You are on page 1of 3

Faktor-Faktor Mendorong Kejayaan SMK Bukit Mewah

Sepuluh tahun lalu, jalan ini terdapat sebuah sekolah. Nama sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Loop. Sekolah ini telah dipandang rendah oleh orang lain akibat pretasinya yang teruk. Orang luar beranggapan sekolah ini merupakan sekolah untuk budak-budak nakal serta kurang berdisplin. Sekarang, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Loop telah berubah. Namanya telah ditukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang sukar ditewaskan dalam pertandingan kokurikulum mahupun pencapaian akademik. Selepas beberapa tahun bekerjasama, muridmurid serta guru-guru telah bertungkus-lumus, menjadikan sekolah ini antara sekolah-sekolah yang berpretasi tinggi. Kami duduk sama-sama rendah, berdiri sama-sama tinggi dengan sekolah berprestasi tinggi yang lain iaitu SMK St Paul, SMK Puteri, SMK Chan Wa dan SMK King George V. Kelab olahraga telah mendapat tempat pertama dalam bidang kokurikulum tiga tahun turut menurut. Atlet-atlet sukar ditewaskan di peringkat sekolah serta peringkat daerah dan kebangsaan. Pencapaian ini tidak dapat diperoleh tanpa bantuan Pn. Elizabeth Chong. Beliau merupakan guru dan juga jurulatih bagi atletatlet ini. Kejayaan mereka pernah sekali dikeluarkan dalam akhbar. Mereka tekun untuk memperoleh kejayaan sehingga setiap hari mereka berlatih pada waktu pagi dan petang. Selain itu, Wushu merupakan sebuah bidang yang kurang popular, tetapi atlet-atlet

Wushu SMK Bukit Mewah juga telah berjaya menguasai semua pertandingan Wushu ini. Mereka juga telah mencapai beberapa pingat emas dalam peringkat kebangsaan. Bukan itu sahaja, pencapaian SMK Bukit Mewah dalam bidang kokurikulum telah banyak meluas dalam permainan tennis,tinju,olahraga,wushu, badan beruniform dan sebagainya. Pencapaian kita dalam bidang akademik tidak dapat dilupakan. Keputusan peperiksaan PMR dan SPM telah meningkat. Kejayaan akademik ini tidak dapat diperoleh tanpa bantuan guru-guru kita yang berdedikasi serta berkemahiran. Displin merupakan faktor yang amat penting dalam pencapaian sebuah sekolah. Sekarang, murid-murid SMK Bukit Mewah adalah di antara sekolah-sekolah yang berdisplin tinggi. Pengawas, guru-guru serta pengetua cemerlang kita, Mr. Cheah Lef Ngan telah banyak bertungkus-lumus untuk mendisplinkan sekolah ini. Kemudahan di sekolah kita juga telah banyak menolong kita mencapai kecemerlangan. Terhadap tempat untuk bidang sukan iaitu, gelangang keranjang, gelangang bola jarring, padang dan gelangang footsall. Terdapat juga makmal-makmal sains, makmal computer, perpustakaan, bilik kuliah dan bilik darjah yang besar dan selesa. Sekarang,terdapat banyak ibu bapa yang berebutrebut bagi mendapatkan tempat untuk anak-anak mereka di sekolah ini. Natijahnya, pengetua terpaksa membuka sesi petang kerana kekurangan bilik darjah di

sesi pagi. Malah, sebuah kelas di sesi pagi tidak kurang daripada 48 orang pelajar. Akhirnya, sekolah yang telah banyak kali dipandang rendah telah berjaya menjadi tempat bernimba ilmu yang baik. Sekolah ini istimewa kerana murid-murid di sini baik dalam bidang kokurikulum serta bidang akademik. Bukan itu sahaja, murid di sini juga mempunyai bakat-bakat yang amat berbeza. Motif sekolah bukan sahaja untuk membina pelajar yang bijak, tetapi juga membina pelajar yang sihat, aktif dan cergas. Pencapaian bukan sahaja senang diperoleh, tetapi hendaklah banyak berusaha untuk mencapainya. Bak kata pepatah, Usaha tangga kejayaan.

You might also like