You are on page 1of 20

PENGENALAN

Sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu secara beramai-ramai


pada abad ke-19, selain mencari kakayaan, orang Cina tidak lupa akan
tanggungjawab sosial mereka untuk mendidik kanak-kanak Cina agar mereka
dapat mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina. Justeru, penubuhan sekolah
vernakular Cina menjadi satu agenda penting kepada mereka (Tan Yao Sua,
2005:65).
Sejak tahun 1940-an, penjajahan Inggeris telah cuba menyusun
semula sistem pendidikan vernakular Cina yang berpecah-belah di Tanah
Melayu. Namun, usaha awal seperti rancangan cheeseman yang
mencadangkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dengan
bahasa Inggeris diajar di semua sekolah rendah didapati gagal
menyelesaikan masalah pokok sistem pendidikan vernakular yang berpecahbelah
ini.
Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu pada awal tahun 1950-an serta
Ordinan Pelajaran 1952 merupakan usaha penjajah Inggeris untuk menyusun
semula sistem pendidikan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga
dasar pendidikan ini telah digubal tanpa merujuk kepada keunikan ciri-ciri
etnik dalam konteks kemajmukan negara, landas tidak dapat memenuhi
tuntutan etnik untuk mempertahankan bahasa, budaya, dan identiti etnik
masing-masing.
Seterusnya, Laporan Razak telah dikemukakan untuk cuba bertolak
ansur antara tuntutan orang Melayu terhadap dasar keseragaman bahasa
pengantar dengan tuntutan orang Cina terhadap dasar kepelbagaian bahasa
pengantar. Selepas itu, Ordinan Pelajaran 1957 yang diluluskan pada bulan
Mac telah menetapkan satu objektif dasar pendidikan yang bersifat
akomodatif terhadap tuntutan etnik dalam isu bahasa dan pendidikan sejajar
dengan semangat kompromi etnik yang mendasari penggubalan Laporan
Razak.
Menurut laporan Kementerian Pelajaran, Malaysia kini mempunyai
1290 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, 60 buah Duli
Zhongxue1, 3 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (aliran Cina).
Biarpun sebelum atau selepas kemerdekaan, pendidikan Cina di
Malaysia telah mengalami banyak halangan tetapi dengan tekad yang teguh
dan usaha yang bersungguh-sungguh oleh masyarakat Cina, akhirnya
berjaya membina satu sistem pendidikan Cina sempurna yang terdiri daripada
sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Kini, pendidikan Cina
bukan sahaja memainkan peranan penting dalam kebudayaan Cina Malaysia
tetapi juga mempunyai kedudukan yang tidak boleh diabaikan dalam
pendidikan Malaysia.
MANFAAT-MANFAAT YANG DIPEROLEHI
DARIPADA ALIRAN PENDIDIKAN CINA

Pendidikan Cina merupakan salah satu aliran pendidikan yang penting


di Malaysia. Ini disebabkan pendidikan Cina sememangnya boleh membawa
manfaat-manfaat kepada masyarakat kini.
Mewarisi dan mengembangkan budaya Cina
1 Duli Zhongxue: Sekolah menengah beraliran Cina
Budaya Cina sampai ke hari ini sudah mencatat sejarah selama
beribu-ribu tahun. Budaya boleh dikatakan dapat memaparkan identiti
sesuatu kaum. Maka mewarisi budaya Cina telah menjadi satu
tanggungjawab kepada masyarakat Cina. Untuk melaksanakan
tanggungjawab ini, pendidikan telah memainkan peranan yang penting.
Pendidikan Cina sebenarnya merupakan salah satu budaya Cina. Pendidikan
bukan sahaja memberi ilmu tetapi juga membantu membina martabat
seseorang manusia. Dipercayai hanya melalui pendidikan ibunda iaitu
pendidikan Cina, tanggungjawab mewarisi budaya Cina baru dapat dicapai
dengan sepenuhnya.
Jikalau budaya Cina dipelajari melalui aliran pendidikan lain seperti
pendidikan Melayu, banyak makna yang sebenarnya tidak dapat disampaikan
secara menyeluruh. Misalnya, puisi atau sajak Cina adalah dibina menurut
sistem tulisan bahasa Cina, dan adalah susah bagi pendidikan Melayu untuk
memahami isi tersirat yang ada dalamnya kalau tidak memahami sistem
bahasa Cina tersebut. Secara langsung, seseorang tidak dapat menguasai
sari yang ada dalam karya tersebut. Ini telah membuktikan bahawa sesuatu
budaya kaum tertentu hanya dapat diwarisi sepenuhnya dengan
menggunakan pendidikan ibunda kaum tersebut.
Pembentukan insan yang sempurna
Pendidikan Cina mengandungi banyak teori tentang kemanusiaan
seperti teori konfusianism dan lain-lain. Teori-teori atau fahaman yang
disampaikan dalam budaya ini merupakan teori yang mengutamakan
pembentukan dan perkembangan yang sihat dalam seseorang dari segi fizikal
dan mental. Secara langsung dapat membantu membina akhlak seseorang.
Daripada ini dapat membantu mengurangkan jenayah dan membina satu
masyarakat yang harmoni.
Di samping itu, teori-teori atau kefahaman tersebut juga membantu dan
menjadi penuju jalan dalam kehidupan seseorang. Sebagai contoh,
seseorang yang sangat dipengaruhi oleh teori konfusianism akan lebih sabar,
tabah dan tidak mudah berputus-asa apabila menghadapi sebarang masalah
dalam kehidupan. Pendidikan Cina yang mementingkan fahaman-fahaman
tertentu juga mendorong seseorang supaya mematuhi peraturan,
menggunakan pendidikan moral untuk mengubah seseorang yang melakukan
kesalahan dan perlu menghormati orang yang lebih tua terutamanya ibu
bapa.
Menyatupadukan masyarakat Cina
Pendidikan Cina merupakan satu saluran untuk menyatupadukan
masyarakat Cina. Pendidikan Cina dapat menimbulkan kesedaran bangsa
Cina untuk berusaha mempertahankan identiti dan budaya mereka.
Kesedaran ini merupakan satu rayuan yang asas bagi orang Cina untuk
mempertahankan pendidikan Cina.
Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Walaubagaimanapun, kerajaan ingin melaksanakan satu dasar akan
pendidikan iaitu bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di
semua peringkat sekolah. Tindakan ini telah menimbulkan reaksi yang besar
daripada masyarakat Cina. Ini disebabkan kedudukan aliran pendidikan Cina
telah tergugat. Daripada peristiwa ini masyarakat Cina telah menimbulkan
satu kesedaran untuk mempertahankan pendidikan Cina mereka.
Sebenarnya kesedaran tersebut bukan sahaja bertujuan untuk
mempertahankan pendidikan Cina, tetapi membawa makna mempertahankan
maruah bangsa Cina dan memperjuang hak keadilan.
Selain itu, pendidikan Cina telah menyatupadukan masyarakat Cina
yang terdiri daripada pelbagai dialek. Mereka dapat berkomunikasi antara
satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang bersepadu iaitu bahasa
Cina. Secara langsung, dapat mengelakkan perselisihan faham dan menjaga
harmonian masyarakat Cina.
Jadi, pendidikan Cina telah mempersatukan masyarakat Cina untuk
bersama-sama membela manfaat yang sepatutnya dimiliki oleh mereka.
Menyediakan peluang untuk kaum lain belajar pendidikan Cina dan
mendorong perpaduan antara kaum
Dalam pendidikan Cina, bahasa Cina akan digunakan sebagai bahasa
pengantar. Jadi, sesiapa yang menerima pendidikan Cina akan belajar
bahasa Cina. Ini pula memberi peluang kepada kaum lain belajar bahasa
Cina. Bagi kaum lain, mereka juga bermanfaat kerana berpeluang
mempelajari bahasa baru selain daripada bahasa ibunda sendiri. Secara
langsung, turut membantu mereka menambahkan peluang perkerjaan.
Dengan itu, kaum yang berbeza dapat memahami antara satu sama
lain. Hal demikian kerana melalui pendidikan Cina, kaum lain dapat
memahami tentang latar belakang, budaya dan fikiran masyarakat Cina dan
mengelakkan salah faham serta rusuhan kaum berlaku. Ini dapat membina
satu masyarakat yang bersatu-padu, harmoni dan mesra. Maka hasrat
pencapaian Wawasan 2020 bukan lagi merupakan satu mimpi sahaja.
Selain itu, diikuti dengan kebangkitan negara China, mempelajari
bahasa Cina telah membina satu saluran berinteraksi yang berkesan di
antara negara kita dengan China. Secara langsung, interaksi tersebut akan
membantu perkembangan ekonomi negara kita.
Pengekalan identiti orang Cina
Pendidikan Cina dapat mengekalkan identiti orang Cina. Masyarakat
Cina berpendapat bahawa pendidikan Cina memainkan peranan yang penting
dalam mempertahankan identiti orang Cina. Pendidikan Cina adalah satu
budaya yang penting dalam masyarakat Cina.
Pendidikan Cina turut dapat mengelakkan pembaratan. Generasi muda
yang mendapat pendidikan Cina dapat memahami budaya dan masyarakat
kaum sendiri dengan lebih mendalam. Ini turut membantu menanam
semangat cinta akan budaya diri dan berfikiran moral. Secara langsung, telah
mengurangkan peluang generasi muda terdedah terhadap budaya barat dan
tidak akan mencontohi budaya barat dari segi pemikiran, pemakaian dan
sebagainya.
Kegigihan masyarakat Cina mempertahankan sekolah Cina telah
memaparkan bahawa pendidikan Cina memainkan peranan yang amat
penting dalam mengekalkan identiti orang Cina. Sebagai contoh, dasar
Seklah Wawasan dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) telah mendapat tentangan dari masyarakat
Cina kerana kedudukan pendidikan Cina terancam.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH MASYARAKAT CINA UNTUK
MEMPERTAHANKAN CIRI, IDENTITI DAN KEUTUHAN SEKOLAHSEKOLAH
CINA DALAM DEKAD 90-AN
DAN AWAL ABAD KE-21

Sejak awal abad ke-19, masyarakat Cina telah mempunyai sekolah di


Malaysia. Sekolah Konfusius Chung Hwa ialah sekolah pertama yang dimiliki
oleh masyarakat Cina yang didirikan pada tahun 1904. Oleh sebab sikap
berat sebelah kerajaan terhadap sekolah beraliran pendidikan Melayu,
perkembangan sekolah Cina telah terbantut. Dasar-dasar yang dilaksanakan
oleh kerajaan pula banyak mempengaruhi perkembangan sekolah-sekolah
Cina. Maka masyarakat Cina bertanggungjawab mengambil langkah-langkah
yang sewajarnya untuk mempertahankan ciri, identiti dan keutuhan sekolahsekolah
Cina.
Penyumbangan wang untuk pembinaan dan perkembangan
sekolah Cina
Sejak dahulu lagi, masyarakat Cina di kawasan tertentu sudah
berusaha mengumpul wang untuk mendirikan sebuah sekolah agar generasi
muda boleh mendapat pendidikan Cina sejak kecil lagi. Sehingga kini
masyarakat Cina bukan sahaja menyumbang tenaga bahkan juga
menyumbang banyak usaha dalam mencari wang untuk pembinaan dan
perkembangan sekolah-sekolah Cina.
Walaupun kerajaan telah mengiktiraf sekolah-sekolah rendah Cina
sebagai sekolah kebangsaan dan juga memberi modal yang sepatutnya
dimiliki oleh sekolah, tetapi modal tersebut adalah tidak mencukupi. Pemimpin
Dongjiaozong2 menganggap klasifikasi seklah rendah kepada bantuan penuh
dan bantuan modal adalah suatu dasar yang tidak adil. Mereka mendesak
kementerian pendidikan supaya menarik balik klasifikasi sekolah bantuan
penuh dan sekolah modal dan digantikan dengan polisi layanan yang sama
terhadap semua sekolah tanpa mengambil kira hak milik tanah. Dongjiaozong
dan Lembaga Pengelola SRJK(C)3 bantuan modal bertegas untuk mendapat
layanan yang sama dengan sekolah bantuan penuh milik kerajaan, di
samping ingin mengekalkan kuasa autonominya terutama ke atas hak milik
tanah. Tuntutan tersebut mendapat sokongan ahli parlimen MCA4 (Sia Keng
Yek, 2005:45). Kementerian Pendidikan menolak sebarang cabaran untuk
menukar taraf sekolah bantuan modal ke taraf sekolah yang dimiliki penuh
oleh kerajaan selagi tanah sekolah bantuan modal bukan dimiliki oleh
keajaan.
Dalam situasi sekolah menengah pula, kerajaan hanya memberi modal
kepada sekolah menengah kebangsaan sahaja. Oleh sebab semua sekolah
menengah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar sekolah, masyarakat Cina yang mementingkan pendidikan Cina
telah mendirikan sekolah menengah beraliran pendidikan Cina yang disebut
Duli Zhongxue. Kerajaan tidak memperuntukkan sebarang modal kepada
sekolah jenis ini. Modal yang diperlukan untuk pembinaan sekolah jenis ini
biasanya bergantung kepada pendermaan dan penyumbangan wang
daripada masyarakat. Dipercayai memerlukan modal kira-kira RM20 million
setahun untuk mengendalikan sekolah menengah jenis ini. Di samping itu,
2 Dongjiaozong : Pertubuhan yang merupakan gabungan daripada Gabungan Persatuan-
persatuan
Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiaozong) dan Persekutuan Persatuan-persatuan L
embaga
Pengurus-pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dongzong).
3 SRJK(C) : Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)
4 MCA : Malaysian Chinesen Association
kerajaan masih tidak mengiktirafkan sijil sekolah Menengah DuZhong5 ,
walaupun sesetengah luar negara mengiktirafkan sijil tersebut. Secara
langsung, menyebabkan pengaliran tenaga buruh ke luar negara.
Ini dapat membuktikan bahawa masyarakat Cina bukan sahaja
menyumbangkan tenaga mereka tetapi juga dari segi kewangan agar
perkembangan sekolah-sekolah Cina dapat dijalankan dengan lancar.
Membela hak Lembaga Pengelola sekolah rendah Cina
Sebanyak seribu dua ratus buah sekolah rendah Cina di Malaysia
adalah dibina oleh masyarakat Cina sendiri. Setiap sekolah rendah Cina ini
mempunyai Lembaga Pengelola sekolah rendah Cina sendiri. Masyarakat
Cina telah menugasi Lembaga Pengelola ini mengekal dan mengembang
sekolah. Lembaga Pengelola ini memainkan peranan sebagai badan
pengurusan sekolah di bawah undang-undang pendidikan. Di samping itu,
Lembaga Pengelola ini bertanggungjawab menyatupadukan kuasa daripada
pelbagai peringkat masyarakat, mengawasi dan membantu kerajaan
mengurus sekolah. Peranan yang utama Lembaga Pengelola ialah membela
dan melindungi hak pendidikan Cina di bawah undang-undang negara untuk
mengenalpastikan sekolah rendah Cina tidak mengalami sebarang
perubahan yang tidak bersesuaian dengan permintaan masyarakat Cina
terhadapnya. Lembaga Pengelola ini juga banyak berusaha dalam
mengumpulkan wang dan membuat rancangan dalam pembinaan serta
perkembangan sekolah.
Namun mengikuti perkembangan dasar penggunaan sejenis bahasa
sebagai bahasa pengantar, kerajaan semakin megetepikan kuasa Lembaga
5 DuZhong : singkatan untuk Duli Zhongxue
Pengelola sekolah rendah Cina melalui administrasi. Segala surat
pengumuman dan dokumen yang diedarkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan kepada sesebuah sekolah rendah Cina sepatutnya kena diketahui
oleh Lembaga Pengelola sekolah tersebut tetapi disebabkan identiti pengetua
sebagai kakitangan kerajaan, maka kebanyakan pengetua telah menyimpan
maklumat-maklumat yang berkaitan dan tidak memberitahu Lembaga
Pengelola. Jadi, Lembaga Pengelola semakin dipisahkan daripada
pengurusan sekolah.
Untuk membela hak dan memastikan kuasa tertentu dipertahankan,
masyarakat Cina dan pihak yang berkaitan berusaha dengan sedaya upaya
mengadakan pelbagai kempen dan aktiviti bagi menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan Lembaga Pengelola dalam sekolah-sekolah rendah
Cina. Misalnya, majlis interaksi antara Lembaga Pengelola sekolah-sekolah
Cina telah diadakan di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak,
Johor, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang masing-masing pada tahun 2006 dan
2007. Empat persetujuan telah dicapai dalam majlis interaksi antara
Dongjiaozong dengan Xiaozhang Zhigonghui6 yang bernama Huaxiao
Dongshihui Zhuquan Keti, iaitu hak tentang kedaulatan Lembaga Pengelola
sekolah rendah Cina, pengurusan kantin, penggunaan buku teks, buku
latihan, kelas komputer, kelas tuisyen serta penubuhan bahagian kursus.
Satu kempen yang bernama Huaxiao Dongshi Juexing Yundong7 telah
diadakan pada tahun 2006. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk
mengembalikan kuasa Lembaga Pengelola sekolah rendah Cina agar hak
pendidikan Cina dan pengurusan sekolah rendah Cina dapat dijamin.
6 Xiaozhang Zhigonghui : Majlis Guru-guru Besar
7 Huaxiao Dongshi Juexing Yundong : Kempen kesedaran Lembaga Pengelola sekolah
rendah Cina
Menambah pembinaan sekolah-sekolah Cina
Semenjak kemerdekaan, secara keseluruhan bilangan pelajar Cina
semakin bertambah. Malangnya, disebabkan dasar-dasar politik kerajaan,
perkembangan sekolah rendah Cina adalah terhad. Dalam jangka panjang,
sekolah rendah Cina telah menghadapi masalah kekurangan guru,
peruntukkan wang, sekolah dan kawasan pembinaan sekolah.
Diikuti dengan populasi Cina bertambah, semakin ramai ibu bapa
bukan keturunan Cina meghantar anak-anak mereka memasuki sekolah
rendah Cina, maka menyebabkan permintaan masyarakat terhadap sekolah
Cina meningkat. Disebabkan kerajaan tidak memberi perhatian terhadap
permintaan penduduk tempatan, maka kerajaan tidak membuat rancangan
yang sempurna tentang peruntukkan wang, kawasan pembinaan sekolah dan
bilangan sekolah yang diperlukan untuk menambung bilangan pelajar yang
semakin bertambah. Misalnya, negeri Selangor, Johor dan Pulau Pinang telah
kekurangan sekolah rendah Cina sebanyak 134 buah.
Di bawah usaha perjuangan dan permintaan masyarakat Cina,
kerajaan Barisan Nasional kadang-kala akan menurut kehendak politik,
terutamanya pada masa pengundian, mengumumkan perpindahan atau
pembinaan sekolah rendah Cina melalui cara penyelesaian kes individu.
Walaubagaimanapun, oleh sebab tiada satu rancangan yang sesuai,
perpindahan dan pembinaan sekolah rendah Cina ini kadang-kala telah
menimbulkan masalah. Sebagai contoh, kes perpindahan sekolah rendah
Cina Damansara telah mendapat bantahan daripada sebilangan guru, ibu
bapa dan pelajar pada tahun 2001.
Kekurangan sekolah rendah Cina memang membawa banyak
masalah. Misalnya pelajar-pelajar di sesuatu kawasan terpaksa belajar di
sekolah yang terletak di kawasan yang lebih jauh. Secara langsung
menyebabkan kesesakan jalan, pembaziran minyak, membebankan ibu bapa
dan kanak-kanak serta ekonomi negara.
Oleh itu, Dongjiaozong telah mengambil tindakan seperti mengadakan
penyelidikan terhadap pertambahan pembinaan sekolah rendah Cina.
Penyelidikan ini lebih tertumpu di negeri Selangor, Johor, Perak dan Pulau
Pinang. Dongjiaozong juga mengeluarkan beberapa langkah penyelesaian
yang merangkumi meminta kerajaan mendirikan satu sistem yang adil dan
sesuai dalam pembinaan sekolah rendah Cina. Bagi mencapai matlamat
memperbanyak peruntukan pembangunan kepada SRJK(C), terutamanya
sekolah bantuan modal, Dongjiaozong mencadangkan supaya peruntukan
pembangunan dibuat dengan berdasarkan prinsip bilangan murid di sekolah,
dan bukannya hak milik tapak sekolah berkenaan. Dongjiaozong juga
menyarankan supaya Kementerian Pendidikan memberikan peruntukan
secara ringgit ke ringgit kepada sekolah bantuan modal (Sia Keng Yek,
2005:46). Kerajaan harus mengikuti struktur populasi dan permintaan
penduduk kawasan tertentu terhadap sekolah pelbagai aliran,
memperuntukkan wang dan membina sekolah dengan bersistematik supaya
memuaskan permintaan dan hak penduduk kawasan tertentu terhadap
pendidikan bahasa ibunda. Masyarakat Cina meminta kerajaan supaya
menjadikan pertambahan pembinaan sekolah rendah Cina sebagai salah satu
Rancangan Malaysia.
Pada 7 March 2005, persatuan-persatuan masyarakat Cina yang
utama melalui Rancangan Malaysia ke-9 telah menghantarkan satu laporan
cadangan yang berkaitan bidang ekonomi, pendidikan, budaya dan
masyarakat kepada Jabatan Perdana Menteri dan badan kerajaan yang
berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan.
Laporan tersebut mengeluarkan lapan cadangan dan permintaan dalam
bidang pendidikan, termasuk permintaan peruntukkan wang yang adil kepada
sekolah-sekolah dan merangka satu sistem atau rancangan yang sesuai
terhadap pertambahan pembinaan sekolah rendah Cina.
Pembantahan terhadap Penubuhan Sekolah Wawasan
Pembentukan bangsa yang perpaduan dan hidup dalam keadaan yang
harmoni ialah cabaran paling utama bagi Negara Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai bangsa mencapai wawasan 2020. Maka, kerajaan
menubuhkan sekolah wawasan untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Konsep sekolah wawasan diketengahkan oleh Kementerian
Pendidikan berasaskan syor kerajaan untuk menyatukan sekolah kecil yang
mempunyai murid kurang 150 orang di kawasan luar Bandar dan kawasan
terpencil ke dalam kompleks sekolah yang baru untuk mengoptimumkan
penggunaan kemudahan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (Sia Keng
Yek, 2005 : 193). Matlamat utama penubuhan sekolah wawasan adalah untuk
menwujudkan perpaduan dan memupuk semangat integrasi di kalangan
murid yang berbagai-bagai bangsa, kaum dan latar belakang.
Masyarakat Cina khususnya Dongjiaozong dan Huatuan8 menentang
hebat terhadap konsep Sekolah Wawasan. Ini disebabkan konsep ini
8 Huatuan : Persatuan-persatuan Cina
dianggap boleh menguburkan identiti serta penggunaan bahasa ibunda di
kalangan murid SRJK(C). Dalam Akta Pendidkan 1961,
mengembangkan
satu dasar pendidikan negara dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dari satu langkah ke satu langkah yang seterusnya
merupakan matlamat terakhir yang ingin dicapai oleh kerajaan. Akta ini amat
dibimbangkan oleh masyarakat Cina. Konsep Sekolah Wawasan dianggap
merupakan satu cara kerajaan mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan
yang menolak kepelbagaian bahasa pengantar. Dongjiaozong dan Huatuan
berpendapat bahawa Program Sekolah Integrasi 1985, Projek Sekolah
Wawasan 1995 dan Projek Sekolah Wawasan 2000 mempunyai latar
belakang yang sama, iaitu berlandaskan andaian bahawa kewujudan sekolah
rendah pelbagai aliran adalah punca polarisasi atau ketidakharmonian kaum
(Sia Keng Yek, 2005:201). Masyarakat Cina berpendapat sekolah rendah
yang pelbagai aliran bukan sebab polarisasi atau ketidakharmonian antara
kaum, maka dasar kerajaan yang meletakkan sekolah pelbagai aliran dalam
satu tapak tanah dengan sengaja adalah tidak sepadan dengan semangat
Perlembagaan Negara.
Bekas menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad menyifatkan
tindakan Dongjiaozong dan Huatuan itu umpama takutkan dengan bayangbayang
sendiri (Sia Keng Yek, 2005:202). Pada bulan Oktober 2002, bekas
Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad juga menyatakan bahawa
Dongjiaozong bertindak keterlaluan dan ketidaksetujuan Dongjiaozong telah
menghalang rancangan kerajaan untuk menyatupadukan murid daripada
pelbagai kaum. Dongjiaozong menganggap tuduhan tersebut adalah tidak
munasabah dan berpendapat bahawa pendidikan bahasa ibunda merupakan
prinsip hak manusia yang asas, perasaan masyarakat Cina terhadap bahasa
ibunda sendiri harus dihormati.
Dongjiaozong menyeru kerajaan membatalkan rancangan Sekolah
Wawasan dan digantikan dengan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk
Perpaduan 1986 tetapi tidak diterima oleh kerajaan. Dongjiaozong juga
membuat pengumuman pada 9 November 2000 bahawa Rancangan Sekolah
Wawasan merupakan langkah kerajaan untuk menghapuskan identiti sekolah
Cina secara perlahan. Sekumpulan mahasiswa juga mendirikan persatuan
menentang rancangan Sekolah Wawasan dan telah menjalankan aktiviti di
seluruh negara seperti mengumpulkan pelbagai kaum dan persatuan lain
untuk menemu ramah Dongjiaozong untuk mengetahui keadaan pendidikan
bahasa ibunda di negara kita (http://www.yuehaifeng.com.cn/YHF2003/
yhf2003-6-12.htm).
Bantahan terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Pada awal tahun 1970, setelah Bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan, kedudukan Bahasa Inggeris dalam pendidikan terjejas.
Penggubalan pelajaran pada tahun 1983 telah menjadikan sekolah
kebangsaan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
digantikan dengan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris cuma merupakan salah
satu subjek wajid dipelajari oleh setiap rakyat.
Namun menjelang abad ke-21, bekas perdana menteri Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad telah mengumumkan dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada
bulan Mei, 2002. Dasar ini telah menimbulkan pertikaian yang besar daripada
semua pihak. Bagi masyarakat Cina Dongjiaozong dan sesetengah persatuan
lain tidak bersetuju dengan dasar ini. Dasar PPSMI menghadapi bantahan
khususnya dari wakil-wakil Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) pimpinan
Dongjiaozong. Oleh itu, sebagai langkah kompromi oleh Majlis Tertinggi
Barisan Nasional, formula 2-4-3 telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk
Tahap I dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina secara
serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik,
manakala bagi Tahap II, formula 6-2-3-2 telah dilaksanakan mulai tahun
2006 untuk tujuan tersebut.
Masyarakat Cina amat membantah dasar PPSMI kerana dasar
tersebut akan menyebabkan perubahan ciri dan identiti sekolah Cina rendah.
Sebab lain masyarakat Cina membantah dasar ini adalah keberkesanan
penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah sudah
mendapat persetujuan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan
dipakai secara umum di seluruh dunia. Oleh itu, penggunaan bahasa ibunda
dalam mempelajari subjek-subjek seperti matematik dan sains oleh pelajar
akan membawa kesan yang lebih baik. Selain itu, masyarakat Cina
berpendapat bahawa melalui dasar ini untuk meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah kurang sesuai. Penguasaan
bahasa Inggeris sepatutnya ditingkatkan melalui alat dan pengajaran, kualiti
penguruan, cara mengajar serta matlamat pendidikan bagi subjek bahasa
Inggeris.
Dalam pembantahan PPSMI, Dongjiaozong telah mengadakan banyak
aktiviti seperti kempen yang bertajuk Pengembalian Pendidikan Bahasa
Ibunda, mesyuarat membantah PPSMI, interaksi antara Dongjiaozong
dengan parti politik dan persatuan-persatuan Cina dan sebagainya. Di
samping itu, mereka juga membuat lawatan ke setiap negeri untuk menjalan
tugas penyebaran dan mencetak banyak maklumat seperti surat pengumunan
kepada ibubapa agar masyarakat Cina dapat menyedari kegentingan
masalah PPSMI dan bersama-sama membantah dasar ini. Selain itu,
huatuan membuat pengumunan dan menghantar memorandum kepada pihak
berkenaan untuk membantah dasar PPSMI.
KESIMPULAN
Walaupun perjuangan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina untuk
mempertahankan ciri, identiti dan keutuhan pendidikan Cina demi
mewujudkan satu sistem pendidikan Cina yang lengkap dan berautonomi di
negara ini telah menghadapai pelbagai masalah, tetapi pemimpin-pemimpin
tersebut tidak pernah berputus asa dan membungkuk menghadapinya.
Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan langkah-langkah yang
sewajar terhadap pendidikan Cina kerana pendidikan Cina boleh membawa
manfaat-manfaat kepada perkembangan negara. Antara manfaat-manfaat
ialah mewarisi dan mengembangkan budaya Cina, menyatupadukan
masyarakat Cina, menyediakan peluang untuk belajar pendidikan Cina dan
mendorong perpaduan antara kaum. Pendidikan Cina bukan sahaja
memainkan peranan penting dalam membina satu masyarakat yang harmoni
yang terdiri daripada pelbagai kaum bahkan juga mendorong perkembangan
yang baru kepada ekonomi negara.
Pendidikan Cina boleh dikatakan merupakan sebahagian daripada
nyawa masyarakat Cina. Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan
Cina. Namun dasar kerajaan yang bercanggah dengan kepentingan
pendidikan Cina yang akan merampas hak orang Cina telah menyedarkan
masyarakat Cina berjuang untuk mempertahankan ciri, identiti dan keutuhan
pendidikan Cina. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti
penyumbangan wang untuk pembinaan dan perkembangan sekolah,
bantahan terhadap dasar PPSMI, membela hak Lembaga pengarah sekolah
rendah Cina dan kempen menambah pembinaan sekolah-sekolah Cina.
Secara kesimpulan, pendidikan Cina adalah satu aliran pendidikan
yang penting yang boleh memberi sumbangan kepada negara kita. Oleh itu,
adalah wajarnya kerajaan mengambil berat tehadap perkembangan
pendidikan Cina dan isu-isu yang berkaitan harus diambil prihatin agar
perkembangan pendidikan Cina tidak terbantut.
BIBLOGRAFI
1.
Ho Wah Foon, Tan Joo Lan, & Tan Teong Jin. (2005). The Chinese
Malaysian Contribution. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian
Chinese Studies.
2.
Leo Suryadinata. (Ed.). (2002). Ethnic Chinese in Singapore and
Malaysia. Singapura: Times Academic Press.
3.
Sia Keng Yek. (2005). SRJK(Cina) dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Kuala Lumpur: Pernebit Universiti Malaya.
4.
Tan Yao Sua. (2005). Politik Dongjiaozong dalam pendidikan
vernakular Cina di semenanjung Malaysia (1960-1982). Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

You might also like