You are on page 1of 6

SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Ciri-ciri khusus Syariah Islam : Berorentasikan wahyu Mempunyai ganjaran duniawi dan ukhrawi Bersifat universal Syumul dan lengkap Sepadu dan seimbang Tetap dan anjal BERORENTASIKAN WAHYU Wahyu ini diturunkan kepada Nabi Muhammmad s.a.w dengan dua pendekatan : a. Wahyu dalam lafaz dan makna iaitu al-Quran b. Wahyu dalam bentuk makna sahaja iaitu al-Sunnah Syariat Islam lebih istimewa berbanding undang-undang ciptaan manusia dari beberapa sudut : a. Segala prinsip dan hukum hakam terpelihara daripada kelemahan, kesilapan dan kekurangan. b. Ia bersifat adil dan berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia di hadapan hukum allah s.w.t. Segala hukum hakamnya mempunyai roh keagamaannya yang bersifat muqaddas (suci) melahirkan rasa taqwa, patuh dan hormat pada diri orang-orang yang dikenakan peraturan itu sendiri. Berbeza dengan undang-undang manusia yang tiada roh agama, ia hanya akan patuhi kerana takutkan hukuman atau denda bukannya dosa.

MEMPUNYAI GANJARAN BERSIFAT DUNIAWI DAN UKHRAWI Syariah Islam memperuntukkan ganjaran serta balasan yang bersifat duniawi dan ukhrawi kepada manusia. Ganjaran ukhrawi adalah lebih utama daripada duniawi kerana akhirat adalah tempat kehidupan yang kekal selamanya kepada manusia. Segala kesalahan manusia dalam kehidupan ini tidak akan terlepas begitu sahaja walaupun telah dikenakan hukuman dunia sekiranya tidak bertaubat kepada allah s.w.t. BERSIFAT UNIVERSAL Syariah Islam bersifa universal dimana ia meliputi semua tempat dan masa. Beberapa factor yang menyokong sifat universal iaitu : a. Menjamin kemaslahatan manusia dulu, kini dan akan dating. b. Syariat memberikan kelonggaran (rukhsah) dalam perlaksanaan hukum apabila ada kesukaran/darurat. c. Dari segi kategori ayat-ayat hukum, nas-nas al-Quran terbahagi kepada beberapa jenis. Ada yang bersifat terperinci (tafsili) dan ada juga yang didatangkan dalam bentuk menyeluruh (kuli). d. Sumber syariah Islam dibahagikan kepada Sumber Asasidan Sumber Ijtihadi. Sumber Asasi adalah al-Quran dan al-Sunnah, manakala sumber Ijtihadi ialah Ijma, Qiyas dan lain-lain yang dipersetujui oleh ulama.

SYUMUL DAN LENGKAP

Syariat Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia. Ianya memenuhi segala keperluan manusia sama ada dalam bentuk dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyat. SEPADU DAN SEIMBANG Seluruh ajaran Islam dan sistem-sistemnya ditegakkan di atas dasar sepadu. Oleh itu, syariat Islam perlu diamalkan secara menyeluruh oleh manusia. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian yang tertentu sahaja maka akan cacat keislaman mereka serta akan pincang kehidupan mereka. Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Bahkan Islam telah menggabungkan antara kedua-duanya, iaitu individu yang cintakan keharmonian dengan undang-undang yang menjamin hak setiap orng agar tidak dizalimi. TETAP DAN ANJAL Segala prinsip dan dasar syariat Islam telah ditentukan oleh Allah s.w.t adalah bersifat tetap dan tidak boleh berubah. Anjal atau fleksibel pula dilihat dari sudut perlaksanaan kepada ketentuan syariat tersebut berasaskan kepada justifikasiyang juga ditentukan olehsyariat seperti lupa, kesakitan yang melarat, kejahilan, terpaksa dan kemudaratan.

PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH


Syariah ditentukanuntuk membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada manusia. Manusia terbahagi kepada tiga golongan : a. Golongan yang taat kepada Allah s.w.t. b. Golongan yang jahat. c. Golongan yang jahil. Golongan yang pertama sentiasa mengingati diri (munasabah) dari perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada golongan yang kedua atau ketiga. Golongan yang kedua memerlukan undang-undang yang keras untuk mencegah mereka dari terus melakukan perbuatan jahat dan rosak. Golongan yang ketiga memerlukan ilmu untuk membangunkan dan memandu kehidupan mereka mengikut jalan yang diredhai Allah s.w.t. Segala makhluk ciptaan Allah s.w.t. mempunyai manfaat dan fungsi masing-masing. Justeru, Allah telah menyediakan dan menyusun suatu peraturan syariat yang membenarkan perkara-perkara kebaikan disamping mengharamkan perkara-perkara yang menyebabkan kemudaratkan. Peranan-peranan syariat diantaranya ialah : a. Membawa pembangunan kepada manusia dan alam seluruhnya. b. Mendidik dan mewujudkan masyarakat yang sejahtera. c. Memelihara lima asa Maqasid al-Syariah (objektif Syariah).

MEMBAWA PEMBANGUNAN SELURUHNAYA

KEPADA

MANUSIA

DAN

ALAM

Pembangunan yang dikehendaki ialah yang membawa kepada kemajuan rakyat dan negara yang termasuk di dalam golongan orang-orang yang berjaya disisi Allah s.w.t. Sejarah telah membuktikan bahawa tokoh-tokoh ilmuan dalam berbagai bidang kepakaranadalah orang-orang yang taat berpegang kepada syariat Islam. MENDIDIK DAN MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG SEJAHTERA Masyarakat yang menghayati syariat akan menjalani corak kehidupan yang bertunjangkan didikan al-Quran. Contohnya pada zaman Khulafa al-Rasyidin yang dapat membentuk keamanan dan keharmonian yang mendaulatkan syariat Islam. MEMELIHARA LIMA ASAS MAQASID AL-SYARIAH Dengan adanya syariah, akanmenjamin hak manusia yang merangkumi keselamatan nyawa, agama, harta dan keturunan (maruah) yang sempurna. Pemeliharaan dan kemampuan memperkasakan lima Maqasid al-Syariah ini pasti akan dapat menjamin pembangunan ummah yang sempurna dan sejahtera. Pembangunan yang dimaksudkan dalam syariat Islam adalah pembangunan yang sepadu antara rohani, jasmani, fizikal dan mental.

Ia boleh dicapai sama ada secara individu, masyarakat, dan negara. Iaitu : INDUVIDU Setiap muslim perlu patuh dan taat kepada syariah yang memberikan hak dan kewajipan yang sama kepada semua manusia. Kita juga turut bertanggungjawab memberi sumbangan terhadappeningkatan taraf hidup diri-sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara. JEMAAH (MASYARAKAT) Dalam masyaraka dunia,umat Islam terbahagi kepada kumpulan majority di sesebuah Negara. Walau bagaimanapun mereka perlu : a. Mempunyai kesedaran dan sentiasa mempertahankan kemuliaan Islam. b. Sentiasa mengamalkan budaya hidup Islam. c. Bersatu hati dan fikrah demi agama Islam. d. Sentiasa melaksanakan tanggungjawab mangikut kemampuan yang masing-masing. KUASA PEMERINTAH (NEGARA) Kerajaan sentiasa berusaha menjadiakn negaranya sesebuah negara maju yang deberkati dan diberi perlindungan oleh Allah s.w.t. Justeru, kerajaan wajib memenuhi hak rakyat sepertimana yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t.

You might also like