You are on page 1of 25

BAB 1 TRANSDUSER

1.1 PENGENALAN

Transduser adalah komponen penting dalam sistem pengalatan sebagaimana


ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Bahan ukur penyesuai


transduser paparan
isyarat

Rajah 1.1 Sistem pengalatan

Takrifan umum transduser adalah:

Peranti yang menukarkan satu bentuk tenaga ke bentuk tenaga yang


lain.

Takrifan yang digunakan dalam sistem pengalatan elektrik pula adalah:

Peranti yang menukarkan kuantiti bukan elektrik kepada kuantiti


elektrik.

Maka fungsi transduser, sebagaimana juga ditunjukkan dalam Rajah 1.2 adalah:

i. mengesan kewujudan, magnitud, perubahan, dan frekuensi bahan ukur, dan

ii. menghasilkan keluaran elektrik yang boleh diproses dan dikenakan pada
peranti paparan untuk memberikan data kuantitatif yang jitu tentang bahan
ukur tersebut.

Bahan ukur Keluaran elektrik


Transduser

Pengujaan

Rajah 1.2 Fungsi transduser

1.2 PENGKELASAN TRANSDUSER

Transduser boleh dikelaskan mengikut:

i. pasif atau aktif


ii. bahan ukur
iii. isyarat terhasil
i. pasif atau aktif

pasif: memerlukan bekalan kuasa untuk menggerakkan transduser atau


menghasilkan isyarat yang berguna

aktif: tidak memerlukan bekalan kuasa dan menghasilkan isyarat elektrik


dengan sendirinya

ii. bahan ukur, iaitu kuantiti bukan elektrik yang diukur

mekanik: daya, tekanan, tegasan, terikan


kedudukan, anjakan, halaju, pecutan
anjakan sudut, halaju sudut, pecutan sudut

kimia: haba, aliran haba


suhu

optik: keamatan cahaya

iii. prinsip pengendalian atau bentuk isyarat yang dihasilkan oleh transduser

penjanaan voltan atau arus


perubahan rintangan, kemuatan atau aruhan

1.3 PEMILIHAN TRANSDUSER

Transduser perlulah serasi dengan kegunaannya. Dalam pemilihan transduser, faktor-


faktor berikut perlu dipertimbangkan:

i. Julat pengendalian. Transduser perlulah mengekalkan keperluan julat dan


kebezajelasan baik.

ii. Kepekaan. Kepekaan transduser harus mencukupi untuk membolehkan


keluaran yang memadai.

iii. Sambutan frekuensi dan frekuensi salun. Adakah sambutan transduser rata
pada julat frekuensi yang diperlukan? Adakah frekuensi salun akan teruja?

iv. Keserasian persekitaran. Adakah julat suhu transduser, bendalir mengarat,


tekanan, kejutan, dan tindak balas yang dialaminya, saiz dan pengehadan
cagak (mounting restrictions) menyebabkannya tidak boleh digunakan?

v. Kepekaan silang. Transduser perlulah kurang peka terhadap rangsangan


terjangka selain daripada bahan ukur.

vi. Kejituan. Transduser mungkin menghadapi ralat kebolehulangan dan


penentukuran serta ralat terjangka disebabkan kepekaan terhadap rangsangan
lain.
vii. Penggunaan dan bolehtahan lasak. Boleh tahan lasak keamatan mekanik dan
elektrik transduser berbanding dengan saiz dan beratnya perlu
dipertimbangkan. Siapa yang akan memasang dan menggunakan transduser
tersebut?

viii. Elektrik. Apakah panjang dan jenis kabel yang diperlukan? Apakah nisbah
isyarat-hingar apabila berganding dengan had-had penguat dan sambutan-
frekuensi?

1.4 TOLOK TERIKAN

Tolok terikan digunakan dengan meluas untuk mengukur beberapa jenis kuantiti yang
berkaitan dengan daya.

1.4.1 Pengkelasan

- Tolok terikan adalah transduser yang pasif. Ia memerlukan bekalan voltan


untuk menggerakkan penyesuai isyarat (lazimnya titi Wheatstone) yang
diperlukan

- Tolok terikan pada asasnya mengukur terikan. Namun kuantiti yang lain yang
menghasilkan terikan seperti daya, kilas, tekanan, dan anjakan, juga boleh
diukur secara tidak langsung

- Tolok terikan melibatkan perubahan rintangan

1.4.2 Prinsip Pengendalian

Perhatikan sampel logam yang dikenakan daya F seperti dalam Rajah 1.3.

F A
l

Rajah 1.3 Tegasan tegangan dikenakan pada rod

Rintangan sampel tersebut ialah

ρl
R=
A (1.1)

dengan R = rintangan, Ω
ρ = keberintangan logam dawai, Ωm
l = panjang, m
A = luas keratan-silang, m2
Daya yang dikenakan F menyebabkan sampel tersebut memanjangkan, katakan
sebanyak Δl. Isipadu tidak berubah maka luas keratan-silang akan berkurang, katakan
sebanyak ΔA. Oleh itu isipadu

V = lA = (l + Δl )( A − ΔA) (1.2)

Rintangan sampel akan berubah, katakan sebanyak ΔR atau

l + Δl
R + ΔR = ρ
A − ΔA (1.3)

Dengan menggunakan Per. (1.2) dan Per. (1.3), boleh ditunjukkan bahawa rintangan
baru itu dianggarkan

l ⎛ Δl ⎞
R + ΔR ≈ ρ ⎜1 + 2 ⎟ (1.4)
A⎝ l ⎠

Oleh itu perubahan rintangan ialah

Δl
ΔR ≈ 2 R
l (1.5)

Per. (1.4) ialah persamaan asas tolok terikan logam kerana ia menunjukkan bahawa
terikan Δl/l menghasilkan terus perubahan rintangan.

Perhatian: Bagi bahan logam, tegasan mampatan akan menyebabkan panjang l


berkurang, oleh itu perubahan rintangan adalah negatif.

Terdapat dua jenis tolok terikan:

i. menggunakan dawai halus

Rajah 1.2 Tolok terikan jenis dawai

ii. kerajang

- menggunakan prinsip punaran (etching) untuk membentuk tolok


menggunakan bahan pengalir, lazimnya logam atau aloi kuprum-nikel
seperti constantan. Bahan tersebut terlekat pada filem plastik nipis
seperti polimid atau damar berfenol yang bertindak sebagai pembawa
dan juga penebat elektrik.

Rajah 1.3 Tolok terikan jenis kerajang

Tolok terikan jenis kerajang dibuat daripada dua bahan:

i. logam atau aloi


ii. separa pengalir

1.4.3 Persamaan Tolok Terikan

Hubungan antara terikan dan rintangan bagi tolok terikan adalah:

ΔR R
K=
Δl l (1.6)

dengan K = faktor tolok


R = rintangan asal tolok iaitu tanpa terikan, Ω
ΔR = perubahan rintangan apabila terterik, Ω
l = panjang asal tolok, m
Δl = perubahan panjang apabila terterik, m

sementara terikan
Λl
G=
l (1.7)

Maka perubahan rintangan yang berlaku apabila terdapat terikan ialah

ΔR = KRG (1.8)

Nilai lazim K bagi tolok terikan logam dan aloi ialah 2 hingga 10 sementara bagi
tolok terikan separa pengalir ialah –50 hingga –200.
1.4.4 Hubungan Terikan, Tegasan, Daya

Di samping pengukuran terikan, tolok terikan juga boleh digunakan untuk


menentukan nilai tegasan dan daya yang terdapat dalam sistem mekanik melalui
hubungan antara parameter-parameter tersebut.

Tegasan S diberikan oleh


S = GE (1.9)

yang mana G adalah terikan


E adalah modulus Young

Daya F pula diberikan oleh


F = SA (1.10)

yang mana A adalah luas keratan silang bahan yang mengalami daya tersebut.

1.4.5 Penggunaan Tolok Terikan

Tolok terikan dilekatkan pada bahan diuji dengan paksi membujur mengikuti arah
terikan:
F

bahan

Dilekatkan menggunakan pelekat yang sesuai seperti nitrocellulose, cyanoacrylate


atau epoxy. Pelekat perlu berupaya menyampaikan terikan bahan ke tolok tanpa
herotan.

Tolok

Pelekat
Bahan

Nilai rintangan tak terterik tolok lazimnya 120 atau 350 Ω. Nilai-nilai tersebut dipilih
supaya serasi dengan meter galvanian. Terdapat juga nilai lain seperti 500, 1000, dan
5000 Ω.

1.4.6 Masalah Dalam Penggunaan Tolok Terikan

Dua masalah utama dalam penggunaan tolok terikan adalah:

i. kesan silang
ii. pengaruh suhu

1.5 PENGUBAH KEBEZAAN BOLEH UBAH LELURUS (LVDT)


Alatan yang berasaskan prinsip aruhan-boleh ubah dan digunakan pada asasnya untuk
mengukur anjakan.

1.5.1 Pengkelasan

- LVDT ialah transduser yang pasif. Ia memerlukan bekalan a.u. untuk


terkendali

- ia mengukur anjakan secara langsung dan kuantiti mekanik yang lain (seperti
daya, tekanan, halaju, pecutan) diukur secara tidak langsung

- ia berasaskan aruhan voltan

1.5.2 Prinsip pengendalian

Berikut ialah binaan LVDT:

Belitan utama (berbekalkan a.u.) dan dua belitan sekunder yang sama (tersambung
berlawanan arah) dibelitkan pada sokongan tak feromagnet. Teras feromagnet
bergerak dalam susunan tersebut.

Berikut pula ialah litar skema LVDT:

Keluaran vo diberi oleh


vo = v1 − v2 (1.11)
Kedudukan teras (yang menunjukkan anjakan) menentukan keluaran.

v1 maksimum, v2 minimum
Teras di "atas":
∴ vo maksimum & positif

v1 minimum, v2 maksimum
Teras di "bawah":
∴ vo maksimum & negatif

Hubungan anjakan dan keluaran:

LVDT memerlukan

- bekalan a.u. untuk menjanakan voltan pada belitan utama


- penyahmodulat untuk mendapatkan amplitud dan fasa keluaran
- penguat untuk menstabilkan dan menapis keluaran

Sistem lengkap LVDT:

vo Vo
Bekalan Penjana Eo
LVDT Penyahmodulatan
kuasa frekuensi
Penguat a.t.

isyarat rujukan
Unit kepekaan LVDT lazimnya diberi sebagai

mV/V/in.

dengan mV ialah unit keluaran


V ialah voltan bekalan
in. ialah unit anjakan.

Contoh

IC penyesuai isyarat
Signetics SE 5521 LVDT signal conditioner

- pengayun stabil dengan herotan rendah


- frekuensi bolehubah
- penyahmodulat segerak

Di samping ciri-ciri umum seperti kelelurusan dan kepekaan, beberapa ciri khusus
yang penting dalam menentukan kegunaan dan mutu LVDT ialah:

i. voltan masukan
ii. julat frekuensi
iii. julat lelurus - nilai masukan anjakan
iv. galangan belitan utama dan sekunder
v. julat suhu pengendalian

Juga, keupayaan menahan getaran dan hentaman.

Contoh

Pembuat: Scheritz Company


Model: E 500

Voltan masukan: 3 V p.m.k.d.


Julat frekuensi: 50→100 Hz
Julat suhu: -65→200°F
Kekuatan hentaman: 500g selama 11 ms
Kepekaan: 0.75 mV/V/0.001''
Anjakan maksimum: 0.5''

Katakan anjakan 0.25'' dengan voltan masukan 3 V. Maka voltan keluaran ialah

0. 25"
vo = 0. 75 × 10−3 × 3 × V
0. 001"
= 0. 5625 V
Selain daripada tolok terikan dan LVDT, anjakan boleh juga diukur dengan
menggunakan

i. meter upaya
ii. pengaruh bolehubah

1.6 Pengukuran Suhu

Pengukuran suhu dilakukan dalam berbagai keadaan seperti pemanasan, pembakaran,


dan proses-proses kimia.

Di antara jenis-jenis transduser yang boleh digunakan ialah:

i. jalur dwilogam
ii. pengganding suhu
iii. RTD
iv. termistor
v. pengesan suhu separa pengalir
vi. pirometer sinaran

1.6.1 Jalur Dwilogam

Jalur dwilogam terdiri daripada dua logam yang dilekatkan. Logam-logam tersebut
mempunyai pekali pengembangan suhu yang berbeza. Jika pekali pengembangan
suhu logam A lebih daripada pekali bagi logam B, sebarang kenaikan suhu akan
menyebabkan jalur dwilogam tersebut melengkung seperti berikut:

Jalur dwilogam lebih digunakan sebagai peranti pengawal seperti termostat.


1.6.2 Pengganding Suhu

Kegunaan yang paling meluas.

Simbol:

Pengkelasan

- aktif (tidak memerlukan bekalan kuasa, dan ia sendiri akan menghasilkan daya
gerak elektrik)

- mengukur suhu

- berasaskan kesan Seebeck:

Jika dua logam berlainan disambungkan pada satu hujung dan hujung tersebut
mengalami perubahan suhu, daya gerak elektrik akan terjana pada hujung
yang tidak disambung

logam A

simpang d.g.e. Vo
panas

logam B

Hubungan voltan-suhu

i. Rumus
Vo = AT + BT 2 (1.12)

yang mana Vo ialah voltan yang terhasil pada hujung tak tersambung
T ialah suhu, K
A, B ialah pekali suhu

ii. Penggunaan graf d.g.e. keluaran melawan suhu

iii. Penggunaan jadual pengganding suhu (contoh: Lampiran A)


- penentudalaman (interpolation)
Penggunaan secara amali

Masalah pengganding suhu

i. Keluaran voltan yang kecil (lingkungan mV) - mudah dipengaruhi hingar.

ii. Suhu rujukan perlu dipastikan stabil. Perlukan kegunaan litar pemampasan.
Perkara ini kurang genting bagi perubahan suhu yang banyak.

Contoh pengganding suhu

Bahan simpang Julat suhu/°C Perubahan voltan/mV Jenis ANSI


platinum-6% rhodium/ 38-1800 13.6 B
platinum-30%/rhodium
kromel/konstantan 0-982 750 E
(kromium-nikel)
kromel/alumel -184→1260 56.0 K
(aluminium-nikel)
kuprum/konstantan -184→400 26.0 T

Kelebihan:

i. aktif
ii. mudah
iii. tahan lasak
iv. murah
v. banyak jenis
vi. julat suhu yang luas

Kekurangan:

i. tak lelurus
ii. voltan rendah
iii. rujukan diperlukan
iv. kurang stabil
v. kurang peka

1.6.3 Pengesan Suhu Rintangan (RTD)

Dibuat daripada logam yang mengalami perubahan rintangan mengikut perubahan


suhu.

Pengkelasan

- pasif: bekalan kuasa diperlukan untuk tujuan penyesuaian isyarat

- suhu

- perubahan suhu menyebabkan perubahan rintangan logam

Ciri suhu-rintangan logam:

i. Rumus
R = Ro (1 + αΔT ) (1.13)

yang mana R = rintangan pada suhu baru


Ro = rintangan pada suhu awal, lazimnya 25°C
α = pekali suhu-rintangan, K-1
ΔT = perubahan suhu, K

ii. Penggunaan graf

iii. Penggunaan jadual

Contoh

RTD platinum dengan α = 0.00392 K-1 mempunyai rintangan 100 Ω pada suhu awal
25°C. Apakah suhu yang menyebabkan rintangannya berubah ke 150 Ω?

Penyelesaian:

Mengikut rumus ciri suhu-rintangan logam,

R = R0 (1 + αΔT )
Oleh itu,
150Ω = 100Ω(1 + 0.00392 ΔT )
atau
150
−1
ΔT = 100 K
0. 00392
= 127. 6 K
Oleh itu suhu baru
Tbaru = T0 + ΔT
= 25° C + 127. 6 K
= 152. 6° C

RTD biasa digunakan seiring dengan titi Wheatstone supaya perubahan rintangan
ditukarkan kepada perubahan voltan atau arus.

Kelebihan

i. paling stabil
ii. paling jitu
iii. lebih lelurus daripada pengganding suhu

Kekurangan

i. mahal
ii. bekalan kuasa diperlukan
iii. melibatkan perubahan rintangan yang kecil
iv. rintangan rendah5
v. terpanas sendiri

1.6.4 Termistor

Dibuat daripada bahan separa pengalir yang mengalami perubahan rintangan


mengikut perubahan suhu.

Pengkelasan

- pasif: memerlukan bekalan kuasa untuk tujuan penyesuaian isyarat

- mengukur suhu

- perubahan suhu menyebabkan perubahan rintangan bahan separa pengalir

Hubungan suhu-rintangan termistor diberi oleh persamaan Steinhart-Hart:

= A + B ln R + C (ln R )
1 3

T (1.14)
yang mana R = rintangan pada suhu T K
A, B, C= pemalar (lazimnya dibekalkan oleh pembuat)

Persamaan tersebut sukar untuk tujuan pengiraan dan biasanya digunakan


anggaran berikut:

⎛1 1 ⎞
β⎜ − ⎟
R = Ro e ⎝ T To ⎠
(1.15)

yang mana R = rintangan pada suhu T K


Ro = rintangan pada suhu awal T0, lazimnya 25°C
β = pemalar (lazimnya bernilai 2000-4000 K)

Termistor dibuat daripada campuran oksida-oksida logam dan berbentuk seperti


manik. Saiznya boleh dibuat sangat kecil.

Ciri perubahan rintangan termistor:

Seperti RTD, termistor juga lazim digunakan seiring dengan titi Wheatstone untuk
tujuan penyesuaian isyarat.
Kelebihan

i. kepekaan tinggi - perubahan suhu yang kecil menyebabkan perubahan


rintangan yang besar
ii sambutan pantas

Kekurangan

i. tidak lelurus (tetapi boleh diandaikan lelurus bagai perubahan suhu yang kecil)
ii. julat suhu terhad (lazimnya -50 °C→150 °C)
iii. bekalan kuasa diperlukan

1.6.5 Penderia Litar Bersepadu

Menggunakan serpihan silikon bagi unsur menderia. Terdapat dalam bentuk


keluaran-voltan dan keluaran-arus.

Bentuk lazim:

Litar lazim bagi penderia keluaran arus:

4-30 V

i = 1 μA /° C

Litar lazim bagi penderia keluaran voltan:

4-30 V 10 mV/°C +
-

V
Contoh

Analog Devices AD 590

Penghasilan arus yang sama angka dengan suhu

-50°C ≡ 223 K → 223 μA

Memerlukan bekalan voltan 4-30 V.

Kelebihan

i. paling lelurus
ii. keluaran tinggi
iii. tidak mahal

Kekurangan

i. julat suhu rendah (<200°C)


ii. bekalan kuasa diperlukan
iii. sambutan kurang pantas

1.6.6 Pirometer Sinaran

Sesuai untuk pengukuran suhu secara jarak jauh


- frekuensi sinaran berubah mengikut suhu
- sinaran infra merah dikumpulkan melalui sistem cermin dan dikenakan pada
pengganding suhu atau termistor
1.7 Sinaran Elektro Magnet

Sinaran E.M. meliputi julat frekuensi yang luas:

Sinaran cahaya (2.0-0.2 mikron)

Gelombang Infra Boleh Ultra Sinaran Sinaran


mikro merah lihat ungu X gamma

200 0.7 0.4 0.2 0.00001

-6
Jarak gelombang (mikron=10 m)

Peranti-peranti mengukur keamatan cahaya umumnya dinamakan foto transduser.


Jenis-jenis utama ialah:

i. foto pancaran
ii. foto pengaliran
iii. foto volta

1.7.1 Foto Pancaran

Pengkelasan:

- pasif
- mengukur keamatan cahaya
- berasaskan fenomena foto pancaran

Bahan foto pancaran menghasilkan elektron apabila terkena cahaya. Bahan


tersebut diletakkan dalam fototiub. Contoh bahan foto pancaran: caesium-
antimony.

Lazimnya terdapat 3 jenis fototiub:

i. fototiub vakum
ii. fototiub bergas
iii. fototiub pengganda

Jenis-jenis (i) dan (ii) berbentuk hampir sama.


Cahaya menghasilkan elektron pada fotokatod yang akan tertarik pada anod
terpincang positif.

Jenis (i) dan (ii) hampir sama melainkan kandungan tiub. Jenis (i) divakumkan
sementara jenis (ii) berisi gas mati seperti argon. Fototiub bergas menghasilkan arus
lebih tinggi tetapi sambutan fana yang kurang pantas.

Fototiub pengganda paling meluas digunakan.

Cahaya yang terkena pada bahan foto pancaran pada katod menghasilkan elektron.
Elektron tertarik ke dinod 1. Pancaran sekunder berlaku pada dinod tersebut yang
menghasilkan bilangan yang terdarab. Proses ini berulang sehinggalah ke anod.
Maka terhasillah aliran arus.

Foto pengganda sangat peka. Penguatan arus sebanyak 105-109.

Boleh dipengaruhi oleh medan magnet, oleh itu memerlukan perisai.


1.7.2 Foto Pengaliran

Pengkelasan:

- pasif (memerlukan bekalan kuasa untuk tujuan penyesuaian isyarat)

- mengukur keamatan cahaya

- berasaskan perubahan rintangan apabila terkena cahaya

Bahan foto pengaliran ialah bahan yang mengalami perubahan rintangan mengikut
keamatan cahaya kenaan. Contoh: kalsium sulfida (CdS), kadmium selenida (CdSe).

Peranti yang berasaskan foto pengaliran dinamakan foto sel dengan binaan seperti
berikut:

Simbol fotosel:

Rintangan gelap ialah rintangan fotosel pada keadaan cahaya sifar atau sangat rendah.

Contoh litar geganti menggunakan fotosel:

Geganti

Vi

λ Rs

R1

Ri dilaraskan supaya geganti tidak tergerak pada aras cahaya rendah.


1.7.3 Foto Volta

Pengkelasan:

- aktif (menghasilkan voltan/arus dengan sendiri)


- mengukur keamatan cahaya
- bahan pengalir yang menampakkan kesan foto volta, iaitu bahan yang
menghasilkan daya gerak elektrik apabila terkena cahaya

Sel foto volta terdiri daripada bahan pengalir, biasanya silikon atau selenium. Binaan
dua jenis sel tersebut seperti berikut:

gelung logam

lapisan jenis-p
lapisan jenis-n
lapisan logam
sebagai sentuhan
sambungan
sel silikon
-
gelung logam
lapisan selenium
aluminium atau keluli

+
sambungan
sel selenium
Ciri keluaran sel volta:

V = Vo log e (I )

yang mana I = keamatan sinaran, W/m2


Vo = voltan penentukuran, malar
V = voltan keluaran tanpa beban

Sel foto volta lebih dikenali sebagai sel surya (solar cell).

Ciri-ciri lazim sel silikon:

arus litar pintas ≈ 80 mA/sm2


voltan litar buka ≈ 0.6 V
1.8 Pengekod
Pengekod ialah transduser digit yang digunakan untuk mengukur anjakan. Terdapat
dua bentuk:

i. lelurus
ii. sudut

- keluaran berbentuk digit

Dua jenis pengekod lelurus:

i. pengekod berintangan
ii. pengekod cahaya

1.8.1 Pengekod berintangan

Menggunakan pepapan yang dicorakkan mengikut sistem perduaan (binary).

gerakan menganjakkan pepapan

Anjakan menghasilkan keluaran digit mengikut sistem perduaan:

Anjakan Keluaran Digit


1 0001
2 0010
3 0011
4 0100
5 0101
6 0110
7 0111
8 1000

dan seterusnya
1.8.2 Pengekod cahaya

Pengekod cahaya menggunakan pepapan bercorak sama seperti pengekod berintangan


tetapi kawasan penebat dan kawasan pengalir digantikan masing-masing oleh
kawasan lutsinar dan kawasan legap.

Seterusnya susunan litar elektrik digantikan oleh susunan punca cahaya dan pengesan
cahaya.

Pengekod bulatan berasaskan prinsip pengendalian yang sama tetapi pepapan yang
digunakan berbentuk bulatan. Oleh itu keluaran pengekod tersebut ditentukan oleh
anjakan sudut.

Sistem kod perduaan boleh menimbulkan masalah keluaran yang meragukan jika
corak pada pepapan tidak sejajar ataupun anjakan menyebabkan berus atau punca
cahaya berada pada sempadan antara dua kedudukan. Sebagai contoh katakan
keluaran 4-bit menunjukkan perubahan dari kedudukan 3 ke 4:

kedudukan 3: 0 0 1 1
kedudukan 4: 0 1 0 0

Katakan terdapat masalah pada berus bagi bit 21 maka keluaran yang terhasil ialah
0 1 1 0 yang bersamaan kedudukan 5.

Masalah di atas boleh diatasi dengan menggunakan kod Gray. Kod tersebut
membenarkan perubahan pada satu digit sahaja di antara setiap kedudukan. Misalnya,

Anjakan Keluaran Digit


1 0001
2 0011
3 0010
4 0110
5 0100
6 0101
7 0111
8 1111

dan seterusnya

Penyahkod seterusnya diperlukan untuk menukar kod Gray kepada kod perduaan.
Lampiran A
Jadual Pengganding Suhu

You might also like