You are on page 1of 14

Pengurusan ialah proses dimana sekumpulan manusia bekerjasama

untuk mengarah pekerja-pekerja lain untuk mencapai matlamat yang sama


dalam organisasi. Ini dapat di simpulkan lagi iaitu pengurusan melibatkan kerja-
kerja yang akan dikendalikan secara sistematik.

Pengurusan organisasi yang baik akan menentukan kemajuan sesebuah


organisasi syarikat. Sebuah syarikat perlu membuat perancangan yang sesuai
dalam meningkatkan mutu pengeluaran atau mutu perkhidmatan sesebuah
syarikat tersebut. Sesebuah syarikat yang maju akan mampu member kesan
positif kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Pertumbuhan ekonomi
diidentitikan dengan pertumbuhan dalam pendapatan benar sesebuah Negara
(Thirwall, 1994). Pertumbuhan ekonomi dapat ditentukan ukurannya
berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar dan pendapatan Perkapita.
Pertumbuhan ekonomi merupakan proses yang bersifat kuantitatif yang mudah
diukur dengan nilai wang. Di Malaysia, syarikat-syarikat yang beroperasi
amatlah penting dalam pertumbuhan ekonomi Negara, salah sebuah syarikat
gergasi tersebut ialah TM berhad dibawah pengurusan Dato Zamzamzairani
Mohd Isa.

TM Net ialah sebuah penyedia perkhidmatan Internet Malaysia yang


dimiliki sepenuhnya oleh TM berhad. Syarikat ini memonopoli perkhidmatan
internet di Malaysia, kerana hampir kesemua penyambungan telekomunikasi di
Negara ini dimiliki oleh Syarikat TM berhad. TM net di asaskan pada tahun 1995
oleh Telekom Malaysia Berhad yang pada masa itu menawarkan perkhidmatan
internet dailan selaju 56 kilobit sesaat. Selepas itu, TM membuat peningkatan
servis dengan membuat ujian xDSL yang pertama kalinya di buat di Malaysia
bersama-sama syarikat Ericsson pada tahun 1999 dan akhirnya syarikat ini
berjaya mengeluarkan suatu produk internet pada tahun 2001 yang laris
digunakan sehingga ke hari ini.

Dalam meneraju sebuah organisasi syarikat untuk mencapai matlamat


terdapat banyak perkara-perkara yang perlu diambil kira. Syarikat TM
mempunyai subsidari-subsidari tempatan dan juga luar Negara. Ini
membolehkan syarikat ini dapat diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang teguh
dan juga amat jitu kerana kepelbagaian perkhidmatannya membolehkan ia
dapat bertahan sehingga ke hari ini.
Subsidari tempatan bagi syarikat TM net adalah seperti GITN, TM net, VADS,
Universiti multimedia, Kolej multimedia, Penyelidikan dan Pembangunan TM
berhad. Melalui semua anak syarikat TM berhad ini, ia mampu mengekalkan
kestabilan syarikat TM berhad. Selain daripada subsidari tempatan syarikat TM
berhad juga mempunyai subsidari luar Negara iaitu di Negara-negara serantau
Malaysia antaranya ialah Mobile one yang terletak di singapura, XL iaitu sebuah
cawangan luar Negara TM yang beroperasi di Indonesia, Dialog Telekom iaitu di
Sri Lanka, Aktel di Bangladesh, Multinet Pakistan, Cambodia samart
communication, dan spice telecom anak syarikat TM yang beroperasi di India.
Jelaslah, ini adalah suatu perancangan yang sangat baik di buat oleh syarikat
TM berhad, kerana selain pelaburan di dalam Negara syarikat TM berhad juga
membuat banyak pelaburan positif di luar Negara.

Pelaburan adalah sangat penting bagi sesebuah syarikat dalam


memperkasakan kestabilan ekonomi sesebuah syarikat, namun pelaburan yang
dibuat di sesuatu kawasan mestilah diambil kira dari segi ekonomi, politik, dan
sosialnya. Bagi syarikat TM berhad, pelaburan yang di buat di luar Bandar
adalah tertumpu pada kawasan Bandar yang setiap hari memerlukan
perkhidmatan internet dan telekomunikasi. Dewasa kini, perkhidmatan internet
dan telekomunikasi ini adalah amat di perlukan kerana segala urusan pada hari
ini adalah majoritinya menggunakan perkhidmatan ini. Ini kerana dari suatu
aspek ia adalah mudah dan dapat diuruskan secara sistematik dan teratur.
Rajah 1 : Multimedia University, Cyberjaya Campus

Rajah 2 : Multimedia University, Melaka Campus


Jadual 1 : Carta Organisasi TM Berhad
Rajah 3 : Menunjukkan Pejabat Utama TM net

Syarikat TM berhad adalah sebuah organisasi yang telah memberikan


kemajuan sains dan teknologi di Malaysia. Namun di sebalik kemajuan yang
dikecapi terdapat juga kesan-kesan negatif yang dapat memberikan implikasi
kepada masyarakat. Perkembangan dunia hari ini menyaksikan perubahan yang
pesat pada persekitaran individu dan juga masyarakat. Kesan perubahan pesat
itu mahu tidak mahu mendedahkan individu dan masyarakat dengan pelbagai
cabaran mahupun ancaman. Lebih membimbangkan, perubahan pesat itu boleh
membawa implikasi negatif dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini adalah
suatu cabaran kepada syarikat-syarikat yang dapat dikaitkan dengan kemajuan
sains dan teknologi yang dikecapi pada hari ini. Melalui kemudahan teknologi
yang di sediakan oleh TM berhad, kementerian di Negara kita pada masa kini
hampir keseluruhannya menggunakan dan memanfaatkan teknologi ini
terutamanya dalam pengurusan yang segera. Segala pengurusan organisasi di
dalam sesebuah jabatan dapat di selesaikan dengan sistematik dan tepat tanpa
menggunakan kos yang banyak terutamanya dalam proses penghantaran data
yang banyak yang pada dahulu kalanya menggunakan beribu-ribu keping kertas
tetapi pada masa kini, ianya dapat dihantar ke suatu tempat dengan
menggunakan sistem penghantaran e-mail, fax, dan sebagainya. Data atau
dokumen yang dihantar melalui sistem tersebut dihantar dalam bentuk maya.
Ini adalah suatu kejayaan yang besar dalam teknologi telekomunikasi kita pada
hari ini, setiap penghantaran data yang dibuat adalah terjamin keselamatannya
kerana penghantaran data perlulah melalui sistem pusat data iaitu dokumen
terkawal oleh TM berhad. Pengurusan data ini adalah suatu pengurusan yang
sangat rumit dan memerlukan kepakaran, pihak TM berhad sememangnya
sangat pakar dalam hal ini untuk menjamin mutu kualiti perkhidmatan.

Teknologi yang serba canggih pada hari ini menyebabkan para pengguna
amnya tertumpu dikawasan Bandar terdedah kepada pelbagai musibah. Ini
menyebabkan Syarikat Tm berhad terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai
perkara yang dapat memberikan kesan negative kepada masyarakat. Salah satu
daripadanya adalah teknologi maklumat. Teknologi maklumat adalah salah satu
daripada kejayaan syarikat TM berhad kerana seseorang pengguna boleh
mengakses internet secara meluas yang di kenali sebagai globalisasi. Teknologi
maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk
memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud
dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku,
bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan
teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan
pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar.
Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan
pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi
pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya. Perkembangan
era globalisasi pada hari ini menampakkan sesuatu maklumat dapat di perolehi
secara lebih tepat dan effektif dengan secara maya iaitu mendapatkan sesuatu
maklumat melalui proses mengakses internet. Kebanyakan pengguna
terutamanya para pelajar lebih banyak menggunakan internet untuk
memperoleh maklumat berbanding menggunakan buku rujukan. Dari segi suatu
aspek yang boleh diambil kira, ia dapat menjimatkan masa seseorang pelajar
dalam menyiapkan sesuatu tugasan tetapi ia juga dapat memberikan kesan
negatif kerana maklumat yang diperolehi di internet tidak semestinya tepat.
Dalam hal ini, pihak TM berhad memberikan banyak pelaburan untuk
memastikan perkara tersebut tidak memberikan sebarang kesan kepada
pengguna amnya para pelajar. Pihak TM berhad menyediakan beberapa
institusi yang mampu memperkasakan lagi teknologi maklumat. Pewujudan
beberapa institusi seperti seperti TM research and development, iaitu satu
kemudahan yang diberikan oleh pihak TM berhad untuk kepada semua agensi-
agensi untuk memberikan idea dan penambahbaikkan serta rekacipta yang baru
untuk digunapakai didalam industri telekomunikasi.

Dalam pada itu, Tm berhad juga menubuhkan Multimedia University, iaitu


sebuah institusi yang mampu memberikan peluang dan kerjaya pada
masyarakat terutamanya pelajar-pelajar yang ingin menceburkan diri dalam
bidang industri telekomunikasi. Ini adalah salah satu kejayaan yang besar bagi
Syarikat Tm berhad kerana mampu membantu mengurangkan kadar
pengangguran dikalangan remaja-remaja di Negara kita pada hari ini. Universiti
Multimedia yang beroperasi di cyberjaya dan juga Melaka pada hari
menyediakan empat fakulti, antaranya adalah fakulti multimedia kreatif, fakulti
kejuruteraan, fakulti teknologi maklumat, dan fakulti pengurusan. Selain dari
itu, Syarikat Tm bersama-sama menjayakan salah satu daripada seruan
kerajaan dalam Multimedia Super Corridor. Ini membuktikan Syarikat Tm
berhad adalah banyak menyumbang dalam kemajuan industri pendidikan di
Negara kita pada hari ini. Dalam mengecapi kejayaan, syarikat Tm berhad juga
menyediakan Kolej Multimedia untuk melatih para pelatih-pelatih yang bakal
bekerja di Telekom Malaysia Berhad. Penubuhan Kolej Multimedia ini adalah
salah satu pemangkin kepada kemajuan teknologi dinegara kita kerana ia
adalah tulang belakang bagi Tm berhad untuk melahirkan para pekerja yang
cekap. Pelatih-pelatih di kolej multimedia di ajar mengenai teori dan juga
praktikal berkaitan industri telekomunikasi. Hal ini membantu para pelatih untuk
menjalankan kerja dengan baik dan cekap sewaktu di alam pekerjaan. Selain
itu, Kolej Multimedia juga menyediakan asrama, biasiswa dan pinjaman bagi
pelatih-pelatih sebagai keperluan untuk menjalani pengajian. Yayasan Tm
berhad adalah satu inisiatif daripada Tm berhad untuk memberi penghargaan
kepada para mereka yang berjaya dan selain itu yayasan ini juga adalah salah
satu daripada penyumbang untuk meningkatkan lagi minat para pelajar masa
kini untuk menceburi industri telekomunikasi.
Dalam mencapai ke tahap yang lebih baik, Syarikat Tm berhad
menghadapi berbagai-bagai masalah yang boleh dikatakan dapat member
kesan negatif kepada Syarikat Tm. Faktor-faktor persekitaran luaran adalah
penyumbang utama dalam menimbulkan konflik yang dapat menjejaskan
ekonomi Syarikat Tm. Faktor ekonomi politik adalah satu daripada faktor
persekitaran luaran yang perlu di ambil kira. Di era globalisasi pada hari ini,
penggunaan telekomunikasi adalah sangat berguna kerana pada hari ini
perdagangan elektronik merupakan suatu yang tidak asing lagi di seluruh
dunia. Perdagangan elektonik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi
atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Pada
tahun 2001, gedung membeli-belah berangkai online shopping telah menarik
keuntungan $3.5 juta hingga $6 juta di Amerika Syarikat. Di Malaysia, gedung-
gedung seperti parkson, Sapura, 3Comm, dan Biz.st telah menawarkan khidmat
beli-belah berangkai. Hal ini disebabkan kadar penggunaan internet yang tinggi
akan menggalakkan penawaran sedemikian. Dalam satu keratin pada majalah
star, 31-7-1999 mendapati bahawa pada tahun 1994, terdapat 500,000
pengguna yang berdaftar dengan Jaring dan Tm net.. Kemajuan yang dikecapi
ini, membolehkan para pengguna pada hari ini tidak perlu lagi keluar membeli
belah sehari-harian tanpa gangguan kesesakan kerana semuanya dapat di
uruskan dengan menggunakan teknologi maklumat yang hanya perlu dilakukan
dirumah. Implikasi daripada kemajuan ekonomi didalam telekomunikasi adalah
kolonialisme elektronik iaitu suatu pergantungan hubungan yang dibentukkan
melalui import peralatan komunikasi, perisian asing, bersama-sama dengan
jurutera, juruteknik, dan protokol. Kesemua ini akan membentuk satu siri
norma asing, nilai, dan jangkaan dalam tahap yang berlainan yang akan
mengubah budaya serta sosialisasi tempatan lebih-lebih lagi dinegara kita yang
berbilang bangsa ini. Kolonialisme perdagangan mengambil kesempatan keatas
buruh yang murah, ia merupakan salah satu tindakan yang melibatkan tenaga
buruh secara fizikal untuk mengeksploitasi sumber tempatan. Namun,
Kolonialisme elektronik mengambil kesempatan keatas minda manusia yang
bertujuan untuk mempengaruhi perangai, tingkah-laku, keinginan,
kepercayaan, cara hidup, corak pembelian pengguna atau pandangan
pengguna dalam menentukan kualiti sesuatu barangan (Mc Phail, 1987).

Kolonialisme elektronik ini adalah suatu kesan implikasi yang secara


kasarnya adalah mudah dan cepat tetapi, disebaliknya mendatangkan kesan
negatif kepada Negara kita. Dalam mencegah hal seperti ini supaya berleluasa,
pihak pengurusan Tm berhad adalah antara badan yang sama-sama harus
bertanggungjawab untuk mencegahnya. Cara pentadbiran diperlukan bagi
memperoleh pandangan daripada masyarakat melalui debat terbuka yang
bebas. Dalam era globalisasi yang serba canggih pada hari ini, membuat
keputusan dengan cepat adalah salah satu faktor penting yang menjamin
kemajuan sesebuah Negara. Melalui saluran maklumat yang terbuka dan cepat,
rakyat mampu menilai sebarang permasalahan atau isu secara bersama dan ini
adalah kepentingan untuk menjanakan kuasa dalam membanteras masalah
kolonialisme elektronik daripada menular di Negara.

Kesan teknologi telekomunikasi maklumat terhadap pekerjaan adalah


salah satu daripada implikasi kemajuan arus telekomunikasi yang perlu dihadapi
dan diatasi. Penggunaan teknologi maklumat di kilang, pejabat, dan sektor
perkhidmatan telah mencetuskan kebimbangan pekerja bahawa mereka akan
digantikan dengan peralatan. Dalam hal ini, Syarikat Tm berhad terpaksa
berhadapan isu yang berkaitan politik. Berdasarkan yang diperolehi daripada
pencapaian Negara-negara maju seperti Amerika syarikat dan jepun, dapat
menyangkal teknologi maklumat tidak bukanlah faktor penyebab kurang
pekerjaan. Merujuk kepada 1994, White Paper Of the European Commision On
Growth, Competitiveness, and Empoyment antara tahun 1970 dan 1992,
ekonomi amerika syarikat bertumbuh sebanyak 70% sementara pekerjaan
bertumbuh 49% manakala ekonomi bagi Negara jepun meningkat sebanyak
173% dan pekerjaan sebanyak 25%. Disamping itu, antara tahun 1993 hingga
1996 apabila kebanyakan Negara eropah berhadapan dengan kadar
pengangguran yang tinggi, Amerika Syarikat iaitu sebuah Negara yang
menggunakan teknologi telekomunikasi maklumat dalam pejabat dan kilang
telah menghasilkan lebih 8 juta pekerjaan baru (Castells, 1996).

Dalam hal ini, sesetengah masyarakat masih lagi berfikir bahawa kemajuan
arus teknologi di Negara ini memberikan kesan kepada peluang pekerjaan
kerana secara nyatanya ia mengurangkan tempoh kerja per unit pengeluaran.
Selain itu juga implikasi daripada kemajuan ini, masyarakat akan berpendapat
ia akan membawa kepada pengasingan jenis pekerjaan yang lebih nyata
terutamanya pekerjaan yang bersabit dengan maklumat dan pekerjaan yang
tidak. Hal ini, adalah boleh dikatakan suatu yang perlu dan segera di selesaikan
oleh pihak pengurusan Tm berhad kerana isu ini berkaitan dengan politik
dinegara kita. Untuk tidak membiarkan hal ini supaya berleluasa pihak Tm
berhad perlu lah mengambil tindakan yang cepat dan tepat, adalah perlu
kerjasama daripada kerajaan untuk mengenakan dasar serta garis panduan
bagi mewujudkan peluang pekerjaan di dalam sektor yang akan
menguntungkan keseluruhan sistem ekonomi Negara misalnya sektor sokongan
perkhidmatan. Ini dapat dibuktikan dengan penubuhan intitusi-institusi oleh Tm
berhad seperti Kolej Multimedia yang berfungsi sebagai tempat melatih para
belia Negara yang bakal menceburi bidang pekerjaan telekomunikasi. Melalui
penubuhan ini, jelaslah bahawa Tm berhad mampu untuk mengurangkan serba
sedikit peratus pengangguran akibat daripada arus kemajuan telekomunikasi
teknologi maklumat di Negara kita. Selain itu, Tm berhad juga membuat
berbagai inisiatif seperti memberikan peluang kepada mereka yang berminat
menceburi bidang perniagaan untuk bersama-sama Tm berhad bergiat dalam
arena perniagaan. Sebagai sebuah syarikat yang boleh diklasifikasikan sebagai
syarikat gergasi di Negara ini Tm berhad mampu untuk membuktikan kemajuan
telekomunikasi teknologi maklumat bukanlah faktor penyebab masalah
kekurangan pekerjaan malah ia adalah satu pemangkin kepada masyarakat kita
pada hari ini untuk mengejar kemajuan sama ada dari segi ekonomi, politik,
dan sosial standing dengan Negara-negara maju yang lain berlandaskan dan
berteraskan kepada kepercayaan kita terhadap pencipta alam.
Cetak rompak adalah satu daripada isu yang hangat diperkatakan pada
hari ini, cetak rompak yang semakin menular pada hari ini menyebabkan ianya
sudah menjadi kebiasaan sehinggakan menimbulkan banyak implikasi yang
timbul akibat daripada masalah cetak rompak ini. Bagi syarikat Tm berhad, ini
adalah masalah yang sangat serius untuk diatasi. Arus kemajuan pada hari ini
membolehkan sesiapa sahaja boleh mengakses internet untuk mendapatkan
berbagai-bagai bahan contohnya lagu. Adakah teknologi maklumat ini benar
memberi kesan, ianya dapat dilihat melalui industri hiburan tanah air kita.
Masalah yang dihadapi adalah penjualan-penjualan cakera padat DVD dan VCD
serta CD di pasaran kini semakin merosot kerana semua samaada lagu atau
wayang senang untuk di dapati di internet. Hanya dengan melayari dan
memuat turun sahaja sesebuah fail lagu ataupun wayang yang sudah ditukar
dalam bentuk bit iaitu bentuk nombor, seseorang itu sudah boleh
memperolehinya tanpa pergi ke pasar raya untuk mendapatkan cakera padat.
Ini adalah sesuatu yang sukar di bendung oleh kerajaan kerana masyarakat
pada masa kini lebih mementingkan faktor penjimatan, masa, dan bukannya
faktor kualiti sesuatu bahan. Mungkin adalah penyebab utama cetak rompak
sering dikaitkan dengan industri hiburan adalah kerana bahan-bahan yang
terhasil daripada industri hiburan adalah maya. Hal inilah yang menyebabkan
masyarakat pada hari ini tidak mementingkan mutu atau kualiti sesebuah lagu
atau filem. Dalam hal ini, pihak Tm bukanlah sasaran untuk menjadi tempat
penyebab masalah cetak rompak. Masalah cetak rompak ini mampu diatasi
dengan membuat satu laman khas yang berfungsi untuk tempat memuat turun
sesebuah data lagu atau wayang. Pihak pengurusan Tm berhad juga boleh
membuat kerjasama dengan syarikat-syarikat yang bergiat dalam industri tanah
air untuk memberikan syer setiap muat turun yang dibuat. Dengan ini, ia dapat
menyelesaikan masalah ini daripada menular dinegara kita. Ia juga mampu
menjamin masa depan industri tanah air supaya terus maju di mata dunia.

Antara faktor lain penyebab kepada masalah teknologi maklumat di


Negara kita yang mampu member kesan kepada Tm berhad adalah
penggunaan surat elektronik. Surat elektronik membolehkan pengguna yang
menggunakan aplikasi ini mempunyai kebebasan teks, namun pada hakikatnya
sebenarnya pembekal dapat mengakses keatas setiap surat-surat elektronik
tersebut. Setiap surat-surat akan disimpan didalam bank data sekurang-
kurangnya enam bulan, walaupun surat tersebut sudah dibuang daripada fail
atau komputer (meyer,1999). Ini adalah mengurangkan privacy berbanding
dengan penggunaan cara yang lama. Akibat daripada ini banyak implikasi yang
timbul seperti penipuan didalam pelaburan internet, yang boleh mendatangkan
kerugian yang besar bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada ekonomi
Negara. Penyebab utama penggunaan surat elektronik kini semakin menular
dikalangan masyarakat adalah disebabkan pelbagai surat elektronik dewasa ini
tidak mengenakan sebarang bayaran contohnya, yahoo mail, American express,
mail city, hotmail dan sebagainya yang telah menarik pengguna yang ramai.
Namun begitu, pergantungan kepada surat elektronik akan mengurangkan
kepentingan persuratan konvensional kecuali melibatkan persuratan rasmi atau
penghantaran barang-barang. Untuk mengelakkan masalah ini daripada terus
diperkatakan oleh masyarakat pihak pengurusan Tm berhad menyediakan
berbagai-bagai inisiatif antaranya adalah penubuhan yahoo Malaysia, iaitu satu
daripada laman aplikasi penghantaran surat elektronik. Ini adalah suatu
jaminan yang sangat baik daripada pihak Tm berhad untuk mengelakkan
sebarang penipuan akibat daripada surat elektronik. Yahoo Malaysia adalah
sebuah laman web yang sepenuhnya di kendalikan oleh rakyat Malaysia sendiri
dibawah Tm berhad. Selain itu, penubuhan beberapa jawatankuasa seperti
dibawah Jabatan Polis Negara iaitu Jabatan siasatan Jenayah Komersial yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan kes-kes penipuan yang berkaitan
dengan penipuan di dalam surat elektronik amnya internet. Selain itu, pihak
pengurusan Tm berhad perlu kerap membuat kursus atau kempen kepada
masyarakat untuk membolehkan masyarakat untuk menentukan saluran mana
yang boleh digunakan dan baik untuk penghantaran surat elektronik.

Dengan cara ini pihak Tm berhad akan dapat menegah penipuan surat
elektronik di Negara kita. Untuk lebih memperkasakan sistem kawalan laman
web interaktif lebih-lebih lagi yang melibatkan penghantaran surat elektronik
pihak TM berhad mengambil langkah dengan memberi penekanan kepada
pengedar komputer dan aplikasi multimedia software supaya memberi
penerangan yang jelas kepada setiap pelanggan yang dating untuk membeli
komputer ataupun aplikasi multimedia software, ini adalah penting kerana
dengan adanya penerangan yang lebih mendalam mengenai ini, ia dapat
membantu para pengguna untuk mengendalikan komputer dengan lebih
selamat. Contohnya, kebanyakan masyarakat pada hari ini menggunakan
windows yang tidak berdaftar. Windows adalah satu perisian multimedia yang
sangat penting untuk menjana sesebuah komputer. Ia berfungsi sebagai sistem
pengoperasian sesebuah komputer. Melalui dapatan yang diperolehi, pada hari
ini ramai pengguna menggunakan menggunakan windows pirate, atau lebih
dikenali sebagai cetak rompak. Hal ini menyebabkan banyak masalah yang
boleh timbul antaranya ialah sistem keselamatan pada sesebuah komputer
secara otomatik akan menjadi lemah dan mudah untuk di ganggu oleh virus
dan sebagainya. Dalam membanteras hal ini, pihak TM berhad dengan
kerjasama dengan kerajaan Malaysia di bawah jabatan Kastam telah mengambil
banyak langkah yang positif yang mampu mencegah hal tersebut daripada
terus menular di Negara kita. Antara langkah-langkah yang diambil adalah
membuat operasi besar-besaran di seluruh Negara sekaligus membuat
penangkapan bagi mereka yang terlibat dalam penjualan CD aplikasi perisian
sistem pengoperasian komputer yang cetak rompak atau windows pirate. Selain
itu, kemajuan teknologi yang membawa kita kepada pelbagai bentuk media
massa yang memberi amaran dan peringatan pada hari ini juga digunakan
sebagai salah satu cara bagi membanteras penjualan CD cetak rompak ini.
Rajah 4 : Aplikasi perisian sistem pengoperasian tidak berdaftar

Jenayah siber adalah salah satu isu yang timbul implikasi daripada
kemajuan telekomunikasi pada hari ini. Hal ini adalah amat serius kerana ianya
berlaku secara meluas pada hari ini. Hal ini menjadi salah satu daripada
masalah yang timbul kepada pihak TM berhad dan ianya adalah salah satu
bebanan yang perlu ditegah supaya kadar kes jenayah siber dapat dikurangkan
dari masa ke semasa.

You might also like