You are on page 1of 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

SUBJEK :
PKP 3110 KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK DISEDIAKAN OLEH : NORASNITA BT MOHD ALI NURUL SEPIAH BT MOHD NOOR

PENGENALAN
Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik.

Asas perkembangan matematik- bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dan simbolik.

TURUTAN

PENGEKALAN

KONSEP ASAS PENGAJARAN MATEMATIK

PENGELASAN

HUBUNGAN SATU DENGAN SATU

Merupakan urutan bermakna menyusun set objek mengikut arah atau susunan atau gambaran tertentu misalnya daripada yang terkecil kepada yang terbesar.(Charlesworth,1978)

TURUTAN/SERIASI

Tujuannya - untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.

CONTOH SERIASI
Menyusun mengikut pola urutan kecil besar
25 26

22

23

24

nipis tebal

rendah tinggi

pendek panjang

sempit luas

Tema : Bentuk Tajuk : kecil ke besar Hasil pembelajaran : Turutan Menyusun objek mengikut turutan Menyusun objek mengikut turutan objek seterusnya Susun pokok mengikut ketinggian daripada rendah ke tinggi.

Menyusun objek mengikut ciri

Contoh idea dan aktiviti pengajaran : Tajuk : Apa seterusnya Hasli pembelajaran :Turutan Menyusun objek mengikut turutan Menyusun objek mengikut turutan objek seterusnya.
i.

Apa yang seterusnya?

Meletakkan benda berasaskan ciri-ciri yang sama. Tujuan - untuk

PENGELASAN

memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan

perbezaan.

Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)

Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan: Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)

Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)

Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap :Memilih dan membanding


Mengumpul Memilih semula Mengasingkan kumpulan Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.

PERBANDINGAN

proses mengaitkan antara dua benda menggunakan

ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.

Contoh perbandingan

Tebal : nipis Ukuran

Tinggi : rendah

Panjang : pendek

CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN PENGELASAN


Mengasingkan dan kelaskan bahan-bahan di rumah atau dalam
kelas mengikut kategori bahan : saiz,bentuk,tekstur. Mengasingkan dan mengelaskan barang mainan mengikut ciri : warna,bilangan lubang butang,bentuk.
Tema Sekolah saya Tajuk Mainan kami Hasil pembelajaran :- Mengelaskan objek mengikut satu ciri

: warna : saiz : bentuk

???????

????????

Hubungan satu dengan satu

Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza.
Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan, dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.

Contoh padanan satu dengan satu:


Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.

Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dan sudu. Memadan bilangan yang sama. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

Contoh aktiviti
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan Guru mengedarkan kad yang mempunyai simbol nombor matematik kepada kumpulan A. Guru mengedarkan kad yang mempunyai ayat simbol nombor kepada kumpulan B. Semasa aktiviti dijalankan kedua-dua kumpulan mestilah mencari pasangan kad mereka.

Kumpulan A

Kumpulan B

dua

Pengekalan

Konsep pengekalan: i. Prinsip asas konsep ini adalah prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. ii. Prinsip identiti adalah mereka sudah tahu jika tiada penambahan atau pengurangan bilangan objek, maka bilangannya tetap sama walaupun bentuknya berubah.

iii.Prinsip ganti rugi pula adalah mereka tahu perubahan dari satu segi akan ditukar oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. iv Prinsip keterbalikan pula mereka boleh mengulang proses yang berlaku kepada keadaan yang asal kembali.

Contoh aktiviti
Guru menyediakan 300gram tepung gandum beserta dengan bekas yang pelbagai bentuk.

Guru meminta murid menuang tepung dan menimbang kuantiti menggunakan penimbang.
Kemudian murid mencatat keputusan timbangan dalam jadual.

Melalui jadual yang mencatat kuantiti tepung dan jenis bekas. Murid dapat menguasai elemen pengekalan dalam matematik dengan lebih jelas lagi. Murid dapat membuat kesimpulan bahawa walaupun pelbagai jenis bekas digunakan namun kuantiti tepung tetap sama.

RUJUKAN
Buku Prof Madya Dr Rohani (2003).Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd .Kuala Lumpur. Internet http://www.scribd.com/doc/14355898/Awal-Matematik-part-1 http://zackzahran.blogspot.com/2010/03/perkembangan-kognitif-kanak-kanak.html

You might also like