You are on page 1of 2

Panduan Mencari dan Pindah Rumah

1. Susun perancangan dan buat keputusan


 Tentukan bilangan ahli rumah baru.
 Buat anggaran sewa rumah berdasarkan kemampuan semua ahli.
 Tentukan kawasan rumah supaya lebih fokus semasa mencari rumah.
 Boleh rujuk Unit Perumahan jika mahu mencari ahli rumah baru (untuk mencukupkan
bilangan ahli rumah anda) atau mencari rumah untuk diisi (mengisi mana-mana rumah ahli
yang mempunyai kekosongan)
Langkah keselamatan:
 Akhawat tidak dibenarkan untuk menyewa rumah berseorangan.
 Tidak digalakkan untuk tinggal berjauhan dengan rumah ahli yang lain untuk mengelak
perkara yang tidak diingini
 Sila rujuk Unit Perumahan untuk mengetahui kawasan/rumah yang disenarai hitam.

2. Mencari rumah
 Anda boleh meminta bantuan simsar (broker rumah), tetapi anda perlu membayar upah
simsar tersebut, sekali sahaja, mengikut harga yang dipersetujui.
Sedikit maklumat mengenai penggunaan simsar:
 Pembayaran upah berbeza mengikut kehendak simsar seperti :
I. Separuh harga rumah
II. LE100 seorang
III. LE250 untuk sebuah rumah

 Sebagai langkah awal, tanya mengenai cara penggunaan dan pembayaran upah kepada simsar
yang anda gunakan.
 Cuba bincang untuk merendahkan bayaran upah simsar seboleh-bolehnya.
 Nyatakan ciri-ciri rumah yang anda kehendaki, ‘mafrushah’ atau ‘fadiah’.
 Boleh dikatakan hampir keseluruhan syari’ mempunyai simsar dan sedikit maklumat simsar yang
boleh membantu anda:

Bil. Nama kedai/individu Alamat No. Tel


1. Al-Wasilah Syari’ Samanoudi (bersebelahan blok C) 0108405089 /
(Haj Yusri) 0124977875
2. Makkah Syari’ Tiraah (bertentangan jalan Darul Rahmah) 0502221889 /
(Haj Reda Albayli) 0182698002
3. Al-Muji Syari’ Siddiq, depan istad gamaah 0107287484
4. Syirkah Tuha Syari’ Siddiq, depan istad gamaah 05023526720 /
0127165612
5. Maktab Abu Khair Syari’ Zarif 0109324088
(Muhammad A’tif)
6. Al-Ma’murah Hayyu Gamaah 0107182827
(Haj ‘Atiyah Khalil)
7. Ustaz As’ad (berdekatan bahgat samer, Gala’ St.) 0124525392
 Anda juga boleh pergi dari satu bangunan ke bangunan lain, bertanya sama ada terdapat rumah
kosong untuk disewa atau tidak. Sebagai rujukan, sila rujuk senarai perbendaharaan kata bahasa
arab ammiah yang selalu digunakan semasa proses mencari rumah.
 Bagi rumah yang ‘mafrushah’, pastikan rumah yang hendak disewa dilengkapi peralatan-
peralatan asas seperti katil, almari, meja, kerusi, pemanas air, peti sejuk dan dapur gas. Mesin
basuh, berdasarkan budi bicara tuan rumah.
 Bagi rumah yang ‘fadiah’, anda boleh juga meminta peralatan-peralatan asas rumah tetapi atas
budi bicara tuan rumah.

3. Proses tawar-menawar
 Sekiranya tuan rumah bertanya pendapat kita terlebih dahulu, tawarkan harga paling minimum
yang sesuai.
 Dinasihatkan supaya tidak membida sewa yang lebih tinggi daripada bidaan awal sahabat kita
sendiri.
 Sekiranya harga yang ditawarkan oleh tuan tidak bersesuaian, bincang sebaik-baiknya dengan
penuh berhemah.
 Anda boleh merujuk mana-mana AJK Unit Perumahan sekiranya menghadapi kesukaran
berkomunikasi.

4. Proses Akad
 Anda dinasihati agar membawa bersama AJK Unit Perumahan semasa proses akad rumah.
 Anda perlu membaca dan memahami dengan teliti semua perkara yang tercatat di dalam akad.
 Jika tidak faham, sila rujuk terjemahan kertas akad dalam bahasa melayu yang disediakan
oleh Unit Perumahan.
 Akad ditandatangani oleh tuan rumah, penyewa dan seorang saksi.
 Satu salinan akad perlu disimpan oleh tuan rumah, manakala satu salinan disimpan oleh ketua
rumah.
 Pastikan anda membawa salinan passport dan salinan visa untuk simpanan tuan rumah.

5. Proses Pindah
 Tetapkan tarikh pindah ke rumah baru.
 Beritahu tuan rumah lama selewat-lewatnya 1 bulan sebelum tarikh pindah ke rumah baru,
serta uruskan tuntutan takmin rumah lama jika ada.
 Anda boleh merujuk ketua syari’ atau AJK Unit Perumahan untuk bantuan mengangkut
barang serta pengangkutan.

Panduan pengangkutan barang:


 Nyatakan nama rumah, nama syari’ (rumah lama), tarikh dan masa, nama syari’( rumah
baru), bilangan ahli rumah yang pindah dan lain-lain yang berkaitan.
 Pastikan anda bersedia (telah membungkus barang-barang) pada tarikh dan masa yang
dijanjikan.
 Dinasihatkan menghantar maklumat pindah rumah kepada AJK Unit Perumahan selewat-
lewatnya 3 hari sebelum berpindah.
 Pastikan kandungan SMS atau YM anda kepada AJK Unit Perumahan mempunyai maklumat
lengkap yang dinyatakan diatas untuk memudahkan perhubungan.

Dikemaskini oleh Unit Perumahan PCM 09/10

You might also like