4.1 SISTEM TAKAFUL 4.1.1 KELEBIHAN SISTEM TAKAFUL Sistem takaful mempunyai banyak kelebihan berbanding insurans konvensional yang hanya berobjektifkan keuntungan semata-mata. Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam sistem takaful ialah: 1. Jaminan Perlindungan Kewangan Berlandaskan Prinsip-prinsip Islam Secara umumnya, takaful diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem insurans konvensional yang telah diperakukan oleh sebahagian besar ulama dan fuqaha Islam sebagai tidak memenuhi kehendak syarak. Oleh itu, kelebihan utama sistem ini sebagaimana insurans konvensional adalah dapat memberi jaminan perlindungan kewangan kepada peserta-peserta mengikut garis panduan yang telah ditetapkansyarak. Bagi memastikan dan menyakinkan bahawa kajian dan percubaan ini akan berjaya, panduan-panduan telah diambil daripada syarikat-syarikat mudharabah secara Islam sedia ada yang menjalankan aktiviti di beberapa negara Islam.Secara ringkasnya, dalam sistem takaful, skim perlindungan yang disediakan adalah berbentuk perlindungan bersama di kalangan peserta-peserta skim takaful.Konsep saling menyumbang dan saling melindungi di kalangan peserta takaful adalah unik berbanding dengan kebanyakan skim insurans konvensional kerana kontrak takaful hanyalah di kalangan sesama peserta sahaja. Sebaliknya pihak syarikat pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengurus yang aktif berkenaan skim perlindungan tersebut. Oleh itu, syarikat pengendali takaful bukanlah sebagai pihak yang memberikan perlindungan sebaliknya para peserta takaful bertanggungjawab sebagai pihak yang memberi perlindungan selain menjadi pihak yang dilindungi.
2. Bayaran Caruman Secara Berkala dalam Takaful Kelua
rga Sebagaimana kaedah pembayaran secara berkala yang diamalkan oleh syarikatinsurans hayat, pencarum takaful keluarga juga diberi pilihan dalam membayar caruman sama ada secara bulanan, suku-tahunan, setengah-tahunan atau tahunan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pengendali takaful.Namun begitu, pencarum yang terlewat membayar wang caruman dalam sistem takaful tidak akan dikenakan sebarang bayaran faedah kerana unsur-unsur riba sangatdilarang dalam Islam. Hal ini berbeza dengan syarikat insurans yang mengenakan bayaran faedah kepada pencarum yang terlewat menjelaskan bayaran premium.
3. Perkongsian Untung Antara Syarikat dan PesertaPeserta Takaful MelaluiKontrak Mudharabah
Kontrak yang diamalkan dalam sistem takaful adalah selaras dengan hokum syarak iaitu berdasarkan prinsip takaful dan mudharabah. Al-Takaful ialah saling menjamin manakala AlMudharabah ialah perjanjian berkongsi untung dalam perniagaan di antara pemodal atau pembekal dana (peserta takaful) bagi suatu usahaniaga dengan penguasaha (pengendali takaful).Perniagaan al-Takaful yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat pengendali takaful di Malaysia boleh digambarkan sebagai suatu usaha niaga berkongsi untung dengan sekumpulan peserta yang saling menjamin antara satu sama lain daripada kehilangan atau kemusnahan tertentu yang menimpa ke atas mana-mana peserta seperti kematian dan bencana.
Dalam sistem takaful, wang pencarum tidak dikira sebagai
wang syarikat malah diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali. Pengendali takaful hanya bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat takaful daripada
kumpulan wangtakaful. Bahkan jika berlaku kekurangan dalam
kumpulan wang takaful, pengendali takaful akan menyediakan pinjaman tanpa faedah (Qardhul Hasan) untuk menampung kekurangan berkenaan.Melalui kontrak Mudharabah, peserta diberi hak untuk turut berkongsikeuntungan yang diperolehi melalui pelaburan aset kumpulan wang takaful berdasarkannisbah yang telah dipersetujui. Manakala lebihan untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. Jelas di sini bahawa keuntunganhasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri.Berbeza dengan sistem insurans konvensional di mana keuntungannya diagih mengikut keputusan syarikat insurans tersebut. Keuntungan yang diperolehi olehpengendali takaful juga tidak diragui dari segi kehalalannya kerana pelaburan dilakukandalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah berdasarkan garis panduan yangdiberikan oleh Majlis Pengawasan Syariah. 4. Bermanfaat kepada keluarga apabila peserta meningg al dunia Apabila seseorang peserta yang meninggaldunia sebelum tempoh skim perlindungan takaful keluarga yang disertainya matang,maka waris-warisnya akan menerima bayaran manfaat takaful seperti berikut : a) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebelum ia meninggal dunia sebagaimana yang telah terkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburan yang diperuntukkan kepadanya mengikut perjanjian al-Mudharabah. b) Baki ansuran caruman takaful yang sepatutnya dibayar oleh peserta jika dia tidak meninggal dunia dan terus mengekalkan penyertannya. Jumlah baki ini adalahdikira dari tarikh selepas kematiannya sehingga tarikh skim perlindungan yangdisertainya itu matang. Bayaran baki ansuran caruman ini
akan dibuat daripada akaun khas semua peserta mengikut
persetujuan seperti yang termaktub didalam perjanjian takaful. c) Semua ansuran caruman takaful yang dibayar oleh peserta sebagaimana yangterkumpul dalam akaun pesertanya dan bahagian keuntungan pelaburan yangdiperuntukkan kepadanya mengikut perjanjian al-Mudharabah.d) Lebihan daripada akaun khas semua peserta yang dapat diperuntukkankepadanya. Lebihan ini diperolehi setelah ditolak semua perbelanjaan mengendalikan takaful keluarga seperti bayaran manfaat takaful kepada waris-waris, rakan-rakan peserta yang meninggal dunia dan sebagainya. 5. Manfaat dari Segi Rohaniah. Keuntungan biasanya menjadi matlamat utama dalam perniagaan. Tiada pengusaha mahupun penyumbang modal yang tidak mengharapkan keuntungan daripada perusahaan atau pelaburan yang dibuat. Hal ini kerana keuntungan diperlukan dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Islam juga tidak menegah umatnya dari mengaut keuntungan dalamperniagaan yang dijalankan selagi sumber dan kaedah untuk memperoleh keuntungan tersebut tidak bercanggah dengan syarak.Dalam konteks takaful, perserta bukan sahaja berpeluang memperoleh manfaat dari segi jaminan perlindungan kewangan sebaliknya peserta juga berpeluang memperoleh manfaat dari segi rohaniah sekiranya mereka turut meletakkan kebajikan sebagai matlamat utama menyertai takaful. i. Saling Bertanggungjawab Peserta-peserta takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab antara satusama lain. Memikul tanggungjawab dengan baik adalah suatu ibadat dan hal ini dituntutdalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Setiap orang daripada kamu adalah memikul tanggungjawab
dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap orang-orang di bawah tannggungjawab kamu (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) ii. Saling Bekerjasama dan Bantu Membantu Peserta-peserta takaful bersetuju bekerjasama dan bantumembantu antara satusama lain. Dalam hal ini, Islam jelas menuntut umatnya agar bekerjasama dalamperkara-perkara yang makruf dan boleh menyuburkan perasaan takwa. Sebagaimana disebut dalam firman Allah s.w.t : Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya . (Surah al-Maidah: ayat 2) Selain dapat bekerjasama dan saling membantu, peserta juga dapat melaksanakan fungsi harta dengan betul dan ini juga merupakan salah satu unsurkebajikan dan takwa yang boleh didapati dalam sistem takaful. iii. Saling lindung-melindungi dalam sebarang kesusahan. Dalam konteks sistem takaful, peserta-peserta takaful telah menyatakanpersetujuan semasa menandatangani kontrak perjanjian untuk saling lindung-melindungi antara satu sama lain daripada sebarang kesusahan, bencana dansebagainya. Selain bersetuju untuk memberi perlindungan melalui caruman yang dibuat, mereka juga turut menerima perlindungan sekiranya ditimpa musibah kerana mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful.
KELEMAHAN SISTEM TAKAFUL
Di sebalik kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan, sistem takaful pada hari masih mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya dalam aspek pemasaran dan pendedahan kepada orang ramai mengenai sistem takaful. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi membolehkan takaful mendapat sambutan yang setanding dengan insurans
konvensional yang telah bertapak lebih awal. Antara
kelemahan-kelemahan tersebut ialah: 1. Kekurangan Pengendali Takaful Berdaftar Pertambahan pengendali takaful adalah penting bagi mewujudkan persainganyang sihat di kalangan pengendalipengendali takaful. Ini kerana setiap pengendaliakan menawarkan produk yang terbaik dan berkualiti serta menambah produk-produk daripada yang sedia ada bagi menarik orang ramai selaku pelanggan menyertai skim takaful yang ditawarkan. Secara tidak langsung, mereka mempunyai banyak pilihandalam memastikan skim takaful yang disertai benar-benar dapat memberi manfaat perlindungan yang maksimum dan memuaskan hati. Kekurangan Pendedahan Terhadap Sistem Takaful Sistem takaful mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1985 melaluipenubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STM). Sehingga kini, orangramai khususnya umat Islam masih kurang didedahkan dengan pelaksanaan sistem takaful walaupun sistem ini diperkenalkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional yang telah diharamkan oleh sebahagian besar ulama.Kelemahan juga dilihat apabila agen yang menjual produk takaful tidak dapat menjelaskan secara terperinci akan kelebihan-kelebihan yang boleh didapati daripada produk takaful berbanding insurans konvensional sekaligus tidak dapat menyakinkan orang ramai untuk samasama menyertai takaful. Oleh itu, pengendali-pengendali takaful perlulah memastikan latihan diberi secukupnya kepada agen-agen takaful yangdilantik agar mereka mampu menarik lebih ramai orang untuk menyertai takafulterutamanya umat Islam dan beralih dari terus membeli insurans konvensional. Selain itu, pengendali-pengendali takaful juga perlu memikirkan medium terbaikdalam usaha memberi pendedahan kepada orang ramai tentang sistem takaful yangdilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak. Ini kerana masih ramai
yang beranggapan bahawa tiada perbezaan dalam sistem yang
digunakan olehinsurans konvensional dan takaful. Ini kerana kedua-duanya menawarkan jaminanperlindungan kewangan jika pencarum ditimpa musibah atau tragedi di luar jangkaan.