You are on page 1of 2

RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV

Adakah anda seronok menonton televisyen ? Mahukah anda menggunakan televisyen anda
sebagai alat mencari wang ? salah satu caranya ialah dengan menjadikan rancangan membeli-
belah di rumah sebagai landasan anda untuk mencari wang. Dengan penelitian dan kajian yang
baik mengenai pasaran tempatan (di kawasan tempat tinggal anda) untuk mencari pasaran bagi
produk yang luas.

Akhirnya anda akan mendapati bahawa rancangan membeli-belah di rumah memang


memberikan peluang yang hebat. Anda boleh membeli produk-produk tersebut dan menjualnya
semula kepada pengguna tempatan atau kawan-kawan anda. Anda juga boleh menjadi orang
tengah dan mendapat keuntungan melalui urusniaga itu.

Katakan sebuah produk untuk kegunaan rumah itu berharga RM50, anda mencari pasaran dan
membuat pesanan secara pos bagi jumlah yang banyak kemudian anda menjualnya dengan harga
RM80. Setiap satu anda akan mendapat untung sebanyak RM30. Ini adalah contoh termudah
yang boleh dilakukan . Satu cara lagi untuk mencari wang hanya dengan rancangan infomericals
yang keudara dan anda boleh memohon untuk menjadi hos atau penyampai atau juruhebah untuk
rancangan pengiklanan.

Anda mungkin boleh menghubungi salah sebuah stesen televisyen tersebut. Rancangan
televisyen dan penyiaran adalah merupakan satu industri yang sangat kompetitif pada masa
sekarang. Disebabkan wang pengguna dan pengiklan adalah merupakan satu perkara penting
yang perlu difikirkan di dalam penyusunan program jualan barang melalui rancangan
televisyen , ia harus dilakukan dengan berhati-hati.

Persaingan yang ada di dalam industri ini juga telah memberikan peluang yang sangat besar
kepada dunia perniagaan. Jika anda boleh melakukan sesuatu kebaikan, contohnya dengan
menjadikan jumlah penonton rancangan TV untuk produk tersebut meningkat sudah tentu anda
boleh menjadi terkenal. Anda akan dicari serta ditawarkan peluang yang baik, atau anda boleh
menjadi orang tengah (broker). Anda boleh menerima tawaran dengan mengikat kontrak dan
sebagainya.

Anda juga boleh menjadi broker yang berperanan untuk mencari pasaran mengetahui pasaran
pelanggan anda. Broker juga berperanan menghubungkan pihak pengiklan dengan pihak
pengusaha stesyen televisyen. Peranan broker sebagai orang tengah adalah penting lebih-lebih
lagi apabila beliau telah biasa berurusan dan ini boleh memberikan komisen yang baik kepada
pihak broker yang dibayar oleh pihak pengusaha stesyen dan juga pihak pengiklan.

Stesyen penyiaran merupakan satu industri yang sangat kompetitif dan kadar bayaran untuk iklan
juga sangat besar dan berbeza-beza diantara satu dengan yang lain. Seringkali terjadi di mana
sebuah stesyen penyiaran tidak mempunyai pegawai pemasaran yang mana boleh menjadi
sumber pendapatan yang memang menguntungkan.

Sebagai seorang broker adalah menjadi tugas anda untuk mencari pasaran baru dan membantu
stesyen penyiaran anda. Apabila berurusan dengan pelanggan anda (pengiklan), anda perlu
menerangkan dan memberitahu bagaimana anda boleh menjimatkan kos mereka sama ada dalam
bentuk wang atau pun masa dengan menggunakan kaedah khusus yang anda ketahui.

Ini kerana bajet pelanggan anda sudah tentu terhad, mereka hanya akan membelanjakan wang
kepada perkara yang lebih efektif sahaja. Mereka hanya akan lebih berminat dan tertarik kepada
perkara yang boleh menambahkan wang mereka sahaja. Peranan sebagai seorang broker adalah
untuk membantu mereka membuat keputusan penting ini.

You might also like