You are on page 1of 5

1.

Pendahuluan
Ayat pasif ialah

ayat

yang

mengandungi

kata

kerja

yang

mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif


boleh dibentuk daripada ayat aktif transitif. Tetapi ayat aktif tak transitif
tidak boleh dipasifkan. Abdul Hamid Mahmood: 1993:74 )
Dalam bidang sintaksis kejadian ayat aktif dan pasif tergolong dalam
huraian

ragam

ayat.

Ayat

aktif

mengandungi

kata

kerja

yang

mengutamakan subjek asal sebagai judul, manakala ayat pasif pula


mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
Bagi bahasa-bahasa seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,
huraian antara ayat aktif dengan ayat pasif umumnya melibatkan tempat
frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan ( Nik Safiah
Karim 1995 : 326 ). Binaan atau struktur pasif BM terdiri daripada struktur
pasif dengan ganti nama diri dan bukan dengan ganti nama diri.

1.1 Jenis ayat pasif


Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang
mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang
diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

a. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif


Subjek

Kata Kerja

Oleh + Frasa

Keterangan

Basikal itu

Pasif
sudah dibeli

Nama
oleh Amin

minggu lepas

Semak samun

dibersihkan

oleh pekerja

setiap bulan.

b. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
Subjek

Frasa Kerja Pasif

Keterangan

dengan Ganti Nama


Diri Pertama atau
Kereta itu
Kuih itu

kedua
sudah saya bersihkan
belum awak makan

pagi tadi.
lagi.

c. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
Subjek

Kena

Pelanduk itu
Budak itu

Kena
Kena

Kata Kerja Dasar

Oleh+Frasa

Tembak
kejar

Nama
oleh pemburu.
oleh anjing.

2.0 Ayat majmuk pancangan


Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang
dipancangkan dalam ayat induk. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama
dengan menggunakan kata hubung seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila,
sungguhpun dan sebagainya. Ada tiga jenis ayat pancangan dalam bahasa Melayu
iaitu;
a. Ayat relatif
b. Ayat komponen
c. Ayat keterangan

2.1 Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang,
seperti contoh berikut:
Saya membeli baju biru yang berwarna merah.
Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres.
Yang tinggi itu bangunan Bank Bumiputera.

2.2 Ayat komplemen mengandungi tiga jenis ayat komplemen:


2.2.1 Ayat komplemen frasa nama:
Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas. (ayat

komplemen frasa nama subjek)


Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan

itu memang susah. (ayat komplemen frasa nama subjek)


Agak sukar untuk Dato Azmi memenangi pilihan raya

kecil itu. (ayat komplemen frasa nama subjek songsang)


Pemuda itu menyatakan bahawa semua penumpang

terselamat. (ayat komplemen frasa nama objek tepat)


Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui
kenderaan berat.(ayat komplemen frasa nama objek
tepat)

2.2.2 Ayat komplemen frasa kerja


Contoh ayat:
Dia berasa bahawa nasihat gurunya itu benar.
Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima.
Penceramah itu berfahaman bahawa ekonomi negara akan
terus meningkat.

2.2.3 Ayat komplemen frasa adjektif


Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.
Saya yakin bahawa dia akan berjaya
2.3 Ayat keterangan
2.3.1 Ayat majmuk keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut
kepada kata kerja ayat induk. Terdapat berbagai-bagai

keterangan yang disampaikan oleh ayat kecil jenis ini. Ada 9


jenis ayat keterangan.

Keterangan musabab - Saya tidak dapat hadir kerana saya


kurang sihat.

Keterangan akibat - Ia bersorak terlalu kuat hingga serak


suaranya.

Keterangan syarat - Ali akan ikut serta rombongan itu kalau


ayah membenarkannya.

Keterangan waktu - Tatkala hujan mula turun, mereka masih


di sawah.

Keterangan harapan - Kita mesti bertolak ansur agar semua


pihak berpuas hati.

Keterangan cara - Dia membunuh ular itu dengan


menggunakan buluh.

Keterangan tujuan - Para pemimpin menyusun rancangan


ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Keterangan perbandingan - Dia kebingungan bagai rusa


masuk kampung.

Keterangan pertentangan - Sekalipun sudah berumur , dia


masih ingin belajar juga.

3.0 Contoh binaan klausa bebas dan tidak bebas


3.1 Ayat majmuk pancangan relatif - Ayat relatif ialah ayat yang ditandai
dengan penggunaan perkataan yang seperti contoh di bawah.

Klausa bebas
Klausa tak bebas
Ayat Majmuk Pancangan

: Kanak-kanak itu cedera.


: Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman.
: Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak

Leman.

Klausa bebas
Klausa tak bebas

: Saya membeli seluar.


: Seluar itu berwarna biru.

Ayat Majmuk Pancangan

: Saya membeli seluar yang berwarna biru.

Ayat (1) dan (2) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan
ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan seluar itu dengan
menggunakan kata hubung yang.
3.2 Ayat majmuk pancangan komplemen - Ayat majmuk komplemen ialah ayat
utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi
komplemen kepada ayat. Ayat komplemen dapat dibentuk dengan
menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

Klausa bebas
Klausa tidak bebas
Pancangan

:Mancis api telah menyebabkan kebakaran.


:Kebakaran itu berlaku.
: Bahawa mancis api telah menyebabkan

kebakaran itu berlaku.

3.3 Ayat majmuk pancangan keterangan - Ayat majmuk keterangan ialah ayat
majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat
kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.

Pancangan

:Pemain hoki negara gagal kerana tidak

bersedia.
Klausa bebas
Klausa tidak bebas

: Pemain hoki negara gagal


: Gagal kerana tidak bersedia

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja


dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal. Ayat majmuk
keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan
kata hubung yang tertentu.

You might also like