You are on page 1of 20

PENGENALAN

DAN

SEJARAH

SUKAN

BOLASEPAK

Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Permainan ini dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan kod-kod "football" lain. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Antarabangsa Bola Sepak (B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fdration Internationale de Football Association)

Sejarah Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Follow up: Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini. Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fdration Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah: * pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol pasukan lawan. * pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan * lawan pada peringkat awal.

penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol. Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri. Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu. Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2,4-3-3,3-5-2, 3-4-3, dan 4-5-1. Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan. CARA PERMAINAN Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap

sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan. Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan. PADANG PERMAINAN Ukuran Padang hendaklah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol. Panjang : Minimum : 90 m( 100 ela) Maksimum : 120 m ( 130 ela) Lebar : Minimum : 45 m( 50 ela) Maksimum : 90 m ( 100 ela) Perlawanan Antarabangsa Panjang : Minimum : 100 m(110 ela) Maksimum : 110 m ( 120 ela) Lebar : Minimum : 64 m( 70 ela) Maksimum : 75 m( 80 ela) Tanda-tanda Padang permainan hendaklah ditandakan oleh garisan. Garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.

Dua garisan sempadan yang lebih panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol. Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter ( 5 inci) lebarnya. Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah. Pusat padang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan mengelilinginya. Kawasan Gol Satu kawasan gol penalti dikenal pasti pada kedua-dua penghujung padang seperti berikut : Dua garisan hendaklah ditanda bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan 16.5 meter (18 ela) ke dalam padang permainan dan disambungkan dengan satu garisan yang selari dengan garisan gol. Kawasan yang disempadankan oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti. Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu garisan lengkuk berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan dari setiap penalti di luar kawasan penalti Tiang bendera Satu tiang bendera, tidak kurang dari 1.5 meter ( 5 kaki) tingginya, bahagian atasnya tidak ditajamkan dan suatu bendera diletakkan pada setiap penjuru. Tiang bendera boleh juga diletakkan di penghujung garisan tengah, tidak kurang daripada 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi. Lengkuk Penjuru

Suatu suku bulatan dengan jejari 1 meter(1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan. Tiang dan Palang Gol Tiang-tiang gol hendaklah di pertengahan setiap garisan gol. Ia mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan disambungkan di bahagian atasnya oleh suatu oleh palang melintang di mana jarak di antara kedua-dua tiang gol ialah 7.32 meter ( 8ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter ( 8 kaki). Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12sm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol, dengan syarat ia disokong dengan betul dan tidak mengganggu penjaga gol. Tiang dan palang gol hendaklah berwarna putih. Keselamatan Kedua-dua gol hendaklah dipacakkan dengan kukuh ke tanah. Tiang-tiang gol jenis bolehubah boleh digunakan jika ia memenuhi keperluan ini. Keputusan-keputusan Yang Ditetapkan FIFA Jika palang gol terjatuh atau patah, permainan hendaklah diberhentikan sehingga ia diperbaiki atau diletakkan semula. Jika usaha membaikinya tidak dapat dilaksanakan, perlawanan hendaklah ditangguhkan. Kegunaan tali sebagai ganti palang gol adalah tidak di benarkan. Tiang dan palang gol mestilah di perbuat daripada kayu, logam atau sebarang bahan yang di luluskan. Ia berbentuk empat segi sama, segi empat tepat, bulat atau bulat bujur dan tidak berbahaya kepada pemain.

Sebarang bentuk pengiklanan, sama ada jelas atau samar-samar yang ada kaitan tidak dibenarkan di atas padang permainan dan peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan yang diliputinya) dari masa kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang sehingga tamat perlawanan. Penghasilan semula logo atau lambang FIFA, persekutuan, persatuan kebangsaan, liga kelab atau badan-badan lain, sama ada secara jelas atau samar-samar tidak dibenarkan di atas padang permainan, peralatan padang (termasuk jaring gol dan kawasan meliputinya) semasa masa permainan. BILANGAN PEMAIN Perlawanan bolasepak dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan menurunkan tidak lebih dari 11 pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu pasukan menpunyai kurang dari 7 pemain. Perlawanan-Perlawanan Rasmi Tiga pengganti maksimum boleh digunakan di dalam sebarang perlawanan rasmi dikelolakan di bawah naungan FIFA, persekutuan atau persatuan kebangsaan. Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang dinamakan, dari tiga hingga tujuh maksimumnya. Perlawanan-Perlawanan Lain Di dalam perlawanan lain, sehingga lima pengganti boleh digunakan, dengan syarat pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan mengenai bilangan maksimumnya, dan pengadil diberitahu sebelum permulaan perlawanan. Jika pengadil tidak diberitahu atau tiada persetujuan tercapai sebelum permulaan perlawanan, tidak lebih dari tiga penggantian dibenarkan. Semua Perlawanan

Di dalam semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan kepada pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil bahagiandi dalam perlawanan tersebut. Prosedur Penggantian Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, keadaan berikut mestilah diperhatikan : Pengadil diberitahu sebelum sebarang penggantian dibuat. Pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya keluar, dan setelah menerima isyarat dari pengadil Pengganti hanya masuk padang di garisan pertengahan padang semasa

pemberhentian permainan. Suatu penggantian telah lengkap apabila pengganti telah masuk padang Pertukaran Penjaga Gol Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat pengadil diberitahu sebelum pertukaran itu dibuat dan pertukaran itu dibuat semasa bola di luar kawasan permainan Jika pengganti masuk padang tanpa kebenaran pengadil : Permainan diberhentikan Pengganti diberi amaran, dilayangkan kad kuning, dan diperlukan untuk keluar dari padang Permainan dimulakan dengan jatuhan di mana bola berada semasa permainan dihentikan. PERALATAN PEMAIN

Seseorang pemain tidak dibenarkan menggunakan atau memakai sebarang peralatan berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk barang kemas). Peralatan Asas Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain adalah : Jersi atau baju Seluar pendek jika seluar pendek thermal digunakan, warnanya hendaklah menyerupai warna utama seluar pendeknya. Stoking Shinguard Alas kaki Shinguard Dilitupi keseluruhannya oleh stoking Dibuat daripada bahan yang sesuai (getah, plastic, atau bahan yang sesuai) Memberikan perlindungan pada darjah yang munasabah Penjaga Gol Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari pemain-pemain lain, pengadil dan penolong pengadil, serta sepasang sarung tangan. JANGKAMASA PERMAINAN Tempoh masa permainan Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian masa yang sama selama 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya mengurangkan masa permainan kepda 40 minit keranan kekurangan

cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mematuhi peraturan pertandingan. Rehat Separuh Masa Pemain-pemain adalah berhak untuk berehat pada separuh masa. Masa rehat tidak boleh melebihi 15 minit Tempoh masa rehat hanya boleh diubah dengan persetujuan pengadil. Peruntukan Masa Kecederaan Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk semua masa yang terbuang akibat : Penggantian Meninjau kecederaan pemain Pengeluaran pemain tercedera dari padang permainan untuk rawatan Membuang masa Sebab-sebab lain Sepakan penalti Masa tambahan dibenarkan untu sepakan penalty yang diambil pada akhir setiap separuh masa, atau pada akhir masa tambahan. Masa Tambahan Peraturan pertandingan boleh memperuntukkan dua masa tambahan untuk dimainkan Penangguhan Perlawanan Sesuatu perlawanan yang ditangguhkan mestilah dimainkan semual kecuali peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

PERMULAAN DAN PERMULAAN SEMULA PERMAINAN Syiling dilambungkan dan pasukan yang menang dalam lambungan syiling akan memilih bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa. Pasukan pihak lawannya pula akan membuat sepak mula untuk memulakan permainan. Pasukan yang menang lambungan syiling pula akan memulakan separuh masa kedua. Pada separuh masa kedua, pertukaran tempat untuk menyerang ke gol lawan akan dibuat. Sepak Mula Sepak mula ialah suatu cara untuk memulakan semula permainan. pada permulaan permainan selepas suatu gol dijaringkan pada permulaan separuh masa kedua Prosedur Semua pemain berada di kawasannya sendiri. Pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari bola sehingga ia berada dalam permainan. Bola berkeaddan tetap di tanda tengah Pengadil memberikan isyarat Bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke hadapan Penyepak tidak boleh menyentuh bola buat kali kedua sehinggalah ia disentuh oleh pemain lain. Selepas suatu pasukan membuat jaringan gol, pasukan lawannya akan membuat sepak mula.

Kesalahan-kesalahan / Hukuman Jika penyepak menyentuh bola buat kali kedua sebelum ia disentuh pemain lain, sepakan percuma tidak terus diberikan kepada pihak lawan, manakala untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula, sepak mula dibuat semula. Jatuhan Bola Jatuhan bola adalah suatu cara untuk memulakan semula selepas pemberhentian sementara yang diperlukan, semasa bola di dalam permainan, untuk sebab-sebab tidak disebut di mana-mana bahagian undang-undang permainan. Prosedur Pengadil menjatuhkan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan dengan permainan dimulakan semula sebaik sahaja bola menyentuh tanah. Bola dijatuhkan semula jika ia disentuh oleh pemain sebelum ia menyentuh tanah, ataupun bola terkeluar dari padang permainan setelah ia menyentuh tanah, tanpa disentuh mana-mana pemain. BOLA DI DALAM DAN LUAR PERMAINAN Bola berada di luar permainan apabila keseluruhan bola telah keluar dari garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara, dan permainan perlu dihentikan pengadil. Bola sentiasa berada di dalam permainan, termasuk apabila ia melantun daripada tiang gol, palang gol atau tiang bendera penjuru yang berada di padang permainan. Bola juga dikira berada dalam permainan apabila Ia melantun dari pengadil atau penolong pengadil semasa mereka berada di dalam padang permainan. CARA MENENTUKAN JARINGAN

Suatu gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antar keduadua tiang gold an di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran undangundang permainan dilakukan oleh pasukan yang menjaringkan gol. Pasukan Menang Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa perlawanan ialah pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama, atau tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri. Peraturan Pertandingan Untuk perlawanan yang berkesudahan seri, peraturan pertandingan boleh menyatakan tatacara termasuk masa tambahan, atau prosedur-prosedur lain yang diluluskan oleh Lembaga Antarabangsa Persatuan Bolasepak untuk menetukan pemenang

perlawanan. OFFSAID Tidak menjadi kesalahan dengan sendirnya jika berada dalam kedudukan offsaid. Seseorang pemain berada dalam kedudukan offsaid jika dia berada lebih hampir dengan kawasan gol pasukan lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua akhir. Seorang pemain tidak berkedudukan offsaid jika dia berada dalam kawasan padang permainannya sendiri, separas dengan pemain lawan yang kedua akhir atau berada separas dengan dua pemain lawan yang terakhir. Offsaid tidak berlaku jika pemain menerima bola terus daripada suatu sepakan gol, lontaran ke dalam ataupun sepakan penjuru. Untuk sebarang kesalahan offsaid, pengadil akan memberikan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan. KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan dihukum seperti berikut : Sepakan Percuma Terus Diberikan kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah satu dari kesalahan berikut dengan cara yang dianggap oleh pengadil sebagai cuai, gegabah atau melibatkan daya yang tidak berpatutan : menendang atau cuba menendang pemain lawan membentes pemain lawan melompat ke pemain lawan merempuh pemain lawan menolak pemain lawan memukul atau cuba memukul pemain lawan memegang pemain lawan meludah pemain lawan memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol di dalam kawasan penaltinya) melakukan bentesan untuk mendapatkan bola, tetapi melakukan sentuhan ke atas pemain lawan terlebih dahulu sebelum menyentuh bola. Sepakan Penalti Diberikan apabila kesemua kesalahan yang disenaraikan di atas dilakukan di dalam kotak penalti, tanpa mengambil kira kedudukan bola, dengan syarat bola berada dalam permainan. Sepakan Percuma Tidak Terus Diberikan kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya , melakukan kesalahan-kesalahan berikut :

mengambil lebih dari empat langkah semasa mengawal bola di tangannya, sebelum melepaskannya dari kawalan. Memegang bola semula dengan tangannya setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan belum disentuh pemain lain. Memegang bola dengan tangan setelah ia ditendang dengan sengaja oleh rakannya kepadanya. Menerima bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam rakan sepasukan. Membuang masa Sepakan percuma tidak terus juga diberi sekiranya : bermain dengan cara berbahaya menghalang gerakan pemain lawan menghalang penjaga gol melepaskan bola dari tangannya Hukuman (Kad Kuning) Seorang pemain diberikan amaran dan dilayangkan kad kuning apabila dia melakukan salah satu dari kesalahan berikut : berkelakuan tidak bersemangat kesukanan membantah keputusan pengadil dengan perkataan atau perbuatan sentiasa melanggar undang-undang permainan melambat-lambatkan permulaan semula permainan gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan dimulakan semula dengan sepakan sudut atau sepakan percuma. Masuk atau masuk semula ke padang tanpa kebenaran pengadil

Keluar dengan sengaja dari padang tanpa kebenaran pengadil Melakukan lakonan dengan niat memperngaruhi pengadil. Hukuman (Kad Merah) Seseorang pemain diperintahkan keluar padang atau dilayagkan kad merah apabila melakukan kesalahan berikut : bermain dengan amat kasar berkelakuan ganas meludah kepada pemain lawan atau orang lain menafikan peluang jaringan sesuatu pasukan dengan sengaja memegang atau menampan bola di dalam kotak penalty / di atas garisan gol. Menerima kad kuning kedua dalam perlawanan sama Menghalang pemain lawan menjaringkan gol dengan melakukan bentesan keras di dalam kotak penalty, yang boleh diberi sepakan penalty. Menghina atau menyinggung pengadil dengan kata-kata kesat. JENIS-JENIS SEPAKAN PERCUMA Terdapat dua jenis sepakan percuma, sepakan percuma terus atau tidak terus di mana untuk kedua-dua sepakan, penyepak tidak boleh menyentuh bola untuk kali kedua sehingga ia telah dimainkan oleh pemain lain. Sepakan Percuma Terus Jika gol dijaringkan melalui bola yang disepakkan terus ke gol pasukan lawan, gol itu dikira. Sepakan Percuma Tidak Terus

Pengadil mengisyaratkan sepakan percuma tidak terus dengan mengankat sebelah tangan lurus ke udara, dia mengekalkan kedudukan tangannya sehinggalah sepakan percuma tersebut dibuat dan bola telah disentuh pemain lain. Sekiranya sepakan percuma tidak terus dibuat terus ke dalam gol tanpa ada sentuhan pemain lain, gol itu tidak dikira, gol hanya dikira jika sepakan percuma yang dibuat itu disentuh pemain lain terlebih dahulu. PENENTUAN MELALUI SEPAKAN PENALTI Penentuan melalui sepakan penalti adalah salah satu cara menentukan pemenang sekiranya perlawanan berkesudahan seri di mana : Pengadil memilih gol untuk sepakan diambil. Pengadil membuat lambungan syiling dan pasukan yang menang akan membuat sepakan pertama. Pengadil menyimpan semua catatan tentang sepakan yang dibuat. Kedua-dua pasukan akan membuat lima sepakan, tertakluk kepada syarat-syarat berikutnya. Sepakan dibuat secara berselang-seli. Sekiranya salah satu pasukan sudahpun memperoleh jaringan yang lebih berbanding lawannya sebelum lima sepakan dibuat, dan pasukan yang ketinggalan dilihat sudah tidak mampu memintas jaringan berkenaan, maka penentuan boleh ditamatkan. Sekiranya selepas lima sepakan kedudukan masih terikat, kedua-dua pasukan perlu diteruskan mengikut urutan yang sama sehinggalah terdapat pasukan yang menjaringkan lebih gol menerusi jumlah sepakan yang sama. Penjaga gol yang tercedera semasa penentuan sepakan penalti dan tidak berupaya meneruskan aksi, boleh digantikan dengan syarat pasukannya belum menghabiskan bilangan penggantian maksimum dibenarkan.

Setiap sepakan mestilah dibuat oleh pemain yang berlainan dan semua pemain yang layak mestilah membuat sepakan sebelum mana-mana pemain dibenarkan membuat sepakan kedua. Hanya pemain-pemain dan pegawai pegawai perlawanan yang layak sahaja dibenarkan berada di atas padang permainan semasa sepakan dibuat Semua pemain mestilah berada dalam bulatan tengah padang kecuali pemain yang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol Penjaga gol pasukan penyepak hendaklah berada di dalam padang permainan, di luar kawasan penalty di mana sepakan dibuat. SEPAKAN SUDUT / PENJURU Sepakan penjuru diberikan apabila keseluruhan bola, yang akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan yang bertahan melintasi garisan gol sama ada di tanah atau udara Prosedur Bola diletakkan di lengkuk penjuru pada tiang bendera penjuru terdekat Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya 10 ela dari bola sehingga bola berada di dalam permainan Bola disepak pemain pasukan menyerang Penyepak tidak memainkan bola buat kali kedua sehinggalah ia disentuh pemain lain SEPAKAN PENALTI Kedudukan Bola : Diletakkan di tanda penalti Penjaga gol pasukan bertahan : berada di atas garisan gol, menghadap penyepak, di antara tiang gol sehingga sepakan dibuat Pemain-pemain selain penyepak berada : di dalam padang permainan

di luar kawasan penalti atau sekurang-kurangnya 10 ela dari tanda penalti Pengadil tidak akan memberikan isyarat untuk sepakan penalti diambil sehinggalah semua pemain berada di tempat menurut undang-undang. Sekiranya semasa sepakan hendak dibuat, pemain yang melakukan sepakan didapati melanggar undang-undang permainan : pengadil membenarkan sepakan diteruskan jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula jika tidak masuk, perlawanan diteruskan Sekiranya penjaga gol yang melanggar undang-undang : pengadil membenarkan sepakan diteruskan jika boola masuk ke dalam gol, jaringan dibenarkan jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula Sekiranya penyepak menyentuh bola buat kali kedua sebelum bola disentuh pemain lain, sepakan percuma tidak terus diberikan kepada pasukan lawan. LONTARAN KE DALAM Gol tidak boleh dijaringkan terus menerusi lontaran ke dalam Lontaran ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi sama ada di tanah atau udara, dan lontaran diberikan kepada pasukan lawan, pemain yang akhir sekali menyentuh bola dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi itu. Prosedur Semasa melakukan lontaran, pemain yang membuat hantaran ke dalam mestilah : Menghadap padang permainan Sebahagian dari kakinya berada di atas garisan tepi atau di luar garisan tepi

Menggunakan kedua-dua pasukan Melontarkan bola dari belakang melalui atas kepalanya Pelontar tidak boleh menyentuh bola semula sehinggalah ia disentuh pemain lain SEPAKAN GOL Sepakan gol adalah salah satu cara untuk memulakan semula permainan, dan gol boleh dijaringkan terus menerusi sepakan gol, tetapi terhadap gol pasukan lawan. Suatu sepakan gol diberikan apabila keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh pemain pasukan menyerang, melintasi garisan gol sama ada di tanah atau udara. Prosedur bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan gol oleh pemain pasukan bertahan semua pemain lawan berada di luar kawasan penalty sehingga bola berada dalam permainan penyepal tidak memainkan bola buat kali kedua sehingga ia disentuh pemain lain bola dikira berada di dalam permainan sebaik sahaja ia disepak melepasi garisan gol Jika bola yang disepak tidak melepasi kawasan penalty, sepakan dibuat semula.

You might also like