You are on page 1of 3

2.

1 KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM STANDARD


SEKOLAH RENDAH (KSSR)

2.1.1 Memberi Peluang Kepada Murid Untuk Memupuk Minat

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menitikberatkan dalam


memupuk minat murid dalam bidang seni. Dalam sukatan KSSR, setiap
murid diberi peluang untuk mempelajari pendidikan seni visual. Setiap murid
sekolah rendah akan mempunyai 2 waktu iaitu 1 jam setiap minggu untuk
belajar matapelajaran seni visual. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, murid diberi peluang untuk membuat karya dengan bebas.
Guru memberi peluang kepada mereka untuk berkarya mengikut kreativiti
sendiri. Biasanya, guru akan memberi satu tema dan murid bebas untuk
mengembangkan kreativiti dan idea mereka. Pendidikan Seni Visual tidak
seperti matapelajaran teras yang lain, PSV tidak dikongkongkan dalam
sukatan. Selain daripada diberi peluang untuk berkarya dan bebas
mengeluarakan perasaan, mereka juga berpeluang untuk melibatkan diri
dalam menghasilkan kraf tangan sendiri. Selain daripada kaedah guru
memberi tema lalu murid berkarya, guru juga boleh mengajar murid untuk
membuat kraf tangan yang mudah tetapi cantik. Guru boleh meminta murid
membawa bahan dan membuat kraf bersama di dalam kelas. Murid diberi
kebebasan untuk menambahkan idea sendiri ke atas kraf yang dihasilkan.
Seterusnya, guru boleh menggantung dan mempamerkan hasilan kraf murid
dalam kelas. Dalam proses menghasilkan karya dan kraf sendiri, murid dapat
berasa memuaskan hati dan mula menaruh minat dalam matapelajaran
Pendidikan Seni Visual. KSSR mementingkan perkembangan murid secara
menyeluruh, oleh itu, murid tidak terkongkong dalam P&P yang tegas dan
bosan. KSSR memberi peluang kepada murid untuk memupuk minat mereka
dengan pegajaran dan pembelajaran PSV dimana mengembangkan kreativiti
dan minda mereka. Dalam bidang PSV, semua karya yang dihasilkan tidak
dinilaikan betul atau salah, dalam istilah seni, semua karya mempunyai
kecantikkan dan keistimewaan yang berbeza. Oleh itu, murid dapat bebas
menghasilkan karya mengikut idea sendiri dan secara langsung dapat
memupuk minat mereka dalam PSV. Murid tidak akan berasa tertekan dan
berasa seronok dan bebas semasa belajar subjek PSV kerana seni
merupakan mempunyai kesan untuk mengurangkan tekanan murid semasa
belajar subjek teras. Maka, mereka akan menaruh minat mereka dalam PSV.
Dengan perkembangan dari segi kreativiti, mereka juga berkembang dari
segi akademik, maka seorang insan yang seimbang dan menyeluruh
dihasilkan selaras dengan matlamat dan objektif KSSR dalam Pendidikan
Seni Visual.

2.1.2 Memperkembangkan Sifat Keperibadian

Pendidikan Seni Visual dapat memperkembangkan sifat keperibadian murid


melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Keperibadian boleh
didefinisikan sebagai perilaku dan watak seseorang. Setiap murid
mempunyai perwatakan yang berlainan. Boleh dikatakan separuh daripada
perwatakan seseorang insan dibina semasa waktu persekolahan
terutamanya murid sekolah rendah. Mereka mudah dibentuk
perwatakkannya di sekolah dengan persekitaran sekolah. Oleh itu,
pendidikan seni visual telah memainkan peranan yang penting dalam
membentuk insan yang baik dan bermulia. Semasa menghasilkan sesebuah
karya, murid dikehendaki memerhatikan persekitaran dan
menganalisiskannya sebelum berkarya. Sebagai contohnya, murid ingin
melukis sebatang pokok, sebelum mula melukis, murid hendak
memerhatikan pokok tersebut dengan teliti. Dalam proses memerhatikan ini,
murid dapat memupuk keperibadian yang sabar dan teliti. Pendidikan seni
visual juga dapat memupuk kreativiti dalam keperibadian murid. Sebagai
contohnya, murid diarahkan untuk menghasilkan sebuah karya yang bertema
alam ajaib, murid dapat mengembangkan daya kreativiti dalam menghasilkan
karya ini dengan melukis apa yang diimaginasi dalam minda mengikut idea
sendiri. Selain itu, pendidikan seni visual juga dapat membantu
mengembangkan daya pemikiran murid semasa mereka menghasilkan karya.
mereka dapat mengeluarkan idea mereka dalam karya mereka. Secara tidak
langsung, daya pemikiran mereka dapat dikembangkan dengan baik.
Dengan ini, perwatakkan murid yang berfikiran kritis dapat dibentuk. Oleh itu,
boleh dikatakan Pendidikan Seni Visual dapat membentuk keperibadian
murid yang baik dan seimbang dari setiap segi.

You might also like