You are on page 1of 14

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

1

Biografi Imam Mazhab Empat

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
*

DI20091008C


Abstrak

Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Asy-Syafi`iy dan Imam Ahmad bin Hanbal
merupakan empat orang faqih umat Islam dan `ulama mereka. Kajian ini akan
menghuraikan biografi setiap imam tersebut.

Kata Kunci: Abu Hanifah, Malik, Muhammad bin Idris, Asy-Syafi`iy, Ahmad bin Hanbal,
Imam mazhab, biografi.


,,.
_, ,. _,.- _, .. ,.., _...: ,.., :.. ,.., ._.- ,, ,.., ..,..
,....:. _.:.: ..: ... ,,._. ,.., .. _. _= ,: __,., _,.

_._:: ..:=: . _,; _, ..- :.. ._.- ,, _...: _,.- _, ..
,: ,..: ,..;



IMAM ABU HANIFAH

RIWAYAT HIDUP

Nama beliau ialah An-Nu`man bin Sabit bin Zuta At-Taymiy (
). Beliau dilahirkan di Kufah pada tahun 80H/699M. Beliau merupakan seorang
tabi`in. Abu Hanifah ialah mawla kepada Bani Taymu Llah bin Sa`labah (

*
Pelajar Diploma Pengajian Islam (Pascasiswazah), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
Universiti Malaysia Sabah. Boleh dihubungi di SMK Desa Kencana, Felda Bandar
Sahabat, Peti Surat 61546, 91123 Lahad Datu, Sabah. No. Telefon: 017-6192624, E-mel:
Adou_Fr@yahoo.com, Laman Web: http://ad-diyari.com.

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

2

). Beliau berketurunan Farsi dan ayahnya seorang peniaga kain. Beliau dikenali
dengan nama Abu Hanifah kerana salah seorang anaknya bernama Hanifah.

Imam Abu Hanifah ialah seorang yang kacak, wajahnya tampan, baik janggutnya dan
bagus pakaiannya. Beliau seorang yang tidak begitu rendah dan tidak begitu tinggi.
Beliau banyak memakai minyak `atar dan dikenali dengan bau yang wangi apabila dia
datang dan apabila dia keluar daripada rumahnya sebelum dia dilihat orang.

Beliau dibesarkan di kota Kufah dengan kehidupan yang senang dan mewah. Sejak kecil
beliau sudah terdidik dalam urusan perniagaan dan mendapat kemudahan untuk menuntut
ilmu. Ini menjadikannya seorang saudagar yang berpengetahuan tinggi dan berpegang
teguh dengan hukum Allah. Beliau seorang yang berakhlaq mulia, pemurah, ikhlas,
berani, suka memberi nasihat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi. Beliau sering bangun
malam untuk mengerjakan salat malam dan membaca Al-Quran.

Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rajab tahun 150H/767M ketika berusia
70 tahun.

PENDIDIKAN

Imam Abu Hanifah mendapat banyak peluang menuntut ilmu sejak kecil sehingga ke
peringkat yang paling tinggi. Beliau mempelajari pelbagai ilmu terutama ilmu undang-
undang Islam. Selain daripada menjadi seorang ilmuwan, beliau juga seorang ahli
perniagaan. Penglibatannya dalam perniagaan dan kemantapan ilmu agama
membolehkan beliau mengeluarkan pendapat tentang hukum Islam dan
mempraktikkannya. Beliau cuba untuk memperluaskan perlaksanaan hukum-hukum
Islam dalam setiap bidang kehidupan.

Imam Abu Hanifah berguru dengan beberapa orang `ulama yang hidup sezaman
dengannya. Guru fiqh yang banyak memberi sumbangan kepada dirinya ialah Imam
Hammad bin Abi Sulayman selama 18 tahun. Selain berguru dengan para tabi`in, beliau
juga menemu beberapa orang sahabat Nabi, antaranya Anas bin Malik, `Abdu Llah bin
Abi Awfa, `Abdu Llah bin Al-Hasan, Zayd bin `Aliy, `Abdu Llah bin Al-Haris bin Juz,
dan Ma`qal bin Yasar, Abu t-Tufayl `Amir bin Wasilah.

Imam Abu Hanifah mempunya ramai murid yang masyhur seperti Abu Yusuf, Asad bin
`Amr, Al-Qasim bin Ma`n, Zafr bin Al-Huzayl, Al-Walid bin Aban, Abu Bakr Al-Hazliy,
Ya`qub bin Ibrahim Al-Ansariy Al-Kufiy, Muhammad bin Al-Hasan bin Asy-Syaybaniy
dan Al-Hasan bin Ziyad Al-Luluiy Al-Kufiy.

SUMBANGAN KEPADA TAMADDUN ISLAM

1- Kebanyakan masanya digunakan untuk mengajar di masjid.
2- Berfikiran secara kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fiqh.
3- `Ulama pertama yang menyusun kitab fiqh mengikut bab dan fasl dengan baik
dan tersusun.
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

3

4- Seorang yang amat teliti dalam menentukan hukum mengikut martabat hadis.
5- Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kaedah-kaedah
tertentu.
6- Antara kitab yang ditulis oleh beliau ialah Al-Fiqhu l-Akbar dan Kitabu l-
Faraidh.
7- Beliau juga seorang yang amat teliti terhadap hadis. Beliau hanya menerima hadis
yang sahih dan kuat sanadnya.

PENGARUH MAZHAB ABU HANIFAH

Aliran mazhab Imam Abu Hanifah dikenali dengan nama Mazhab Hanafiy. Sejak ia
muncul, ia tersebar luas dan begitu berpengaruh di Iraq. Mazhab Hanafiy ialah mazhab
rasmi Dawlah `Usmaniyyah, dan masih berpengaruh di negara-negara bekas jajahan
Dawlah `Usmaniyyah seperti Mesir, Syria, Lubnan, Bosnia dan Turki.


IMAM MALIK

RIWAYAT HIDUP

Nama beliau ialah Malik bin Anas bin Abi `Amir bin `Amr bin Al-Haris (
). Beliau digelar Syaykhu l-Islam, Hujjatu l-Ummah, dan
Imam Daru l-Hijrah. Kunyahnya ialah Abu `Abdi Llah ( ). Ibunya bernama
`Aliyah binti Syarik Al-Azdiyyah ( ). Beliau dilahirkan di
Madinah pada tahun 93H/713M, iaitu pada tahun kematian Anas khadam Rasulu Llah.
Datuknya yang pertama, iaitu Malik bin `Amir adalah golongan `ulama tabi`in yang
terkemuka. Moyangnya, `Amir bin Al-Haris adalah seorang sahabat dan pernah
berperang bersama-sama dengan Nabi Muhammad.

Sejak kecil, beliau dididik agar menghormati ibu bapa, orang dewasa dan guru. Beliau
merupakan seorang yang berbadan tegap, kuat serta supa berpakaian cantik dan bersih.

Beliau mempunya pandangan yang bernas, mempunya pendirian yang teguh, bijaksana
dan kuat ingatan. Beliau juga seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, suka
menziarahi orang sakit dan mengiringi janazah. Beliau banyak membantu mereka yang
mempunya hajat dan tidak suka mencela orang lain. Beliau ialah seorang yang
tawadhdhu` dan tidak pernah menunggang kudanya di Madinah kerana menghormati
bumi yang di dalamnya terdapat jasad Rasulu Llah.

Imam Malik meninggal dunia pada pagi hari Ahad dalam bulan Rabi`u l-Awwal tahun
179H/ 789M ketika berusia 89 tahun dan ditanam di perkuburan Baqi`, Madinah.

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

4

PENDIDIKAN

Imam Malik seorang yang banyak mendampingi `ulama Madinah sejak kecil.
Ingatannya sangat kuat sehingga dapat menghafaz Al-Quran dan Hadis sejak kecil.
Beliau merupakan seorang Imam dalam hadis dan riwayatnya dipercaya. Beliau berguru
dengan lebih daripada 900 orang guru daripada kalangan tabi`in dan tabi` tabi`in.
Gurunya yang pertama ialah Imam `Abdu r-Rahman bin Hamzah. Beliau pernah
mempelajari ilmu hadis daripada Ibnu Syihab Az-Zuhriy dan ilmu ar-ray daripada
Rabi`ah bin `Abdu r-Rahman.

Imam Malik mula mengajar ketika berusia 17 tahun di Masjid An-Nabawiy. Kuliahnya
turut dihadiri oleh gurunya sendiri, antaranya Muhammad Muslim bin Az-Zuhriy. Ajaran
Imam Malik mendapat perhatian dan tersebar di Hijaz, Maghribi dan Andalus, Algeria,
Tunisia, Libya, Sudah, Bahrain, Kuwait, Mesir dan lain-lain.

Imam Malik dianggap sebagai tokoh terkemuka dalam ilmu hadis dan fiqh. Adalah diaku
bahawa antara hadis yang paling sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik
daripada Ibni `Umar dan Az-Zuhriy. Apabila ditanya tentang ilmu hadis, Imam Malik
tidak terus keluar menjawab sehingga beliau mandi dan memakai pakaian yang bersih
serta bau-bauan, sebagai penghormatan beliau kepada hadis Nabi.

GURU-GURUNYA

1- Ayyub bin Abi Tamimah As-Sikhtiyaniy ( )
2- Ja`far bin Muhammad As-Sadiq ( )
3- Humayd At-Tawil ( )
4- Dawud bin Al-Husayn ( )
5- Zayd bin Aslam ( )
6- Salim Abu n-Nadhr ( )
7- Sa`id bin Abi Sa`id Al-Maqburiy ( )
8- Abi Hazim Salmah bin Dinar Al-Madaniy ( )
9- Suhayl bin Abi Salih ( )
10- `Amir bin `Abdi Llah bin Az-Zubayr ( )
11- `Abdu Llah bin Dinar ( )
12- `Amr bin Yahya bin `Ammarah Al-Maziniy ( )
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

5

13- Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zuhriy ( )
14- Nafi` Mawla Ibnu `Umar ( )
15- Hisyam bin `Urwah ( )
16- Yahya bin Sa`id Al-Ansariy ( )

MURID-MURIDNYA

1- Ahmad bin Abi Bakr Az-Zuhriy ( )
2- Isma`il bin `Ulayyah ( )
3- Juwayriyah bin Asma ( )
4- Sa`id bin Mansur ( )
5- Syu`bah bin Al-Hajjaj ( )
6- `Abdu Llah bin `Abdu l-Wahhab Al-Hajabiy ( )
7- `Abdu l-A`la bin Hammad An-Narsiy ( )
8- `Abdu r-Rahman bin `Amr Al-Awza`iy ( )
9- Abu Nu`aym Al-Fadhl bin Dakin ( )
10- Muhammad bin Idris Asy-Syafi`iy ( )
11- Ma`n bin `Isa Al-Qazzaz ( )
12- Yahya bin Sa`id Al-Qattan ( )
13- Yahya bin `Abdi Llah bin Bukayr ( )
14- Yahya bin Yahya Al-Andalusiy ( )
15- Yahya bin Yahya An-Naysaburiy ( )
16- Abu `Amir Al-`Aqdiy ( )
17- Abu `Aliy Al-Hanafiy ( )


Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

6

SUMBANGAN

Sumbangan terbesar Imam Malik ialah kitabnya Al-Muwatta (). Kitab-kitab lain:
1- Risalatun Fi l-Qadr ( )


IMAM ASY-SYAFI`IY

RIWAYAT HIDUP

Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-`Abbas bin `Usman bin Syafi` bin As-
Saib ( ) dan nasabnya sampai
kepada `Abdu Manaf datuk Nabi. Gelaran Asy-Syafi`iy adalah sempena nama datuknya
Syafi` bin As-Saib. Beliau dilahirkan di Ghazzah
1
pada tahun 150H/767M pada tahun
kematian Imam Abu Hanifah An-Nu`man bin Sabit
2
. Ibu bapanya berasal dari Makkah
dan mereka menziarahi Palestin ketika Asy-Syafi`iy masih dalam kandungan. Ayahnya
meninggal dunia dan kemudian Asy-Syafi`iy pun dilahirkan. Setelah berusia dua tahun,
mereka kembali semula ke Makkah dan menetap di Sya`bu l-Hayf.

Beliau seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin serta mempunya peribadi yang
sangat tinggi. Ibunya Fatimah binti `Abdi Llah bin Hasan bin `Aliy bin Abi Talib. Beliau
meninggal dunia pada 29 Rajab tahun 204H/820M di Mesir.

PENDIDIKAN

Imam Asy-Syafi`iy mula-mula belajar Al-Quran ketika berusia lima tahun dan telah
menghafaz Al-Quran ketika berusia tujuh tahun. Imam Asy-Syafi`iy mempunya ingatan
yang kuat, berkebolehan tinggi, dan dapat menghafaz semua pelajaran yang diajar.
Apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urusan, beliau diamanahkan
mengambil tempat gurunya untuk mengajar murid-murid.

Imam Asy-Syafi`iy menguasa ilmu Al-Quran, hadis, bahasa `Arab dan lahjahnya, serta
mahir dalam penulisan dan sya`ir. Beliau belajar hadis daripada Sufyan bin `Uyaynah,
Muslim bin Khalid Az-Zanjiy Al-Makkiy ( )
3
, Sa`id bin Salam
Al-Qaddah, Dawud bin `Abdi r-Rahman Al-`Attar, dan `Abdu l-Majid bin `Abdi l-`Aziz.
Beliau belajar ilmu Al-Quran daripada Isma`il bin Qistantin.


1
Juga dikatakan Imam Asy-Syafi`iy dilahirkan di `Asqalan, juga dikatakan di Mina, juga dikatakan di
Yaman.
2
Juga dikatakan pada hari kematian Imam Abu Hanifah.
3
Gurunya ini telah membenarkan Imam Asy-Syafi`iy untuk mengeluarkan fatwa ketika umurnya 15 tahun.
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

7

Di Madinah, Imam Asy-Syafi`iy belajar daripada Imam Malik bin Anas, Ibrahim bin Abi
Yahya As-Samiy, Muhammad bin Sa`id bin Abi Fudayl dan `Abdu Llah bin Nafi` As-
Sani`. Imam Asy-Syafi`iy menghafaz kitab Al-Muwatta Imam Malik ketika berusia 10
tahun semasa beliau di Makkah dan belum lagi berjumpa dengan Imam Malik.

Imam Asy-Syafi`iy telah datang ke Iraq pada tahun 195H dan tinggal di sana selama dua
tahun. Para `ulama di sana telah belajar dengannya dan ramai antara mereka telah
bertukar kepada mazhab Asy-Syafi`iy daripada mazhab asal mereka. Kemudian Asy-
Syafi`iy telah kembali ke Makkah dan kemudian kembali ke Baghdad pada tahun 198H
dan tinggal di sana selama sebulan. Kemudian Asy-Syafi`iy telah pergi ke Mesir
sehingga dia mati. Asy-Syafi`iy mati pada hari Juma`at pada penghujung bulan Rajab
tahun 204H dan dikebumikan di Al-Qarafah selepas `Asar.

SUMBANGAN

1- Mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti
menggunakan hadis yang sahih untuk mengistinbatkan hukum tanpa melihat
statusnya.
2- Tidak menerima kaedah istihsan.
3- Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu hukum.
4- Berijtihad mengikut tempat dan suasana.
5- Berhujah dengan golongan antihadis, disebut dalam kitab Ar-Risalah.
6- Sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah `ibadah.
7- Antara karangan beliau ialah Ar-Risalah, Al-Umm, Ikhtilafu l-Hadis, Al-Musnad
dan lain-lain.
8- Mazhabnya diikuti di Malaysia, Indonesia, Brunai dan Thailand.

MURID

Empat murid yang meriwayatkan daripadanya Mazhab al-Qadim ialah:

1- Al-Hasan Az-Za`faraniy ( ) dan dia ialah Al-Hasan bin
Muhamamd bin Abu `Aliy Al-Baghdadiy Az-Za`faraniy (
).
2- Al-Imam Ahmad bin Hanbal ( ), dan dia ialah Abu `Abdi Llah
Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal Asy-Syaybaniy (
).
3- Abu Sawr Al-Kalbiy ( ) dan dia ialah Ibrahim bin Khalid bin Abi l-
Yaman ( ).
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

8

4- Abu `Aliy Al-Karabisiy ( ) dan dia ialah Al-Husayn bin `Aliy
bin Yazid Abu `Aliy Al-Baghdadiy Al-Karabisiy (
).

Enam murid yang meriwayatkan Mazhab Al-Jadid:
1- Abu Ya`qub Al-Buwaytiy ( ) dan dia ialah Yusuf bin Yahya Al-
Qurasyiy Abu Ya`qub Al-Buwaytiy Al-Misriy (
).
2- Harmalah () dan dia ialah Harmalah bin Yahya bin `Abdi Llah bin
Harmalah bin `Imran At-Tujaybiy Abu Hafs Al-Misriy (
).
3- Ar-Rabi` Al-Jayziy ( ) dan dia ialah Ar-Rabi` bin Sulayman bin
Dawud Al-Jayziy Abu Muhammad Al-Azdiy (
).
4- Al-Maziniy () dan dia ialah Isma`il bin Yahya bin Isma`il bin `Amr bin Ishaq
Abu Ibrahim Al-Maziniy Al-Misriy (
).
5- Yunus bin `Abdu l-A`la ( ) dan dia ialah Yunus bin `Abdu l-
A`la bin Maysarah bin Hafs bin Hayyan As-Sadafiy Abu Musa Al-Misriy (
).
6- Ar-Rabi` Al-Muradiy ( ) dan dia ialah Ar-Rabi` bin Sulayman bin
`Abdu l-Jabbar bin Kamil Al-Muradiy (
).




Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

9


IMAM AHMAD BIN HANBAL

RIWAYAT HIDUP

Namanya ialah Abu `Abdi Llah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad
bin Idris bin `Abdi Llah bin Hayyan bin `Abdi llah bin Anas bin `Awf bin Qasit bin
Mazin Ibnu Syayban bin Zahl bin Sa`labah bin `Ukabah bin Su`b, bin `Aliy bin Bakv
Wail bin Qasit bin Wahb bin Afsiy Asy-Syaybaniy Al-Muruziy Az-Zahliy Al-
Baghdadiy (


). Nasab Imam Ahmad kembali kepada Bani Syayban ( ) dan ia ialah
suatu qabilah daripada Bani Rabi`ah `Adnaniyyah ( ) yang bertemu
nasabnya dengan Nabi pada Nizar bin Ma`d bin `Adnan ( ). Beliau
dilahirkan di Baghdad, Iraq pada bulan Rabi`u l-Awwal tahun 164H/780M. Bapanya
meninggal dunia ketika beliau masih berusia tiga tahun. Ibunya bernama Safiyyah binti
Maymunah binti `Abdu l-Malik Asy-Syaybaniy (
) dari Bani `Amir ( ).

Imam Ahmad adalah seorang yang miskin. Beliau terpaksa mengambil upah menjual kain
dan membawa barang-barang di jalan untuk menyara hidup. Beliau sangat mementingkan
pendapatan yang halal, justeru beliau tidak menerima hadiah atau pemberian tanpa
membuat kerja. Beliau sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Beliau seorang
yang pendiam, suka berfikir dan tegas menentang kemunkaran. Beliau juga tidak
sombong atau bongkak. Beliau mengasihi seseorang kerana Allah. Beliau bergaul dengan
faqir miskin dan selalu memberi bantuan kepada mereka.

Imam Ahmad seorang yang bertaqwa dan baik hati, kurang makan dan minum, serta
banyak melakukan `ibadah. Beliau banyak melakukan salat malam setiap hari sehingga
300 raka`at. Apabila usianya berusia hampir 80 tahun, beliau hanya bersalat 150 raka`at.
Beliau khatam Al-Quran sekali dalam tujuh hari.

Beliau mati pada tahun 231H/855M di Baghdad dalam usia 77 tahun.

PENDIDIKAN

Imam Ahmad menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu dan beliau rajin belajar.
Beliau sentiasa membawa alat tulis dan kertas untuk menulis. Imam Ahmad bin Hanbal
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

10

menghafaz Al-Quran dan mempelajari bahasa `Arab. Beliau pergi mengembara ke
beberapa buah negeri untuk belajar seperti Kufah, Basrah, Syam dan Yaman. Beliau mula
belajar hadis ketika berumur 16 tahun.

Menurut Az-Zahabiy, bilangan guru Imam Ahmad yang dia meriwayatkan daripada
mereka dalam Al-Musnad ialah lebih 280 orang. Antara guru Imam Ahmad yang
masyhur ialah:

1- Al-Qadhi Abu Yusuf ( ), dia ialah Ya`qub bin Ibrahim bin Habib
Al-Ansariy Al-Kufiy Al-Baghdadiy (
).
2- Hasyim bin Basyir ( ), dia ialah Ibnu Abi Hazim Qasim bin Dinar
As-Salmiy Abu Mu`awiyah Al-Wasitiy (
).
3- Mu`tamir bin Sulayman At-Taymiy, Abu Muhammad Al-Basriy (
).
4- Jarir bin `Abdu l-Hamid bin Qurt ( ).
5- Muhammad bin Ja`far bin Ghundar Abu `Abdi Llah Al-Basriy Al-Hazliy (
).
6- Isma`il bin Ibrahim Ibnu Muqsim Al-Asadiy Al-Basriy (
).
7- Waki` bin Al-Jarrah Ibnu Malih Ar-Ruasiy Abu Sufyan Al-Kufiy (
).
8- Sufyan bin `Uyaynah Ibnu Maymun Al-Hilaliy Al-Kufiy Abu Muhammad (
).
9- `Abdu r-Rahman bin Mahdiy Ibnu Hassan Al-`Anbariy Al-Basriy Al-Luluiy
Abu Sa`id ( ).
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

11

10- Yahya bin Sa`id Ibnu Farrukh Al-Qattan At-Tamimiy Abu Sa`id (
).
11- Yahya bin Adam Ibnu Sulayman Al-Kufiy Abu Zakariya (
).
12- Imam Asy-Syafi`iy dan dia ialah Muhammad bin Idris bin Al-`Abbas bin `Usman
bin Syafi` Al-Hasyimiy Al-Qurasyiy al-Matlabiy (
).
13- Yazid bin Harun Ibnu Zazan bin Sabit As-Sulamiy (
).
14- `Abdu r-Razzaq As-Sun`aniy Ibnu Hammam bin Nafi` Al-Humayriy (
).
15- Abu `Asim An-Nabil ( ), dan dia ialah Adh-Dhahhak bin Mukhlid
bin Adh-Dhahhak bin Muslim Asy-Syaybaniy (
).
16- Abu l-Mughirah `Abdu l-Quddus ( ), dan dia ialah `Abdu l-
Quddus bin Al-Hajjaj Al-Khulaniy Abu l-Mughirah Al-Himsiy (
).
17- `Aliy bin `Ayyasy Al-Alhaniy Al-Himsiy ( ).
18- Al-Fadhl bin Dakin ( ), dan dia ialah `Amr bin Hammad At-
Tamimiy ( ).
19- `Affan bin Muslim Ibnu `Abdi Llah As-Saffar Abu `Usman (
).
20- Sulayman bin Harb Ibnu Bajil Al-Azdiy Abu Ayyub (
).

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

12

SUMBANGAN

Kitab-kitab yang ditulis oleh Imam Ahmad:
1- Kitab Al-Irja ( ).
2- Asilatu `Ani r-Ruwati s-Siqati Wadh-Dhu`afa ( ).
3- Al-Asma Al-Kuna ( ).
4- Al-Asyribatu s-Saghir ( ).
5- Al-Asyribatu l-Kabir ( ).
6- Kitabu l-Imamah ( ).
7- Ahlu l-Milalu War-Riddatu Waz-Zanadiqatu Watariku s-Salati Wal-Faraidhi
( ).
8- Al-Iman ().
9- Bab Ahkamu n-Nisa ( ).
10- At-Tarajjul ().
11- At-Tarikh ().
12- At-Tafsir ().
13- As-Salasu l-Ahadisu llati Rawaha Al-Imamu Ahmad `Ani n-Nabiy Fi l-Manam
( ).
14- Juzu Intiqau l-Imamu Muhammad bin `Aliy bin Bahr bin Bariy (
).
15- Juzun Fihi Ahadisu `Ani sy-Syafi`iy ( ).
16- Jawabu l-Imamu Ahmad `An Sualin Fi Khalqi l-Quran (
).
17- Jawabatu l-Quran ( ).
18- Hadisu Syu`bah ( ).
19- Hadisu sy-Syuyukh ( ).
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

13

20- Ar-Raddu `Ala l-Jahmiyyah ( ).
21- Ar-Raddu `Ala z-Zanadiqah ( ).
22- Risalatun Ila Musaddad bin Musarhad ( ).
23- Az-Zuhd ().
24- Kitab As-Sunnatu s-Saghir ( ).
25- Kitab As-Sunnatu l-Kabir ( ).
26- Syi`run `Ani l-Mawti Wal-Yawmi l-Akhar ( ).
27- As-Salah ().
28- Ta`atu r-Rasul ( ).
29- Al-`Aqidah ().
30- `Ilalu l-Hadis ( ).
31- Fadhailu `Aliy ( ).
32- Kitab Al-Faraidh ( ).
33- Fadhailu s-Sahabah ( ).
34- Fadhailu Ahlu l-Bayt ( ).
35- Mukhtasar Fi Usuli d-Din Was-Sunnah ( ).
36- Al-Masail ().
37- Al-Musnad ().
38- Al-Manasiku s-Saghir ( ).
39- Kitab Al-Manasiku l-Kabir ( ).
40- Kitab Al-Muqaddam Wal-Muakhkhar Fi Kitabi Llah (
).
41- Kitab An-Nasikh Wal-Mansukh ( ).
42- Kitab Nafyu t-Tasybih ( ).
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2009). Biografi Imam Mazhab Empat.

14

43- Kitab Al-War`u Wal-Iman ( ).
44- Kitab Al-Wuqufu Wal-Wasaya ( ).

Antara `ulama yang terkenal yang menyebarkan mazhabnya ialah Abu Bakr bin Hani,
Abu Qasim Al-Kharqiy, Muwaffiqu d-Din bin Qudamah, Syamsu d-Din bin Qudamah
Al-Maqdisiy, dan Taqiyyuddin Ahmad bin Taymiyyah. Mazhabnya tersebar ke Mesir,
Iraq, Syria, Hijaz dan Najd.

RUJUKAN:

- . .
- ) / .( . : .
: .
- . .
- ) / ( .
.
.
- . . :
. .
- . .
- .
- .
- .
Bahasa Melayu

1- Fuziah Binti Mohd Ramli, Aminah Binti Idris (2003). Pendidikan Islam
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

You might also like