You are on page 1of 3

Kewafatan Imam Al Bukhari

Sebagai seorang ilmuwan yang memiliki ilmu yang banyak terutamanya ilmu hadith.

Imām al-Bukhāri juga merupakan seorang hamba Allāh yang pastinya akan mengalami nasib

yang sama sepertimana manusia yang lain iaitulah kematian. Pemergian beliau ini merupakan

satu kehilangan yang amat besar di dalam dunia keilmuan terutama dunia ilmu hadith.

Sebelum kematiannya, Imām al-Bukhāri telah pergi menemui kaum kerabatnya dan

tinggal bersama mereka iaitu di sebuah kampung yang bernama Khartank1. ‘Abd al-Quddus

bin ‘Abd al-Jabbar al-Samarqandiy berkata bahawa beliau mendengar Imām al-Bukhāri

berdoa pada satu malam “Ya Allāh, sesungguhnya aku merasa sempit di atas bumi yang luas

ini, oleh itu, cabutlah nyawaku kepadamu”. Dalam tempoh kurang sebulan, beliau pun

meninggalkan dunia ini dan disemadikan di Khartank2.

Muhammad bin Abi Hatim berkata bahawa beliau mendengar Abu Mansur Ghalib

bin Jibrail iaitu orang yang Imām al-Bukhāri temuinya di Khartank telah berkata

“Sesungguhnya Imām al-Bukhāri telah tinggal bersama kami selama beberapa hari lalu beliau

pun jatuh sakit. Kesakitannya itu semakin teruk lalu beliau pun mengutuskan seorang utusan

untuk ke bandar Samarqand bagi membawanya keluar. Tatkala utusan tersebut telah bersedia,

beliau pun bersiap sedia untuk menaiki tunggangan. Beliau pun memakai kedua-dua khufnya

dan berserban. Ketika beliau berjalan sekira-kira 20 langkah, aku pun memegang lengan

beliau dengan seorang lelaki lain untuk membawa beliau ke binatang tunggangan beliau lalu

beliau pun berkata “kamu hantarkanlah aku, kerana aku telah berasa sungguh lemah“.

Kemudian beliau pun berdoa dengan beberapa doa dan berbaring. Lalu mengalirlah air peluh

1
Khartank ialah sebuah kampong yang terletak lebih kurang dua farsakh dari Samarqand
2
Al-Dhahabi (1990 ), op.cit., hlm. 466
di badan beliau sehingga memasuki baju beliau. Di antara kata-kata beliau kepada kami ialah

“kafankanlah aku di dalam tiga helai baju yang putih tanpa qamis dan serban“. Kami pun

melakukan yang demikian. Setelah kami mengkebumikan beliau, terpancarlah daripada tanah

kubur beliau satu bau yang amat wangi yang lebih wangi daripada haruman kasturi. Adapun

bauan yang wangi itu berlanjutan sehingga ke beberapa hari sehingga menjadi topik

perbualan penduduk bandar kerana mereka merasa hairan dengan hal yang sedemikian itu.

Peristiwa ganjil ini telah mendapat perhatian daripada golongan yang menentang Imām al-

Bukhāri sehinggakan mereka pun keluar dan pergi ke kubur Imām al-Bukhāri untuk

menyatakan taubat dan penyesalan mereka di atas sikap mereka yang mencemuh dan

menuduh Imām al-Bukhāri sebagai mazhab yang tercela3. Tidak lama selepas itu, Abu

Mansur Ghalib bin Jibrail pun menghembuskan nafasnya yang terakhir lalu beliau pun

mewasiatkan agar beliau disemadikan di sebelah kubur Imām al-Bukhārī 4.

‘Abd al-Wahid bin Adam al-Tawawisi berkata bahawa beliau telah melihat

RasuluLlāh s.a.w. bersama-sama sebilangan sahabat Baginda s.a.w. di dalam mimpi beliau.

Ketika itu, RasuluLlāh s.a.w. berhenti di suatu tempat dan aku pun memberi salam kepada

Baginda s.a.w. lantas Baginda s.a.w. pun membalas salamku. Aku pun berkata “Kenapakah

tuan berhenti, wahai RasuluLlāh s.a.w. “ Baginda menjawab “ Aku sedang menunggu

Muhammad bin Ismā’il al-Bukhāri. Selang beberapa hari selepas itu, berita kematian Imām

al-Bukhāri pun sampai kepadaku. Aku pun berfikir-fikir dan aku dapati bahawa kematian

Imām al-Bukhāri itu adalah bertepatan dengan masa aku berjumpa RasuluLlāh s.a.w. di

dalam mimpiku5.

3
Al-Dhahabi (1990), op.cit., hlm. 467
4
Ibid.
5
Ibid., hlm. 468
Muhib bin Sulaym al-Kirmani berkata bahawa Imām al-Bukhāri menghembuskan

nafasnya yang terakhir pada malam hari ‘Id al-Fitri iaitu pada tahun 256 H.6 dalam usia 62

tahun. Beliau wafat di dalam rumahnya sendiri dalam keadaan keseorangan dan kami

mendapatinya telah wafat setelah menjelang waktu pagi7.

Al-Hasan bin al-Husayn al-Bazzaz al-Bukhāri pula berkata bahawa Imām al-Bukhāri

wafat pada malam Sabtu iaitu malam hari ‘Id al-Fitri ketika Solat ‘Isya’ dan dikebumikan

pada hari raya tersebut iaitu selepas solat zuhur pada tahun yang ke 256 H.8 dalam usianya

kurang 13 hari lagi mencecah 62 tahun9.

6
Al-Salihi (1996), op.cit., hlm. 245
7
Ibid, hlm. 468
8
Ibn Khallikan, ’ Syams al-Din Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan (t.t.), op.cit., hlm.
190
9
Al-Dhahabi (1990), op.cit., hlm. 468, lihat juga Ibn al-Athir, (t.t.), op.cit, hlm. 185, lihat juga al-Mizzi
(1992), op.cit. hlm. 438

You might also like