You are on page 1of 12

MODUL LDP

FIZIK
SMKRJ

PENGENDALIAN INSTRUMEN SAINS


Ammeter Dan Voltmeter

Rajah 2: Voltmeter dan Rajah 3: Ammeter

Pastikan terminal dan pelaras sifar ammeter dan voltmeter berfungsi dengan
baik. Jangan bebankan ammeter dan voltmeter dengan arus yang lebih dari
dihadkan kerana gelung akan terputus. Gunakan meter dengan julat yang sesuai.
Jika meter berkenaan perlu digunakan untuk mengukur nilaian yang lebih dari yang
tercatat di skala, perintang yang sesuai hendaklah disambung.

Voltmeter dan ammeter arus terus hanya boleh digunakan untuk litar arus terus
sahaja. Walau bagaimanapun, voltmeter dan ammeter arus ulang alik boleh
digunakan untuk litar arus terus dengan syarat senggatan yang lain digunakan. Cara
sambungan yang betul mesti diamalkan.

Sambungan Ammeter Yang Betul


Sambungan Ameter Yang Salah

Ammeter arus terus (D.C) mempunyai dua terminal + (merah) dan - (hitam).
Ammeter harus disambungkan secara bersiri dalam litar. Terminal ammeter perlu
dihubung dengan betul seperti Rajah diatas. Ammeter mudah rosak jika terminal
disambung salah.

Angkup Venier

Rajah 1: Gambar menunjukkan bagaimana angkup venier digunakan


Rajah 2: Gambarfoto menunjukkan bagaimana angkup venier digunakan

Angkup digunakan untuk mengukur dimensi luar, dimensi dalam sesuatu objek.
Kedudukan rahang-rahang dikawal dengan putaran skru bawah manakah skru atas
menetapkan kedudukan rahang-rahang semasa bacaan diambil.

Pastikan rahang-rahang itu betul-betul menyentuh objek yang diukur.

Tentukan ralat sifar, jika ada

Jika ralat sifar wujud, bacaan diperbetulkan mengikut formula :

Bacaan yang betul = Bacaan diperoleh ralat sifar

Angkup Venier perlu disimpan di dalam desikator untuk mengelakkan daripada


berkarat. Sekiranya angkup venier berkarat, ia perlu digosok dengan kertas pasir
halus, digris dan disimpan dengan cermat.

Galvanometer

Rajah 1: Galvanometer
Galvanometer adalah instrumen yang mudah rosak. Gelung Galvanometer akan
terputus walaupun dengan arus elektrik beberapa miliampere (mA) sahaja. Oleh
itu, ia mesti dikawal dengan satu suis tekan dan perintang pengawal yang sesuai
semasa digunakan. Nilaian rintangan perintang tersebut berubah mengikut jenis
galvanometer.

Terminal galvanometer mestilah dibersihkan supaya tidak berkarat dan boleh


menghasilkan sentuhan yang baik apabila dipasangkan dengan wayar penyambung.
Selain daripada itu, pelaras sifarnya mestilah boleh berfungsi untuk memastikan
bacaan galvanometer memberi bacaan tepat. Galvanometer tidak boleh disimpan
berdekatan dengan magnet.

Jam Randik

Jam randik analog dan Jam randik digital

Rajah 1: Jam randik


Rajah 2: Gambar menunjukkan bagaimana menggunakan jam randik

Tekan tombol pada jam randik untuk memulakan, memberhentikan dan


membalikkan semula petunjuknya ke bacaan sifar. Untuk mengukur masa, tombol
haruslah ditekan oleh jari anda 2 kali iaitu kali pertama untuk memulakannya dan
kali kedua untuk memberhentikannya.

Jam randik hendaklah disimpan di dalam kotaknya setelah digunakan.


Permukaan yang calar akan menyukarkan pembacaan yang ditunjukkan oleh
jarumnya. Tombol pada jam randik hendaklah disapu minyak untuk memastikan ia
tidak berkarat. Bagi jam randik digital, baterinya hendaklah dikeluarkan jika tidak
digunakan dalam jangka masa panjang.

Neraca Elektronik

Neraca elektronik adalah alat saintifik yang sangat sensitif dan mudah rosak
akibat gegaran dan sentiasa perlu dikawal dengan rapi. Ia perlu disimpan di kotak
berkaca dan berpintu untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia dan
habuk. Sius elektrik harus dimatikan selepas digunakan. Penimbang perlu
dibersihkan selepas digunakan .

1. Neraca elektronik "Gross weight"

Neraca ini digunakan untuk menentukan berat bahan kimia yang tidak digunakan
dalam pengiraan kuantitatif seperti Rajah 1. Kejituan berat bahan kimia yang
ditimbang adalah lebih kurang 0.01g.
Rajah 1: Neraca Elektronik Gross weight

i. Tekan butan "ON/OFF" dan neraca akan mempamerkan 0.00g.

ii. Letakkan bikar kosong pada ceper neraca. Tekan "TARE" untuk mendapat
bacaan 0.00g.

iii. Keluarkan bikar kosong dan letakkan bahan untuk ditimbang ke dalam bikar.

iv. Rekodkan jisim bahan yang ditimbang.

2. Neraca Analitikal

Rajah 2: Neraca analitikal

Semua bahan kimia yang digunakan dalam pengiraan kuantitatif perlu di timbang
dengan jitu. Neraca analitikal harus digunakan untuk menimbang bahan kimia ini
seperti Rajah 2. Kejituan penimbangan bahan kimia ini setakat empat tempat
perpuluhan (0.0000g) boleh diperolehi.

i. Pastikan ketiga-tiga pintu neraca ditutup dan gelembung udara pada cecair
spirit (spirit level) terletak ditengah.

ii. Tekan butang "ON/OFF".

iii. Pastikan bacaan bermula dengan erodengan menekan butang "TARE/RE-


ZERO".

iv. Buka pintu hadapan dan letakkan botol penimbang diatas ceper neraca.
Tutup pintu neraca dengan teliti.

v. Tekan "TARE/RE-ZERO" untuk membatalkan berat botol penimbang. Neraca


penimbang akan mempamerkan bacaan 0.0000g.

vi. Keluarkan botol penimbang. Dengan teliti, masukkan bahan kimia untuk
ditimbang.

i. Letakkan botol penimbang dengan bahan kimia kedalam ceper neraca


(balance pan) untuk ditimbang. Neraca ini akan mempamerkan bacaan jisim
bahan kimia dengan kejituan 4 tempat perpuluhan.

Tolok Skru Mikrometer


Rajah 1: Tolok Skru Mikrometer

Rajah10.39b: Gambarfoto diatas menunjukkan bagaimana diameter bagi butir


alas berbola diukur.

Objek yang hendak diukur perlu diletak diantara rahang. Bidal di putar sehingga
rahang itu hampir-hampir menyentuh objek yang berkenaan. Kemudian racet
diputarkan sehingga bunyi tik pertama di dengar apabila rahang-rahang betul-
betul menyentuh objek dan tidak memampatkannya.

Tentukan ralat sifar, jika ada

Jika ralat sifar wujud, bacaan diperbetulkan mengikut formula:

Bacaan yang betul = Bacaan diperoleh ralat sifar

Tolok skru mikrometer perlu disapu dengan minyak dan disimpan dalam
kotaknya. Bidal digunakan untuk pelarasan kasar manakala bagi pelaras halus,
racet digunakan.

Penunu Bunsen

Rajah 1: Penunu Bunsen Boleh Alih dan Penunu Bunsen Biasa


Rajah 2: Bahagian-bahagian penunu bunsen

Rajah 3: Langkah-Langkah Penggunaan

Dalam makmal sains ada banyak bahan kimia yang mudah terbakar. Supaya anda
dan rakan-rakan anda tidak tercera kerana pembakaran, anda harus menggunakan
penunu Bunsen dengan betul.
i. Mula-mula pastikan salur getah dipasangkan kepada penunu Bunsen dengan
betul.

ii. Tutup lubang udara.

iii. Pasangkan gas itu sepenuhnya.

iv. Nyalakan penunu Bunsen itu. Gunakan pistol pemetik api. Jangan sekali-kali
menyalakan penunu dengan menggunakan kepingan kertas.

v. Setelah menyalakan penunu, kurangkan pengaliran gas itu.

vi. Buka lubang udara perlahan-lahan sehingga mendapat nyala yang tidak
berkilau.

vii. Semua penunu Bunsen hendaklah ditutup setelah tamat eksperimen.

You might also like