You are on page 1of 1

Kesahan penting untuk memastikan instrumen adalah stabil dan berjaya mengukur data yang hendak diukur.

Daripada objektif dan persoalan, kajian ini merujuk kepada literatur bagi menyenaraikan konstruk. Kemudian item-item dibina berdasarkan konstruk. Pada peringkat pertama ini, item-item ditentukan kesahan muka atau kesahan gagasan di mana instrumen ini nampak sesuai kerana maklumat yang dikumpulkan selari dengan konsep yang hendak diukur. Soal selidik dibawa kepada 10 orang responden dan meminta mereka meneliti soalan-soalan. Responden ditanya adakah mereka faham dengan semua soalan yang ditanya dan menanyakan apakah yang mereka faham daripada soal selidik tersebut. Temubual ini penting untuk memastikan bahawa responden memahami konsep sebagaimana yang patut mereka fahami. Kemudian, item-item ini diberi kepada pakar konten iaitu yang arif bidang ini iaitu bidang pengurusan untuk mendapatkan kesahan kandungan. Pakar konten hanya meneliti item dan memberi indeks. Kesahan kandungan menentukan instrumen ini memenuhi piawai mengukur konsep yang hendak diukur. Pakar yang ke dua ialah pakar bahasa turut menilai item-item dari segi ayat dan istilah yang digunakan selain daripada memastikan instrumen ini mengandungi aspek yang menyeluruh berdasarkan konstruk. Seterusnya, instrumen diuji kesahan diskriminan untuk memastikan setiap soalan adalah berbeza antara satu sama lain. Kesahan ini didapati semasa kajian rintis dijalankan. Selepas kajian rintis, data soal-selidik menggunakan sistem AMOS untuk kesahan divergen iaitu memastikan ketekalan dalaman item-item. Sistem ini menggantikan soal selidik lain sedia ada yang mengukur konsep yang sama. Selepas kajian rintis dijalankan kebolehkepercayaan item-item ini diuji berdasarkan kaedah ketekalan dalaman menggunakan Alpha Cronbach koefisien.

You might also like