You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAMARAN JAYA

PELABUHAN KLANG

Tarikh: 25 Februari 2017

Hari : Sabtu

Masa : 9.40 pagi

Tempat: Dewan SK Pendamaran Jaya.

Agenda 1: Ucapan Guru Besar

1.1 Puan Hajah Noorkedah Binti Mohd Yusof memanjatkan


kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dapat berkumpul
sempena mesyuarat agung PIBG kali ke-32.

1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG atas komitmen yang
diberi kepada pihak sekolah.

1.3 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa
atas kerjasama yang diberi sepanjang tahun 2016.

1.4 Guru dan pentadbir akan memberikan kerjasama yang


sepenuhnya dan mengharapkan ibu bapa juga boleh memberi
kerjasama kepada semua program yang dijalankan oleh pihak
sekolah.

1.5 Akhir sekali , beliau mengharapkan perbincangan dalam


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 ini dapat berjalan dengan
lancar dan baik demi kepentingan sekolah.

Agenda 2: Ucapan Yang Dipertua PIBG

2.1 Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

2.2 Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru


atas kehadiran ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32.

Agenda 3 : Ucapan Perasmian Oleh Yang Dipertua PIBG


mewakili YBhg. Datuk Haji Nasarruddin bin Dato
M.Zain ( DPSM, AMN, PJK )
3.1 Ucapan tahniah dan syabas atas kerjasama yang erat antara
PIBG dan pihak sekolah.

3.2 Beliau mewakili YBhg. Datuk Haji Nasarruddin bin DatoM.


Zain merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32.

Agenda 4 : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32.

4.1 Mesyuarat Agung dimulakan pada pukul 9.40 pagi dengan


ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG.

4.2 Beliau memaklumkan beberapa bantuan prasarana yang telah


disumbangkan oleh PIBG kepada pihak sekolah. Antaranya
baik pulih kantin (siling dan bumbung), pemasangan
pemadam api, serta empat projek yang bakal menyusul.

4.3 Bantuan prasarana daripada sumbangan Dermathon yang


telah digunakan adalah membina tempat letak basikal
berbumbung bagi murid dan gelanggang badminton.

Agenda 5: Pengesahan minit mesyuarat Agung Kali ke-31

5.1 Pn.Hjh. Zuraidah Binti Hussin selaku Setiausaha PIBG


mempengerusikan pembentangan minit mesyuarat yang lalu.

Cadangan untuk disahkan : En. Yusni Bin Hamzah

Disokong : Pn. Suhaila Binti Ahmad

Agenda 6: Pembentangan Laporan aktiviti Tahunan PIBG


2016/2017

6.1 Pn.Hjh. Zuraidah Binti Hussin selaku Setiausaha PIBG


membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2015/2016
(muka surat 23 hingga 26), Senarai Kehadiran AJK (muka surat
15), Laporan Aktiviti Sekolah dan PIBG ( Lampiran bergambar
muka surat 28 dan 29).

6.2 Beliau mengumumkan dapatan Dermathon tertinggi adalah


melebihi RM 400.00 bagi seorang murid.

6.3 Acara kemuncak Program Dermathon pada 25 November 2016


dengan penyampaian hadiah kepada murid yang mendapat
kutipan tertinggi.

6.4 Ucapan terima kasih daripada pihak sekolah kepada semua


yang menyokong program Dermathon 2016.
Cadangan untuk disahkan : Pn. Marina Binti Mansor

Disokong : Pn. Rozaimah bt Che Russ

Agenda 7: Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan


Berakhir 31 Disember 2016

7.1 Pembentangan telah dibuat oleh En. Ridzuan Bin Mat Ail
selaku Bendahari PIBG dengan merujuk kepada muka surat 31
hingga 41.

7.2 Jumlah pendapatan berakhir pada 31 Disember 2016 adalah


sebanyak RM 305 448.70 dan baki semasa 31
Disember 2016 RM 80 424.93.

7.3 Jumlah kutipan Dermathon setakat ini adalah RM 35 027.50.


Cadangan untuk disahkan : Pn. Rismawaty Binti Sabang

Disokong : Pn. Mazlina Binti Mamat

Agenda 8: Perkara- perkara Berbangkit

Tiada

Agenda 9: Perbentangan /Perbincangan Cadangan dan Usul

9.1 Sebanyak tujuh maklumbalas yang telah diterima daripada ibu


bapa sebelum mesyuarat agung dijalankan. Kebanyakan
maklumbalas itu merupakan cadangan dan idea-idea yang
telah dan sedang dijalankan oleh pihak sekolah. Pengerusi
mesyuarat telah membacakan kesemua cadangan-cadangan
yang dikemukakan.

Bil Nama Usul Tindakan


1. En. Hasni Bin Baharudin Membaik pulih kerosakan Tandas dibaiki setiap enam
tandas sekolah terutama bulan sekali tetapi masih
tandas murid perempuan. tersumbat akibat
pembuangan pakaian,
seluar, dan botol minuman
ke dalam mangkuk tandas.
Pihak sekolah telah
mengajukan masalah ini
kepada PPD, namun tiada
peruntukan yang diberi.
PIBG menyumbangkan
dana bagi membaikpulih
tandas yang tersumbat
secara berperingkat kerana
tanggungan kos yang
banyak sekitar RM
200.00 setiap kali kerja
pembaikan.
2. Pn. Mazlina Binti Mamat Program LINUS Program LINUS hanya
dilanjutkan sehingga melibatkan Tahap Satu
Tahun Enam. sahaja.
Tahun Empat yang masih
belum menguasai
kemahiran membaca,
mengira, dan menulis
terlibat dalam PROTIM.
Murid Tahap Dua perlu
menguasai kemahiran
membaca, mengira, dan
menulis.
Segelintir daripada murid-
murid LINUS tidak
mempunyai asas membaca,
mengira, dan menulis
kerana tidak bersekolah
ketika Tahun Satu.
Ibu bapa perlu bekerjasama
dengan pihak sekolah
dalam usaha mengatasi
masalah ini.
3. Pn. Norazimah Binti Mempercepatkan masa Waktu pembelajaran telah
Ibrahim masuk dan balik sekolah. ditetapkan oleh KPM iaitu
( Sesi Petang) waktu belajar selama 36
minggu.
Tidak boleh dielakkan
kerana murid sesi pagi dan
petang berkongsi bangunan
dan kelas.
4. Rozaimah Binti Che Pemantauan murid Memohon kerjasama ibu
Russ selepas waktu bapa, pengawal sekolah,
persekolahan. serta guru bertugas untuk
Kedudukan kelas murid memantau dan sentiasa
Tahun Satu. mengingatkan murid-murid
agar menjaga keselamatan.
Murid sentiasa diingatkan
agar tidak keluar dari
kawasan sekolah sebelum
kedatangan ibu bapa.
Tiada alternatif meletakkan
kelas di aras bawah kerana
kewujudan bilik-bilik khas
dan tidak cukup ruang.
Semua murid-murid Tahun
Satu hendaklah dilatih dan
membiasakan diri untuk
menaiki tangga ke kelas.
5. Pn. Rohaya Binti Mohd Kelonggaran memakai Aktiviti kokurikulum
kasut sukan bagi aktiviti ( Sukan dan Permainan )
kokurikulum yang tidak akan dilaksanakan
melibatkan aktiviti sukan pada hari hujan.
memandangkan kasut Waktu kokurikulum pada
sekolah yang dibeli cepat tahun 2017 dilaksanakan
rosak. dalam waktu persekolahan.
Jadi, murid diwajibkan
memakai kasut sekolah.
Murid boleh memakai
kasut sukan jika terlibat
dengan aktiviti luar
sekolah.
Murid digalakkan
mempunyai dua pasang
kasut untuk mengatasi
masalah kasut kotor.
6. Pn. Dayang Baizura Binti Menambah tempat Kos yang tinggi diperlukan
Awg berbumbung untuk pelajar untuk membina ruang
menunggu kenderaan. menunggu berbumbung.
Ruang menunggu di
hadapan sekolah terlalu
terhad.
Pihak sekolah akan cuba
berusaha untuk membina
ruang menunggu
berbumbung.
Alternatif buat sementara
ini adalah membenarkan
ibu bapa untuk masuk
mengambil anak pada hari
hujan dengan berpayung
sahaja.
7. En. Muhammad Saiful Penambahbaikan jalan di Berusaha untuk meminta
Anuar Rodzali hadapan pintu masuk bantuan daripada JKR atau
sekolah. pihak luar untuk menurap
bahu jalan supaya kereta
dapat parkir dengan
tersusun.
Papan tanda Jalan Sehala
telah lama diletakkan di
simpang jalan ke sekolah,
namun tidak diendahkan
dan tidak dipatuhi oleh
penduduk setempat.

Agenda 10: Hal-hal lain

10.1 Senarai Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Kumpulan Sarana Ibu


bapa.

BIL Nama Ibu Bapa Nama Anak Kelas


1. Pn. Madzlina Binti Muhammad Nukman Darin Fawwaz 1
Bestari
2. En. Yusni Bin Hamzah Nabil 2
Bestari
3. Pn. Norazimah Binti Ibrahim Nia Marlisa 2
Dedikasi
4. En. Muhammad Saharani Muhammad Haziq Ridwan 3
Bestari
5. En. Muhd Talha Bin Yusop Muhd Syanul Hakim 5
Dedikasi
6. En. Sulaiman Bin Alias
7. Pn. Norijam Binti Hamdan
8. Pn. Onesa Binti Bisto
Agenda 11 : Ucapan Penangguhan

11.1 YDP merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas segala


kerjasama yang diberikan sepanjang beliau menjadi YDP.
Beliau telah mendapat kerjasama yang baik daripada ibu bapa
dan pihak sekolah.

11.2 Beliau memohon maaf atas segala kekurangan dan kesalahan


sepanjang mesyuarat berlangsung.

11.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi oleh YDP PIBG
2016, En.Abdul Hafiz Bin Othman.

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-32 Dicatat Oleh ,

................................................. ..........................................
.......
(PN. NORAZLINA BT JAMIL) ( PN. HURON IIN BT ALI)

.................................................
(PN. ROSLIZA BT MAT ALI)

Disediakan Oleh , Disahkan Oleh,

.......................................... .................................
.........
( PN SITI NORBAYA BT A. IBRAHIM KUTTY) (EN. MORASIZAM BIN
JANTAN)
SETIAUSAHA PIBG YANG DIPERTUA
PIBG
SK PENDAMARAN JAYA SK PENDAMARAN JAYA

You might also like