You are on page 1of 2

Sharif Masahor Wira Serawak

Sharif Masahor dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein Brunei sebagai pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang. Beliau mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang. Kewibawaan beliau sebagai pembesar tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke, setelah James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei. Antara tindakan Brooke yang dianggap telah mengambil alih kuasa Sharif Masahor ialah (a) Brooke membina kubu di Kanowit. (b) Pelantikan Henry Steele sebagai wakil British. (c) James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya. Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah mengetuai 150 buah perahu untuk menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin kerana menyokong James Brooke. Tindakan tersebut telah menimbulkan kemarahan Brooke lalu melucutkan jawatan Sharif Masahor di Sarikei. Sharif Masahor telah membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching Angkatan Sharif Masahor telah melancarkan serangan ke atas Kanowit pada tahun 1859. Serangan ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak. Pada tahun 1860, satu pakatan sulit diadakan antara Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong bertujuan untuk menyerang Kuching dan menggulingkan pemerintahan Brooke.

Namun pakatan tersebut terlebih dahulu diketahui oleh Charles Brooke. Dengan bantuan Belanda, beliau berjaya menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di Betawi. Pertempuran yang hebat berlaku antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke di Sungai Sadong. Seramai 64 orang pengikut Sharif Masahor terbunuh setelah kapal dan perahu pasukannya ditenggelamkan oleh Charles Brooke. Sharif Masahor pula berundur ke Mukah. Pada tahun 1861, James Brooke telah memaksa sultan Brunei menyerahkan Mukah supaya pihak British dapat menangkap Sharif Masahor. Akhirnya Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura. Walau bagaimanapun, gerakan penentangan terhadap Brooke tidak berakhir keranamunculnya penentangan daripada pemimpin Banting pada tahun 1894 dan Penghulu Asun pada tahun 1931.

Nota Bistari BANTING Beliau merupakan pemimpin Orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar. PENGHULU ASUN Beliau merupakan pemimpin orang iban di Sungai Kanowit

Kawasan kebangkitan Sharif Masahor semasa menentang keluarga Brooke .

You might also like