You are on page 1of 12

STAIL PENGAJARAN

STAIL C: STAIL BERGANDINGAN (RECIPROCAL STYLE)

PENSYARAH: Encik Saiful Bahri Bin Mat PELATIH: Ahmad Thorique Bin Rosdin Mohd Farhan Bin Jamaludin

Definisi
Stail ini merupakan satu teknik pengajaran berpasangan yang menggunakan rakan pasangan sebagai penilai (observer). Observer ini juga bertindak sabagai pembimbing serta memberi rangsangan kepada pelaku untuk melakukan tindakbalas yang betul mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh guru. Tugas sebagai penilai dan pelaku akan dijalankan secara bergilir-gilir.

Antara objektif kandungan pelajaran ialah:


1. Guru hanya menjadi fasilitator semasa pelajar melakukan tugasan. 2. Memantapkan sosialisasi dan kemahiran berinteraksi pelajar. 3. Meningkatkan kemahiran komunikasi terutama kemahiran bertutur. 4. Belajar memberi dan menerima maklumbalas daripada pasangan. 5. Memupuk semangat empati dan adab bersosial.

Antara objektif tingkah laku yang ingin dicapai pula ialah:


1.Untuk memperluaskan kemahiran pergaulan dan berkomunikasi. 2. Belajar memberi dan menerima maklum balas daripada pasangan. 3. Belajar dengan ragam sosial 4. Untuk membina ikatan sosial disebalik tugasan 5. Saling mempercayai antara satu dengan lain

Arah komunikasi yang digunakan dalam stail c


P(doer) P (observer)

Guru

Perincian proses pada asalnya adalah untuk memberi maklum balas yang melibatkan seperti perkara di bawah: 1. Mengetahui kriteria-jangkaan tugas. 2. Memerhatikan prestasi pelaksana. 3. Membanding dan membezakan prestasi pelaksana dengan kriteria tugas. 4. Membuat keputusan mengenai persamaan dan perbezaan. 5. Menghubungkan keputusan.

C. Kaedah Pelaksanaan
Pra impak 1. Guru membuat keputusan dalam menyediakan kandungan isi mata pelajaran dan bentuk pembelajaran. Guru menentukan tajuk, fokus dan objektif pembelajaran dalam butiran khusus mengajar. 2. Guru membentuk kriteria-kriteria yang akan dinilai di dalam kad tugasan. Guru menyediakan kriteria-kriteria tersebut. 3. Guru juga menentukan gaya pembelajaran yang akan dijalankan. 4. Menerima ciri persembahan yang betul daripada guru dengan menggunakan kad kriteria yang telah ditetapkan.

Impak
1. Guru hendaklah memberitahu pelajar tujuan stail c ialah untuk belajar dengan rakan sepasangan dan mempelajari bagaimana memberi maklumbalas kepada pasangan. 2. Menerangkan organisasi semasa melakukan aktiviti dan peranan masing-masing sebagai pelaku dan penilai. 3. Peranan pelaku (doer) ialah melaksanakan tugasan yang diarahkan serta melakukan semua 9 keputusan seperti di dalam gaya Stail B. Dalam situasi ini pelaku hanya boleh berkomunikasi dengan penilai.

4. Memerhati persembahan atau tindakan pelaku. 5. Memastikan pencapaian pelaku adalah bertepatan dengan kriteria yang telah ditetapkan. 6. Peranan penilai (observe) ialah memberi maklumbalas pelaku berdasarkan kriteria yang disediakan oleh guru dalam kad tugasan. 7. Maklumbalas ini dilakukan semasa dan selepas melakukan aktiviti. Semasa pelaku membuat keputusan dalam impak, penilai pula membuat keputusan dalam pasca impak .

Pasca impak
1. Membanding dan membezakan pencapaian pelaku dengan kriteria yang telah ditetapkan. 2. Memaklumkan hasil pemerhatian penilai kepada pelaku.

Peranan Guru
1. Menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik agar pelajar menguasai segala konten ilmu yang disampaikan. 2. Menyediakan beberapa altenatif penyelesaian masalah jika penilai memberikan maklumbalas yang tidak tepat kepada pelaku. 3. Sentiasa mengawasi pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai.

Peranan pelajar
1. Menghargai dan memperolehi pengalaman hasil daripada kejayaan melaksanakan tugasan. 2. Memupuk sifat kesabaran, toleransi dan penghormatan yang diperlukan bagi menjayakan proses berinteraksi dengan pelaku. 3. Mempelajari cara memberikan maklumbalas dengan betul dan tepat kepada pasangan.

You might also like