You are on page 1of 2

[PEDAGOGI]

RUTIN BILIK DARJAH

Tugas-tugas guru meliputi 3 bidang:

1. Penyediaan, pentafsiran dan penyimpanan rekod


2. Penyediaan dan perlaksanaan rutin bilik darjah
3. Perlaksanaan tugas-tugas lain

Penyediaan, pentafsiran dan penyimpanan rekod

Penyediaan rekod pendaftaran, jadual kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, buku
kemajuan murid dan rekod kutipan yuran.
Pentafsiran membantu guru memahami murid-murid merancang pelajarannya dan
membimbing perkembangan potensi murid dengan lebih tepat.
Penyimpanan rekod memudahkan rujuakn guru apabila diperlukan.

Penyediaan dan perlaksanaan rutin bilik darjah

Rutin bilik darjah aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak dilakukan pada setiap
hari persekolahan.
Terbahagi kepada dua jenis:
i. Pengurusan keadaan fizikal menyapu lantai, menyusun kerusi meja, mengemas
ruang dan sudut pembelajaran.
ii. Peraturan bilik darjah jadual bertugas murid.

Perlaksanaan tugas-tugas lain

Pengurusan skim bantuan buku teks


Pengurusan biasiswa
Pengurusan skim amalan makanan dan pemakana
Pengurusan projek susu sekolah

Penyediaan iklim bilik darjah yang kondusif untuk melaksanakan proses interaksi antara guru
dan murid. 4 ciri utama:

Perhubungan yang saling menghormati antara guru dan murid


Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah
Perasaan kekitaan yang timbul antara murid dan guru sebagai sebuah keluarga
Penglibatan murid dalam setiap kegiatan keilmuan

Iklim bilik darjah yang baik ialah sebuah bilik darjah yang:
[PEDAGOGI]

Dikelolakan dengan baik


Elok dipandang
Teratur susunannya

Kesannya:

Menimbulkan citarasa, semangat, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada murid.


Meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

You might also like