neomobilistik wujud berdasarka faktor-faktor luaran seperti
perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan
demikian, idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil
kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Kalau perubahan itu tidak
dilakukan, kurikulum tersebut tidak akan membawa faedah kerana ia
16

mengandungi idea-idea yang tidak boleh diterima lagi. Dengan demikian


kurikulum tersebut perlu diubah atau lebih tepat diperbaharui dengan memberi
perhatian atau memasukkan idea-idea yang baru ke dalamnya (Razali Arof
1991). Oleh itu, kurikulum tersebut akan selari dengan keadaan semasa serta
lebih berfaedah. Namun demikian, perlulah diingat bahawa perubahan
neomobilistik ini tidak membawa pembaharuan yang sangat besar kepada
kurikulum.
5.4

PERUBAHAN METAMORPHITIK
Perubahan metamorphistik pula wujud disebabkan oleh kemasukan
idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan metamorphistik membawa
perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurangkurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu
terpaksa ditukar. Bukan sahaja bahagian rasional dan objektifnya perlu
diperbaharui, tetapi juga isi kurikulum tersebut, pendekatan dalam penyusunan
isi, pengajaran dan penilaian kurikulum juga perlu diperbaharui sesuai dengan
kehendak baru mengenai fungsi dan objektif pendidikan (Razali Arof 1991).

5.5

FAKTOR-FAKTOR LAIN MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN


KURIKULUM
Terdapat berbagai-bagai faktor yang membawa kepada perubahan
sesuatu kurikulum. Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendirian dan
kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktor itu ialah kewujudan atau
perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Seperti yang kita maklum, kedudukan
17

ilmu adalah sentiasa berkembang. Kita sering terbaca dalam akhbar, majalah
atau mendengar melalui radio atau melihat melalui kaca televisyen tentang
berbagai-bagai ilmu baru telah berjaya ditemui oleh para saintis terutamanya
mengenai berbagai-bagai aspek yang bersangkutan dengan kehidupan
seharian. Kurikulum yang telah dibentuk perlulah sentiasa dikemaskini supaya
dengan demikian pelajar-pelajar atau penerima kurikulum itu akan
mempelajari ilmu-ilmu yang mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah
ketinggalan zaman atau lapuk yang tidak boleh digunakan lagi.
Seterusnya

ialah

kehendak

masyarakat

yang

berubah.

Kehendak

masyarakat bukan sahaja bermacam ragam tetapi sentiasa berubah. Begitu


juga dengan keadaan sesuatu benda, tidak ada yang kekal dan pasti mengalami
perubahan. Itulah sebabnya kehendak yang timbul pada suatu zaman itu
berbeza dengan zaman yang sebelumnya atau yang akan datang. Banyak
perkara yang boleh mempengaruhi perubahan dalam kehendak masyarakat.
Misalnya elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Kehendak
pelajar remaja adalah berbeza dengan kehendak pelajar di peringkat kanakkanak. Dengan itu kurikulum yang dibentuk untuk kanak-kanak perlulah
diperbaiki sekiranya kurikulum tersebut ingin pula diberikan kepada pelajarpelajar yang telah dewasa.
Perubahan kurikulum juga boleh berlaku disebabkan oleh perkembangan
dasar kerajaan. Sebagai contoh, di Malaysia beberapa tahun yang lalu, Bahasa
Inggeris menjadi bahasa perantara di pejabat kerajaan dan swasta, dan juga
bahasa pengantar dikebanyakan sekolah khususnya sekolah Inggeris. Tetapi
menjelang tahun-tahun 1970-an, pihak kerajaan telah mengesyorkan
penggunaan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa urusan, bahasa
18

perhubungan dan juga bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah


sehinggalah ke peringkat universiti (Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto
1991).
Selain itu, idea-idea baru yang diperkenalkan ke dalam bidang
pendidikan juga boleh mendorong ahli-ahli pembentuk kurikulum melakukan
perubahan terhadap kurikulum yang telah sedia ada. Seterusnya, kurikulum itu
juga boleh dilakukan perubahan dengan memperkenalkan pendekatan dalam
bidang-bidang lain ke dalam bidang pendidikan. Contohnya, ilmu-ilmu dalam
bidang

penilaian

diperkenalkan

ke

dalam

bidang

kurikulum

bagi

meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kurikulum. Keadaan


ini sudah tentulah boleh mencetuskan usaha bagi memperbaharui kurikulum
yang sedia ada.

6.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kurikulum ialah rancangan yang dilakukan dengan


terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum boleh dibina dan
digubal semula untuk kesesuaian dalam pengajaran dan pengajaran
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.
Guru menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan
kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan
19

menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat


dicapai.
Perubahan

kurikulum

berlaku

dari

semasa

ke

semasa

bagi

meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan yang dilakukan


bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik,
perkembangan,

neomobilistik

dan

metamorphistik.

Oleh

itu,

pusat

perkembangan kurikulum berperanan dalam membentuk kurikulum supaya


dapat diseragamkan di seluruh sekolah. Segala perubahan kurikulum mestilah
berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi
dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999).
Oleh itu, perkembangan kurikulum di Malaysia semakin berkembang kini. Hal
ini, selaras dengan perubahan kurikulum yang mewajibkan untuk pendidikan
prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun. Konsep
kurikulum yang dibina tidak hanya memfokus kepada akademik semata-mata
tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar
dalam membentuk insan yang berketrampilan.

20

RUJUKAN
Ahmad Durajat. 2008. Pengertian Kurikulum Tersedia.
http;//akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/01/31/teori-pendidikan dan-kurikulum/ .
(22 Februari 2010)
Berita Harian. Halaman 5 2009. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Standart Akan
Dirintis. Kuala Lumpur. Dasar Cetak (M) Sdn Bhd.
Hendyat Soetopo Dan Wasty Soemanto.1991.Pembinaan Dan Pengembangan
Kurikulum Sebagai Subtansi Problem Administrasi Pendidikan. Jakarta : PT. Bumi
Askara
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz, 2004. Pedagogi Asas Pendidikan.
Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise.
Nasution.S .2006. Asas-asas kurikulum. Jakarta: PT Bumi Aksara
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan:
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
Ralph W. Tyler terjemahan Haji Kamaruddin Hussin dan Hazil Abdul Hamid, 1991.
Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Muar : Percetakan Pesta Sdn. Bhd.
Razali Arof, 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan
Pendidikan 20012010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
21

LAMPIRAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia,

bertanggungjawab,

berketrampilan

dan

berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

22

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Dalam usaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
pelbagai langkah-langkah dan staregi telah disusun antaranya:1. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
2. Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama
3. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
4. Meningkatkan

mutu

pendidikan

keseluruhannya

dengan

menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu


5. Mendemokrasikan pendidikan
6. Pelaksanaan KBSR dan KBSM
7. Mempertingkatkan pendidikan Islam, kerohanian, moral dan
disiplin
8. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik
9. Mempelbagai kemudahan pendidikan di peringkat university
10. Pengajaran bahasa ibunda
11. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum.

23

24

You might also like