You are on page 1of 19

PENGENALAN

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia
lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan
kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan
tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan
ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.
Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan,
ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada
beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan
kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh
pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.
Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

Pendaratan

Statik

Gerak edar

Putaran

Hamburan

Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti


gimnastik artistik, ialah:

Keuapayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek


regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan
imbangan, kemahiran serta melombol.

Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol dalam


satu pergerakan.

Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan


yang lebih sukar.

Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan


pergerakan.

Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan


dapat dihasilkan

Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

PROGRAM LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK


Program latihan adalah merupakan alat yang digunakan oleh jurulatih untuk
merancang, mengarah dan memandu gimnas bagi menjalani latihan sepanjang
tahun.
Dalam kerangka program latihan terdapat peridosiasi iaitu tempoh atau jangka
masa. Periodisasi merupakan proses di mana pelan tahunan dibahagikan
kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program yang dirancang dapat
dijalankan dengan teratur.
Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa
fasa latihan dan bahagian bahagian kecil bertujuan untuk :
i)

Memudahkan penyediaan program latihan

ii)

Lebh mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat

iii)

Dijadikan garis panduan bagi menentkan pencapaian puncak yang


betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama.

iv)

Membantu jurulatih dan atlet menjalani latihan dengan lebih teratur


dan bersistematik.

v)

Memudahkan proses pemantauan dan penilaian.

Periodisasi latihan dibahagikan kepada:

Fasa-fasa latihan

Latihan Mingguan

Latihan Harian

Sesi latihan

Berikut adalah lakaran program latihan gimnastik daripada pra musim hingga ke
pertandingan. Program ini dijalan sepanjang tahun.

Persedian

Prapertandingan

Umum

Latihan Semua
Komponen
Kecergasan
Apparatus
Kemahiran
pergerakan

Jan

Khusus

Latihan
Komponen
Ketangkasan
Kekuatan
Kelenturan
Koordinasi

Pertandingan

Kemahiran
Pergerakan

Motivasi

Apparatus

Psikologi

Startegi
Psikologi
Motivasi

Latihan
Kemahiran

Mac

Mei

Dis

Apabila seseorang jurulatih membuat satu rancangan latihan beliau perlu


mematuhi beberapa keperluan asas dalam proses perancangan. Antara
keperluan-keperluan yang perlu dipertimbangkan ialah:
Perancangan Jangka Panjang Perlu Berkait dengan Perancangan Semasa
Perancangan jangka panjang adalah keperluan penting dalam proses
latihan yang digunakan oleh para jurulatih sebagai matlamat latihan, bertujuan
untuk membantu dalam latihan gimnastik. Sesuatu rancangan latihan perlu
merangkumi kedua-dua aspek iaitu kemahiran dan prestasi, yang sepatutnya
meningkat dalam setiap latihan. Objektif dalam program latihan jangka masa
panjang bergantung kepada garis pengukur dan kandungan latihan yang
terdapat dalam rancangan tahunan, makro dan mikro. la juga perlu mempunyai
kesinambungan antara objektif semasa dan jangka panjang.

Mengekal dan Menekankan Faktor Utama dalam Latihan


Semasa

latihan

seseorang

jurulatih

perlu

selalu

menekankan

kesederhanaan atau berdasarkan keperluan gimnas dalam setiap aspek latihan,


seperti mana pentingnya volum dan intensiti latihan itu sendiri. Semasa dalam
pertandingan atau ujian seseorang jurulatih perlu dapat menilai pencapaian
gimnas untuk dibandingkan dengan objektif latihan yang telah ditetapkan. Jika
terdapat kelemahan prestasi gimnas dalam aspek tertentu, tidak mengikut apa
yang dirancang, jurulatih perlu mengubah suai program latihan atau memberi
tumpuan kepada aspek kelemahan gimnas. Inilah yang dikatakan mengekalkan
faktor utama dalam latihan dan pada masa yang sama mengekal dan
meningkatkan kelebihan atlet gimnastik dalam aspek yang menunjukkan prestasi
yang baik sebagaimana objektif latihan.
Merancang Pencapaian Secara Berperingkat
Semasa memulakan setiap fasa latihan, seseorang jurulatih perlu
menetap dan mencatatkan objektif yang perlu dicapai oleh atlet gimanstiknya
pada sesi akhir latihan tersebut. Objektif yang ingin dicapai dalam setiap sesi
latihan perlu teratur dan berjadual, sebagai pengesan dalam peningkatan tahap
latihan dan kemampuan prestasi atlet gimnastik. Dalam masa yang sama juga
untuk memastikan program latihan berjalan teratur dan berkualiti. Bukan sesuatu
yang luar biasa komponen latihan berjadual ini diabaikan oleh ramai jurulatih
kerana mahu meningkatkan volum dan intensiti latihan bagi pencapaian prestasi
atlet ke tahap maksimum dengan lebih cepat. Tindakan atau perancangan yang
tidak teratur ini bukan sahaja tidak akan membantu dalam peningkatan prestasi
atlet, malah boleh menurunkan prestasi mereka. Justeru seseorang jurulatih
perlu mematuhi konsep pencapaian prestasi khusus, dan menekankan tahap

yang ditetapkan atau objektif prestasi atlet, dalam usaha mencapai potensi
kejayaan yang sebenar.

Matlamat
Matlamat mestilah jelas dan tidak spesifik baik pada jurulatih mahu pun
kepada atlet. tiap matlamat yang hendak dicapai haruslah relevan dan sesuatu
yang mampu dicapai.Matlamat latihan hendaklah ditentukan terlebih dahulu
sebelum sesuatu program latihan dijalankan sama ada latihan jangkamasa
pendek atau jangkamasa panjang dan matlamat hendaklah dicapai menjelang
sesuatu kejohanan atau pertandingan sebenar. Walau apa sekali pun hubungan
atau komunikasi antara jurulatih dan atlet gimanstik adalah penting demi
mencapai matlamat tersebut.
Program latihan yang berkualiti seharusnya ialah tingkat prestasi yang tinggi.
Bagi mencapai matlamat asas latihan iaitu peningkatan tahap kemahiran dan
prestasi terdapat berapa objektif umum latihan yang perlu dicapai. Antara
objektif-objektif tersebut adalah
Pembentukan atau Peningkatan Pelbagai Aspek Fizikal
Pembentukan kecergasan yang menyeluruh seperti meningkatkan daya
tahan, kekuatan, kesimbangan, kelenturan, dan tahap kordinasi yang tinggi. Ini
perlu dilihat dari aspek berlandaskan perlakuan motor dan berdasarkan latihan.
Pembentukan Keperluan Fizikal yang Khusus untuk Sukan Tertentu
Membentuk dan meningkatkan kekuatan relatif dan sepatutnya, komposisi
otot dan kekenyalan, kekuatan khusus dalam sukan atau acara tertentu,
pergerakan dan masa tindak balas dan koordinasi serta kelembutan. Hasil dari
latihan ini membolehkan atlet melakukan semua jenis pergerakan berdasarkan
keperluan sukan tertentu dengan licin dan kemas.

Kerangka Program Latihan


Program latihan adalah merupakan alat yang digunakan oleh jurulatih
untuk merancang mengarah, dan memandu atlet

gimnastik bagi menjalani

latihan sepanjang tahun.


Di dalam kerangka program latihan terdapat periodisasi iaitu tempoh atau
jangka masa. Periodisasi adalah proses yang mana pelan tahunan dibahagikan
kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program latihan yang dirancang
dapat dijalankan secara teratur.
Fasa-Fasa Latihan
Satu kelendar sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu
fasa persediaan, pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciriciri tertentu dan dibahagikan lagi kepada sub- fasa. Setiap fasa adalah terdiri
daripada kitar makro (long cycle) dan kitar mikro (short cycle). Setiap kitar ini
mempunyai matlamat yang berbeza.
Fasa Persediaan
Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhan
program latihan

yang

dijalankan.

Kekurangan tumpuan pada fasa ini

menjejaskan persediaan fasa-fasa berikutnya, terutamanya fasa pertandingan.


Fasa persediaan dibahagikan lagi kepada dua subfasa iaitu:
Persediaan Umum

Dalam fasa persediaan umum jurulatih perlu memberi tumpuan kepada


pembinaan kecergasan fizikal yang menyeluruh terutamanya dalam aspek daya
tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum gimnas
menjalani latihan pembinaan komponen fizikal yang diperlukan untuk melahirkan
gimnas yang mampu bersaing di peringkat yan lebih tinggi.
Isipadu latihan adalah tinggi antara 85% hingga 100% dan intensiti
latihan adalah sederhana antara 40% hingga 70%. Bergantung kepada masa
yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 hingga 14
minggu.
Selain itu, kecergasan fizikal merupakan faktor yang amat penting untuk
mencapai prestasi kemahiran yang tinggi. Tahap kecergasan yang rendah boleh
menyebabkan teknik permainan tidak dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Jurulatih yang baik seharusnya tahu mengenai kecergasan khusus untuk
permainan dan mengimbangkan program pelaziman dalam sesi latihan. Dalam
fasa persediaan umum ini , jurulatih semestinya mengelolakan sesi latihan yang
melibatkan semua komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan seperti
daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan juga
komposisi badan manakala kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor
terdiri daripada kelajuan, ketangkasan, kuasa, imbangan, koordinasi dan masa
tindak balas.
Selain daripada komponen kecergasan , jurulatih perlu menekankan
aspek-aspek kemahiran pergerakan dalam sukan gimnastik . Seseorang gimnas
perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti melentur dan meregang,
mengimbang, melompat dan melayang, melonjak, menyokong, memusing dan
mengilas, mengguling, mengayun, melenting. Dengan kemahiran asas inilah
seorang gimnas berupaya

melakukan pergerakan senaman lantai dan

penggunaan alatan dengan baik dan kemas.

Pergerakan asas menggunakan alatan seperti pergerakan menggunakan


lombol lalu, lombong kangkang dan lombol muka perlu dikuasai oleh gimnas
terlebih dahulu. Pergerakan ini akan membantu seseorang gimnas menguasai
pergerakan menggunakan alatn yang memerlukan kekuatan tangan dan
pendaratan yang baik.
Beberapa pergerakan asas ketangkasan, imbangan dan lombol akan
memberi kesedaran ruang, masa, beban dan aliran serta membina daya kreatif ,
reka cipta dan pengubahsuaian bagi menghasilkan rangkaian pergerakan yang
harmoni dan estetik.
Sebagai jurulatih beberapa kemahiran pergerakan yang perlu diajar
termasuklah :
1. Gaya Dirian
Seseorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang sempurna dan
kemas bagi setiap permulaan pergerakan. Kedudukan gaya dirian yang baik
dapat membantu gimnas memungut mata dalam persembahannya.
2. Guling hadapan

3. Guling Belakang

4.
5.

Dirian kepala
Dirian tangan

6. Roda kereta

8. Hambur tangan

10.Hambur melenting

7.Hambur kepala

9.Hambur terbang

12. hambur belakang

Setiap

kemahiran

asas

yang

telah

diajar

kepada

murid

perlu

dipertingkatkan dengan melakukan lakuan ansur maju .


Kemahiran seseorang individu merangkumi empat elemen penting iaitu
motivasi, pergerakan asas, kecergasan fizikal dan teknik-teknik kemahiran.
Sebagai asas, seseorang gimnas individu perlu mempunyai moitvasi yang tinggi
untuk melibatkan diri dalam acara individu. Motivasi merupakan penyokong
kepada semua kemahiran lain dan kemahiran-kemahiran bergantung kepada
motivasi bagi menentukan seseorang itu berjaya atau tidak. Justeru itu, jurulatih
perlu memainkan peranan untuk memotivasikan para gimnas semasa sesi
latihan dan dalam pertandingan. Oleh itu, motivasi perlu dididik semasa fasa
persediaan lagi.
Persediaan Spesifik (Khusus)
Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen-komponen
fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan gimnastik . Bagi sukan gimnastik
komponen-komponen fizikal yang dominan ialah, kelenturan, keseimbangan
,ketangkasan, kekuatan, dan juga koordinasi . Isipadu latihan yang dijalankan
dikurangkan kepada 65% hingga 80%. Jangka masa latihan bagi fasa ini adalah
antara enam hingga 10 minggu.
Bagi sukan gimnastik , kaedah-kaedah latihan seperti latihan kecergasan
diteruskan. Di samping itu , jurulatih juga perlu mempertingkatkan latihan
kemahiran pergerakan dalam gimnastik artistik seperti melentur dan meregang,
mengimbang, menghambur, memusing dan mengilas, mengguling, mengayun
dan melenting.
Jurulatih juga perlu mendedahkan bentuk-bentuk pertandingan dan acaraacara yang dipertandingkan. Selain itu , gimnas juga perlu diajar dengan
menggunakan alatan sebenar yang digunakan dalam pertandingan.

10

BENTUK PERTANDINGAN GIMNASTIK


Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan , keseimbangan dan
ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik,
setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan,
keseluruhan dan individu untuk setiap alatan.
Acara yang dipertandingkan bagi ahli gimnastik lelaki ialah :

Senamai lantai

Kekuda pelana

Gelang

Lombol

Palang sejajar

Palang tunggal

Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara iaitu:

Senaman lantai

Lombol

Palang bertingkat

Batang titian

KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIK


A. SENAMAN LANTAI
Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastk.Senaman
lantai mempengaruhi pergerakan gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian
tangan dan kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu pergerakan di palang
bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang sejajar, gelang dan palang
tunggal.

11

B. ACARA LOMBOL
Kekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig Jahn, yang dikenali sebagai
bapa gimnastik moden. Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita
menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Lombol
mempunyai enam fasa iaitu larian penujuan, lonjakan, penerbangan awal,
tunjalan, penerbangan akhir dan pendaratan.

C. ACARA PALANG

12

Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan


lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan . Para gimnas wanita pernah
menggunakan palang sejajar sehingga 1930. Selepas itu , satu daripada palang
telah direndahkan dan dikenali sebagai palang bertingkat khas untuk wanita.
Pergerakan di kedua-dua alatan ini lebih menumpukan kepada pergerakan
ayunan daripada pergerakan kekuatan.

D. KUDA BERPELANA
Alatan yang digunakan dalam acara kuda berpelana lebih sama bentuk
dengan kekuda lombol , tetapi mempunyai dua pemegang kayu di atasnya
digelar bonjol pelana. Peserta akan menggunakan bonjol pelana ii untuk
memindahkan keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau kedua-dua
lenganya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda berpelana bergantung
kepada tumpuan , imbangan dan rentak.

13

E. BATANG TITIAN
Batang titian merupakan satu alatan
gimnastik yang membantu perkembanngan
pembentukan dirian tubuh, dan gaya yang
baik.

Ciri-ciri

terpenting

dalam

acara

batang titian ialah pergerakan imbangan


yang mesti dilakukan dengan berhati-hati di
ataas alatan yang lebarnya hanya 10 cm.

F.

ACARA GELANG
Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk
mendapatkan pegangan pertama. Jika peserta terjatuh, dia mempunyai 30 saat
untuk naik semula. Semasa mendarat peserta tidak dibenarkan melangkah,
tetapi boleh membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah.

14

G. ACARA PALANG TUNGGAL


Acara palang tunggal merupakan acra terakhir dan selalu dapat mewujudkan
suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas palang tunggal ini
melalui tangan dan bahagian depan lengan.

15

Di samping itu juga jurulatih perlu sentiasa memberikan motivasi kepada


para gimnas. Seseorang gimnas yang bermotivasi tinggi akan berlatih dengan
bersungguh-sungguh.
Fasa Pertandingan
Fasa pertandingan dibahagi kepada dua subfasa iaitu:
i) Pra pertandingan
Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal yang
terdapat dalam sesuatu sukan yang dilatih. Berbeza daripada fasa persediaan
khusus, latihan pada fasa pra pertandingan ini bertujuan meningkatkan atau
mengekalkan tahap kecergasan. Latihan dilakukan dalam situasi pertandingan
sebenar atau melalui simulasi pertandingan.
Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan,
sementara intesiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan. Bagi sukan
yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan adalah sederhana
antara 60% hingga 70%, sementara intensiti latihan boleh ditingkatkan sehingga
100%.
Selain daripada latihan khusus seperti dinyatakan di atas, kaedah-kaedah
seperti latihan tubuh badan, kesedaran ruang , kesedaran masa ,kesedaran
beban, kesedarn aliran, kesedaran ritma diteruskan . Latihan bebanan masih
boleh diteruskan dan tumpuan diberikan kepada peningkatan dan pengekalan
daya tahan otot. bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa
bagi fasa ini adalah antara enam hingga lapan minggu.
Ujian pasca kecergasan diperlukan. Selain itu,latihan taktikal amat
diperlukan dalam fasa ini. Jurulatih.juga perlu memainkan peranan untuk
memotivasikan pemain-pemain yang bakal berhadapan dengan pihak lawan.
Justeru itu. Latihan tekanan amat diperlukan dalam fasa pra pertandingan.

16

ii) Pertandingan
Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang
diperlukan oleh sukan yang diceburi. Tapering off ubahsuai isipadu dan intensi
(lazimnya penurunan). Isipadu dan intensiti amat diperlukan pada fasa ini bagi
memastikan para gimnas berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari
pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui perrtandingan
sebenar .
Bagi

sukan gimnastik, isipadu dan intensiti latihan adalah sekurang-

kurangnya sama dengan keperluan sebenar sukan tersebut. Jurulatih juga perlu
memberi pendedahan tentang taktik dan juga psikologi kepada para pemain.

Kesimpulan.
Pengetahuan yang mendalam amat diperlukan oleh jurulatih dalam
melaksanakan program latihan. Dengan pengetahuan yang mendalam , juru latih
berkemampuan untuk merancang serta melaksanakan latihan bagi memastikan
atlet mereka mendapat faedah yang sewajarnya hasil daripada latihan yang
sistematik
Langkah-langkah keselamatan
Aspek Keselamatan
Aspek keselamatan amat dititikberatkan ketika menjalankan aktiviti gimnastik.
Kita mestilah memahami penjelasan konsep-konsep penting pergerakan dan
aspek biomekanik seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat
seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat graviti. Para
gimnas juga mesti mengamalkan beberapa perkara berikut untuk mengelakkan
risiko kecederaan.
17

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ditekankan dalam langkahlangkah keselamatan para gimnas :

1. Para gimnas perlu sedar bahawa setiap perlakuan yang hendak dilakukan
perlulah mengikut kemampuan dan kematangan. Jika para gimnas
melakukan aktiviti sukar yang tidak bersesuaian dengan kemampuannya
boleh mengakibatkan kecederaan.
2. Jurulatih perlu menggunakan ruang yang maksimum dengan selamat tanpa
sebarang objek yang boleh mendatangkan kecerderaan kepada para
gimnas. Justeru itu, sebelum latihan dijalankan, jurulatih perlu memastikan
tiada sebarang objek yang berbahaya di kawasan latihan.
3. Jurulatih juga perlu memastikan alatan yang digunakan semasa latihan
Alatan yang digunakan dalam latihan perlu berada dalam keadaan
selamat, alatan yang sempurna, sesuai dan selamat. Peralatan di
gimnasium tersebut mestilah diperiksa pada setiap kali hendak digunakan.
Di samping itu , peralatan itu juga hendaklah diperiksa secara berkala
untuk memastikan keselamatan pada alatan tersebut.
1.

Aktiviti

memanaskan

badan,

kelonggaran

dan

regangan yang secukupnya pada bahagian-bahagian otot dan sendi utama


bagi mengelakkan risiko kecederaan. Oleh itu, sebelum melakukan
sebarang aktiviti, jurulatih perlu memastikan para gimnas melakukan
aktiviti memanaskan badan .
2.

Jurulatih juga perlu memastikan setiap alatan disusun


dengan betul dan kedudukan alatan tersebut hendaklah memikirkan
keselamata para gimnas semasa melakukan latihan.

3.

Ketebalan tilam untuk senaman lantai mestilah


bersesuaian dengan latihan yang hendak dijalankan. Jurulatih juga perlu
menyediakan tilam-tilam keselamatan di kawasan yang berisiko. Para
gimnas juga harus melakukan latihan di kawasan yang bertilam. Ini
disebabkan oleh aktiviti dalam gimnastik terdedah kepada kecederaan.

18

4.

Setiap akiviti yang hendak dilakukan oleh gimans


perlu dibuat setelah menerima arahan guru dengan jelas Selain itu , para
gimnas perlu mendapatkan bantuan penyokong semasa melakukan aktiviti
yang sukar.

Rujukan:
1.

Bimbingan Intesif Sains Sukan (2005). Kualiti Books Sdn. Bhd. Petaling
Jaya, Selangor.

2.

Yusof Ismail (1994) . Gimnastik. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd

3.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gimnastik_artistik"

4.

HBPE 2103, Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan (2007),


Open University Malaysia.

19

You might also like