You are on page 1of 1

JAWAPAN UNTUK PERMAINAN

1. Apakah itu MAGERAN? (Majlis Gerakan Negara)


2. Mengapakah MAGERAN ditubuhkan? (untuk mengawal ketenteraman,
memastikan kelicinan pentadbiran Negara, mengaja keharmonian dan saling
mempercayai dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.)
3. Siapakah ahli MAGERAN, nyatakan 5 orang tokoh? (Tun Muhammad Ghazali
bin Shafie, Tun V.T. Sambanthan, Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Tun Abdul
Razak bin Dato Hussein, Tun Tan Siew Sin, Tan Sri Hamzah bin Datuk Abu
Samah, Tun Jeneral Ibrahim bin Ismail, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi dan
Tun Hanif bin Omar.)
4. Sebab-s ebab Rukun Negara diperkenalkan. (Dasar pecah dan perintah
oleh pihak British, Pengasingan tempat tinggal dan tempat kerja, kegiatan
ekonomi yang berasaskan kaum, Perselisihan dan perbalahan kaum,insiden
13 Mei 1969).
5. Bilakah Rukun Negara diperkenalkan? (31 Ogos 1970)
6. Mengapakah Rukun Negara diperkenalkan? (memupukan perpaduan kaum,
mengelakkan insiden perbalahan antara kaum.).
7. `Nyatakan LIMA prinsip utama dalam Rukun Negara.(Kepercayaan kepada
Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembangaan,
Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusuilaan.)
8. Huraikan prinsip Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan. (mengamalkan
ajaran agama, mencapaikan nilai keperibadian yang tinggi.)
9. Huraikan prinsip Rukun Negara, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. (Setia
kepada raja dan Negara, bangga menjadi warganegara)
10.Huraikan prinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembangaan. (Boleh
menyuarakan pendapat, Melahirkan kestablilan Negara)
11.Huraikan prinsip Rukun Negara, Kedaulatan Undang-undang. (Mematuhi
segala undang-undang yang telah ditetapkan, mambentuk masyarakat yang
tenteram.)
12.Huraikan prinsip Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusuilaan. (Sentiasa
membantu dan bekerjasama,saling memahami antara satu sama lain.)
13.Nyatakan ciri-ciri pembentukan jati diri. (Bangga akan tanah air, Taat setia
kepada raja dan Negara, Penerimaan kehidupan beragama, patriotism,
Berakhlak mulia, persefahaman, perpaduan, beusaha gigih.)

You might also like