You are on page 1of 4

REFLEKSI INDIVIDUAL KOKORIKULUM PERSATUAN SENI BUDAYA

NAMA: CHONG MUN YEE


Opsyen: PISMP AMBILAN JAN 2013 BCSK
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".
Tugasan projek WAJ 3113 Kokorikulum Persatuan semester 6 ini ialah
menubuhkan sebuah Persatuan dan menganjurkan aktiviti persatuan. Melalui
perbincangan, kami membuat keptusan untuk membuat lawatan ke Taman
Mini Malaysia& ASEAN Park dan Muzium Baba Nyonya. Kedua-dua tempat
ini merupakan tempat pengunjung yang kaya dengan unsur kebudayaan
Lawatan ini telah disertai oleh 17 orang guru pelatih BC(SK) serta
seorang pensyarah pembimbing iaitu Puan Yeoh Siok Tee. Lawatan ini
bermula seawal jam 7.00 pagi iaitu kami bertolak dari Institusi Pendidikan
Perguruan Tun Hussien Onn. Pada jam 9.00 pagi kami tiba ke destinasi dituju
dan disambut mesra oleh pegawai bertugas di Mini Malaysia & ASEAN
Cultural Park tersebut. Kami telah diberi taklimat ringkas sebelum aktiviti
bermula.
Slot pertama kami di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park iaitu
membuat lawatan ke rumah-rumah pelbagai negeri di Malaysia. Dalam slot ini
kami telah diberikan masa selama 1 jam untuk mengunjungi rumah-rumah
Malaysia dan menyaksikan rumah-rumah tradisional yang setiap satunya
telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisonal di
kesemua 13 negeri di Malaysia. Saya dan rakan-rakan sangat teruja dan
bersyukur kerana diberi peluang menyaksikan keindahan kraftangan negeri

berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah


yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut
menjadi bahan untuk membolehkan saya mengenali setiap negeri di Malaysia
di Malaysia dengan lebih dekat lagi.
Selepas itu, kami bermula membuat lawatan kajian dan slot soal
selidik. Kami telah menemu bual beberapa pekerja di Mini Malaysia dan
Asean Park tentang tajuk kajian kumpulan saya iaitu seni binaan. Slot ini
secara tidak langsung telah membentuk diri kami menjadi yakin dengan
kebolehan diri yang belum pernah diteroka sebelum ini. Kami lebih berani
untuk berkomunikasi dengan orang lain. Keyakinan diri sebegini sangat
penting untuk diterapkan ke dalam seorang pendidik supaya meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa
depan.
Tepat jam 11.00 pagi kami semua berkumpul dipentas terbuka di Mini
Malaysia dan Asean Park untuk menyaksi Persembahan Tarian Eksklusif Mini
Malaysia. Di sana kami disajikan dengan persembahan yang terdiri daripada
beberapa penari. Kami sangat teruja dan ditarik minat dengan persembahan
mereka itu kerana tidak menyangka tarian tradisional Melayu mempunyai
pelbagai jenis seperti tarian Zapin, tarian Jongket dan sebagainya.
Persembahan ini telah mendalami pemahaman saya terhadap kaum Melayu.
Selepas menjamu selera tengah hari, kami bertolak ke rumah muzium
Baba dan Nyonya. Muzium ini dahulu merupakan sebuah kediaman milik
Baba Chan Cheng Siew dan menjadikan rumah ini sebagai tempat tinggal
untuk 4 generasi Baba Chan sebelum ianya dijadikan Rumah Muzium. Ketika
di dalam muzium, kami telah dilayan dan diterangkan oleh staff yang berugas
berkenaan dengan sejarah di setiap pelosok di dalam rumah bersejarah ini.
Banyak perkakas dan perabot lama dan antic di sini yang berciri budaya dan
adat baba nyonya.
Di awal perangkaan bagi menjalankan projek ini, saya sangat takut dan
risau untuk melaksanakannya tambahan pula saya tidak berpengalaman
mengendalikan projek yang besar. Tanpa pengalaman dalam menjayakan

projek seperti ini, menambahkan lagi kebimbangan untuk merangka satu


aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diajar nanti.
Walaubagaimanapun, semangat saya tidak rapuh sama sekali. Berasaskan
kepada pengetahuan yang diperolehi semasa menjayakan aktiviti di maktab
dan juga bimbingan dari guru pembimbing Puan Yeoh, kami cuba untuk
merangka satu lawatan yang dapat menarik minat dan merangsang minat
untuk terlibat secara aktif dalam lawatan ini.
Sebagai guru, saya tidak harus lemah semangat dan berputus asa.
Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan. Kami tidak mahu apa yang saya lakukan ini hanya sekadar
melepaskan batuk di tangga. Berpegang kepada prinsip itu, saya dan rakan
cuba untuk membuat yang terbaik. Saya turut membuat rujukan berdasarkan
sumber lain dan bertanya kepada guru pembimbing saya dan juga
merupakan guru pembimbing Persatuan Seni, Pn Yeoh bagi mendapatkan
sumber dan idea yang lebih baik. Saya bersyukur kerana mendapat beliau
sebagai guru pembimbing dan penasihat saya dalam aktiviti yang
dirancangkan ini. Banyak ilmu yang dikongsi dan diberikan tanpa lokek
kepada saya. Semuanya akan saya gunakan sepanjang perjalanan saya
menjadi seorang pendidik.
Saya

turut

bersyukur

kerana

masih

diberikan

peluang

untuk

memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Sepanjang menjalankan


program ini pensyarah pembimbing banyak membantu saya dan rakan dari
segi pengurusan kerja dan input yang ingin di sampaikan. Dari ini, tidak siasia kami melakukan projek Persatuan Seni ini kerana kami turut disuntik nilai
dari sejak awal kami ingin memulakannya. Kerjasama yang diberikan sekolah
amat mengharukan kami sepanjang saya berada di sekolah. Saya turut
berharap agar menjadi guru yang terbaik dalam menyebarkan ilmu kepada
anak bangsa berdasarkan pengalaman yang kami terima sepanjang berada
disini. Dan seterusnya mendukung hasrat yang dikehendaki Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Nilai-nilai murni seperti inilah perlu diterapkan dalam diri saya apabila
menjadi guru kelak. Kerana untuk mendidik manusia, saya perlu berkorban
dan berusaha gigih dan jangan pernah sama sekali berputus asa. Semoga
dengan sempurnanya tugasan ini, saya akan mengaplikasikan sepenuh
pengalaman dan segala ilmu yang penting agar dapat saya aplikasikan
apabila saya sudah bergelar guru kelak.

You might also like