You are on page 1of 23

PENGENALAN

Bila disebut sahaja perkataan sejarah, mungkin ramai yang akan mengeluh dan mula
memikirkan persepsi-persepsi kurang enak. Bukan menjadi satu rahsia, subjek sejarah yang
diajar di sekolah merupakan antara subjek yang paling kurang diminati oleh kebanyakan
pelajar. Pelbagai alasan diberikan, yang tipikal adalah seperti susah, banyak yang perlu
diingat, tidak minat, dan lain-lain alasan yang menghalalkan mereka untuk mengelak
daripada mempelajari subjek ini. Yang paling tidak dapat diterima, ada yang sanggup
mengungkapkan perkataan ini, mengapa perlu belajar sejarah??penting ke sejarah??.
Ungkapan ini menunjukan bahawa mata pelajaran sejarah tidak mendapat perhatian dalam
kalangan masyarakat, terutama pelajar sekolah. Sejarah mempunyai nilai yang sangat
bermanfaat apabila dikaji secara terperinci oleh individu berada dalam lingkungan orang
berilmu iaitu yang mempunyai gred ijazah, Master, Phd yang meminati bidang pengkajian,
terutama kajian berkenaan mata pelajaran sejarah ini sendiri, tidak kira dari permulaan
definisi sejarah mahupun sehingga pengakhiran yang menjelaskan bahawa mata pelajaran
sejarah mempunyai nilai yang positif. Sejarah berasal daripada perkataan Greek iaitu inquire
yang bermaksud menyiasat dan menyelidik masa lalu dengan teliti berdasarkan bukti yang
diperolehi. Istilah ini lebih awal digunakan oleh Herodotus dan kemudiannya ia ditukarkan
kepada istilah historia yang bermaksud pengendalian secara naratif berkaitan pembinaan
masa lalu. Pembelajaran sejarah berbeza dengan subjek-subjek mata pelajaran yang lain
kerana ia bukan sekadar berperanan sebagai memindahkan dan mengembangkan ilmu
pengetahuan, tetapi juga mempunyai misi membina akhlak dan jiwa daripada pengalaman
generasi sebelumnya. Kita haruslah memahami bahawa penekanan terhadap ilmu
pengetahuan semata-mata belumlah cukup kerana ia dilihat masih belum dapat menjadikan
seseorang itu mempunyai accountability terhadap diri, agama dan negara. Oleh kerana itulah
kurikulum sejarah di Malaysia menekankan kepada pemupukan nilai-nlai murni dalam diri

pelajar sebagai salah satu fokus utamanya. Hal ini dijelaskan dalam Sukatan Pelajaran
Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah berdasarkan kenyataannya seperti berikut:
Dalam usaha untuk melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan aspirasi
negara, pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Sejarah perlu menjurus
kepada pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah di kalangan murid
di samping nilai-nilai murni dan semangat patriotik.

Berkenaan dengan mata pelajaran sejarah ini, terdapat juga cadangan yang dilakukan
oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadikan
mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran wajib bagi sekolah rendah. Kenyataan lagi
menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib di sekolah rendah dapat
membolehkan penghayatan awal dapat diasuh kepada semua individu terutama pelajar
sekolah, kenyataan dan cadangan ini juga adalah sesuatu yang memberi penerangan kepada
kita bahawa isu mata pelajaran sejarah amat dititikberatkan oleh semua pihak. Walaupun
pembelajaran sejarah memainkan peranan penting dalam pemupukan minda, akhlak dan jiwa
manusia, namun ianya tetap berada dalam kondisi yang menyedihkan. Kondisi inilah yang
membolehkan mata pelajaran sejarah harus dilaksanakan kajian yang terperinci iaitu fokus
kepada ketidak minat pelajar dalam subjek sejarah. Sedikit pa

ndangan yang dapat kita

lihat iaitu Sejarah dianggap mata pelajaran yang membosankan, tidak memberi manfaat dan
sekadar membuang waktu sahaja. Anhar Gonggong menyatakan bahawa sejarah dipandang
sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuangbuang waktu. Mata pelajaran sejarah dipinggirkan dan kesannya, lahirlah generasi muda
yang buta sejarah, yang gagal memahami dan menggunakan sejarah untuk membaiki
kepincangan-kepincangan yang wujud dalam kehidupan mereka. Oleh itu, langkah yang

berterusan perlu di ambil oleh semua pihak agar mata pelajaran sejarah ini mendapat
perhatian dan menarik minat para pelajar. Kajian yang menyeluruh dapat dibuat dengan
mengenakan soal selidik kepada semua pelajar dan guru di sekolah bagi menjamin isu
pelajar tidak minat dalam mata pelajaran sejarah dapat diterokai.

PENETAPAN OBJEKTIF KAJIAN, PERMASALAHAN KAJIAN DAN


METODOLOGI KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini kami telah menyenaraikan tiga objektif kajian yang
khusus dengan mengambil kira segala aspek yang penting untuk memastikan kajian yang
dijalankan ini menepati matlamat atau sasaran awal. Objektif kajian membawa makna
matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan sebelum membuat sesuatu kajian. Bahagian ini
penting kerana melalui objektif kajian, pengkaji dapat melakukan kajian mengikut piawaian
yang telah ditetapkan dalam objektif kajian. Sekiranya berlaku percanggahan dalam hasil
akhir kajian maka langkah untuk melakukan proses pembaikan dapat dilakukan dengan baik.
Namun begitu, penetapan objektif kajian haruslah mengikut tajuk kajian yang dipillih untuk
mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam kajian. Selain itu, objektif kajian ini haruslah
disusun mengikut susunan yang betul iaitu dengan mengutamakan objektif yang utama.
Bilangan objektif yang ditetapkan adalah bebas namun pada kebiasaannya, pengkaji akan
menetapkan sebanyak tiga objektif sahaja. Bilangan objektif ini merupakan bilangan yang
paling relevan kerana ianya mampu merangkumi secara keseluruhan hasil kajian.
Permasalahan kajian pula merujuk kepada isu atau masalah yang terdapat dalam tajuk
kajian. Selain itu juga, pernyataan masalah turut merujuk kepada isu atau masalah yang ingin
dikaji dalam penyelidikan. Pernyataan masalah amat penting dalam melakukan sesuatu
penyelidikan. Pihak-pihak tertentu terutamanya pembaca akan menimbulkan persoalan
tentang mengapa sesuatu kajian itu perlu dijalankan. Melalui pernyataan mengnai
3

permasalahan kajian ini, pengkaji akan lebih bersedia untuk menjawab dan mempertahankan
isu atau masalah yang ingin mereka kaji tersebut. Penerangan secara mendalam juga dapat
dilakukan bagi meningkatkan kefahaman pembaca mengenai sesuatu kajian yang dijalankan.
Hal ini dapat menjadikan sesuatu kajian itu matang dan kritikan yang telus dari pembaca
dapat diperolehi.
Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik.
Cara untuk menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan dapat diterangkan dengan
cara berikut:
Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam konteks
penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.

Kedua : Selepas itu, penyelidik perlu menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang
mendapati bahawa isu atau masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan
kepada pengguna, pelajar, guru, pentadbir sesuatu organisasi dan semua pihak
berkepentingan. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mungkin kajian-kajian dalam
dan luar negara yang berkaitan. Namun jika kajian yang dilakukan merupakan kajian yang
pertama atau hanya mempunyai sedikit sahaja perkaitan dengan kajian-kajian yang
sebelumnya, maka pengkaji boleh merujuk kepada kajian yang paling hampir dengan tajuk
mereka.

Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu atau masalah
yang ingin dikaji. Pengkaji juga perlu menyatakan segala kelemahan atau kekangan yang
dihadapi dan menghubung kaitkan jalan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.
4

Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario
yang dibincangkan untuk mengatasi isu atau masalah yang dihadapi. Di sini lah pengkaji
perlu menjawab semua persoalan yang timbul.

Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan.
Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari
perspektif penyelidik.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji faktor pelajar kurang minat terhadap matapelajaran sejarah.
2. Mengkaji kepentigan apabila pelajar mempelajari matapelajaran sejarah.
3. Mengkaji langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah.

PERMASALAHAN KAJIAN
1. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar kurang minat terhadap matapelajaran
sejarah.
2. Apakah kesan yang berlaku sekiranya pelajar mempelajari metapelajaran sejarah.
3. Bagaimanakah cara paling berkesan yang dapat diambil bagi mengatasi masalah
kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran sejarah.

METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian terbahagi kepada dua iaitu kualitatif dan kuantitatif. Metodologi
kajian kualitatif merujuk kepada pengumpulan data-data dalam bentuk angka mengenai
kajian. Metodologi kajian kuantitatif pula merujuk kepada data-data mengenai ayat yang
diperolehi oleh pengkaji. Dalam kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji menggunakan
kedua-dua metodologi tersebut dalam soalan soal selidik yang diedarkan. Data berbentuk
angka merujuk kepada data kekerapan yang diambil daripada jawapan responden manakala
data ayat pula merujuk kepada soalan subjektif yang turut disertakan dalam borang soal
selidik. Soalan yang telah diberikan adalah jenis yang berstruktur iaitu soalan sama terhadap
semua respnden. Selain itu juga, pengkaji turut melakukan temu bual yang melibatkan guru
di sebuah sekolah menengah dan beberapa orang pelajar. Soalan yang telah digunakan dalam
sesi temu bual tersebut terbahagi kepada dua iaitu soalan berstruktur dan tidak berstruktur.
Soalan yang berstruktur telah digunakan untuk menemubual guru tersebut manakala soalan
yang tidak berstruktur pula digunakan bagi menemubual pelajar-pelajar tersebut.

PUNCA PUNCA MATAPELAJARAN

SEJARAH TIDAK

DIMINATI

OLEH

PELAJAR
Di antara punca yang menyebabkan sejarah kurang diminati ialah akibat
perkembangan teknologi maklumat, dasar kerajaan terhadap Sains dan Matematik, teknik
pengajaran sejarah yang tidak menarik dan sistem penilaian berasaskan peperiksaan.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan para pelajar memperolehi


sumber maklumat yang banyak dan tanpa batasan. Keadaan ini menyebabkan pelajar lebih
suka memilih bahan bacaan atau laman web yang memaparkan sesuatu yang baru dan tidak
bersifat sejarah Malaysia. Pendedahan yang berlebihan terhadap dunia internet menyebabkan
pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman-laman web yang bersifat hiburan
dan permainan (games). Kalau ada bahan sejarah yang dicari oleh pelajar, kebanyakannya
lebih bertumpu kepada nota ringkas, soalan percubaan atau ramalan peperiksaan PMR, SPM
dan STPM. Menyalahkan pelajar dan guru bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Sistem
penilaian di Malaysia memang bergantung hanya kepada aspek peperiksaan semata-mata.
Justeru, pendidik wajar memanipulasi medium berteknologi terkini dan boleh dicapai pada
bila-bila masa (Bradenburg and Carrol, 1995) untuk menarik minat pelajar terhadap
matapelajaran sejarah. Antara teknologi terkini yang perlu diberi perhatian ialah
meningkatkan aspek kosmetik dan permainan dalam pendidikan sejarah di internet.
Penggunaan teknologi handphone dan aplikasi mudah alih, peralihan kaedah penyampaian
bersemuka kepada sistem diskusi dan chatting di internet. Implementasi kaedah ini akan turut
melibatkan kos yang begitu tinggi. Justeru, fokus perbelanjaan pembangunan pendidikan di
Malaysia yang begitu tinggi dirasakan sangat tepat. Di samping itu sokongan infrastruktur
dan dasar yang positif diharap memberi impak yang besar untuk tahun-tahun akan datang.
DASAR KERAJAAN
Salah satu aspek yang banyak mempengaruhi tumpuan pelajar terhadap kejayaan
pengajaran sejarah ialah aspek dasar. Sejak kebelakangan ini tumpuan terhadap Sains,
Matematik dan Bahasa Inggeris sangat ditekankan. Keadaan ini menimbulkan salah tafsir
pada pelajar bahawa hanya tiga matapelajaran ini yang paling penting. Keadaan ini
diburukkan lagi oleh sikap ibu bapa yang lebih banyak memberi tumpuan kepada
matapelajaran yang mempunyai nilai komersial atau memenuhi kehendak pasaran kerja
7

ekonomi moden. Keberkesanan sesuatu dasar banyak bergantung kepada aspek penyampaian
atau dengan bahasa yang lebih mudah cara pengiklanan. Proses pengiklanan setiap dasar
harus dibuat dengan cara yang tidak berat sebelah untuk mengelakkan salah faham dipihak
ibu bapa dan masyarakat. Kegagalan kaedah penyampaian dasar memberi implikasi yang
sangat besar terhadap aspek pembinaan semangat patriotik, sikap hormat menghormati
terhadap perbezaan budaya dan agama penduduk di Malaysia.
KAEDAH PENGAJARAN YANG TIDAK BERKESAN
Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah punca
utama matapelajaran sejarah tidak diminati. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses
pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak iaitu guru dan pelajar. Sekiranya
guru hanya menitikberatkan proses menghabiskan syllabus berbanding aspek penghayatan
dan penerapan nilai sejarah boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya
pelajar hilang minat (Atan Long, 1982) dan beranggapan matapelajaran sejarah sebagai suatu
beban akademik. Di bawah dicadangkan dua kaedah pembelajaran:
1. Sistem Pengajaran Kendiri
Teras idea ini datangnya daripada perkembangan aspek teknologi dalam capaian
maklumat. Justeru, pendekatan ini boleh menjadi alternatif terbaik dalam pembelajaran
sejarah iaitu dengan memindahkan beberapa tajuk atau sub tajuk dalam bentuk paparan
komputer yang boleh diakses pada bila-bila masa. Ini membolehkan pelajar bersedia dari segi
masa dan mempunyai kebebasan untuk memilih sub topik yang dikehendaki untuk proses
pembelajaran kendiri. Ini dapat menjimatkan masa pelajar iaitu topik yang telah difahami
tidak perlu diakses semula. Dalam kaedah ini penggunaan teknologi terkini iaitu laman web
dan internet dimanipulasi selari dengan minat generasi yang suka meneroka persekitaran

yang baru. Persekitaran yang baru akan menyebabkan pelajar banyak memberikan tumpuan
kepada kaedah penggunaan dan penerokaan (Wlodkowski, R.J. 1978).
2. Pembelajaran Koperatif dan Jigsaw Dalam kaedah ini guru akan membahagikan pelajar
kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan tertentu yang perlu
disiapkan. Guru sewajarnya memberikan pelajar masa untuk membuat perbincangan dan
carian maklumat. Kaedah ini dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar.
Selain itu ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran
kreatif (Felder & Brent, 2004). Pembelajaran Koperatif melalui interaksi bersemuka akan
membantu setiap pelajar untuk cuba memahami aspek kemahiran dan juga untuk membina
kefahaman bagi memberi penerangan kepada rakan di dalam kumpulan. Kaedah Jigsaw
menurut Hafizah Hussain (2006) menekankan lima perkara iaitu :
a.

Pergantungan secara positif

b.

Tanggungjawab

c.

Interaksi secara bersemuka

d.

Mempraktikkan kemahiran iunterpersonal mengikut kesesuaian

e.

Penilaian kendiri secara berterusan


Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5 orang

pelajar. Setiap kumpulan akan diberi satu tajuk berkaitan dengan kursus yang diambil. Setiap
pelajar akan mencari maklumat sehingga menjadi pakar dalam tajuk berkenaan. Selepas
setiap pelajar menjadi pakar maka satu kumpulan baru akan dibentuk. Justeru aspek
pembelajaran akan dilakukan oleh pelajar sebagai pengajar.

SISTEM PENILAIAN PRESTASI PELAJAR


9

Sistem penilaian prestasi berasaskan peperiksaan merupakan kaedah yang paling


berkesan untuk menilai pencapaian seseorang pelajar. Kaedah ini telah dilaksanakan di China
sejak Dinasti Song. Walau bagaimanapun kaedah ini hanya melahirkan generasi yang
menghafal tahun, nama watak dan nama tempat tanpa memahami secara rasional sesuatu
peristiwa. Sistem peperiksaan turut menyebabkan kreativiti pelajar untuk melahirkan idea
baru atau interpretasi baru sesuatu peristiwa dikongkong oleh buku teks untuk tujuan
peperiksaan sahaja. Aspek pemahaman menjadi tidak penting. Justeru selepas berakhirnya
peperiksaan PMR, SPM dan STPM kebanyakan pelajar gagal untuk mengingati semula fakta
disebabkan matlamat belajar sejarah hanya untuk lulus peperiksaan. Contoh yang paling
ketara pelajar yang memperolehi markah yang tinggi tetapi tidak berketrampilan dan lemah
dalam aspek pengucapan awam. Akibatnya markah yang tinggi hanya wujud di atas kertas,
penilaian aspek lain tidak diambil kira. Keadaan ini meminggirkan pelajar yang aktif dan
pandai dalam sukan dan pidato tetapi kurang dalam aspek akademik. Justeru, kaedah
penilaian berasaskan peperiksaan yang telah diamalkan sejak Dinasti Song harus dinilai
semula. Sekiranya kita mahu pelajar yang dihasilkan seperti mana matlamat Falsafah
Pendidikan Negara maka penilaian berasaskan peperiksaan harus dikurangkan markah dan
dimasukkan unsur-unsur lain dalam penilaian. Diharapkan pengurangan aspek peperiksaan
akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran sejarah lebih menarik dan tidak tertekan
hanya kepada satu faktor sahaja.
Punca lain terhadap keadaan yang menyedihkan terhadap mata pelajaran sejarah ini
selain empat punca utama yang telah dinyatakan ialah kecenderungan tumpah tindih dalam
kurikulum sejarah. Kurikulum sejarah berada ditakuk lama iaitu lebih menyajikan
rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia masa lampau yang kebanyakannya bersifat
abstrak. Hal ini menyebabkan pembelajaran sejarah di dalam kelas tidak lebih daripada
aktiviti hafal-menghafal atau terbatas kepada pengembangan ingatan sahaja. Fenomena ini
10

juga telah disuarakan sendiri oleh Prof. Khoo Khay Kim. Beliau menyifatkan pembelajaran
sekadar menghafal dan meluahkannya kembali di dalam peperiksaan sebagai burung kakak
tua.Hal ini ditambah lagi dengan kaedah pengajaran guru sejarah. Menjadi kelaziman di
kalangan guru kini, mata pelajaran sejarah diajarkan dengan satu kaedah sama ada ceramah
atau ceramah bervariasi. Tumpuan pembelajaran lebih berfokuskan kepada hasil iaitu
pelajar dan mahasiswa sebagai objek dan produk semata-mata. Proses pembelajaran
dilupakan. Sebenarnya proses inilah yang menentukan hasil atau produk yang akan
dikeluarkan.
Dalam hal ini, Dyah Kulamasari juga telah menyimpulkan bahawa terdapat sekurangkurangnya empat komponen yang saling berkait dan menjadi penyebab munculnya masalah
dalam pembelajaran sejarah. Pertama, tenaga pengajar sejarah yang kebanyakannya miskin
wawasan kesejarahan yang berpunca daripada sifat malas untuk menggali dan mengkaji
sumber-sumber sejarah. Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu merangsang dan
mengembangkan daya imaginasi pelajar untuk menimbulkan rasa ingin tahu tentang mata
pelajaran sejarah. Kredibiliti guru sejarah yang rendah ini pastinya akan menghalang objektif
pengajaran sejarah daripada tercapai. Komponen kedua pula ialah kerana penggunaan bukubuku sejarah dan media pembelajaran sejarah yang masih terbatas. Salah satu punca yang
menyumbang kepada fenomena tersebut ialah kerana kebanyakan pengajaran guru terlampau
terikat kepada buku teks. Malahan nota-nota yang diberi juga disalin seratus peratus daripada
buku teks. Media pembelajaran yang diguna pula tetap sama iaitu dengan cara guru membaca
buku teks di hadapan kelas. Walaupun penggunaan buku teks mempunyai beberapa kelebihan
seperti mempunyai ringkasan dan rumusan sejumlah maklumat penting yang berkaitan
dengan sesuatu topik, memudahkan pelajar memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang
telah disatukan dan menyediakan sumber maklumat yang seragam. Walau bagaimanapun,
pergantungan yang sepenuhnya kepada buku teks menyebabkan maklumat dan pengalaman
11

pembelajaran yang ingin diterapkan kepada pelajar-pelajar menjadi terbatas dan kaku. Selain
itu, ia juga menyumbang kepada beberapa masalah yang lain. Antara masalah tersebut ialah
kesukaran murid memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman mereka. Bagi
mengatasi kekurangan dan masalah tersebut, maka guru sejarah perlu bijak menggunakan
media-media dan sumber-sumber sejarah dalam proses P&P tanpa mengetepikan penggunaan
buku teks itu sendiri. Komponen seterusnya berkait dengan diri pelajar itu sendiri yang
kebanyakannya kurang berminat terhadap pembelajaran sejarah. Deliman menyatakan bahwa
penyebab rendahnya minat belajar terhadap pembelajaran sejarah adalah kerana bahan yang
disajikan tidak lebih daripada kisah dari rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia di masa
lampau, yang bagi siswa sifatnya abstrak. Anhar Gonggong pula dengan kenyataannya
bahawa sejarah dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata
pelajaran yang membuang-buang waktu. Perlulah difahami sesungguhnya minat mempunyai
pengaruh yang besar terhadap aktiviti belajar. Hal ini kerana proses belajar akan berjalan
lancar apabila disertai minat. Oleh sebab itu, guru memiliki tanggungjawab akademik dan
moral untuk mencitrakan mata pelajaran yang dibinanya menjadi menarik dan diminati siswa.
Komponen terakhir pula ialah kerana kaedah pembelajaran sejarah pada umumnya kurang
membentuk daya intelektual pelajar. Kebanyakan guru pada masa kini lebih mementingkan
ingatan terhadap tarikh dan fakta serta membuat rumusan tanpa melatih pelajar berfikir
melalui taakulan sejarah. Guru haruslah memahami bahawa sejarah sebenarnya berperanan
membentuk daya intelektual pelajar yang mampu membezakan antara kebenaran, bias,
muslihat dan pandangan yang sempit dengan pendapat yang matang. Soedjatmoko sudah
mengajak para pendidik sejarah agar buanglah cara-cara mengajarkan sejarah yang
mengutamakan fakta sejarah. Jika studi sejarah terbatas pada pengetahuan fakta, maka ia
akan mematikan segala minat terhadap sejarah. Pandangan ini sangat penting
diimplementasikan dalam pengajaran sejarah agar tidak terjadi seperti yang dikhuatirkan oleh

12

Winarno Surachmad yakni siswa tidak berhasil tiba pada taraf kemampuan untuk melihat
dan berpikir secara historis, tetapi pengetahuan sejarah mereka berhenti pada dan terbelenggu
oleh sekumpulan data, fakta, dan nama-nama orang.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI SUBJEK SEJARAH KEPADA PELAJAR


1. MENINGKATKAN PRESTASI PENDIDIKAN NEGARA
Langkah Kementerian Pelajaran menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib
lulus pada tahun 2012 di peringkat SPM dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa.
Seterusnya menjadikannya sebagai subjek teras untuk sekolah rendah mulai 2014. Ini selaras
dengan transformasi dalam sistem pendidikan

negara dengan perubahan KBSR kepada

KSSR mulai tahun 2011. Ini secara tidak langsung akan memartabatkan lagi kedudukan mata
pelajaran ini di kaca mata masyarakat. Shakila Yacob (2010) melihat langkah mewajibkan
subjek Sejarah ini bertujuan untuk memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, menonjolkan
kepentingan dan kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia dan
memperkasakan legasi sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari
dengan perjuangan 1 Malaysia.
Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pembuat dasar negara
sangat peka terhadap kepentingan mata pelajaran ini sebagai wawasan masa hadapan dalam
membina perpaduan bangsa dan negara. Dasar mewajibkan pelajar sekolah menengah
mempelajari sejarah adalah menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
inginkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar secara serentak dan
bersepadu. Sebelum ini mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai mata pelajaran kelas kedua
dan dikaitkan dengan pelajar-pelajar aliran sastera (Omar 1992 dan Abdul Ghani 2008).
13

Oleh sebab itu, pelajar wajib menitikberatkan subjek Sejarah bagi meningkatkan
prestasi pendidikan di Malaysia. Jadi, sekiranya pelajar gagal dalam subjek tersebut
bermakna pelajar akan gagal keseluruhan subjek pada peringkat SPM kerana subjek Sejarah
wajib lulus seperti yang diwartakan oleh Kementerian Pelajaran dan usaha kementerian untuk
meningkatkan prestasi pendidikan sudah tentunya terbantut.

2. MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERSEMANGAT PATRIOTIK


Semangat patriotik merujuk kepada semangat untuk cinta kepada negara. Setiap kali
munculnya bulan Ogos, isu berkaitan semangat patriotisme sering kali menjadi bualan
masyarakat Malaysia. Patriotisme sering kali dikaitkan dengan cintakan watan yang menjadi
satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya
generasi muda. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya
dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan
generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi
generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta
disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam
menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.
Oleh sebab itu, subjek Sejarah menjadi suatu kepentingan kepada para pelajar untuk
menghayati erti sebenar kemerdekaan negara. Sekiranya subjek Sejarah tidak dititikberatkan
oleh golongan pelajar, kemungkinan besar mereka tidak dapat menghayati nilai sebenar
kemerdekaan bahkan keadaan menjadi lebih teruk sekiranya para pelajar sendiri tidak tahu
tarikh sebenar kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 1957. Mereka seharusnya
membayangkan sekiranya Malaysia masih belum merdeka, sudah tentu mereka tidak berada
di sekolah-sekolah untuk belajar, sebaliknya mengikut dasar pecah dan perintah yang
14

diperkenalkan oleh penjajah Barat mereka akan berada dalam kelompok bangsa yang
berlainan di kawasan-kawasan tertentu. Selain itu, semangat patriotik dilihat suatu
kepentingan dalam melahirkan masyarakat yang menjaga nama baik negara ataupun
mengharumkan nama negara di persada dunia.

3. MENGHARGAI JASA DAN SUMBANGAN TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN


Pembelajaran subjek Sejarah amat penting dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah
sebagai tanda menghargai jasa dan sumbangan tokoh-tokoh yang terlibat dalam
memerdekakan negara. Melalui subjek Sejarah, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan
beberapa orang tokoh yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan dan perjuangan
menentang penjajah di Tanah Melayu suatu masa dahulu. Buktinya, nama-nama tokoh
keerdekaan dapat didapati dalam kandungan buku teks Sejarah yang dipelajari oleh pelajar
seperti Tunku Abdul Rahman merupakan salah seorang tokoh kemerdekaan yang amat
penting. Beliau telah berjaya memohon kemerdekaan daripada pihak Inggeris supaya
memberikan kebebasan kepada Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri. Hasilnya, laungan
MERDEKA sebanyak 7 kali telah dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika
itu iaitu Tunku Abdul Rahman dan ini menunjukkan Tanah Melayu telah bebas daripada
belenggu penjajah Barat setelah sekian lama.
Selain itu, terdapat juga beberapa orang tokoh yang diketengahkan dalam sukatan
pembelajaran pelajar sekolah untuk subjek Sejarah di mana tokoh-tokoh ini terlibat dalam
perjuangan menentang penjajah Barat suatu masa dahulu. Contohnya, Tok Janggut yang
merupakan pejuang Kelantan bangun memberontak pihak British atas sebab percukaian yang
diperkenalkan oleh pihak penjajah. Selain itu, Dato Maharajalela yang merupakan anak Raja
Bugis yang berkuasa di Perak telah menentang Residen British iaitu J.W.W Birch yang ingin
15

menghapuskan sistem hamba abdi di Tanah Melayu. Tidak lupa juga perjuangan di Borneo,
terdapat beberapa tokoh seperti Antanom berbangsa Murut telah menentang British di Sabah
dan Rentap yang cukup terkenal dengan slogan Agi Idup Agi Ngelaban memberontak
kepada pemerintahan James Brooke di Sarawak. Jadi, melalui pembelajaran subjek Sejarah,
pelajar-pelajar dapat mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara. Selain itu,
pelajar akan faham bagaimana kesusahan atau keperitan pejuang-pejuang pada zaman dahulu
dalam mempertahankan Tanah Melayu sehingga mengakibatkan pertumpahan darah itu
sendiri.
4. MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERSATU PADU DAN HORMAT
MENGHORMATI
Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Hal ini
disebabkan polisi penjajah British yang telah membawa masuk imigran-imigran dari negara
luar seperti orang China dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor perlombongan dan orang
India dibawa masuk untuk bekerja di estet-estet. Kehadiran imigran-imigran ini telah
mewujudkan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia. Oleh sebab itu, kerajaan
Malaysia telah cuba sedaya upaya untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu, pembelajaran subjek Sejarah telah diwajibkan kepada semua pelajar
tidak kira bangsa dan agama untuk mempelajarinya. Melalui pembelajaran Sejarah, pelajar
dapat mengetahui sejarah Tanah Melayu dengan lebih lanjut dan hak masing-masing seperti
yang ditetapkan oleh kerajaan. Hal ini dapat mengelakkan daripada wujudnya isu-isu sensitif
yang menyentuh berkaitan perkauman dan pertikaian hak masing-masing.
Masalah perpaduan kaum sudah tentu akan wujud sekiranya pelajar-pelajar tidak
dididik dengan kepentingan mempelajari Sejarah. Keadaan lebih teruk sekiranya negara
sekali lagi dilanda dengan krisis perpaduan kaum seperti yang pernah terjadi di Tanah Melayu

16

suatu masa dahulu iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini menunjukkan bahawa keadaan
masyarakat di Tanah Melayu suatu masa dahulu berada dalam ketidakstabilan apabila
berlakunya pergaduhan melibatkan bangsa sehinggakan berlakunya pertumpahan darah.
Disebabkan peristiwa ini jugalah kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara dan Dasar
Ekonomi Baru bagi mewujudkan persefahaman antara kaum dan menghapuskan pengenalan
kaum yang diperkenalkan oleh golongan penjajah Barat. Jadi, pelajar yang mempelajari
Sejarah dapat mengetahui betapa pentingnya perpaduan antara kaum bagi mewujudkan
suasana yang harmoni di Malaysia serta mereka sama-sama mempertahankan negara dari
segala ancaman.
5. SEJARAH SEBAGAI SUATU IKTIBAR
Sejarah merupakan suatu pengajaran kepada sesiapa yang mempelajarinya. Oleh itu,
pelajar-pelajar diwajibkan untuk mempelajarinya bagi mengetahui sejarah-sejarah dahulu
mengenai kegemilangan dan kejatuhan sesuatu tamadun. Tidak mustahil para pelajar ini akan
menjadi pemimpin negara suatu masa nanti. Jadi mereka perlu mengambil berat mengenai
faktor kegemilangan dan kemerosotan kerajaan-kerajaan terdahulu seperti Kesultanan
Melayu Melaka. Jika dilihat dari segi sejarah, Melaka suatu masa dahulu merupakan sebuah
kerajaan terbesar dan disegani oleh negara luar apabila Melaka muncul sebagai sebuah pusat
perdagangan dan mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang baik untuk kemudahan para
pedagang. Sultan Melaka juga telah berjaya mengukuhkan kuasanya dengan menjalinkan
hubungan dengan beberapa buah kuasa besar dunia seperti kerajaan China dan Daulah
Uthmaniyah suatu masa dahulu. Akan tetapi, kegemilangan Kesultanan Melaka tidak kekal
lama apabila berlakunya beberapa masalah dalaman dan luaran. Kemerosotan Melaka dapat
dikaitkan dengan masalah kepimpinan yang lemah pada ketika itu. Sultan Mahmud Shah
merupakan Sultan Melaka yang terakhir di mana beliau seringkali dikaitkan dengan sikap
pilih kasih dalam kalangan pembesar. Selain itu, berlaku juga gejala fitnah dan pemimpin
17

bertindak mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan dari segi keadilan. Ekonomi di Melaka
juga menjadi semakin lemah apabila dikuasai oleh saudagar-saudagar dari luar negeri. Jadi,
beberapa faktor ini telah menyebabkan tumbangnya sebuah kerajaan besar suatu masa
dahulu.
Sebagai pelajar, mereka seharusnya mempelajari sejarah-sejarah masa lampau bagi
menilai dan menjadikannya sebagai panduan demi masa depan negara. Menurut Dr. Mahathir
Mohamad di mana belian menegaskan seseorang itu pasti akan mengulangi kesilapannya
yang lalu sekiranya dia sendiri tidak mahu mempelajari sejarah masa lalu. Jadi, golongan
pelajar seharusnya mempelajari Sejarah bagi mengelakkan mereka daripada melakukan
kesilapan terdahulu kerana sejarah mungkin berulang tetapi akan berbeza dari segi tempat
dan masa.
LANGKAHLANGKAH

MENARIK

MINAT

PELAJAR

TERHADAP

MATAPELAJARAN SEJARAH
Zaman arus ilmu pengetahuan mengalir deras ini, sering meniti dari bibir ke bibir
masyarakat tentang isu mata pelajaran Sejarah, Mata Pelajaran Sejarah yang memberi iktibar
kepada remaja semakin diabaikan masyarkat. Usaha harus dilakukan untuk memantapkan
lagi mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah bagi mengukuhkan semangat patriotisme
dalam kalangan pelajar. Sejarah harus difahami, dihayati dan bukan dihafal atau mengingat
fakta. Mempelajari sejarah bangsa dan negara adalah teras kepada pembentukan jati diri dan
asas kepada patriotisme serta cintakan negara.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong permasalahan ini berlaku. Antaranya ialah
pelajar belajar sejarah menghayati dan memahami jalur sejarah bangsa dan negara. Mereka
belajar berkaitan tokoh yang sudah meninggal dunia dan pelajar tidak mengenali mereka.
Kedua, mereka sering bertanya, apabila lepas sekolah apa yang mereka boleh dapat melalui

18

belajar Sejarah? Adakah dapat menjamin menjadi pakar sejarah atau pakar arkeologi
berbanding mata pelajaran seperti Sains dan Matematik yang menjanjikan peluang pekerjaan
lebih baik. Seterusnya, tingkatan empat dan lima tiada projek atau folio. Pelajar terpaksa
membaca dan menghafal 19 bab sedangkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), hanya dua soalan yang perlu dijawab oleh pelajar. Perkara-perkara ini telah memberi
pandangan negatif pelajar terhadap pelajaran Sejarah.

PIHAK

SEKOLAH

MENJADIKAN

PROSES

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN LEBIH MENARIK


Oleh sebab itu, permasalahan ini haruslah diberi perhatian yang sepenuhnya. Setiap
pihak terutamanya pihak sekolah dan pihak kerajaan wajar bekerjasama bagai aur dengan
tebing untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Dengan ini,
usaha-usaha yang efektif perlu dilaksanakan secepat mungkin. Bagi meningkatkan minat
pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, pihak sekolah haruslah menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Guru harus lebih kreatif dan inovatif apabila
mengajar Sejarah. Mereka tidak harus terlalu berorientasikan peperiksaan sebaliknya
mempelbagaikan proses pengajaran untuk mencetuskan minat pelajar untuk mengetahui
peristiwa

Sejarah

tersebut

berlaku.

Contohnya,

guru

sebagai

warga

pendidik

bertanggungjawab memartabatkan profesional diri dan menerusi kaedah lakonan, temu ramah
atau tayangan video supaya lebih menarik pelajaran.

MENGGUBAL SEMULA SUKATAN PELAJARAN SEDIA ADA


Seterusnya, pihak kerajaan perlu menggubal semula sukatan pelajaran sejarah sedia
ada. Kaedah, teknik dan pendekatan yang lebih sesuai terkini dan mudah difahami oleh
pelajar melalui P&P Sejarah. Sebelum subjek Sejarah diajar di tingkatan satu, guru Sejarah

19

mestilah menekankan kepentingan sejarah sebagai ilmu yang dapat memperkukuhkan jati
diri, akar bangsa dan semangat patriotism. Buku teks juga perlu diperbaharu supaya lebih
menarik dengan pelbagai gambar, keterangan dan peristiwa penting. Buku teks Sejarah yang
berwarna dan menggunakan 'point form" fakta-fakta penting dan bukan dalam bentuk
karangan yang membosankan serta buku-buku sejarah atau novel yang bersifat kreatif seperti
menceritakan detik-detik kemerdekaan, para pejuang kemerdekaan patut diterbitkan lebih
banyak. Denagn ini, proses P&P akan menjadi lebih menarik, iaitu interaktif antara guru dan
murid, interaktif guru dengan bahan pengajaran, interaktif murid dengan bahan pengajaran
dan interktif murid dengan murid.
Dalam pengajaran sejarah terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh
diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya, kaedah penceritaan, kaedah inkuiri, kaedah
perbincangan, kaedah syarahan, kaedah dapatan, kaedah sokratik, kaedah penerangan, kaedah
simulasi, kaedah kaji peta, kaedah kaji gambar, kaedah kaji dokumen, kaedah tutorial, kaedah
tunjuk cara, kaedah kaji buku teks, kaedah lakonan dan kaedah projek. Sungguhpun begitu,
kaedah-kaedah ini juga boleh membosankan pelajar. Hal ini demikian kerana, pengajaran
dengan hanya menggunakan satu pendekatan dilihat hanya dapat menarik perhatian pelajar
pada awal pengajaran sahaja namun tumpuan pelajar akan terjejas jika guru terlalu yakin
akan kaedah yang digunakan. Oleh hal yang demikian, penggabungjalinan antara beberapa
kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah perlu bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih hidup dan kondusif dan dalam masa yang sama, matlamat
pengajaran sejarah dapat dicapai.

MENGGUNAKAN ALAT BANTUAN MENGAJAR


Alat bantuan mengajar (ABM) merupakan satu lagi faktor penting yang perlu diambil
kira dalam ketika proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Terdapat beberapa jenis alat

20

bantuan mengajar yang boleh digunakan dalam proses P&P. Antaranya bahan bergambar dan
grafik seperti penggunaan fotograf, carta-carta, poster, poskad dan glob, alat pandang tayang
seperti transparensi, slaid, dan filem jalur, alat dengar seperti radio dan pita rakaman dan alat
pandang dengar seperti televisyen dan filem. Selain itu, bahan-bahan sumber sejarah seperti
artifak, dokumen sejarah dan tinggalan arkeologi turut sesuai digunakan semasa pengajaran.
Penggunaan ABM dapat menggalakkan minat pelajar, dapat mendalam serta memberi makna
kepada pembelajaran, dapat memberi pengalaman-pengalaman yang bermakna di samping
dapat mengembangkan kemahiran komunikasi pelajar. Seterusnya, ia juga dapat
meningkatkan pengekalan pembelajaran, dapat menggalakkan pembacaan dan penyelidikan
dalam kalangan pelajar dan juga dapat memberi kesan ekonomi masa dalam pembelajaran.
Dengan ini, pelajar-pelajar akan lebih menunjukkan minat dalam subjek ini.

PIHAK SEKOLAH PERLU MEMBAWA PELAJAR MELAWAT TEMPAT TEMPAT


BERSEJARAH
Selain itu, pihak sekolah wajib membawa pelajar melawat tempat-tempat bersejarah.
Sebenarnya, proses pengajaran tidak harus di dalam kelas sahaja tetapi juga pelajar harus
dibawa melawat tempat bersejarah.

Hal ini dikatakan demikian kerana lawatan

membolehkan pelajar melihat tempat tersebut dan mengetahui kisah yang berlaku di situ. Ini
memudahkan pelajar ingat peristiwa yang telah berlaku. Sememangnya sudah terang lagi
bersuluh bahawa lawatan dapat meningkatkan perasaan cinta pelajar terhadap subjek Sejarah.
Dari perspektif lain, pihak sekolah boleh menjemput tokoh-tokoh sejarah berceramah di
sekolah. Hal ini memanglah wajar kerana ceramah yang disampaikan oleh tokoh sejarah itu
kepada para pelajar mampu menarik minat pelajar untuk mengetahui sejarah negara. Tokohtokoh sejarah lebih memahami perkembangan sesuatu peristiwa. Pengalaman yang
disampaikan mereka merupakan fakta yang benar-benar dihadapi mereka.

21

Tegasnya, subjek Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting.

Hal ini

demikian kerana pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak dan jati diri bangsa
khususnya dalam memupuk semangat patriotisme.

Sungguhpun begitu, pengajaran dan

pembelajaran subjek ini memerlukan penghayatan dan minat bagi menimbulkan konsep
kesedaran atau celik dalam sejarah. Oleh yang demikian, peranan guru amatlah ditagih dalam
mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar menghayati
peristiwa sejarah itu seperti yang sebenarnya. Guru yang kreatif dapat mempengaruhi tahap
kesedaran pelajar. Jadi, penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat guru
Sejarah itu sendiri merupakan nadi penggerak pada kejayaan tersebut.

KESIMPULAN
Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana
pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak dan jati diri bangsa khususnya dalam
memupuk semangat patriotisme. Sungguhpun begitu, pengajaran dan pembelajaran subjek ini
memerlukan penghayatan dan minat bagi menimbulkan konsep kesedaran atau celik dalam
sejarah. Oleh yang demikian, peranan guru amatlah ditagih dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar menghayati peristiwa sejarah itu
seperti yang sebenarnya. Guru yang kreatif dapat mempengaruhi tahap kesedaran pelajar.
Jadi, penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat guru sejarah itu sendiri
merupakan nadi penggerak pada kejayaan tersebut. Kjian yang terperinci juga harus
dilaksanakan bagi membolehkan masalah ini dapat dicegah dan pemikiran masyarakat dan
pelajar sekolah terhadap mata pelajaran sejarah dapat diperbetulkan. Kebimbangan juga
berkenaan Era globalisasi yang melanda seluruh dunia telah membuatkan lapisan masyarakat

22

terutamanya anakmuda mudah terdedah dengan pembaharuan budaya berteraskan Barat.


Perkara ini secara tidaklangsung akan melunturkan semangat kenegaraan dan dikhuatiri akan
menghakis penghayatan budaya sebenar sesebuah negara dan bangsa. Dengan adanya
pendedahan awal yang bercorak kebudayaan dan kajian=kajian yang terperinci dari semua
pihak dalam subjek Sejarah, mamampu menjadi pelindung dan penapis dalam
membangunkan anak bangsa di Malaysia terutamanya era globalisasi.

23

You might also like