You are on page 1of 2

KERTAS KERJA KARNIVAL KO

AKADEMIK SK MELANSAI 2016


OBJEKTIF
Mewujudkan suasana pembelajaran yang bersifat didik hibur dan menyeronokkan
bagi empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan
Sains.
MATLAMAT

Mengadakan aktiviti ko-akademik pada penghujung tahun pembelajaran

semasa.
Menarik minat pelajar dalam penglibatan bersifat ko-akademik.
Merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan perkhemahan pakaian

seragam.
Sebagai aktiviti pelajar selepas peperiksaan akhir tahun.

SASARAN
Karnival ini bakal melibatkan semua pelajar bermula dari kelas Tahun 1 hingga Tahun
6. Murid dikehendaki untuk melibatkan diri mengikut keahlian rumah sukan iaitu
Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau.
PERANCANGAN
Tarikh: 4 November 2016
Masa: 0800 1200
Tempat: Kelas Tahun 5 dan Tahun 6
Aktiviti: Kuiz Cepat Jawab
Persembahan Pelajar SK Melansai
PERBELANJAAN
Unit kokurikulum telah memperuntukkan dana sebanyak RM541.96 kepada kelab
mata pelajaran untuk menjayakan karnival tersebut. Perbelanjaan ini diperlukan untuk
menguruskan penyertaan peserta, hadiah dan sebagainya.
AKTIVITI KARNIVAL

A. Kuiz Cepat Jawab


Kuiz ini dijalankan untuk menguji pengetahuan dan mengasah kemahiran
pelajar dalam menjawab soalan yang mempunyai aras berfikir yang tinggi dan
memerlukan 4 orang peserta dari setiap rumah sukan. Kuiz akan dijalankan
dalam 3 pusingan bagi setiap mata pelajaran.
B. Persembahan Pelajar
Pelajar mempersembahkan hasil kerja mereka bagi setiap mata pelajaran
masing-masing. Persembahan adalah berbentuk deklamasi sajak, nyanyian,
pembentangan dan pameran.
ATURCARA PROGRAM
BIL
PERKARA
1
Persiapan dan pendaftaran peserta
2
Kuiz Cepat Jawab:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
3
Pengumuman keputusan kuiz dan komen
4
Rehat/Merarau
5
Persembahan Pelajar:
Deklamasi sajak
Nyanyian
Pembentangan
Pameran

MASA
0730 0800
0800 0930

0930 -1000
1000 1030
1030 - 1200

Disediakan:

Disahkan:

.
FRANKSER NIYUP
Penyelaras Karnival Ko-Akademik

..
AWANG RAJIE
Penolong Kanan KK

You might also like