You are on page 1of 49

SISTEM RANGKA

• Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi


tubuh . Terdapat 206 ketul tulang pada rangka
manusia.
• Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan
struktur-struktur sokongan seperti ligamen,
tendon, kartilej dan sendi.
Sistem rangka
Komponen sistem rangka
• Mempunyai lapisan luar yang kuat, keras, tebal dan
bahagian tengah berongga yang mengandungi sum
sum.
ligamen
• Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau
lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak.
• Ligamen berfungsi untuk mengekal dan
menetapkan tulang pada kedudukannya serta
membolehkan pergerakan pada sendi.
Kartilej

• Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada


saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-
hujung tulang yang membentuk sendi.
• Berfungsi untuk melindungi tulang daripada
haus apabila bergeseran antara sendi dan
sebagai penyerap apabila berlaku hentakan
pada tulang.
Tendon
• Tisu berfiber tidak kenyal yang sangat kuat.
Berfungsi untuk melekatkan otot dengan
tulang.
Sendi
• Tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan.
• Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi
tanpa gerak (synarthroses) sendi yang mempunyai
gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang
boleh bergerak bebas (diathroses).
Fungsi sistem rangka
fungsi huraian contoh
Sokongan Tulang membentuk rangka tubuh bagi Perlekatan otot-otot pada
menyokong tisu-tisu lembut dan organ tulang-tulang rangka
tubuh
Perlindungan Rangka melindungi organ dalaman yang Tulang rusuk melindungi
penting seperti saraf tunjang, jantung paru-paru dan jantung
dan mata
Pergerakan Tulang-tulang akan bertindak sebagai Sendi lutut melibatkan
tuas bagi menghasilkan pergerakan tibula, fibula dan femur
apabila otot yang melekat pada tulang
berkontraksi.
Pembentuka Sum-sum dalam tulang menghasilkan Sternum, femur, pelvis
n sel-sel sel darah merah, sel darah putih dan dan humerus.
darah platlet.
Penstoran Tempat penstoran mineral seperti Lemak distorkan dalam kaviti
mineral kalsium dan fosforus. Mineral ini akan tulang. Jika
dikeluarkan untuk kegunaan bahagian diperlukan, lemak akan
lain pada tubuh apabila diperlukan. diserap ke dalam darah
dan digunakan oleh tisu
lain sebagai sumber tenaga
Jenis-jenis Sistem Rangka
Sistem Rangka terdiri daripada dua iaitu :

• axial (paksi). Contoh tengkorak, sternum,


tulang rusuk, dan tulang vertebra.
• appendicular (hujung/keluar dari badan).
Contoh klavikel, skapula, radius,ulna .
Jenis tulang

• Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang.


• Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang
memenuhi keperluan khusus bagi tulang
tersebut.
• Tulang-tulang boleh diklasifikasikan
berdasarkan kepada empat bentuk.
Tulang panjang

• Ukuran panjang mesti melebihi ukuran lebar


tulang. Berfungsi sebagai tuas untuk
memudahkan pergerakan. Kebanyakkan terdiri
daripada tulang mampat.

• Contoh:- humerus, radius, ulna, femur, tibia,


fibula dan falanges
Tulang pendek

• Ukuran panjang dan lebar tidak banyak


perbezaan.
• Berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang
yang tertutup serta sedikit berongga.
• Berfungsi untuk memindahkan daya. Contoh:-
karpal dan tarsal.
Tulang leper/pipih

• Berbentuk pipih, nipis dan melengkung.


berfungsi sebagai tempat pelekatan otototot
dan melindungi organ-organ di bawahnya.
• Contoh:- kranium, rusuk dan sternum.
Tulang tak sama bentuk

• Tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam


tulang panjang, pendek atau leper.
• Berfungsi sebagai tempat perlekatan otot.
Contoh:- vertebra, lumbar, sakrum dan
koksiks.
Struktur Tulang
• Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang
teguh bagi membolehkan pergerakan dalam
aktiviti fizikal.
• Pertumbuhan tulang berlaku secara diameter
dan secara memanjang.
• Terdiri daripada empat lapisan iaitu
periosteum, tulang mampat, tulang berongga
dan sum-sum tulang
Periosteum

• Lapisan pertama pada tulang dan mempunyai


selaput luar yang nipis.
• Terdiri daripada osteoblas (sel pembentukan
jaringan tulang). Ia menyediakan saluran
darah dan saraf ke tulang.
• Berfungsi menghasilkan sel-sel untuk
membesar secara diameter dan melindungi
diafisis.
Tulang mampat (diafisis)
• Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai
bahagian batang yang halus dan keras serta
disaluti periosteum.
• Lapisan ini melingkari kaviti medulari yang
mengandungi lemak.
Tulang berongga (epifisis)

• Lapisan ketiga dan terletak pada kedua-dua


hujung tulang panjang. Terdiri daripada
lapisan nipis tulang mampat.
Sum-sum tulang

• Lapisan paling dalam pada struktur tulang.


• Berperanan menghasilkan sum-sum asal dalam
tulang.
Perkembangan dan Pembentukan Tulang

Sel-sel tulang
• Tulang terdiri daripada sel tulang berfiber
kolagen dan bahan matriks bermineral padat.
• Terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang
merembeskan bahan matriks organik fiber-
fiber untuk memerangkap mineral.
• Osteoblas yang matang dikenali sebagai
osteosit.
• Osteoklas ialah sel-sel yang melarutkan
mineral dalam tulang. Osteoblas dan osteoklas
akanbertindak untuk mengubah ketumpatan
dan bentuk tulang.
• Osteoblas aktif ketika usiamuda atau kanak-
kanak manakala osteoklas aktif kepada orang
dewasa.
Osifikasi tulang

• Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang


lembut) terbina daripada kartilej hialin.
• Tulang lembut ini membentuk tulang keras
yang dihasilkan melalui proses osifikasi tulang.
• Proses ini berlaku ketika usia embrio enam
minggu dan berterusan sehingga dewasa
Proses osifikasi tulang
Peringkat semasa proses osifikasi tulang:
i. Osteoblas menyaluti kartilej hialin dengan
bahan matriks bermineral.
ii. Osteoblas memendapkan bahan matriks
bermineral dalam kartilej ke bahagian dalam
tulang. Osteoblas beransur-ansur bertukar
menjadi osteosit untuk membentuk tulang
baru.
iii. Kartilej yang terdapat pada bahagian dalam
tulang akan menjadi keras.
iv. Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang
dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk
kaviti medulari
Tumbesaran tulang

• Tumbesaran tulang berterusan sehingga


remaja. Semasa proses tumbesaran, sel-sel
pada plat epifisial tulang panjang akan
membahagi secara mitosis untuk
memanjangkan tulang.
• Semasa proses ini berlaku osifikasi terus
terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis.
• Pada akil baligh, hormon estrogen dan
testosteron akan merencatkan pembahagian
sel-sel pada plat epifisial.
• Plat efipisial akan mengecil. Pada usia18
tahun, tumbesaran tulang secara memanjang
terhenti dan sel-sel pada plat epifisial juga
akan berhenti.
• Tetapi, osifikasi tulang akan terus berlaku
sehingga lapan tahun berikutnya.
Keperluan mineral, vitamin dan hormon

Garam mineral

○ Kalsium dan fosfat diperlukan untuk


tumbesaran tulang.
○ Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk
tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan
berat tulang.
Vitamin
○ Vitamin A, D dan C diperlukan untuk
tumbesaran tulang.
○ Vitamin D merangsang penyerapan serta
mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam
tulang. Ini membolehkan struktur menjadi
lebih kuat.
○ Vitamin A dan C pula diperlukan untuk
tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang
yang rosak.
Hormon

○ Hormon-hormon tiroid, estrogen dan


testosteron diperlukan untuk merangsang
proses tumbesaran tulang.
Sendi

• Sendi ialah tempat pertemuan antara tulang-


tulang atau kartilej dengan tulang.
• Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya.
• Pergerakan sendi pula ditentukan oleh
kelenturan tisu perantaraan yang mengikat
tulang serta kedudukan ligamen, otot, dan
tendon.
• Terbahagi kepada dua jenis iaitu sendi
berdasarkan struktur dan sendi berdasarkan
fungsi.
Fungsi sendi

Sinartosis
• Merupakan sendi tanpa gerak iaitu tiada
pergerakan yang berlaku. Sebagai
• Contoh, sutur antara tulang-tulang tengkorak.
Amfiartrosis
• Membenarkan sendi melakukan pergerakan
terhad. Sebagai contoh, sendi
• antara tibia dan fibula.
Diartrosis
• Sendi ini membenarkan pergerakan berlaku
secara bebas.
• Sebagai contoh,sendi engsel (sendi siku dan
lutut) melakukan pergerakan fleksi, ekstensi
aduksi, abduksi dan hiperekstensi
Struktur sendi
Fibrous
• Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau
kartilej secara tetap. Sendi ini tidak
• membenarkan sebarang pergerakan. Contoh,
sutur antara tulang kranium.
Sendi cartilagenous
• Pada sendi ini, tulang-tulang disambung
dengan kartilej atau diikat oleh ligamen
• Jenis sendi ini hanya membenarkan
pergerakan yang terhad. Contoh,sendi antara
vertebra.
Sendi sinovial

• Sendi ini diselaputi oleh membran sinovial


yang merembeskan cecair sinovial bagi
melicinkan pergerakan sendi untuk membantu
memelihara kartilej dan mengurangkan kesan
geseran antara dua tulang.
• Jenis sendi membenarkan pergerakan berlaku
secara bebas antara tulang-tulang.
• Terdapat beberapa jenis sendi sinovial iaitu:
i. Sendi lesung (antara humerus dan scapula)
ii. Sendi engsel (humerus dan patella)
iii. Sendi gelungsur (karpal dan tarsal)
iv. Sendi paksi (antara radius dan ulna)
v. Sendi kondil (antara metacarpal dan falang)
vi. Sendi pelana (antara metakarpal pada ibu jari
berartikulasi dengan karpal)
Pergerakan

• Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan


iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi.
Kedudukan biasa
• berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi
badan.
Kedudukan anatomi
• Berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan
menghala ke hadapan.Kaki
• kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar.
Jenis-jenis pergerakan

• Pegerakan tubuh terdiri daripada empat jenis


iaitu:
Linear
• Pergerakan linear adalah pergerakan yang
melibatkan sesaran menegak,mendatar atau
melengkung pada arah dan kelajuan yang
sama.
• Contoh,meluncur dan menggelungsur.
Putaran
• Mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu
putaran. Contoh, supinasi dan pronasi.
Bersudut
• Pergerakan yang lurus tetapi masih bersudut.
Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagian
bergerak dari satu kedudukan ke satu
kedudukan lain.
• Contoh, fleksi, ekstensi, aduksi, abduksi,
sirkumduksi.
Khusus
• Pergerakan yang tiada had seperti fleksi-dorsi, plantar-
fleksi, eversi,
• inverse, elevasi dan depresi.

You might also like