You are on page 1of 1

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan a kibat dasar pecah dan perintah

(divide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapa t dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini: 1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. 2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengeka lkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Ta nah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi meng elakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian. Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat in tegrasi nasional 1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur. 2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar). 3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesiha tan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Kesan Dasar Pecah dan Perintah 1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional. 2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniag aan dan perlombongan. 3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British. Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wuju d interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairka n perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang ter us menjarakkan jurang perpaduan antara kaum. source : ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru melahirkan satu interaksi yang tidak sihat antara kaum. Dasar British yang tidak membangunkan sesuatu kawasan secara seimbang telah mewu judkan jurang pemisah antara satu kaum dengan kaum yang lain. konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara berikut: i. perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat re sam. ii. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya intera ksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza. iii.prasangka dan prejudis yang menebal. iv.Keengganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing. v. Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaa n yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.

You might also like