You are on page 1of 6

LATAR BELAKANG MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

KRONOLOGI PENUBUHAN
1904
Pihak Berkuasa Tempatan ketika ini dikenali sebagai Batang Padang Sanitary Board dan
diwartakan di bawah Warta Kerajaan No.1077/1904.

1923
Cawangan baru diwujudkan di bawah kawalan Batang Padang Sanitary Board yang dikenali
sebagai Tanjong Malim Sanitary Board (TMSB) bertempat di Jalan Raja Itam, Tanjong
Malim.

1958
TMSB dirombak semula menjadi cawangan-cawangan kecil iaitu Majlis Bandaran Tanjong
Malim, Lembaga Bandaran Trolak dan Majlis Tempatan (Slim River, Slim Village, Behrang
Stesyen & Behrang Ulu).

1975
Penguasa-penguasa Tempatan yang terdiri dari Tanjong Malim, Trolak, Slim River, Slim
Village, Behrang Stesyen dan Behrang Ulu disusun semula oleh Kerajaan Negeri dan setiap
satu diberi nama Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT).

1976
Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi
menyatukan semua LPKT di seluruh negara.

1979
Majlis Daerah Tanjong Malim telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171). Keluasan kawasan Majlis adalah seluas 10,410 hektar dan jumlah penduduk
dianggarkan 33,393 orang.

2002
Pada bulan April, Pejabat Majlis Daerah Tanjong Malim telah berpindah dan beroperasi di
Bandar Behrang 2020.
MISI DAN VISI
Misi bagi Majlis Daerah Tanjong Malim adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan
dan pentadbiran, meningkatkan mutu kehidupan rakyat melalui perkhidmatan dan kemudahan
Majlis yang sempurna dan teratur, memastikan pembangunan dan penyelenggaraan
infrastruktur, sosio-ekonomi dan kemanusiaan dilaksanakan dengan sempurna dan seimbang
seterusnya menjadikan MDTM sebagai agensi pemangkin pembangunan Koridor Selatan
Negeri Perak. Manakala visi pula adalah mewujudkan Majlis Daerah yang dinamik, progresif
dan bestari.
OBJEKTIF
Antara objektif yang telah digariskan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim ini adalah memberi
perkhidmatan kebersihan dan keindahan dalam kawasan operasi. Selain itu, objektif yang
kedua adalah melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara adil dan saksama.
Seterusnya adalah merancang dan mengawal pembangunan kawasan mengikut Pelan Struktur
dan Pelan Rancangan Tempatan dan akhir sekali adalah menguruskan perbelanjaan dan hasil
secara berhemat dan akauntabiliti.
FUNGSI
Fungsi-fungsi Majlis Daerah Tanjong Malim adalah menjana pelaburan untuk pertumbuhan
ekonomi kawasan, merangsang, merancang dan mengawal pembangunan, melaksanakan
kawalan perniagaan, mentadbir pengurusan cukai harta, mengurus, menyelenggara
infrastruktur dan kemudahan awam, mengambil tindakan Penguatkuasaan, memberi
perkhidmatan Perbandaran dan Keceriaan, menguruskan hal-hal berkaitan Perakaunan dan
Kewangan, Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia dan akhir sekali menekankan
aspek sustanable development'.

LOGO

Logo Majlis Daerah Tanjong Malim terdiri daripada kombinasi 3 warna asas iaitu merah, biru
dan kuning. Logo ini telah mula digunakan secara rasminya pada 10 Mei 2006 menggantikan
logo MDTM yang lama, di mana pelancaran logo baru ini telah disempurnakan oleh
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Y.B Dato' Chang Ko Youn, D.P.M.P.
Bentuk geometri di kiri dan kanan logo melambangkan pembangunan
serta lapan anak tangga yang menuju kecemerlangan

Slogan Majlis Daerah Tanjong Malim "Maju Dan Jaya"

Simbol buku yang tersusun dan disokong oleh kawah ilmu ditafsirkan
sebagai ilmu pengetahuan adalah nadi kehidupan

Bentuk anak panah yang terarah ke atas melambangkan pembangunan


maju dan mampan

Bentuk geometri berwarna kuning di atas logo melambangkan struktur


bangunan sebagai identiti Pusat Pengajian Tinggi yang terletak di
Tanjong Malim

Keris melambangkan ketuanan dan wadah perjuangan bangsa

Bunga Tanjong pecah lapan adalah sebagai bunga rasmi MDTM


membawa maksud kebersihan dan keindahan lapan kwasan pentadbiran
di MDTM
Lambang elektron bermaksud pembangunan, perindustrian, berteknologi
tinggi dan automotif

Simbol jalan raya dan air melambangkan kemudahan infrastruktur dan


keperluan asas penduduk

BUNGA RASMI

Bunga Tanjung pecah lapan merupakan bunga rasmi bagi Majlis Daerah Tanjong Malim di
mana ia melambangkan kebersihan dan keindahan lapan kawasan utama atau lapan kawasan
pentadbiran majlis. Nama saintifik bagi bunga ini adalah Mimusops Elengi manakala nama
keluarga pula adalah Sapotaceae. Jenis pokok adalah Pokok Tanjung dan ketinggiannya boleh
mencecah hampir 5 hingga 15 meter. Terdapat dua warna pada Bunga Tanjung pecah lapan
ini iaitu warna kuning dan keputih-keputihan.

INFO MASKOT BURUNG HANTU MDTM

MDTM merupakan tuan rumah kepada Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa
Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan bagi Tahun 2013. Sehubungan dengan itu, BURUNG
HANTU telah dipilih sebagai ikon MDTM dan ikon ini juga telah dijadikan sebagai maskot
rasmi bagi Temasya Sukan PBT Negeri Perak bagi tahun 2013.
Justifikasi pemilihan maskot burung hantu sebagai maskot rasmi MDTM adalah
kerana Tanjong Malim merupakan sebuah bandar yang telah melahirkan ramai tokoh ilmuan
seperti Zaba, Aminuddin Baki dan Harun Aminurrashid. Kenyataan ini sekaligus telah
menjadikan Tanjong Malim sebagai salah sebuah bandar ilmuan yang terkenal di negeri
Perak. Malah, Tajong Malim juga turut melahirkan ramai tokoh muallim dan penggiat islam
yang tersohor di serata negeri. Bersesuaian dengan kenyataan ini, maka burung hantu telah
dipilih sebagai ikon yang membawa kepada makna kebijaksanaan ataupun dalam bahasa
inggerisnya The Symbol of Wisdom. Keselarasan ini dilihat sebagai gambaran kepada
kedudukan Tanjong Malim yang juga merupakan sebuah pusat perkembangan pendidikan di
Malaysia dan dapat dibuktikan dengan kewujudan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
sebagai pusat pendidikan guru yang tertua di Malaysia.
Ironinya, spesis burung hantu sememangnya mudah didapati di Tanjong Malim.
Berlandaskan kepada perlambangan The Symbol of Wisdom maka bersesuaianlah maskot
burung hantu dipilih sebagai ikon pilihan bagi Tanjong Malim yang kini semakin pesat

membangun.

You might also like