You are on page 1of 20

Budaya dan Pembelajaran

Kadazandusun

Kandungan
1.0

Pengenalan Latar Belakang Kadazandusun


1.1 Asal Usul
1.2 Statistik dan Lokasi
1.3 Agama
1.4 Struktur masyarakat / kelas sosial
1.5 Kepercayaan
1.6 Bahasa
1.7 Adat Resam
1.8 Amalan
1.9 Keunikan Kadazandusun

Kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah


2.1 Implikasi implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah
terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya
2.2 Kaedah pengajaran untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya.

3.0 Senarai Lampiran


4.0 Rujukan

Bab 1

Pengenalan
1.0

Latar Belakang Kadazandusun

Rajah 1: Kadazan Dusun di Sabah


1.1

Asal Usul Kadazan-Dusun


Kaum Kadazan-Dusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan
berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek
dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di
dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud,
Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus,
Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga
dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti
Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di
lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam
padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai.
Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan
kawasan pendalaman.
3

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal


(mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di
daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan,
Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka
menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang
Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut
mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli,
Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif
dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara
150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat
dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun
serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik.
Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan
kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan
bahasa Indonesia.
Kadazandusun terdiri daripada empat puluh suku kaum Dusun dan Kadazan.
Bisaya

Bonggi

Bundu

Dumpas

Gana

Garo

Idaan

Kedayan

Kimaragang

Kolobuan

Kuijau

Lingkabau

Liwan

Lobu

Malapi

Lotud

Lundayeh

Makiang

Mangkaak

Minokok

Murut

Ngabai

Paitan

Pingas

Rumanau

Rungus

Sinobu

Sinorupu

Sonsogon

Sukang

Sungai

Tatana

Tangara

Tidong

Tindal

Tobilung

Tolinting

Tombonuo

Tuhawon

Tutung

1.2

Statistik dan Lokasi


Mengikut Banci yang telah dijalankan pada tahun 1991, Negri Sabah mempunyai
pendududk seramai 1,8 juta orang. Daripada jumlah tersebut, terdapat 372;089 orang
Kadazandusun. Anggaran jumlah penduduk Kadazandusun pada tahun1994 bertambah
menjadi 433,600 orang, yang mana ianya terbahagi dalam dua kumpulan etnik iaitu
Kadazandusun dan Murut./Sebilangan besar dari mereka terdapat di daerah
Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort, Kuala penyu,
Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat. Pitas, Labuk Sugut, Paitan,
Telupid, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu
Kinabatangan. Rajah 2 menunjukakan Peta Taburan Kadazandusun di Sabah.

Rajah 2: Taburan Masyarakat Kadazandusun di Sabah

Sumber daripada Pacos Trust, Partner Of Community Organisation, Tradisional System of


Indigenous Peoples of Sabah, Malaysia

1.3

Agama
Kebanyakan

orang

Kadazan

mengamalkan

kepercayaan

animisma,

sebelum

kedatangan British. Mereka percaya kepada alam semulajadi. Setiap pokok, tumbuhan
dan haiwan mempunyai kekuatannya. Itulah sebabnya orang berfahaman animism
menyembah alam sekitar.
Selepas kedatangan British pada pertengahan kurun ke 19, orang Kadazan mula
menganut agama Kristian. Mubaligh Kristian mengembangkan agama Kristian di
Sabah. Golongan paderi di Sabah tidak lagi diambil dari luar. Kebanyakannya terdiri
daripada anak tempatan. Gereja-gereja didirikan di kawasan mereka sebagai tempat
ibadat. Walaubagaimanapun, terdapat juga orang KadazanDusun beragama Islam
tetapi bilangannya tidak seramai yang beragama Kristian. Malaysia sebuah Negara
yang memberi kebebasan beragama. Jadi masyarakat di Sabah diberi kebebasan untuk
mengamalkan agama masing-masing.
1.4

Struktur masyarakat / kelas sosial


Terdapat empat institusi masyarakat Kadazandusun. Huguan Pogun

merupakan

gelaran yang diberikan untuk Ketua Kampung, Mohoingon Tagabaa pula merujuk
kepada golongan Orang Tua yang menjadi tempat rujuakan Ketua Kampung mengenai
hal-hal berkaitan Adat Kadazandusun. Selain itu, Bobohizan atau Ketua Pendita juga
merupakan tempat rujukan Ketua Kampung dalam dalam perkara yang berkaitan
dengan kepercayaan, adat, dan sogit. Pangazau (warrior) pula memaikan peranan
untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat dan terjamin.
1.5

Kepercayaan
Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka begitu
berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan
masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.
Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme.
Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek
kelahiran dan kematian.

Antara kepercayaan orng Kadazandusun ialah:


i. Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian
baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta
Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan
31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk
ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan
"ketua pendita" Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau
Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.

Rajah 3: Tarian Tradisi Kadazandusun

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah


mengenakan pakaian tradisi mereka dan
bersuka-ria.

Selain

menari

Sumazau

dengan alat muzik tradisi, tapai (arak


beras) dihidangkan sebagai minuman
istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa
sesama

mereka

'Kopivosian

Tadau

dengan

ucapan

Ka'amatan'

'Selamat Hari Menuai'.

Rajah 4: 7 Tradisi meminum tapai dalam tajau

atau

ii. Makhluk Halus


Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk
halus: Kinoringan (Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda
hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat
orang yang telah meninggal), dan Rogon
(semangat jahat).
iii. Semangat Padi
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat
padi

merupakan

Kinoingan

(Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang


dikenali sebagai Bambaazon, disembah
sebagai pencipta dan berkuasa sumber
kepada

kewujudan.

Semangat

padi

Bambaazon dimuliakan pada pokok padi,


beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai
bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Rajah 5: Bobohizan

iv. Tarian ritual


Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi

suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya


memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan
kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyembah
semangat, dan mengubati penyakit.

Rajah 6: Tarian
8 Sumazau

1.6

Bahasa
Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut
etnik tertentu. Contohnya, sebutan

negeri sabah adalah berlainan tetapi masih

membawa erti dan makna yang sama.

1.7

Adat Resam
1.7.1 Perkahwinan
Kebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur mereka meningkat 16
tahun atau selepas 21 tahun. Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian yang
dipersetujui oleh ibu bapa kedua-dua pihak semasa mereka masih kecil lagi.
i.

Merisik

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan


mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan
adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan
daripada pihak lelaki.
Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam
proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu
dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati
sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat
sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.Jika
risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu
terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan.
Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan
masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan.
ii.

Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka
akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat

daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti
dibawa pada waktu pagi.
Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan
diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh
memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada
malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada
malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan
mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan
adakalanya benar-benar serupa.
Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan
itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi
buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh
diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada
orang yang bermimpi itu.
Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya
bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan
sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya
mimpi itu.
iii.

Bertunang

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki
untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang
digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu
sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi
buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.
Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki
dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran
perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta
perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak,
pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah
ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan
pengadilan adat.
10

Permintaan pertunangan adalah seperti:


1.
2.
3.
4.
5.
6.
v.

Seekor kerbau atau babi


Kain sepasang
Sebentuk cincin emas
Gelang emas
Wang belanja dapur (kadar mengikut berapa yang patut)
Wang talak sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) dibayar
Kahwin

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang
paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar
gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk
berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional
berwarna hitam.
Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan
menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam.
Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan.
Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional.
Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para
tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian
sumazau.

1.7.2 Kelahiran
i.

Sewaktu Mengandung

Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam
keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa
pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan berada di
dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan
perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak
sulung.

11

ii.

Bersalin

Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari


berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh
berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21
hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.
Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah.
Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir
diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus.
Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah.
Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun
limau.
iii.

Selepas Lahir

Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu
diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian
nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa
segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan
atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.
Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah.
Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya. Keluarga,
jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan
menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap
dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan
dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang berlaku
ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada nama salah seorang
ahli keluarga mereka.

12

1.7.3 Upacara Semasa Kematian


Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di
kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan
moginupus.
i.

Memberitahu

Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua


penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana
setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh
keluarga si mati.
ii.

Berjaga-jaga

Selepas di mandikan, mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama
tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang
tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya
terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang
melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka
yang berada di situ.
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung
besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan
mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di
sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.

iii.

Moginupus

Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli
keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai
menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong,
tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap
iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.
iv.

Pengebumian
13

Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan


keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang
dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat
mayat tersebut.
Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di
atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat
demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau
kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati
dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.
iv.

Selepas Kematian

Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai
beberapa tahap iaitu:
a) Makan Tiga dan Tujuh Hari
b) Makan Empat Puluh Hari
c) Makan Seratus Hari
d) Makan Tiga Tahun
1.8

Amalan
i.

Upacara Momohizan

Upacara Momohizan ini diadakan pada


bulan Ogos atau bulan September apabila
padi selesai dituai. Upacara momohizan
diadakan untuk memuja semangat padi
dan memberi makan kepada penjaga
semangat padi supaya membantu untuk
menyuburkan padi dan melindungi padi
dari sebarang penyakit atau bencana alam.
Upacara

momohizan

biasanya

berlangsung

dirumah

keluarga

suku

kaum

Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan
meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.
14

ii.

Upacara Humabot
Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek
moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum
ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah
tapak rumah itu didirikan. Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang
baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan
akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini
bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut
yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun
'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya,
maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.
Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara
'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca
mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya
dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka
atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau
roh-roh jahat pembawa malapetaka.
iii.

Pantang Larang Masyarakat

Seperti masyarakat lain, masyarakat Kadazan percaya kepada semangat dan makhluk
halus. Berbagai upacara dilakukan bagi memenuhi kehendak semangat dan makhluk
halus. Upacara ini dilakukan oleh bomoh dan dukun.
Di antara pantang larang masyarakat Kadazan ialah:a. Semasa kematian, anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apaapa pekerjaan. Menanam padi amat dilarang.
b. Semasa hari kelahiran seseorang bayi, sahabat handai tidak boleh berkunjung
ke rumah itu kecuali saudara mara terdekat.
c. Watu persumpahan merupakan batu besar yang diletakkan di tengah sawah.
Ia berusia berates tahun dan tidak boleh diubah. Ia merupakan satu perjanjian
antara peneroka tanah itu dahulu dengan hantu dan syaitan.
15

d. Tengkorak dianggap sebagai harta pustaka turun temurun. Mereka mewarisi


adat potong kepala. Sesiapa yang mempunyai banyak tengorak dianggap kuat
dan mulia. Tengorak ini mestilah djaga dengan baik dan ada pantang larangna.
e. Tidak boleh mempermainkan semangat padi.Jika semangat padi diganggu,
hasil tuaian akan berkurangan.

1.9

Keunikan Kadazadusun
Rajah 7: Kebudayaan (Muzik dan Alatan Tradisional)

Rajah 8: Makanan Tradisional

Rajah 9 : Kostum / Pakaian Tradisional

16

Bab 2

Kepelbagaian sosio-budaya
di dalam sebuah bilik darjah
2.1

Implikasi implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah


terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sosio budaya
yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan
India.Bagi Sabah dan Sarawak kelompok masyarakat yang menjadi majoriti terbesar
ialah kaum pribumi. Kepelbagaian etnik ini membawa sosio-budaya yang berbeza
yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu. Dalam konteks pendidikan,
kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya
mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.
Papalia (2001) menyatakan bahawa individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz
badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula
mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau
mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif,
etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Kepelbagaian sosio-budaya di
antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konsep 1 Malaysia, kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan
dilaksanakan dengan komitmen membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi
seseorang itu memegang status sebagai warga Negara Malaysia, mereka layak
menerima bantuan tanpa melihat dari kaum mana mereka datang. Setiap rakyat
Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan
diri mereka tanpa mengira jantina. Menyedari hakikit ini guru haruslah berusaha
untuk mendidik murid tanpa mengira bangsa atau keturunan. Sebagai persiapan guru
perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid murid
agar masalah guru syok sendiri dalam mengajar tidak berlaku. Oleh yang demikian
17

guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi


aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara perkara
asas seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan
relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang
diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan.
2.3 Kaedah pengajaran untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya.
Bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru memainkan
peranan yang penting. Selain, mengkaji terlebih dahulu latar belakang murid-murid,
memahami perbezaan murid dari segi individu seperti dari segi jantina dan tingkah
laku serta kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya
murid, guru bertanggungjawab menyediakan kaedah pengajaran dan membelajaran
yang mesra budaya. Antara kaedahnya ialah :
i.

Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap


murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid murid merasa bosan dan
seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal.

ii.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan interaksi di kalangan


murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan
yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan
kecerdasan individu.

iii.

Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa


Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan member
peluang sama rata kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran.

iv.

Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member


peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang
mempunyai unsur bias kepada mana mana jantina mesti dielakkan untuk
member peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran.

v.

Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan


semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.
Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama
18

sekali. Oleh yang demikian guru haruslah melayan mereka dengan adil dan
saksama. Bertepatan dengan laungan 1 Malaysia.
vi.

Guru haruslah menggalakkan murid untuk berinteraksi tanpa mengira kelas


sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Sehubungan
dengan itu guru haruslah menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang memerlukan murid berinteraksi, berbincang dan berkerja secara
berkumpulan.

vii.

Guru juga berperanan dalam pengurusan bilik darjah. Bagi menwujudjkan


suasa bilik darjah yang harmoni dan mesra, diberikan peranan dan
tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan
kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping
jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat
merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.

viii.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru haruslah


menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan
mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat semoat
golongan murid.

ix.

Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran


dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam
penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru
mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid.

x.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran

digunapakai oleh guru haruslah

memberi peluang sama rata kepada murid dalam penerimaan pembelajaran.


xi.

Guru juga harus menguasai elemen pengajaran dan pembelajaran yang meliputi
kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid,
penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikanagara pengajarannya lebih
berkesan .Elemen tersebut, termasuklah kemahiran dalam menguruskan bilik
darjah dan mengintegrasikan Teknologi Maklumat dalan pengajaran dan
pembelajaran

19

Senarai Lampiran
Rajah 1

: Kadazan Dusun di Sabah

m/s 2

Rajah 2

: Taburan Masyarakat Kadazandusun di Sabah

m/s3

Rajah 3

: Tarian Tradisi Kadazandusun

m/s 4

Rajah 4

: Tradisi meminum tapai dalam tajau

m/s 4

Rajah 5

: Bobohizan

m/s 5

Rajah 6

: Tarian Sumazau

m/s 7

Rajah 7

: Persiapan Upacara Momohizan

m/s 13

Rajah 8

: Kebudayaan (Muzik dan Alatan Tradisional) Kadazandusun

m/s 15

Rajah 9

: Makanan Tradisional Kadazandusun

m/s 15

Rajah 10

: Kostum / Pakaian Tradisional Kadazandusun

m/s 15

Rujukan
Muhammad Bin Harun,(2007).Adat dan Budaya Masyarakat kadazan,Selangor Darul
Ehsan. Scientific Focus SDN.BHD
Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roselan Malek,(1995). Adat Resam Tradisional,
Petaling Jaya Selangor. Penerbit Prisma SDN BHD
Rosnah M.D, (1998). Kadazan,Selangor Darul Ihsan. Pustaka Printis
http://iltizamskg.blogspot.com/2010/02/implikasi-kepelbagaian-budaya-edu3106.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusunhttp://ms.shvoong.com/movies/mdocumentary/1793883-adat-resam-kaum-kadazan-upacara/
http://kheru2006.i8.com/EDU3106/2_SosioBudaya.htm
http://www.scribd.com/doc/24509420/Implikasi-Kepelbagaian-Sosio-Budaya
http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2009/06/t1-nota-short-and-sweet-b11.doc
http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-93648.html
20

You might also like