You are on page 1of 47

BUKU SUMBER REKA CIPTA

1.0 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN


PRODUK
Bidang ini menghuraikan tentang maksud reka cipta dan kepentingnya kepada
masyarakat dan negara. Diterangkan juga tentang mengapa kita mereka cipta
dan perbezaan di antara ciptaan baru dan inovasi. Perkara lain yang cuba di
perjelaskan dalam bidang ini ialah prasyarat untuk mereka cipta seperti
suasana suasana persekitaran, keperluan diri, pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran serta bakat. Dimuatkan juga unsur-unsur kreativiti di dalam mereka
cipta, sifat-sifat seorang pereka cipta dan proses serta teknik reka cipta.

1.1

Pengenalan.

Sejarah perkembangan reka cipta


Hasil pembelajaran:

Menerangkan perkembangan sejarah reka cipta

Reka cipta telah wujud sejak manusia


dilahirkan. Namun tiada rekod yang dapat
menyatakan dengan

tepat bila reka

ciptaan pertama dihasilkan.


Adalah dipercayai bahawa reka cipta telah
bermula sebelum tahun masehi lagi antaranya ialah alat Sekrup Archimedes
yang dicipta oleh Archimedes pada tahun 212 SM.
Sejak itu ramai pencipta menghasilkanciptaan yang sangat berguna, seperti
Hans Lippershey (1608) mencipta teleskop dan Charles
Babbage (1791- 1871) mencipta alat pengira. Sehingga
kini terdapat banyak ciptaan yang berasaskan teknologi
telah tercipta.

Selain itu pengubahsuaian ciptaan sedia

ada turut menyumbang kepada penghasilan produk baru.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Cadangan aktiviti:
Mengumpulkan sejarah reka cipta tempatan:
o Ciptaan baru
o Inovasi

Pereka cipta dan hasil ciptaan


Hasil pembelajaran:
Menyenarai pereka cipta dan hasil ciptaannya.
Berikut adalah beberapa contoh pereka cipta terkemuka dan ciptaannya yang
telah memberi sumbangan besar kepada kehidupan sejagat.
Alexander Graham Bell (1876)

Nicholas Cugnot

(1769)

Bette Newsmith

John Logie Baird (1926)

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Jadual di bawah menyenaraikan beberapa pereka cipta beberapa bidang yang


penting.
Pengangkutan Darat:
Pereka cipta
James Watt
George Stephenson
Karl Benze
J B Dunlop
Gottlieb Daimler

Ciptaan
Enjin Stim (wap)
Lokomotif/ Kepala keretapi
Kereta berenjin petrol 3 roda
Tayar getah berisi angin
Kereta berenjin petrol 4 roda

Tahun Ciptaan
1765
1825
1885
1887
1887

Pengangkutan Air
Pereka Cipta
Robert Fulton
John Philip Holland

Ciptaan
Kapal stim kayuh
Kapal selam

Tahun
1807
1897

Ciptaan
Pesawat luncur
Kapal terbang
Enjin jet
Helikopter

Tahun
1891
1903
1937
1937

Ciptaan

Tahun
1926
1834
1876
1894

Pengangkutan Udara
Pereka Cipta
Otto Lilenthal
Wright adik beradik
Frank Whittle
Heinrich Focke
Komunikasi
Pereka Cipta
J L Baird
William Cooke
Alexander G Bell
Guglielmo Marconi

Televisyen
Sistem kod (Kod Morse)
Telefon
Wireless

Pertanian
Pereka Cipta
Cyrus Hill

Ciptaan
Mesin penuai

McCormick
John Deere
Eli Whitney

Bajak keluli
Mesin pengasing kapas dengan biji

Pembinaan
Pereka Cipta
Abraham Darby
George A Fuller
John McAdam
Henry Bessemer
TINGKATAN 4 DAN 5 2002

Ciptaan
Jambatan besi
Bangunan pencakar langit
Jalan raya bertar
Keluli
2

Tahun
1831
1837
1793

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Senarai pereka cipta yang lain seperti di Lampiran A.

Sifat-sifat seorang pereka cipta


Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil
kerja yang dihasilkan.

Sikap, sifat dan perlakuan seseorang itu boleh

menggambarkan minat dan potensi dirinya.


Seseorang yang berpotensi untuk mereka cipta mempunyai ciri-ciri berikut:
a.)

sentiasa melihat sesuatu masalah dan perkara daripada pelbagai sudut


persepsi,

b.)

sentiasa berminat kepada sesuatu yang baru,

c.)

sentiasa kreatif di dalam menyuarakan pendapat dan idea,

d.)

sentiasa berminat menghasilkan sesuatu produk.

Cadangan aktiviti:
o Menyenarai nama pereka cipta tempatan dan antarabangsa serta
ciptaannya selain daripada yang tersebut di atas
o Membuat sketsa bagaimana suatu ciptaan itu terhasil
Contoh: Kapal terbang, cecair pemadam dan mentol berfilamen

C. Kepentingan dan sumbangan


Hasil pembelajaran :
Menerangkan kepentingan hasil ciptaan dan sumbangan

reka cipta

dalam kehidupan

Mengumpul sejarah reka cipta dalam penghasilan idea baru


Untuk mencapai status negara maju sesebuah negara itu semestinya dapat
melahirkan

ramai

pereka

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

cipta

yang
3

menjadi

penyumbang

kepada

BUKU SUMBER REKA CIPTA

perkembangan teknologi moden. Sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana


Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
pada tahun 2020,

sembilan cabaran telah dikemukakan.

Antaranya ialah

mempertingkatkan usaha dalam bidang sains dan teknologi supaya kita tidak
hanya menjadi pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang kepada dunia
teknologi.

Oleh itu bidang reka cipta merupakan salah satu bidang yang

mampu memenuhi cabaran tersebut.


Dunia sentiasa berubah. Ilmu, kemahiran dan maklumat berkembang pesat
dalam masa yang singkat. Perkembangan ini juga berlaku dalam negara kita
menyebabkan terhasilnya berbagai produk yang berguna dan berkualiti.
Produk yang direkacipta ini amat penting dan perlu diperkembangkan agar
penghasilan barangan baru

boleh diperkenalkan kepada dunia. Oleh itu

negara tidak perlu bergantung kepada negara luar untuk membekalkan


peralatan kerana ia boleh dihasilkan oleh rakyat kita sendiri.
Bidang reka cipta

juga dapat menjamin masa depan negara yang lebih

cemerlang dalam bidang sosial, ekonomi, sains dan teknologi.


umumnya suatu reka cipta

Secara

adalah terhasil daripada suatu masalah yang

memerlukan penyelesaian. Sehubungan itu produk yang terhasil daripada


satu reka cipta seharusnya dapat memberi satu kepuasan sepenuhnya kepada
pereka cipta dan umum.

Cadangan aktiviti:
o Menyenarai faktor-faktor yang mendorong suatu reka cipta dihasilkan
o Menyatakan kepentingan suatu reka cipta dalam kehidupan seharian
o Menyenarai masalah seharian yang dihadapi yang memerlukan suatu reka
cipta untuk menyelesaikannya

1.2

Proses Reka cipta

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

BUKU SUMBER REKA CIPTA

a. Pengenalpastian masalah
Hasil pembelajaran:

Mengenal pasti dan menyatakan masalah

Menyatakan kaedah mengumpul data dan maklumat

Menyatakan masalah yang dikenal pasti dengan jelas

Mengumpul data dan maklumat melalui kajian yang dikenal pasti

Menganalisis data dan maklumat yang diperolehi

Manusia telah mula mencipta pelbagai barangan sejak dari zaman pra-sejarah
bagi membantu memudahkan kehidupan seharian. Pada

peringkat awal

penciptaan ini lebih bersifat inventif dan telah dievolusikan secara inovatif bagi
memantapkan lagi barangan tersebut dari segi fungsi, bahan pembuatan dan
kebolehgunaan. Proses penciptaan dan pengubahsuaian ini kebanyakannya
dihasilkan daripada pengenalpastian kebaikan dan kelemahan produk sedia
ada samada secara sengaja atau tidak sengaja.
Pengenalpastian masalah dapat membantu kita mencipta produk yang lebih
baik, berkualiti, mesra pengguna dan mesra alam. Pengenalpastian masalah
juga membantu minda

untuk berfikir secara kreatif, inventif, inovatif dan

produktif. Menghubungkait beberapa perkara yang berkaitan dengan kehendak


pengguna dapat menghasilkan pelbagai ciptaan atau produk baru. Asas dalam
penciptaan sesuatu produk bermula dengan usaha mengenalpasti masalah
yang wujud.

Mengenalpasti dan Menganalisis Masalah


Sebelum membuat sesuatu reka ciptaan yang berguna dan berpotensi untuk
dipasarkan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara
mendalam.
Pernyataan Masalah

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Masalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi bermasalah dan individu


berkeperluan yang terlibat.

Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat buruk

masalah itu.
Situasi boleh merangkumi aspek-aspek:
Tempat
Masa
Keadaan fizikal (seperti suhu, ruang, saiz, berat, kelajuan)
Menerangkan siapa yang mengalami masalah itu. Ini boleh merangkumi aspekaspek:
Latar belakang (seperti kerjaya, saiz keluarga, lokasi kediaman dan
kewangan)
Jantina
Peringkat usia (seperti remaja, orang tua)
Keadaan kesihatan/fizikal
Bangsa dan kebudayaan
Agama
Menyatakan kesan atau akibat yang disebabkan oleh masalah itu. Kesan atau
akibat boleh melibatkan aspek :
Kesihatan
Keselamatan
Pembaziran masa, wang, tenaga dan bahan
Interaksi sosial
Mental emosi
Pengumpulan Data
Tujuan pengumpulan data adalah untuk menunjukkan bahawa masalah yang
dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian.
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data atau maklumat boleh dilakukan melalui
TINGKATAN 4 DAN 5 2002

BUKU SUMBER REKA CIPTA

pemerhatian
soal selidik
temubual
pengalaman sendiri atau orang lain
kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain
Pemerhatian
Memerhati suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang
dikaji.
Aktiviti:
a.) Mengenal pasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian.
b.) mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar foto.
c.) lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di
beberapa tempat.
Soal selidik
Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau
maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik .
Aktiviti:
a.) menyediakan borang soal selidik
soalan mudah dan tepat
gunakan jawapan soalan yang berbentuk ya/tidak, betul/salah
soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia
ada yang dikenalpasti.
b.) menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh
memberi maklumat yang lebih tepat.
c.) mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.
d.) Menganalisis maklumat yang diperoleh.
Temu bual
Bertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan
secara lisan.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Aktiviti:
a.) mengenal pasti responden
b.) menetapkan masa, tempat dan tarikh temujanji
c.) menyediakan soalan yang berkaitan
d.) merekodkan jawapan responden ke buku idea / pita rakaman / rakaman
video.
Pengalaman sendiri / orang lain
Menceritakan pengalaman yang

dilalui samada pengalaman sendiri atau

orang lain.
Aktiviti:
a.) menyatakan masa dan tempat di mana kejadian itu berlaku.
b.) menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah.
Kajian Perpustakaan
Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak
meliputi buku rujukan, jurnal , majalah ,artikel dan media elektronik.
Aktiviti:
a.) membuat rujukan / kajian melalui media cetak / elektronik
b.) menyatakan sumber kajian
media cetak : pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat.
media elektronik: jenis (radio / tv), tajuk siaran, tarikh dan masa.
Contoh-contoh borang kajian dan hasil kajian dilampirkan dalam Lampiran B.
Persembahan Data atau Maklumat
Segala data atau maklumat yang diperolehi hendaklah dipersembahkan
dengan jelas. Persembahan data atau maklumat boleh ditulis dalam bentuk
jadual, senarai, carta dan graf.
Menyatakan masalah dengan jelas
Beberapa kata kunci yang boleh gunakan untuk menyatakan masalah dengan
jelas ialah
susah
lambat

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

BUKU SUMBER REKA CIPTA

bahaya
sakit
penat
membazir wang, masa dan tenaga
tidak tahan lasak
tidak tepat
tidak peka
Huraian data
Huraian data dan maklumat perlu dibuat dengan tepat. Huraian ini boleh
merangkumi perkara-perkara:
peratusan dan pecahan data
perkaitan antara faktor-faktor
penunjuk ke arah keperluan menyelesaikan masalah
perkaitan dapatan dengan masalah
Rumusan masalah
Rumusan yang dinyatakan mestilah dapat menyokong bahawa masalah yang
dinyatakan benar-benar wujud berdasarkan data atau maklumat yang
dikumpulkan.

b. Penjanaan idea
Hasil pembelajaran:

Mengenal pasti prinsip atau kaedah yang boleh menyelesaikan masalah

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Memberi contoh beberapa idea baru dengan mempamerkannya dalam


bentuk lakaran berlabel

Menjana beberapa idea baru yang menjurus kepada penyelesaian


masalah

Membanding dan membezakan idea dari aspek kefungsian

Memilih idea yang sesuai dengan penyelesaian masalah

Mensintesis idea dari aspek kefungsian

Kebolehan individu menjana pelbagai idea baru atau tersendiri akan banyak
membantu menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.
Penjanaan sesuatu idea tidak wujud dengan sendirinya. Ia memerlukan daya
usaha daripada individu itu sendiri samada berbentuk semulajadi atau
terancang.
Pencetusan idea secara semulajadi
a. Imaginasi
b. Bakat (anugerah Tuhan kepada manusia)
c. Pengalaman
Pencetusan idea secara terancang
i. Pemerhatian
ii. Berfikir juga boleh menggalakan penjanaan idea. Antara
teknik-teknik berfikir ialah
- pemikiran logikal vatikal
- analitikal
- kritikal
- intuitif
- sumbangsaran
- lateral
- kreatif
Pemikiran logikal

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

10

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Pemikiran secara logikal menekankan kepada apa yang betul dan apa yang
salah dari segi:
i. Betul dari segi logik.
ii. Betul dari segi kenyataan hidup sebenar.
Pemikiran analitikal
Melalui pemikiran analitikal, seseorang individu itu menganalisis masalah
dengan cara memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian
yang lebih kecil supaya mudah ditangani.
Melalui analitikal usaha kita tertumpu ke arah memahami situasi yang
kompleks dengan cuba melihat situasi itu secara mengenali faktor-faktor
utama, mencari persamaan dan perbezaan serta mencari punca-punca
masalah.
Pemikiran kritikal
Pemikiran

secara

kritikal

digunakan

untuk

mengenalpasti

kesilapan,

kelemahan, kekurangan dan kesalahan pada sesuatu idea atau cadangan.


Melalui pemikiran kritikal faktor-faktor yang boleh dan terbaik diperolehi dengan
cara membuang atau memperbaiki faktor-faktor kesalahan dan kelemahan
yang telah dikenalpasti.
Pemikiran

kritikal

juga

mempunyai

kesan

negatif

seperti

membunuh

pertumbuhan idea-idea baru kerana dia akan menilai idea baru dalam konteks
situasi lama.
Pemikiran secara kritikal berfokus kepada hasrat untuk membuktikan bahawa
idea orang lain itu salah.

Pemikiran intuitif

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

11

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Pemikiran intuitif adalah berdasarkan kepada suara hati kecil kita atau
mengikut gerak hati dan naluri.

Kadang kala digunakan untuk membuat

keputusan dalam keadaan kita tiada maklumat langsung atau dalam keadaan
di mana maklumat tidak lengkap.
Sumbangsaran
Sumbangsaran ialah satu teknik yang digunakan dalam aktiviti berkumpulan
bagi penjanaan idea yang kreatif untuk tujuan membuat keputusan.
Proses sumbangsaran terbahagi kepada tiga peringkat:
i.

Mengenal pasti, merumus dan mempersetujui pernyataan masalah yang


sama.

ii. Mencari atau memperbanyakkan idea.


iii. Menilai pelbagai alternatif untuk menentukan pelbagai penyelesaian yang
sesuai.
Sumbangsaran boleh dilakukan mengikut beberapa peraturan
bawah:

PERATURAN SUMBANGSARAN PETA MINDA

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

12

seperti di

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Pemikiran lateral
Pemikiran lateral bersifat generatif yang bertujuan menerbitkan suatu
perubahan baru dan berlainan terhadap sesuatu masalah. Pemikiran lateral
bertujuan mencari alternatif baru tanpa mempunyai batasan terhadap idea
yang dikeluarkan.
Pemikiran lateral juga bukan untuk membuat penilaian sama ada salah atau
betul tetapi untuk melahirkan idea serta pandangan baru.

Walaupun idea

tersebut tidak disengajakan atau bercanggah dengan masalah asal ia boleh


diterima sekiranya idea tersebut bersifat positif.
Berikut ialah satu contoh di mana perbezaan antara pemikiran vertikal dan
pemikiran lateral.

Kehadiran seekor buaya di sebuah lombong lama di

Puchong boleh dilihat sebagai suatu pemikiran lateral merupakan satu masalah
yang perlu diselesaikan segera kerana ia membahayakan penduduk di
kawasan persekitaran tersebut. Selepas laporan diterima oleh pihak berkuasa,
tindakan yang akan diambil ialah menangkap buaya itu dan memindahkan ke
zoo. Ini adalah pemikiran vertikal. Walau bagaimana pun buaya itu gagal
ditangkap. Lanjutan daripada itu mengikut pemikiran vertikal, buaya itu mesti
ditembak kerana ia haiwan ganas.
Tindakan di atas gagal menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan dalam kes
ini pemikiran vertikal tidak berjaya menjelaskan masalah dengan baik tetapi
ada yang telah bertindak secara kreatif dengan mencadangkan agar buaya itu
dibiarkan hidup di lombong itu.

Hasilnya, tempat itu menjadi tumpuan

pelancong. Peluang perniagaan tiba-tiba datang menggolek untuk penduduk


tempatan. Ini adalah contoh pemikiran lateral yang biasa dapat menghasilkan
sesuatu yang kreatif. Fikiran kreatif menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Pemikiran kreatif

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

13

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Pemikiran kreatif ialah keupayaan mengubah idea dan persepsi lama ke baru.
Pemikiran kreatif lebih diperlukan dalam kehidupan sebenar daripada
pemikiran kritikal. Pemikiran kritikal yang tidak diimbangi oleh pemikiran lain
boleh menyebabkan seseorang menjadi pemikir yang angkuh dan biadap.
Penjanaan idea awal
Proses penjanaan idea merupakan proses bagi menghasilkan beberapa
rekacadang atau konsep yang masih memerlukan perkembangan seterusnya.
Ia boleh dilakukan dengan mengemukakan konsep secara catatan dan lakaran.
Di peringkat ini idea-idea tersebut

akan diselesaikan melalui cara yang

berbeza serta dihubungkait dengan prinsip / konsep tabii / hukum alam / hukum
sains.

Lakaran berlabel yang dihasilkan menjurus kepada penyelesaian

masalah dan menghuraikan fungsi setiap idea secara ringkas dan jelas.
Penjanaan idea tersebut direkodkan di dalam buku idea secara lakaran dan
nota sokongan bagi tujuan rujukan perkembangan idea seterusnya serta
penyediaan pendokumentasian projek.
Cadangan aktiviti:

Perbincangan dalam kumpulan untuk mendapat pelbagai idea

Sesi sumbangsaran mendapatkan pelbagai perkembangan idea


penyelesaian

a. Perekaan projek
Hasil pembelajaran:

Mengaplikasikan rupa dan bentuk objek secara lakaran

Melakar dengan pelbagai gayaan dari pelbagai sudut pandangan

Menghasilkan lakaran reka cipta bentuk awal berdasarkan idea yang telah
dipilih

Menghasilkan lakaran perkembangan reka bentuk

Menganalisis lakaran reka bentuk

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

14

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Menggabungkan lakaran idea yang bersesuaian berdasarkan idea yang


telah dipilih

Perekaan projek merupakan proses penghasilan lakaran perkembangan reka


bentuk yang diadaptasikan dari penjanaan idea awal. Proses mensintesis atau
pencantuman idea-idea yang telah dijana boleh diaplikasikan bagi membantu
penghasilan idea-idea yang lebih kreatif, inventif dan inovatif.
Di peringkat ini idea-idea yang dilakarkan perlu mengambilkira faktor-faktor
seperti bahan, fungsi, teknik pembuatan, mekanisma, estetika dan faktor lain
yang berkaitan.
Lakaran perkembangan reka bentuk membantu memperjelaskan rupa dan
bentuk cadangan rekaan secara 3D dengan pelbagai gayaan dan sudut
pandangan yang berbeza. Ia juga memudahkan pereka memahami, melihat
dan menilai konsep rekaan mereka seterusnya membuat pengubahsuaian.
Lakaran boleh dibuat menggunakan media yang bersesuaian seperti pen,
marker, pensil, cat air dan pensil warna.
Cadangan aktiviti:

Membuat latihan lakaran

b. Pemilihan reka bentuk


Hasil pembelajaran:

Membentang lakaran terperinci

Mengenal pasti kriteria pemilihan reka bentuk berdasarkan kedapatan


bahan, masa kitaran pengeluaran, keselamatan produk, ergonomik dan
nilai estetika

Memilih sistem dan fungsi yang berpotensi dan bersesuaian dengan reka
bentuk

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

15

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Menilai dan memilih reka bentuk akhir berdasarkan kriteria yang


ditentukan

Pemilihan reka bentuk merupakan proses yang penting kerana ia akan


menentukan halatuju reka bentuk yang akan dihasilkan. Pada tahap ini satu
pemilihan yang terbaik perlu dibuat bagi menentukan reka bentuk akhir yang
dapat memenuhi kehendak atau kriteria reka bentuk.
Pemilhan reka bentuk dilakukan berdasarkan kepada kriteria kesesuaian
bahan, teknik pembuatan, fungsi, ergonomik, mesra pengguna, nilai komersil,
keselamatan dan nilai estetika.
Kriteria reka bentuk boleh dibuat secara carta atau jadual penilaian bagi bagi
memudahkan pemilihan dilakukan.

Pemilihan reka bentuk yang berpotensi

untuk dimajukan ke peringkat pembuatan model atau prototaip dipilih


berdasarkan jumlah skor tertinggi dari jadual penilaian.
Contoh:
Mereka bentuk satu produk yang mempunyai pelbagai peralatan untuk ahli
perkhemahan
Berdasarkan kepada pernyataan di atas faktor penting yang perlu diambilkira
ialah
mudah dibawa
ringan
tahan lasak
serba guna
penjimatan ruang
Kriteria penilaian
Mudah dibawa
Ringan
Tahan lasak
Serbaguna
Penjimatan ruang
JUMLAH

Sketsa 1
3
2
2
3
3
11

Sketsa 2
2
3
3
2
3
13

Contoh Jadual Penilaian Kriteria Reka Bentuk


TINGKATAN 4 DAN 5 2002

16

Sketsa 3
5
4
4
5
5
23

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Nilai Skor
1

tidak sesuai

kurang sesuai

sederhana

baik

sangat baik

Cadangan aktiviti:
o Mengadakan sesi sumbangsaran untuk mendapatkan pilihan yang terbaik
o Perbincangan dalam kumpulan / sesi kritik
Membuat rujukan mengenai pemilihan sistem yang bersesuian dengan
projek yang hendak di buat

c. Perancangan pembinaan model berfungsi atau prototaip


Setelah pemilihan reka bentuk dilakukan perancangan pembinaan model
berfungsi atau prototaip diperlukan bagi memudahkan pembuatannya.
Peringkat ini perancangan akan melibatkan penyediaan lukisan-lukisan yang
berkaitan, jadual kerja pembuatan model, penyediaan bahan dan cara
pembuatan. Perancangan boleh dilakukan secara perbincangan dengan guru
dan rakan pelajar.

i. Penyediaan lukisan kerja


Hasil pembelajaran:

Merancang jadual kerja pembinaan model berfungsi atau prototaip.

Menyediakan lukisan kerja dan lukisan akhir berdasarkan reka bentuk yang
dipilih.

Menyediakan lukisan susun atur dan pemasangan.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

17

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Kerja

asas dalam pembinan

model berfungsi atau prototaip adalah

menyediakan beberapa lukisan yang dapat membantu menampakkan persepsi


awal idea produk. Antara lukisan yang boleh digunakan seperti lukisan kerja ,
lukisan susunatur dan lukisan ceraian / pemasangan .Ia boleh dihasilkan
samada secara manual atau menggunakan perisian komputer (CAD).
Lukisan ortografik
Lukisan ortografik adalah lukisan yang berdasarkan prinsip unjuran selari.
Sistem lukisan ini menggunakan dua atau lebih pandangan untuk memberi
maklumat dan penghuraian yang lengkap mengenai bentuk objek yang dilukis.
Tujuan utama lukisan ini ialah untuk menyampaikan maklumat yang tepat
melalui pandangannya supaya objek yang dilukis dapat dihasilkan dengan
sempurna.

Ia juga boleh dihasilkan dengan lukisan berbantu komputer

(CAD).

Lukisan ortografik

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

18

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Lukisan kerja
Lukisan ini adalah lukisan yang dibuat untuk memudahkan proses pembuatan
bahagian-bahagian produk. Ia juga menerangkan cara memotong, menebuk,
melicin, mengetam, mencantum dan lain-lain proses yang bersesuaian secara
berperingkat.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

19

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Lukisan susun atur


Merupakan lukisan yang menunjukkan susun atur komponen luaran dan
dalaman sesuatu produk.

Ia membantu memperjelaskan susun atur

komponen-komponen serta fungsi.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

20

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Lukisan pemasangan
Lukisan ini dilukis untuk menunjukkan komponen-komponen sebenar produk
secara tercerai dan berasingan.
komponen yang dipisahkan.

Ceraian dilukis mengikut arah komponenLukisan ini juga dikenali sebagai lukisan

pemasangan kerana ia menunjukkan cara-cara pemasangan dibuat.


komponen yang dilukis dilabelkan mengikut urutan.

Lukisan tercerai yang menunjukan urutan pemasangan

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

21

Setiap

BUKU SUMBER REKA CIPTA

ii. Mock-up
Hasil pembelajaran:

Menerangkan maksud mock-up

Menyediakan mock-up untuk pembinaan model berfungsi atau prototaip

Menganalisis reka bentuk akhir dalam bentuk 3D

Mock-up dikenali juga sebagai model pengolokan yang dibuat sebelum model
atau prototaip. Ia merupakan urutan daripada pemilihan reka bentuk bertujuan
untuk melihat dan menilai reka bentuk pilihan secara tiga dimensi.
Kebiasaannya mock-up dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar menggunakan
bahan-bahan yang senang dan mudah didapati seperti kertas bod, foam,
gabus, polisterin, mounting board dan kayu jelutung (kayu lembut).
Mock-up dapat membantu kita melihat dan menilai keseimbangan reka
bentuk, struktur, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara
pembuatan. Kebiasaannya mock-up dihasilkan melebihi satu unit bagi tujuan
perbandingan.

Mock-up

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

22

BUKU SUMBER REKA CIPTA

d. Pembinaan model berfungsi atau prototaip


i. Perancangan kerja
Hasil pembelajaran :

Menyenaraikan bahan dan komponen berdasarkan lukisan kerja

Menyediakan anggaran kos berdasarkan bahan dan komponen yang dipilih

Model dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Model Blok (Block Model) dan
Model Berfungsi (Prototaip). Model blok adalah model yang statik atau separa
berfungsi. Ianya mempamerkan reka bentuk sebenar dan dihasilkan samada
secara skala ataupun saiz sebenar produk. Bahan yang digunakan tidak
semestinya sama dengan bahan sebenar.
Model berfungsi atau prototaip adalah produk contoh yang berfungsi
sepenuhnya.
Prototaip dibina daripada bahan sebenar yang telah ditentukan. Prototaip sama
dengan produk sebenar dari setiap segi.
manual dan diuji dalam situasi sebenar.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

23

Ia dibina dan dipasang secara

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Prototaip basikal
Pemilihan bahan dan komponen adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu:
-- kos
-- sifat fizikal bahan
-- teknik pembuatan
-- keboleh dapatan
Penjelasan sifat , jenis bahan, komponen dan kaedah pembuatan dijelaskan
dalam Bab 2 buku ini.
Cadangan aktiviti:
Mengadakan lawatan ke kedai hardware untuk mengetahui bahan / alat
yang boleh didapati
Berbincang dengan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang
tertentu untuk mendapatkan pengetahuan mengenai komponen, alat dan
kaedah

ii. Penyediaan dan pembinaan


Hasil pembelajaran:

Menyediakan bahan dan komponen yang dipilih

Membina bahagian dan komponen

Semasa melaksanakan kerja penyediaan komponen ciri-ciri keselamatan


hendaklah diutamakan. Peralatan perlu diguna dengan teknik yang betul.
Bahan-bahan serta komponen yang telah dikenalpasti disenaraikan. Bahan
alternatif juga disenaraikan jika perlu bagi tujuan kelancaran pembinaan
prototaip. Pembinaan prototaip dimulakan dengan sesi perbincangan yang
diadakan secara berkumpulan. Ini bertujuan untuk memastikan setiap perkara
yang berkaitan dengan pembinaan prototaip diberi perhatian bagi memastikan
kelancarannya.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

24

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Dalam proses pembinaan prototaip langkah-langkah umum di bawah adalah


dicadangkan.

CARTA ALIR PROSES PEMBINAAN PROTOTAIP


Cadangan aktiviti:

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

25

BUKU SUMBER REKA CIPTA

o Menyediakan bahan dan komponen yang telah dikenalpasti


o Membina komponen daripada bahan yang dipilih
o Memasang komponen.

iii. Pemasangan
Hasil pembelajaran:

Memeriksa dan menguji bahagian dan komponen untuk pemasangan

Memasang bahagian dan komponen

Semasa melakukan kerja-kerja pemasangan ciri-ciri keselamatan hendaklah


diutamakan. Perhatian juga perlu diberikan kepada penggunaan peralatan
dan teknik kerja yang betul.

Komponen perlu diuji sebelum dipasang.

Komponen yang telah dipasang dan bahagian yang telah dibentuk hendaklah
disusun dan diatur mengikut spesifikasi. Kerja pembinaan dan pemasangan ini
hendaklah dibuat mengikut langkah kerja yang telah ditetapkan dalam lukisan
kerja.
Cadangan aktiviti:
o Menguji komponen dan mengenalpasti kefungsian komponen sebelum
pemasangan
o Memasang komponen mengikut spesifikasi lukisan kerja

iv. Kemasan
Hasil pembelajaran:

Menyatakan bahan dan teknik kemasan

Membuat kemasan

Prototaip yang telah siap dibina perlu mempunyai kemasan yang sesuai. Kerja
kemasan ini boleh menggunakan cat, syelek, lekar dan bahan lain mengikut
kesesuian kemasan projek. Tujuan kemasan adalah untuk menambah nilai
estetika, komersil dan ketahanan prototaip.
Cadangan aktiviti:
TINGKATAN 4 DAN 5 2002

26

BUKU SUMBER REKA CIPTA

o Memerhati kaedah kemasan beberapa produk sedia ada

e. Pengujian dan penilaian model berfungsi atau prototaip


i. Pengujian
Hasil pembelajaran :

Menyatakan kaedah pengujian

Menguji kefungsian, keselamatan dan ketahanan

Prototaip yang siap dibina perlu diuji keberkesanan fungsinya. Pengujian boleh
dilaksanakan melalui ujian seperti:
ujian makmal
ujian parameter

Ujian makmal
Pengujian prototaip dilakukan di dalam makmal atau bengkel dengan keadaan
yang terkawal. Keadaan terkawal di sini bermaksud unsur-unsur seperti daya,
cahaya, suhu, angin dan kelajuan dapat dikawal melalui penggunaan perlatan
dalam makmal.

Walaubagaimanapun ujian makmal dibuat berdasarkan

kepada kesesuian dan keperluan sesuatu projek.


Ujian parameter
Ujian parameter ialah pengujian prototaip yang dibuat dalam suasana dan di
tempat yang sebenar bagi menentukan kefungsian serta penggunaannya.
Cadangan aktiviti:
Melakukan kedua-dua ujian untuk menentukan spesifikasi produk
Mengadakan lawatan ke SIRIM untuk melihat bagaimana ujian parameter /
makmal dilakukan

ii. Penilaian
Hasil pembelajaran:

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

27

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Menilai model atau prototaip dari aspek ergonomik dan estetika

Menilai keupayaan model atau prototaip berdasarkan spesifikasi

Mengenal pasti kelemahan dan kecacatan berdasarkan pengujian dan


kelemahan

Menganalisis hasil ujian yang dijalankan ke atas prototaip dan memberi


penilaian berdasarkan aspek ergonomik dan estetika.

Kelemahan dan

kekuatan prototaip perlu dikenalpasti untuk tujuan pembaikan.

f. Pengubahsuaian model berfungsi atau prototaip


i. Pembaikan
Hasil pembelajaran

Mencadangkan pengubahsuaian berdasarkan pengujian dan penilaian

Mengganti atau mengubahsuai bahagian dan komponen

Menguji dan menilai semula model berfungsi atau prototaip yang telah
diuabhsuai

Mengesyorkan bahan dan proses yang lebih sesuai

Berdasarkan hasil pengujian, cadangan pembaikan perlu disenaraikan dan


dilaksana jika perlu, antaranya seperti
i. mengganti komponen yang tidak berfungsi,
ii. menambah baik komponen / bahan,
iii. mengganti komponen dengan komponen yang lebih baik
iv. menambah kemasan.
Selepas pembaikan, perlu dibuat pengujian semula untuk mempastikan
bahawa prototaip yang dibina benar-benar berfungsi mengikut spesifikasi yang
telah dipilih.
Proses ini mungkin akan berulang beberapa kali sehingga terhasil prototaip
yang benar-benar memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
belum menepatinya,

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

Jika masih

cadangan boleh dikemukakan untuk pembaikan

28

BUKU SUMBER REKA CIPTA

selanjutnya di dalam dokumentasinya.

Ini bertujuan untuk pereka cipta

seterusnya memajukan prototaip yang telah dihasilkan.

Cadangan aktiviti:
Membuat pembaikan berdasarkan hasil pengujian
Membuat pengubahsuaian yang sesuai untuk menambah baik prototaip

ii. Kemasan
Hasil pembelajaran:

Membuat kemasan akhir

Proses kemasan di peringkat ini adalah proses yang terakhir selepas


pembaikan, sebelum prototaip ini dipasarkan.

1.3

Ilustrasi

Ilustrasi merupakan satu cara berkomunikasi dengan menggunakan garisan


dan simbol.

Dengan cara ini, satu idea dan maklumat dapat disampaikan

secara grafik. Pelbagai jenis lukisan boleh digunakan untuk melukis lakaran
sesuatu reka bentuk. Ilustrasi boleh digambarkan secara dua dimensi (2D) dan
tiga dimensi (3D).
Antara jenis lukisan tersebut adalah unjuran ortografik, pandangan hamparan
dan keratan, lukisan kerja pemasangan dan perspektif.

A. Lakaran
i. Rupa dan bentuk
Hasil pembelajaran :

Menerangkan konsep rupa dan bentuk

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

29

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Mengaplikasikan rupa dan bentuk objek secara lakaran sebagai persediaan


lukisan rendering
Sebagai persediaan membuat lukisan realistik (rendering) imej produk yang
telah dihasilkan dilukis secara lakaran. Ianya bertujuan untuk memastikan
lakaran rekabentuk yang betul dan menyerupai produk sebenar dilukis
sebelum proses mewarna dilakukan. Lakaran ini digunakan sebagai
panduan untuk menekap bagi mendapatkan lukisan garisan out line
drawing untuk persediaan membuat lukisan realistik.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

30

BUKU SUMBER REKA CIPTA

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

31

BUKU SUMBER REKA CIPTA

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

32

BUKU SUMBER REKA CIPTA

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

33

BUKU SUMBER REKA CIPTA

ii. Gaya
Hasil Pembelajaran:
Mengaplikasi lakaran reka bentuk dari sudut

pandangan

yang berbeza

dan menarik
Penggayaan di dalam lukisan berperanan mempengaruhi persepsi dan minda
seseorang. Penggayaan boleh dilakukan melalui sudut pandangan perspektif
yang berbeza bagi menggambarkan reka bentuk produk sebenar.
merupakan kombinasi rupa bentuk produk sebenar.

Ianya

Ianya merupakan

kombinasi rupa dan bentuk bagi menghasilkan lukisan yang menarik. Sebagai
contoh ia boleh dilukis dari sudut pandangan .

b. Lukisan
iii. Rendering
Hasil pembelajaran :
Menerangkan konsep rendering
Menghasilkan ilustrasi yang jelas tentang bentuk dan bahan objek
Menghasilkan ilustrasi berwarna
Lukisan rendering berbeza daripada lukisan sketsa kerana ia menggabungkan
produk / objek yang dibuat dengan lebih terperinci berbanding dengan sketsa.
Rendering kebiasaannya tidak mempunyai label melainkan nama produk
berbanding sketsa yang memerlukan label bagi tujuan penerangan.
Rendering boleh dilukis secara 2D dan 3D dari pelbagai sudut pandangan
yang bersesuaian.

Kebiasaannya rendering dilukis dengan rupa, bentuk ,

warna dan grafik sebenar produk / objek.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

34

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Contoh llustrasi kenderaan

iv. Perspektif
Hasil pembelajaran:

Menerangkan konsep perspektif

Menghasilkan ilustrasi melalui pandangan perspektif

Lukisan perspektif dapat membantu kita menggambarkan rekabentuk sebenar


secara 3D dari pelbagai sudut. Lukisan perspektif berbeza daripada lukisan
isometri dan lukisan oblik yang mempunyai sudut-sudut tertentu. Apabila kita
melihat objek yang dilukis secara perspektif kita dapati:
i. garisan selari di hadapan akan bertemu di penghujung menjadi satu titik.
ii. objek-objek yang sama saiz dan bentuk akan mengecil semakin ia berada di
belakang.
iii. jarak dan ukuran yang sama akan menjadi kurang dan pendek apabila
semakin ke belakang.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

35

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Contoh Lukisan Unjuran Bergambar

Lukisan perspektif dapat dilukis secara 1 titik, 2 titik dan 2 titik. Perspektif 2 titik
kebiasaannya dilukis di dalam lukisan teknik. Perspektif 3 titik digunakan di
dalam rekabentuk bagi memperjelaskan bentuk sebenar objek.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

36

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Lukisan perspektif1 titik, 2 titik dan 3 titik

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

37

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Contoh Lukisan Perspektif dari Pelbagai Sudut

B. Lukisan kerja
i. Lukisan 2D
Hasil pembelajaran:

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

38

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Menghasilkan lukisan kerja dalam pandangan lukisan ortografik sudut


ketiga

Lukisan 2D adalah dalam satah Cartesan 2 paksi iaitu paksi-x dan paksi-y.
Lukisan 2D yang banyak digunakan adalah lukisan unjuran ortografik. Dalam
kaedah lukisan unjuran ortografik perlu diketahui bagaimana menentukan
kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu daripada suatu bentuk lukisan
objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh menggambarkan
bentuk permukaan objek sebenar. Garisan penglihatan dari mata pemerhati
kepada objek adalah selari antara satu sama lain dan berserenjang kepada
satah unjuran.
Secara ringkas terdapat 3 arah pandangan utama:
a.) Pandangan atas (plan).
b.) Pandangan depan (hadapan).
c.) Pandangan sisi (samping).

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

39

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Terdapat 2 sistem yang biasa diguna dalam unjuran ortografik iaitu:


a.)

unjuran sudut pertama.

b.)

unjuran sudut kedua.

Unjuran sudut pertama

Unjuran sudut ketiga

ii. Lukisan 3D

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

40

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Hasil pembelajaran:

Menghasilkan lukisan kerja dalam pandangan lukisan isometri

Antara ilustrasi 3D bagi suatu objek yang banyak digunakan adalah lukisan
isometri. Ia merupakan satu kaedah yang membantu pembentukan objek 3D
dalam mod 2D.

Objek isometrik

keadaan tidak sebenar.

ialah simulasi bentuk lukisan 3D dalam

Ilustrasi 3D ini berdasarkan 3 paksi yang dikenali

sebagai paksi isometri.


Lukisan isometri penting kepada pereka bentuk kejuruteraan kerana lukisan ini
mudah difahami.

Ia memberikan gambaran yang jelas tentang tatacara

pemasangan sesuatu alat.


Struktur pembinaan lukisan isometri penting dirujuk kepada satah ufuk yang
bersudut 30o serta garisan pinggir yang berterusan pada satu titik iaitu pusat.
Jarak di antara satu titik dengan titik lain adalah bersudut kandung 120 o seperti
yang ditunjuk dalam rajah. Ia perlu juga dikaitkan dengan 3 dimensi seperti
tinggi, panjang dan lebar.

iii. Lukisan pemasangan


TINGKATAN 4 DAN 5 2002

41

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Hasil pembelajaran

Menghasilkan lukisan kerja dalam bentuk terpasang dan tercerai.

Lukisan susunan komponen bertujuan memudahkan proses pemasangan serta


mendapatkan kedudukan yang betul semasa pemasangan komponen. Lukisan
pemasangan ini menggabungkan kesemua prinsip lukisan berkaitan dengan
lukisan unjuran, keratan, pendimensian.

Lukisan ini menunjukkan setiap bahagian dilukis secara bercerai-cerai


kedudukannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ia memudahkan kerja
pemasangan dan penyambungan sesuatu projek.

1.4

Reka Bentuk bantuan Komputer (CAD)

TINGKATAN
4 DAN 5 2002 Idea
Lakaran Perkembangan
Lukisan Isomerik Tercerai

42
Lukisan pemasangan

BUKU SUMBER REKA CIPTA

A. Kegunaan CAD
i. Pengenalan
Hasil pembelajaran :

Mengenal pasti perkakasan CAD

Mengenal pasti perisian CAD

Lukisan berbantu komputer


Perisian CAD mula digunakan sejak awal 70-an dalam bentuk 2 dimensi.
Ketika itu hanya super komputer atau komputer kerangka utama (mainframe)
sahaja yang mampu menjalankan perisian CAD tersebut.

Kini dengan

perkembangan teknologi, perisian CAD telah boleh digunakan dalam komputer


peribadi.
Perkakasan asas yang minimum diperlukan untuk menggunakan perisian CAD
adalah seperti berikut:
Pemproses Intel Pentium II 200 MHz atau yang setara.
32 MB RAM
500 MB Pemacu cakera keras (HDD)
CD ROM
1.44 MB pemacu cakera liut
Monitor SVGA
Papan kekunci dan tetikus.
Pencetak
Sistem operasi yang sesuai boleh dipilih daripada mana-mana sistem operasi
Microsoft Windows 95, 98, Me, 2000, NT dan XP. Pengendalian perisian CAD
adalah sama bagi semua sistem operasi. Perbezaan kecil hanya pada aspek
pengurusan fail-fail lukisan.

ii. Perisian dan fungsi


TINGKATAN 4 DAN 5 2002

43

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Hasil pembelajaran

Menerangkan fungsi CAD

Penggunaan CAD masa kini amat meluas dalam bidang kejuruteraan awam,
mekanikal dan elektrikal, malah banyak membantu para pereka cipta dalam
penghasilan ciptaan baru.
Lukisan yang dihasilkan boleh dibuat dalan bentuk 2D dan 3D dan gabungan
2D dan 3D. Melalui penggunaan teknologi terkini CAD boleh digabungkan
dengan sistem multimedia bagi penghasilan program animasi dan penghasilan
model menggunakan CADCAM.
CAD dalam reka cipta dapat membantu jurutera, arkitek dan pereka bentuk
menghasilkan lukisan/gambaran sesuatu rekaan seperti bangunan, kenderaan,
peralatan elektrik, enjin dan komponen enjin.
CAD juga mempercepat dan mempermudahkan kerja-kerja mereka bentuk di
dalam bidang kejuruteraan dan senibina termasuk bidang reka cipta .
Kelebihan menggunakan CAD dalam menghasilkan lukisan teknik adalah
seperti berikut:
a. Semua lukisan kejuruteraan yang dilukis secara manual boleh dihasilkan
dengan perisian CAD.
b. Lukisan dihasilkan dengan lebih cepat.
c. Mengurangkan kerumitan dari segi memadam kesilapan dan mudah untuk
menambah teks.
d. Lukisan boleh dihasilkan dalam banyak salinan.
e. Boleh

menyalin

bahagian-bahagian

tertentu

pada

sebuah

lukisan

kejuruteraan tanpa perlu mengulang lukisan.


f. Lukisan boleh diubah dimensi (saiz) dengan mudah.
g. Lukisan disimpan dalam pemacu cakera keras atau liut, ini dapat
mengurangkan penggunaan ruang.
h. Lukisan boleh dicetak dalam pelbagai saiz dan skala.

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

44

BUKU SUMBER REKA CIPTA

Kelemahan CAD semasa membuat lakaran rekaan, lakaran secara manual


masih diperlukan.

B. Aplikasi CAD
Hasil pembelajaran:

Menggunakan perisian CAD untuk mendapatkan reka bentuk terakhir

Menggunakan perisian CAD untuk mengubahsuai reka bentuk projek

Menghasilkan lukisan projek menggunakan perisian CAD tertentu

Terdapat banyak perisian CAD yang boleh diguna oleh guru dan pelajar untuk
menghasilkan lukisan berbantu komputer. Antaranya ialah AutoCAD, IDEAS,
IntelliCAD dan sebagainya.
Berikut adalah beberapa contoh lukisan berbantu komputer.

(a)

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

45

BUKU SUMBER REKA CIPTA

(b)

(c)

TINGKATAN 4 DAN 5 2002

46

You might also like