You are on page 1of 2

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.8 KATA ADJEKTIF

1.8.1 PENGENALAN

Definisi
Ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat sebagai unsur keterangan (frasa yang digaris) dalam
binaan tersebut, contohnya :
 Pemikirannya masih mentah lagi
 Jalan raya itu sangat sibuk
 Suara biduanita itu merdu sekali

1.8.2 JENIS KATA ADJEKTIF

Golongan kata adjektif sukar ditentukan secara tetap, tetapi berdasarkan aspek maknanya, kata ini
dapat dibahagikan kepada 9 jenis iaitu :

JENIS KATA ADJEKTIF CONTOH PERKATAAN


1. Adjektif Sifat Lemah, pintar, cergas, kuat, keras,
Digunakan bagi menerangkan sifat atau bijak, nakal, sihat dan jahat
keadaan
2. Adjektif Perasaan Malu, geram, marah, rindu, takut,
Digunakan bagi memberi pengertian ataupun kasih, saying
konsep perasaan
3. Adjektif Cara Cepat, cermat, laju, lambat, gopoh,
Digunakan bagi memberi pengertian kelakuan perlahan, pantas, ligat
ataupun keadaan
4. Adjektif Ukuran Tinggi, rendah, kecik, pendek, kurus,
Digunakan bagi memberi pengertian ukuran nipis, tebal, gemuk
5. Adjektif Bentuk Bundar, bujur, lonjong, buncit,
Digunakan bagi memberi pengertian rupa bengkok, lurus, leper, bulat
bentuk
6. Adjektif Waktu Silam, lampau, sering, dahulu, lewat,
Digunakan bagi memberikan pengertian konsep awal, baharu, kerap
masa
7. Adjektif Warna Putih, merah, coklat, ungu
Digunakan bagi memberikan pengertian warna
8. Adjektif Jarak Dekat, jauh, hampir
Digunakan bagi memberikan pengertian konsep
ruang antara dua benda atau keadaan
9. Adjektif Pancaindera Rasa – lazat, payau, kelat
Digunakan untuk memberikan pengertian Sentuh – licin, kesat, halus
konsep sentuh, dengar, pandang, baud an rasa Dengar – sengau, merdu, serak
Pandang – segak, comel, buruk
Bau – tengik, harum, masam

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

1.8.3 KATA ADJEKTIF BANDINGAN

Kata adjektif dalam bahasa melayu dapat digunakan dalam bentuk bandingan. Pangkat bandingan
terbahagi kepada 3 iaitu :
a) Pangkat Biasa
Sebahagian besar kata adjektif digunakan dalam bentuk bandingan biasa ini seperti contoh :
 Tempat tinggalnya jauh dari sini.
 Lukisan cantik itu dihasilkan oleh pelukis terkenal
b) Pangkat Bandingan
Kata adjektif yang digunakan dalam bentuk bandingan melalui 2 cara iaitu :
i. Bandingan sama dengan menggunakan awalan se- atau perkataan sama, contohnya :
 Pakaiannya tidak sebersih pakaian saya
 Masakan ibu sama sedap dengan masakan nenek
ii. Bandingan yang menunjukkan perbezaan dengan menggunakan perkataan lebih atau kurang,
contohnya
 Bunga mawar lebih harum dari bunga kemboja
 Wajah Nisa hari ini kurang ceria berbanding semalam
c) Peringkat Penghabisan
Kata adjektif yang digunakan bagi menunjukkan peringkat penghabisan melalui cara-cara berikut :
i. Gandaan kata adjektif dengan kata nama
Contoh : sekeras-keras batu, sebaik-baik manusia, sejernih-jernih air
ii. Perkataan yang dengan kata adjektif berawalan ter-
Contohnya : yang terpantas, yang tertinggi, yang terkemuka, yang terhebat
iii. Perkataan paling dengan kata adjektif
Contohnya : paling pahit, paling jauh, paling dalam, paling sakit
iv. Kata adjektif dengan perkataan sekali
Contohnya : lembut sekali, manis sekali, baik sekali, besar sekali

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like