You are on page 1of 10

MASALAH MURID-MURID DALAM PEMBELAJARAN

Antara factor-faktor yang mempengaruhi murid murid dalam pembelajaran ialah : Faktor faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar. Sikap yang kurang minat terhadap pelajaran.

Minat dan sikap seseorang terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan belajar .Murid-murid yang kurang minat dalam pembelajaran adalah amat sukar untuk menarik perhatian ketika guru mengajar, sebaliknya Seseorang murid yang mempunyai minat dan sikap positif terhadap pembelajaran akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru, Cara untukmengatasi masalah tersebut, guru- guru boleh menggunakan set induksi yang menarik. Dengan ini dapat menarik perhatian murid-murid, lebih-lebih lagi wujudnya suasana menarik dalam bilik darjah, guru juga boleh menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan serta dapat menarik perhatian murid, Menggunakan pelbagai rangsangan untuk mengekalkan minatmurid terhadap pembelajaran, serta membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan menggunakan teknik mennyoal dan kaedan inkuiri-penemuan. Kurangnya Motivasi Dalaman Motivasi dalaman, dikenali juga sebagai motivasi intrinsic, adalah diwujudkan daripada rangsangan dalaman. Motivasi dalaman ini merupakan kesediaan belajar yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu dalam proses pembelajaran . Ia mendorong murid-murid ke arah mencapai sesuatu matlamat pembelajaran. Jika seseoprang murid kurangnya motivasi dalaman ini adalah sukar untuk proses peringkat permulaan dalam pembelajaran. Mengikut Bruner (1966) , kanak-kanak yang baru masuk sekolah telah mempunyai dua jenismotivasi dalaman , iaitu intrinsic ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan . Kedua-dua intrinsic ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk menggerakan dan meningkatkan kesediaan belajar kanak-kanak supaya menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebik aktif , mudah, seronok dan berkesan. Kurang kemahiran asas dan pengalaman Untuk mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru, murid-murid hendaklah memperoleh kemahiran asas atau penglaman yang berkaitan ; misalnya untuk belajar operasi bahagi, seseorang murid hsrus menguasai asas operasi darab terlebih dahulu .

Begitu juga bagi murid yang berpengalaman dalam kehidupan di luar bandar akan lebih bersedia dalam topik pertanian daripada murid-murid di dalam bandar . Justeru itu , kemahiran asas dan pengalaman sedia ada merupakan factor penting yang mempengaruhi kesediaan belajar seseorang.

Kurang peka dan tumpuan semasa belajar.

Keadaan suasana dalam pembelajaran tidak sistematik, suram dan kurang tindakbalas daripada pelajar. Dalan hal sedemikian rupa murid kurang tumpuan terhadap pembelajaran. Untuk mengatasi masalah tersebut guru hendaklah merancang pengajaran mengikut kebolehan dan pengetahuan yang sedia ada . Hubungkaitkan kemahiran asas yang telah dikuasai oleh murid dengan kemahiran baru yang akan dipelajari. Gangguan emosi dengan ingatan.

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat , seperti sedih, gembira, takut, dan lain-lain. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama, iaitu seronok ( gembira) atau kurang seronok ( sedih ) , dan cemas ( risau ) atau tenang.Biasanya manusia lebih boleh ingat peristiwa atau pengalaman yang seronok dan mempunyai kecenderongan agar sengaja melupai peristiwa atau pengalaman yang lebih sedih atau kurang seronok. Tentang factor cemas dan risau yang mempengaruhi pembelajaran pula ada kajian-kajian yang berkaitan . Misalnya , Serason (1952) dalam kajiannya mendapati perasaan trhadap peperiksaan ada kaitan rap[at dengan keberkesanan pembelajaran . Mengikut rumusan; didalam apa situasi pembelajaran, sama ada tenang atau cemas, murid yang mempunyai emosi stabil memperoleh keputusan pembelajaran lebih baik daripada murid di bawah emosi tekanan dan cemas. Di bawah situasi pembelajaran yang tenang , emosi yang stabil menunjukkan kemajuan dalam pembelajaran , sedangkan emosi yang kurang stabilnya , kerana ketegangan situasi pembelajaran, menunjukkan kemerosokkan prestasi dzlam pembelajaran mereka.

Bagaimanapun, selain dari faktor peribadi, kecerdasan mental pula merupakan factor penting yang mempengaruhi ingatan . Secara umumnya , murid yang mempunyai kecerdasan tinggi pula mempunyai daya ingatan yang tinggi.

Mudah lupa

Mengikut Teori Kesanan ( Trace Theory ) yang diutarakan oleh ahli-ahli psikologi gestalt, iaitu selepas aktiviti pembelajaran , imejnya akan tertinggal dalam otak . Sekiranya latihan tidak lagi diadakan dalam sesuatu tempoh masa ,kesan yang tertinggal dalam otak akan beransur kabur, dan dengan peredaran masa semakin lama ., kesan itu akan hilang dalam ingatan atau dilupai.Terdapat banyak peristiwa dan pengalaman yang dialami adalah dilupai dalam ingatan mengikut peredaran masa demikian. Misalnya, selepas baru menonton suatu tayangan drama. Kita masih boleh mengingat kembali sebahagian besar isi ceritanya. Tetapi, ingatan ingatan isi cerita akan semakin menjadi kabur semakin lama mengikut tempoh masa beredar, hingga akhirnya tidak dapat mengingatnya lagi selepas beberapa bulan atau tahun kemudian. Cara-cara meningkatkan daya ingatan atau mengurangkan lupaan. mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya mudah diingati oleh murid-murid.. sehubungan ini, guru boleh mengaitkan bahan pembelajaran baru dengan pengetahuan yang sedia ada serta gunakan alat Bantu mengajar yang sesuia untuk meningkatkan kefahaman mereka, dan seterusnya membentuk konsep dengan tepat. Mengajar dengan menggunakan panjan bahan pembelajaran yang berpatutan dan memberi masa yang cukup untuk mengekalkan dalam ingatan dengan aktiviti sokongan sebelum bahan pembelajaran baru diperkenalkan. Mengjar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar . Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya murid merasa seronok semasa pembelajaran . menggalakkan murid dengan memberi ganjaran serta elakkan hukuman yang akan membunuh semangat murid-murid serta mengurangkan daya ingatan.

Kurang kemhiran berfikir

Adalah menjadi tanggapan umum bahawa perkembangan intelek akan membawa perkembangan kemahiran berfikir. Bagaimanapun, untuk meningkatkan kemahiranberfikir, teknik menyoal harus sring digunakandalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna ,selain daripada menggunakan soalan bertumpu untuk mengembangkan daya intelek murid, guru digalakkan pul mengembangkan soalan bercapah untuk membimbing murid berfiki secara analitik, kritik dan rsional. Teknik-teknik yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis ,kritis dan rasional boleh didapati daripada CoRT Thinking Programme yang

disediakan oleh Dr. Edward de Bono. Mengikut beliau, kemahiran berfikir seseorang murid boleh dipertingkatkan melalui tekni8k-teknik seperti berikut: Mengadakan perbincangan di antara murid-murid dalam satu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu ideaatau isu semasa dari segi kebaikannnya dan kelemahannya. Menggunakam tekik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu alternatif , kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesia atau mendapat sesuaturumusan. Membimbing murid-murid supaya mempertimbangkan semua factor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan. Membimbing murid-murid meneliti segala akibat ( berikutan sesuatu tindakan ) yang berlaku dalam jangka masa pendek serta masa jangka panjang.

Rangsangan psikologi

Rangsangan psikologi merangkumi unsur-unsur termasuk analitik atau global, gerak hati, refleksi dan pemprosesan otak kiri atau otak kanan.murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitik ialah murid yang suka belajar sesuatu dengan secara teliti. Murid jenis ini suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci. Manakala , murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang global suka belajar sesuatu dengan secara keseluruhan, iaitu dia suka mengamati aspek-aspek atau perkara secara menyeluruh atau holistik. Gaya pembelajaran yang mempunyai unsure gerak hati merujuk kepadagaya pembelajaran murid yang bergantung kepada angina atau moodnya. Jika anginnya baik, murid ini akan belajar bersungguh-sungguh ; kalau tidak, dia akan berangan-angan dan tidak memberi tumpuan. Untuk jadikan pembelajaran yang berkesan, guru harus sedar bahawa setiap orang murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu tiada satu sahaja kaedah mengajar yang sempurna untuk mengajar semua mueid dalam satu kelas. Jadi strstegi pengajaran yang diguynakan hendaklah bercorak pelbagai jenis. Sehubungan dengan itu , strategi pengajaran yang berkesan ialah strategi berpusatan murid dan bahan . Bagaimanapun , mengikut kajian , strategi yang paling sesuai yang digunakan untuk mengatasi masalah pelbagai perbezaan gaya pembelajaran murid murid ialah pembelajaran masteri yang meitikberatkan penguasaan pembelajaran melalui secara perseorangan , berpasangan , kumpulan dan keseluruhan kelas . Pembelajaran masteri ini pula amat mementingkan aspek perbezaan individu serta penggunakan pelbagai alat bantu mengajar.

ii) Sebutkan 9 cabaran guru Wawasan 2020, sebut dengan jelas.

Wawasan 2020 merupakan satu hasrat kerajaan untuk melihat sebuah negara maju dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pembangunan, pendidikan, politik, sosial dan sebagainya. Namun, untuk melaksanakan negara maju, makmur, aman dan sentosa sudah tentulah kita perlu menempuh dengan pelbagai onak dan ranjau. Tidak semestinya kejayaan dan pembangunan yang dicitakan itu akan diperolehi dengan mudah. Perlu menempuh pelbagai cabaran dan halangan. Kerajaan telah menggariskan 9 cabaran Wawasan 2020 yang perlu ditempuhi. Cabaran yang perlu kita tempuhi ialah untuk mewujudkan negara Malaysia bersatu. Ini merupakan cabaran dan perkara penting dalam membina sebuah negara maju. Ini kerana, negara maju akan terhasil apabila rakyatnya saling bersatu padu, bekerjasama, bertoleransi, saling hormat menghormati dan banyak lagi. Apabila kata sepakat dan persetujuan dicapai maka suatu kerja yang sukar akan menjadi mudah. Apabila rakyat bersatu padu maka amat sukarlah pengkhianat membolosi negara untuk memporak-perandakan masyarakat. Di samping itu, cabaran seterusnya ialah untuk mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas dan maju. Ini kerana, kebebasan kepada rakyat untuk membuat keputusan juga penting. Sekiranya kehendak rakyat disekat atau dihalang maka jiwa mereka akan memberontak. Lama-kelamaan kemajuan yang diinginkan kurang mendapat kerjasama dan tidak akan berjaya. Oleh itu, rakyat perlu diberi kebebasan untuk memilih dan melakukan apa yang diingini selagi tidak menyalahi undang-undang negara.

Cabaran seterusnya adalah untuk mewujudkan masyarakat demokratik yang matang. Walaupun rakyat diberi kebebasan untuk memilih dan membuat sesuatu keputusan tetapi mereka perlu berfikir dengan akal yang logik dan fikiran yang waras. Keputusan atau fikiran yang mengikut perasaan semata-mata tidak boleh diguna pakai. Contohnya dalam pemilihan seseorang pemimpin perlu dinilai dari pelbagai segi agar tampuk pemerintahan kelak akan memajukan semua rakyat. Cabaran yang keempat adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Ini kerana tanpa akhlak dan tingkahlaku yang baik kemajuan sesebuah negara boleh runtuh. Ini terjadi apabila adanya gejala sosial secara berleluasa maka pelbagai wabak penyakit yang tidak ditemui ubatnya timbul. Secara tidak langsung mutu kerja dan kualiti tidak dapat ditingkatkan. Untuk menghadapi Wawasan 2020, kita juga menghadapi cabaran untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. Ini kerana rakyat semakin tamak dan berlumba-lumba untuk membina kekayaan tanpa berfikir kepada insan yang kurang bernasib baik. Senario hari ini melihat orang yang berharta semakin berlimpah- ruah harta dan rezekinya. Sedangkan golongan yang kurang mampu berlumba-lumba mengharapkan bantuan tanpa ingin berusaha dengan titik peluh sendiri. Alangkah bangganya pemimpin dan rakyat seandainya golongan yang berada menolong golongan yang kurang bernasib baik. Manakala, golongan yang kurang mampu ini bercita-cita ingin memajukan diri tanpa meminta ehsan dari orang lain. Ini bermakna ada pertalian diantara kedua golongan. Apabila sikap toleransi ini berjaya dipupuk tidak mustahil hasrat kerajaan pada tahun 2020 akan tercapai. Malah, negara juga menghadapi cabaran dalam mencapai hasrat 2020 iaitu untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. Cabaran saintifik bermaksud halangan dalam melakukan sesuatu mengikut kaedah dan sains. Ini terjadi apabila sesetengah individu masih belum dapat menerima perubahan masa kini yang menjimatkan masa, tenaga dan kewangan. Contohnya dalam bidang pembangunan telah terdapat kaedah moden untuk menggaul simen. Namun, masih ada individu yang tetap menggunakan kaedah lama di mana mengambil masa, tenaga dan pengeluaran kewangan yang banyak. Manakala progresif bermakna perubahan menuju ke arah pembaikan dan kemajuan negara. Sikap ini penting bagi kita merealisasikan Wawasan 2020. Cabaran seterusnya ialah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Ini kerana apabila negara menuntut kepada kemajuan dan pembangunan maka, pekerja dan rakyat terpaksa bertungkus-lumus bekerja untuk mencapai hasrat kerajaan. Jadi, masa banyak dihabiskan untuk bekerja dan kerja yang belum disiapkan. Akibatnya, rakyat tidak berpeluang mengenali dan bertanya khabar sesama mereka sama ada jiran dan saudara. Apabila sesuatu musibah berlaku terhadap seseorang individu mereka tidak mengetahui dan mengambil berat. Sikap mementingkan diri bermaharajalela dikalangan rakyat. Kempen masyarakat penyayang yang dicetus pemimpin hanya sekadar laungan tanpa diimplikasi oleh rakyat.

Negara juga menghadapi masalah untuk mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Apabila negara semakin maju dan membangun maka rakyat menuntut kepada sumber pendapatan yang tinggi. Maka, pelbagai cara akan dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup tanpa memikirkan sumber baik atau salah disisi undangundang. Gejala rasuah dan sebagainya semakin berleluasa. Ini akan menyukarkan kerajaan untuk mendidik rakyat agar bersikap adil dalam mencari rezeki. Untuk mewujudkan masyarakat yang makmur, dinamik, giat dan gentar juga menjadi masalah kepada kerajaan dalam mencapai hasrat Wawasan 2020. Hasrat tersebut tidak akan tercapai andainya masyarakat sendiri terumbang-ambing dalam menuju hala tuju hidup sebenar. Seandainya sikap tersebut disemai dikalangan mudamudi nescaya kita akan menjadi rakyat yang bersikap mulia. Oleh itu, seandainya kita rakyat yang betul-betul sayangkan tanahair, maka seharusnya sama-sama memastikan agar Wawasan 2020 tercapai tanpa sebarang cabaran. Ini semua penting agar kita dapat mengecapi nikmat kemajuan dan pembangunan negara di masa akan datang.

SOALAN 4:
Apakah peranan atau sumbangan guru dalam era globanisasi kini? Sebelum tahun 2000, guru merupakan insan yang mulia, disegani, disanjungi, dan dihormati oleh masyarakat. Masyarakat memandang tinggi dan mengangkat darjat warga pendidik diseluruh pelusuk tanahair. Namun kini, semua sudah berubah. Penghormatan dan sanjungan masyarakat terhadap para guru semakin hilang. Kadangkala guru dicop

pengkhianat anak-anak bangsa sendiri.Dulu lain sekarang lain merupakan ungkapan yang sesuai diletakkan pada kenyataan di atas. Penat lelah guru dalam mencurahkan ilmu kepada pelajar seolah-olah tidak dihargai oleh masyarakat.. Guru takut untuk terus bergelar sebagai seorang guru. Sedangkan mereka mempunyai peranan yang cukup besar dalam arus globanisasi kini. Sememangnya tidak dinafikan, guru pada masa ini memainkan peranan yang cukup besar dalam mendidik pelajar. Mereka bertanggungjawab dalam dalam membina masyarakat pelajar yang berilmu pengetahuan. Dalam gelombang arus kemodenan yang semakin rancak ini, pelajar perlulah diajar dengan ilmu teknologi maklumat, sains dan sebagainya dimana amat penting untuk masa akan datang. Mungkin pada masa ini, ilmu teknologi maklumat yang penting dinegara kita namun pada masa akan datang muncul lagi ilmu baru yang lebih diperlukan dari masa sekarang. Justeru, guru perlulah peka dalam mendidik pelajar. Terdapat segelintir pelajar yang mendapat ilmu menyeleweng dari landasan yang betul. Disekolah mereka mendapat ilmu yang berguna namun diluar waktu sekolah terpengaruh dengan ilmu barat dan pelbagai anasir buruk yang tidak bertepatan ke arah pembangunan negara. Maka, kita selaku guru dimana orang kedua selepas ibu bapa perlulah bersungguh-sungguh dalam mencurahkan ilmu pengetahuan demi kehidupan mereka dimasa akan datang. Di samping itu, guru juga berperanan dalam merealisasikan kemajuan negara. Pelajar yang dididik pada hari ini adalah pemimpin untuk hari esok. Masa depan negara ditangan mereka. Jatuh bangun negara di bawah acuan pelajar hari ini. Seandainya ilmu yang di ajar bertepatan dengan kemajuan negara maka, negara kita sudah pasti akan terus mengalami pembangunan pesat lebih dari hari ini. Contohnya ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk kemajuan negara. Hasrat Wawasan 2020 akan tercapai seandainya pelajar yang dididik dengan ilmu yang mencukupi. Umpamanya, pelajar kursus jurutera yang dididik dengan ilmu agama kemungkinan akan membina sebuah negara maju yang berlandaskan kepada syariat Islam. Maka, sudah pasti negara ini akan mencapai kemajuan seandainya pelajar hari ini di asuh dengan ilmu yang betul. Di samping itu, guru juga bertanggungjawab untuk menyedarkan pelajar tentang peranan mereka pada hari ini dan akan datang. Kederan ini penting bagi mengelakkan mereka terjerumus ke arah perkara yang sia-sia. Pada hari ini, mereka berperanan dengan menimba ilmu sebaik mungkin. Pada hari esok, mereka berperanan menggerakkan agama, bangsa dan agama ke arah ynag lebih maju serta berlandaskan AlQuran dan Hadis selari dengan kemajuan negara. Mereka tidak sepatutnya terjebak dengan kancah maksiat dan menyalahi undang-undang. Nmaun, kebanyakan pelajar hari ini, semakin berani mencuba perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri. Akhirnya masa depan mereka terumbang-ambing kerana tidak mengetahui peranan sebenar yang terpikul di bahu mereka. Walaupun kita telah merdeka selama 48 tahun, namun guru perlu memupuk semangat kecintaan kepada negara di kalangan pelajar. Kemerdekaan, kemajuan dan

pembangunan negara pada hari ini perlu berterusan untuk selamanya. Mereka perlu di ajar agar tidak menjadi perosak dan pengkhianat negara. Tetapi, sebagai pejuang bagi mengekalkan kemerdekaan dan kalimah Allah yang telah lama bertapak di tanahair. Seandainya pelajar tidak di pupuk dengan semangat patriotisme maka tidak hairanlah suatu hari nanti kemerdekaan hari ini akan musnah.Anak bangsa menagih simpati di negara sendiri. Betapa, sedihnya kita seandainya negara yang telah merdeka, dijajah kembali. Bukan senang untuk mendapat kemerdekaan ini. Maka, guru perlulah menitikberatkan seamngat kecintaan tanahair dan berbangga dengan tanahair sendiri bukannya berbangga dengan negara barat yang ingin merosakkan anak bangsa kita. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan Wawasan 2020, guru hendaklah menyemai semangat perpaduan kaum dikalangan pelajar. Semangat ini penting agar kaum-kaum yang terdapat di negara kita dapat bersatu padu, bertoleransi, bertimbang rasa dalam merealisasikan hasrat tersebut. Sebarang perbuatan jenayah dan unsur mengkhianati negara dapat diatasi seandainya ada sifat-sifat teresbut. Kesedaran perpaduan kaum akan menyelamatkan kita dari sebarang pengkhianatan anasir luar. Maka, guru perlu menitikberatkan semangat ini agar sama-sama dapat menyelamatkan tanahair seandainya sesuatu perkara buruk berlaku. Bikan hanya dengan menuding jari semata-mata. Seperti kata pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa jua. Ini penting agar keselamatan, hasrat dan kemajuan untuk pembangunan negara akan berhasil. Oleh yang demikian, guru selaku pendidik anak bangsa haruslah berusaha menyumbangkan peranan di era globanisasi ini. Ini semua agar martabat kita sebagai pendidik akan dijulang kembali.

You might also like