You are on page 1of 29

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur SINOPSIS NOVEL SAUDAGAR BESAR

DARI KUALA LUMPUR

BAB 1

Bab ini mceritakan latar blkang hbungan pniagaan En Mahammad,pengarh


urusan Firma Serba Dagang Internasional,ank syarikat Tan Enterprise dgn
Datuk Tan.DT sgt mengagumi kblehan dan khebtan EM sbgai seorg ank mlayu
dlm mnguruskan pniagaannya.Mahani mpersilakan DT ke pjbt EM smntara
mnanti kdtangan EM.Wlaupn menunggu org bknlah kbiasaan bgnya sbgai seorg
pngarah,nmun dgn rkn kongsinya EM,DT snggp btlak ansur dmi kpntingan
pniagaannya.Di dlm pjbt EM,DT bgitu kgum dgn plihan prabot & kmudhan
komunikasi mden.Nmun, yg lbh mngagumkan DT ialah bkat EM dlm phubngan
dgn plbgai org yg dprlukannya.Stersnya DT mlihat gmbr arwah Orang Kaya
Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman,ayh kpd EM.ktokohan gmbr tsbt
mnyebabkan rsa ingn thu DT tntng sejrah EM.Nmun,hsrat DT btangguh apbila
EM ingn mbincngkan dhlu soal pniagaan.Brita tntng kjyaan EM mdp tender
mbkalkan lada hitam ke Jerman slma 7thn mngagumkan lg DT pd EM sbgai
seorg audgar melayu yg beribawa.Stlah DT pergi,EM memnggil
setiausahanya,Mahani utk mngmbil pesanan.EM sbnrnya bangga dgn Mahani
yg sopan,cekap,sederhana &jelita.Wlau bgaimnapn EM sedr bhwa Mahani ialah
ank shbtnya,oleh itu dia mhu setiausahanya itu memanglnya pakcik utk
mngelakkan sbrang perasaan tdk baik pd dirinya.

BAB 2

Melalui sbuah lporan yg dbcanya,DT mngetahui bhwa Orang Kaya Indera


Datuk Idris bin Muhammad Saman bin Bendahara Muda,adalah org besr wlyah
yg ptama bkongsi bniaga dgn org2 Cina dlm prusahaan mlombong bijih
timah.Menurut lporan tsbt,keluarga EM mewrisi gelran Orang Kaya Indera yg
suatu ms dhulu sgt bkuasa di daerah Tualang.Orang Kaya Indera Datuk
Muhammad Saman iaiu dtk kpd EM mrupakan saudgr bijih timah yg kaya-
raya.Tetapi stlah beliau mninggal dunia,perusahaan perlombongan itu tpksa
dhentikan apabila tdpt campur tngan kongsi2 gelap.Kemudian phak kerajaan tlh
mbuka kmbali kwsan plombongan tsbt dgn mbnrkan sebuah syarikat dr
Australia mengusahanya.Slps perang,lombong tsbt dkndalikan smula oleh
Datuk Idris iaitu ayh kpd EM scra bkongsi dgn org cina ttp akhirnya pniagaan
itu tpksa ditutup jua.Usaha mlombong itu tdk dterukan krn ank sulung keluarga
itu iaitu Phulu Mahmud tdk mpunyai inisiatif mngusahakannya.DT juga
bcadang mdpt pkenan Sultan & strusnya mlantik EM mngmbil alih glaran
Orang Kaya Indera di daerah Tualang yg tlh dwarisi keluarga itu sejk sekian
lama.DT memikrkan keuntungan yg bakal dperolehnya skiranya EM
dianugerahi glran Orang Kaya Indera & mjdi penguasa di daerah Tualang.Walau
bgaimanapn,Dtin Tan sbliknya msih meraguinya khebtan org2 mlayu dlm
pniagaan.Nmun DT menegskn bhwa kehdran org mlayu dlm dunia pniagaan sdh
lma ttp tlh dptskn dpd tradisinya olh Inggeris yg ingn mjajah TM & bkonsi dgn
org2 cina utk mengaut keuntungn dpd hasil bumi negeri ini.Oleh itu,DT kmbli
mjalinkn pkongsian pniagaan dgn org2 melayu spt EM agr kedudukn mreka trs
tjalin.Dtin Tan yg bgn lwt pd esk hrinya merasa kesunyian krn kedua-dua org
anknya tdk ada dsmpingnya.Ank bngsunya,Lily sedng bljr di UM dlm thun
ptama & tinggl di arma.Mnalaka ank sulungnya Robert 23thn,sedng mlnjutkn
peljrnnya di London dlm bdang Kejuruteraan Lombong.

BAB 3

Ali tkang kbn di rmh EM mnyerahkan spcuk srt kpd Cik Puan Tipah iaitu isteri
EM yg dkaguminya.Cik Puan Timah yg menerima srt tsbt thu bhawa srt dr
kmpung suaminya itu tntu shj mbwa brita mengenai hal ehwal keluarga di
kg.Kehdran srt itu mnyebbkan Cik Puan Tipah tkenang kmbli pmulaan khidpan
dgn EM shingga dia mjdi tumpuan dlm keluarga suaminya yg bsr kini.Srt tsbt
yg dtls oleh ank buah suaminya ,Jahid iaitu ank Phulu Mahmud,mberithu hal
tntng kenyataan pgawai ptanian daerh bkenaan bsesuaian tnh mereka utk
tnaman orkid.Jahid juga mnyaakn perihal ayhnya Phulu Mahmud yg smkin
tmkkan wang & mnyangka ayhnya bniat mjual tnh pusaka mereka.Selesai mbca
srt tsbt Cik Puan Tipah tringat pkmbangan srt2 ank sulungnya,Rahim yg sdng
mnuntut di luar ngara yg kerap mnulis tntng kmerosotan moral mnusia
kini.Keplngan ank bongsunya,Ana(Rohana), 16 thn mnyebbkan Cik Puan Tipah
mlupakan soal srt dpd Jahid itu.Di sblh ptg.Mahani stiausaha EM dtg mlawat
keluarga Cik Puan Tipah.Kehran Mahani sgt dsenangi oleh Cik Puan Tipah yg
tpikat dgn kesopanan & bui bhsanya.

BAB 4 Bab

ini mcertakan ltr blakang dri & keluarga Mahani iaitu ank kpd Tan Sri Syed
Aris.Mahani sbnrnya ank kpd Tan Sri Syed Aris dgn isteri ptamanya Sharifah
Naimah yg meninggal dunia ketika melahirkan Mahani.Stahun slps itu,ats nshat
ayhnya(walid),Syed Aris tlh mengahwini adk kp Sharifah Naimah iaiu Sharifah
Muinah walaupn pd awlnya mereka x dpt mnerimanya ttp krn patuh pd perinth
walid mereka bsetuju akhirnya.Kini,Mahani sdh berusia 21 thn & spt thn2 yg
lalu mereka merayakan hari jadinya.Nmun stiap kalinya menymbt hri jdi
Mahani,Puan Sri Sharifah Muinah & Tan Sri Syed Aris akn tkenang kmbli
pkahwinan mereka.Syarifah Muinah juga memikrkan soal jdoh Mahani.Dia
merasakan pergaulan rpt Mahani dgn Jahid adalah 1 keserasian di smping
pnerimaan keluarga Jahid pd ank gadisnya itu.Persoalan pkahwinan ini
mnimbulkan pula psoalan tntng kufu.Pd mlm itu,Mahani juga memikirkan tntng
pkembangan drinya terutama psahabatannya dgn Rahim,Robert serta kini,Jahid.

BAB 5

Pekan Tualang tlh bsiap sedia mnyambut kdatangan Sultan yg akn mlawat kg
itu smpena hari kputeraan bgnda.Perayaan smbtan itu akn diadakan selama 2
hari.Penghulu Mahmud yg sblmnya ingn mjual bhgian tnh pusaka keluarganya
gn kerjasama Tauke Chan & Yang Berhormat Muhd Yusuf,tlh bbelah bg
memandngkan wjudnya pnentangan pd ank2nya sndr iaitu Jahid &
Jamilah.Phulu Mahmud kini berasa kgum dgn pmikiran anknya,Jahid yg snggp
mptahankan tnh pusaka tsbt walaupn anknya itu sbnrnya tdk bsekolh tinggi.Hal
ini juga mjd 1 kekesalan bg Phulu Mahmud krn tk mbrikan pdidikan yg lbh baik
kpd Jahid & Jamilah.Phulu Mahmud juga berasa kesal thdp Yang Berhormat
Muhd Yusuf yg seolah-olah mcuba mpengaruhinya utk mjual harta org mlayu
demi mdptkan keuntungan peribai.Nmun ia lbh mnyesali skapnya yg mdh
dpengaruhi oleh wang & kekayaan.Hal ini juga mnyebbkan Phulu Mahmud
mlupakan niatnya utk memohn gelran Orang Kaya Indera dpd Sultan.EM dtg ke
rmh abgnya utk mngatakan hasrat isterinya mbuka laang orkid.Phulu Mahmud
brasa tkilan krn kwsan itulah yg tlh dibncangkan bsama Tauke Chan & Yang
bhormat Muhd yusuf utk mbangunkan kwsan rmh murah.EM btemu dgn seorg
kwn lama yg mceritakan kpdnya tntang masyarkat kg yg mih lagi hidp lm
kemiskinan.Kg tsbt jauh ketinggalan dpd pbangunan & kemudhan
asas.Pduduknya pula tdk mampu berusaha kearah itu krn hnya bgantung pd
pkerjaan tradisi.

BAB 6

Sudin,seorg broker & wkil kpd Yang Berhormat Muhd Yusuf bsma
pmandunya,Sarip meninjau-ninjau kwsan tnh milik keluarga Phulu Mahmud.Di
smping itu,Sudin ingin bjumpa dgn Ali yg sdang mengetahui pbersihan tnh utk
mbuka ldang orkid yg akn diusahakan oleh Cik Puan Tipah.sblm plang ke rest
house sudin & sarip bhenti rehat di Jeram Medang.sudin mdpt tahu bhwa tnh
mlik keluarga Phulu Mahmud tlalu luas sehingga dpt menampung kewujudan
pkampungan kcl.pnduduk kg yg tdk mpunyai tnh tpksa ddk menumpng di tnh
tsbt & tdk kurang juga bkerja dgn Phulu Mahmud.sudin sbnrnya mpunyai tgs
pnting iaitu mbantu Yang Berhormat Muhd Yusuf mjlnkn suatu projek
pbangunan utk mdirikan rumah murah bg pnduduk kg,khasnya mereka yg
duduk menumpang di ats tnh keluarga Phulu Mahmud.projek tsbt adalh ats
usaha sama dgn Tauke Chan sbgai pemodal utama dgn mlibtkan tnh di Jeram
Medang milik keluarga Phulu Mahmud.

Bab 7

Pertemuan Sudin dan Sarip dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf adalah untuk
melaporkan maklumat yang diperoleh mereka sewaktu ke Jeram Medang
tempoh hari. Yang Berhormat Muhd. Yusof tidak berpuas hati dengan kenyataan
mereka bahawa tanah di Jeram Medang itu akan digunakan untuk tanaman
orkid yang akan diusahakan oleh Cik Puan Tipah kerana berita itu telah pun
diketahui olehnya. Sudin mengetahui motif Yang Berhormat Muhd. Yusuf yang
sebenarnya. Projek perumahan rumah murah yang ingin diusahakan untuk
penduduk kampung itu sebenarnya adalah untuk kekuatan politiknya di wilayah
Tualang. Manakala Tauke Chan ingin menambahkan kekayaan. Disamping itu,
bagi tujuan dirinya sendiri pula, Sudin berhasrat untuk mendapat pertolongan
daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk melunaskan hutang-hutangnya
yang banyak. Kini tugas Sudin hanya mencari jalan bagaimana untuk
menghadapi keluarga Penghulu Mahmud kerana projek perumahan itu
melibatkan tanah pusaka keluarga tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf
mengharapkan kelancaran dan kejayaan projek perumahan itu kerana hal ini
akan menentukan kelangsungan politiknya dalam pilihanraya akan datang dan
seterusnya akan menjaminnya terus berkuasa di Tualang. Namun, Yang
Berhormat Muhd. Yusuf berasa gusar kerana ada tanda-tanda usaha tanaman
orkid itu akan menjadi penghalang kepada projek perumahan tersebut.
Selanjutnya, Sudin mencadangkan kepada Yang Berhormat Muhd. Yusuf agar
menggunakan taktik menghasut orang kampung yang menduduki tanah
Penghulu Mahmud untuk menuntut hak milik mereka. Walau bagaimanapun,
Yang Berhormat Muhd. Yusuf kurang bersetuju.

Bab 8
Mesyuarat Pengarah Firma Dagang International yang turut dihadiri oleh Tan
Sri Syed Aris sebagai Pengarah Eksekutif telah membincangkan projek
pembukaan ladang lada hitam di Johor. Dalam mesyuarat itu, EM mengingatkan
Tan Sri Syed Aris supaya tidak menyamakan falsafah perdagangan dengan
falsafah politik dan perkauman. Seterusnya, pertemuan EM dengan Yang
Berhormat Muhd. Yusuf telah menyelesaikan dilema dan perasaan buruk sangka
selama ini. Kedua-dua mereka mempunyai niat yang berbeza dalam hal
pembangunan tanah di daerah Tualang tetapi mempunyai persamaan untuk
membangunkan kawasan tersebut disamping memajukan penduduk di daerah
tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf menerangkan kepada EM keinginannya
memajukan penduduk wilayah Tualang. Secara kebetulan Tauke Chan ingin
memberi kerjasama mendirikan rumah-rumah murah tersebut dengan syarat
dibenarkan pula membina rumah teres dua tingkat untuk orang-orang Cina yang
duduk menyewa di Pekan Tualang. Penghulu Mahmud pula bersetuju untuk
menjual sebahagian daripada tanah pusaka keluarganya di Jeram Medang untuk
tujuan itu. Pada awalnya, Yang Berhormat Muhd. Yusuf menyangka bahawa
EM cuba menjadi penghalang kepada rancangannya kerana projek tersebut
hendak dilaksanakan diatas tanah yang sekarang ini sedang diusahakan ladang
orkid milik isteri EM. Dalam pertemuan itu, EM pula ingin mencari kepastian
tentang sangkaan Penghulu Mahmud, iaitu abangnya tentang niat jahat Yang
Berhormat Muhd. Yusuf membangunkan wilayah Tualang. Pada hakikatnya,
Yang Berhormat Muhd. Yusuf mengambil kesempatan atas kesediaan Tauke
Chan membiayai projek perumahan tersebut. Persefahaman yang wujud antara
Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan EM telah membuka lembaran baru bagi
kedua-dua untuk membangunkan perniagaan dan era politik masing-masing.

Bab 9

Kehadiran Mahani ke bilik pejabat EM disedarinya melalui minyak wangi


Mahani tetapi dia berpura-pura tidak menyedari akan kehadiran setiausahanya
itu. EM sebenarnya ingin tahu daripada Mahani tentang surat berbentuk
peribadi daripada Rahim, anaknya yang dialamatkan kepada pengarah urusan.
EM cuba menduga Mahani berkenaan surat tersebut tetapi Mahani berpura-pura
tidak mengetahui akan kandungan surat itu walaupun sebenarnya dia telah
membacanya. Walau bagaimanapun, EM meminta Mahani membaca surat itu
dan memberikan pendapatnya tentang kandungan surat tersebut pada keesokkan
hari. Sementara itu, EM pula memikirkan tentang keganjilan surat-surat
daripada anaknya, Rahim, sejak kebelakangan ini yang sering menyindir orang
kaya dan meruntuhkan moral manusia kini. Walau bagaimanapun, sebagai ayah,
dia menyarankan Rahim menumpunkan perhatian kepada pelajaran dulu.

Bab 10

Mahani berada dalam keadaan bingung, resah, dan serba salah. Pelbagai
persoalan muncul di mindanya. Kenapakah dia dulu teringin sekali menjadi
setiausaha? Adakah tubuhnya masa cantik setelah berusia 30 tahun? Apakah
sudah tiba saatnya dia mempunyai kekasih? Bagaimanakah perasaannya
terhadap Rahim, Robert, Jahid, dan EM? Sebelum itu, niat Mahani untuk
menjadi setiausaha ditentang oleh ayahnya, Tan Sri Syed Aris. Setelah tamat
kursus, Mahani terpaksa menganggur selama enam bulan sebelum menjadi
setiausaha kepada EM setelah Mary setiausaha EM yang amat terkenal, cekap,
dan cantik, berhenti kerja. Mahani amat gembira dan melaksanakan tugas-
tugasnya dengan baik. Secara diam-diam, Mahani mula tertarik dengan
ketokohan majikanny. EM seakan menyedari keadaan tersebut lalu mewujudkan
suasana kekeluargaan dengan meminta Mahani memanggilnya pak cik.
Walaupun hatinya hampa, tetapi diaakhirnya mengerti tujuan EM itu. Sepanjang
malam itu, Mahani sukar untuk tidur. Surat Rahim dari London yang ditujukan
kepada ayahnya iaitu EM yang juga menyentuh tentang dirinya turut
mengganggu fikirannya. Mahani juga memikirkan tentang hubungan dan
perasaannya pada Rahim juga kehadiran Jahid kini, sehingga dia tertidur dan
bermimpikan tentang Rahim, Robert serta Jahid. Pagi itu, Mahani menunggu
walidnya untuk mendapatkan pandangan tentang surat Rahim tersebut. Namun,
walidnya telah pergi dulu bertemu dengan EM. Keganjilan surat Rahim itu juga
menjadi tanda tanya kepada Syarifah Muinah. Syarifah Muinah ingin
mengetahui pendapat anaknya Mahani tentang EM dan bentuk hubungan
dengan majikannya itu. Mahani memberi tahu bahawa sikap EM padanya
sebagai seorang ayah. Seterusnya Syarifah Muinah menasihati anaknya agar
tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada EM. Nasihat ini menyebabkan
Mahani memikirkan kembali perasaannya yang sebenarnya dan kedudukan
dirinya. Seterusnya dia tidak dapat memberikan pendapat apabila menerima
panggilan telefon daripada walidnya yang kini sedang menunggunya di pejabat
bersama EM.

Bab 11

Sudin pulang ke kampungnya setelah 15 tahun membawa diri kerana kecewa


dengan kekasihnya, Gayah yang berkahwin dengan lelaki lain. Ibu bapanya
tidak berani melamar Gayah disebabkan keluarganya dikatakan telah
menderhaka kepada keluarga kekasihnya dahulu. Sudin singgah di kedai Pak
Salim, sahabat ayahnya sejak kecil dan cuba mencari maklumat mengapa
ayahnya terlalu marah terhadapnya. Sudin bertanya-tanya apakah kesalahannya,
hinggakan anak-anak muda di kampungnya juga seakan-akan menjauhkan diri
daripadanya. Sudin amat kecewa dengan keadaan tersebut dan berhasrat untuk
berhijrah semula ke Kuala Lumpur. Pak Salim menasihatinya agar tinggal di
kampung memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah tua dan berharap dia
dapat mengembalikan kesejahteraan kampung. Sudin sedar dia sudah banyak
melukakan hati ibu bapanya. Ayahnya, Imam Saad seorang yang dihormati di
Kampung Pulai. Sudin tidak warak seperti ayahnya. Dia berkahwin dan bercerai
tanpa memberitahu ibu bapanya. Dia pernah melakukan perkara-perkara yang
salah di sisi agama selama dia menghuni kota Kuala Lumpur, menjadi pemabuk,
menjadi broker yang menjualkan banyak tanah orang kampung bahkan pernah
menjual politik untuk mendapat kepercayaan daripada orang-orang politik
sepert Yang Berhormat Muhd. Yusuf. Namun, akhirnya dia sedar tentang
kesilapan diri. Justeru, timbul kekuatan dalam dirinya untuk berhadapan dengan
ayahnya. Dia percaya ibu bapanya masih sayang kepadanya. Dia harus
membuktikan bahawa dia bukan jahat. Dia bertekad untuk membangunkan
kampung mereka.

Bab 12

Kepulangan Sudin pada mulanya disambut dingin oleh ibunya, Mak Minah
kerana ketika itu ibunya sedang memasak untuk makan tengahari. Sementara
menunggu makanan tengahari, Sudin dan ibunya bersama-sama memakan roti
canai yang telah dibeli oleh Sudin. Sudin difahamkan bahawa ayahnya, Imam
Saad akan balik selepas Zohor. Sambil makan, Sudin bertanya kepada ibunya
tentang Gayah. Ibunya seakan-akan tidak percaya dengan pertanyaan Sudin
kerana menyangka Sudin lebih tahu ke mana Gayah pergi. Sudin amat terkejut
apabila mengetahui bahawa kononnya dialah yang menjadi menyebab Gayah
lari dari kampung. Kini, dia sudah mendapat jawapan mengapa ayahnya begitu
marah terhadapnya. Imam Saad bergegas balik setelah diminta oleh Mak Minah.
Pada mulanya, timbul ketegangan apabila Imam Saad bertanya tentang khabar
angin yang didengarnya bahawa anaknya, Sudin yang menyuruh Gayah lari dari
rumah dan berjanji akan mencari kerja di Kuala Lumpur nanti, tetapi Sudin
menyangkalnya dan tidak menafikan bahawa dia memang mempunyai hati
terhadap Gayah sejak dahulu lagi. Sudi juga mempersoalkan mengapakah ibu
dan ayahnya begitu yakin tidak diterima oleh keluarga Gayah sedangkan
mereka berlumpun mencuba untuk merisik. Akhirnya, Imam Saad menceritakan
bahawa bukan mereka tidak mahu meminang Gayah, tetapi keturunan mereka
iaitu daripada moyangnya Lebai Maali, seorang ahli agama dan dihormati
dikatakan telah menderhaka kepada Orangkaya Datuk Indera Mat Saman,
keturunan kekasihnya apabila tidak membenarkan orang kampung menuntut
bela orangkaya tersebut. Walau bagaimanapun, Imam Saad tidak melarang
sekiranya Sudin berkahwin dengan Gayah setelah mereka sama-sama menjanda
dan menduda hampir sepuluh tahun, tetapi perkahwinan tersebut biarlah dengan
kerelaan keluarga Penghulu Mahmud serta dapat menghapuskan permusuhan
dan dendam terhadap keluarga mereka. Baginya perkahwinan mestilah
menghubungkan silaturrahim, bukan merenggangkan.

BAB 13

Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Jahid telah melawat Sudin di hospital kerana
terlibat dalam satu kemalangan pukul curi.Sudin mengetahui bahawa
kemalangan yang dialaminya adalah angkara Mat Akil dan kawan-kawannya
yang menjadi samseng di Kampung Pulai.Mereka berguru dengan Pendekar
Omar iaitu seorang guru silat dari kedah yang telah membuka gelanggang
persilatan di Kuala.Pendekar Omar selalu mencabar orang-orang yang
dijumpainya terutamanya orang2 yang bergiat dalam Persatuan Pemuda. Sudin
juga mengesyaki bahawa Mat Akil lah yang telah memfitnahnya,kononnya dia
telah melarikan Gayah kerana dia tahu Mat Akil juga menaruh hati pada
Gayah .Ini terbukti pabila setiap kali Gayah berada di Pekan Tualang atau Pekan
Kuala,Mat Akil dan kawan-kawannyajuga ada di situ.Namun Begitu ,Sudin
tidak mahu melaporkan kejadian kemalangan tersebut kepada polis kerana dia
tidak mempunyai bukti yang kukuh. Sudin juga hairan,apabila YB MY bersama
Jahid yang datang melawatnya bukan bersama Tauke Chan .Tauke Chan telah
bersetuju dan memberinya wang kempen untuk dia memulakan rancangannya
menghasut penduduk yang menumpang di tanah Tuk Penghulu Mahmud supaya
memberontak meminta hak milik .Dia juga hampir berjaya memujuk TPM
supaya menjualkan tanahnya di Jeram Medang kepada Tauke Chan.Namun,
kehadiran Jahid bersama YB MY menimbul perasaan was-was pada Sudin
tentang rancangan mereka dahulu bersama TC. Walau bgaimanapun,Sudin sedar
mungkin YB MY telah dipujuk oleh Encik Muhammad melalui Jahid.Sudin
mengandaikannya kerana dia tahu sikap YB MY yang bijak mempergunakan
orang lain untuk kepentingan diri dan politiknya sahaja.
BAB 14

En.Muhammad Bin Idris melakukan sembahyang sunat syukur dan sunat


tahajjud memohon petunjuk dan hidayat ,taufik dan bimbingan untuk kejayaan
usahanya mengendalikan Syarikat Lombong Lembah Tualang yang baru
ditubuhkan.Dia juga cuba membuang prasangka buruk terhadap En.Tan yang
tiba-tiba ingin menjadi Pengarah Urusan Perusahaan Lombong tersebut.
Berdasarkan pelan perusahaan Lmbong yang akan di usahakannya itu
,melibatkan satu kawasan yang luas,iaitu sepanjang Sungai
Tualang.Kebanyakannya hutan kecil tetapi termasuk juga Kampung Pulai yang
mengandungi kira-kira 150 buah rumah,sedikit sawah,dan kebun getah.Akan
tetapi,dia mengalami dilema,tersepit antara rasa kemanusiaan dan prinsip untuk
menjayakan rancangannya.Bagi memastikan kejayaan perusahaan lombong
tersebut ,dia terpaksa mencari jalan supaya dapat membeli beberapa kawasan
tanah penduduk kampung dan bagaimana memujuk penduduk kampung agar
berpindah ke rancangan FELDA yang di usahakan oleh YB MY. Akhirnya,dia
mendapat satu jalan iaitu dengan mengambil hati penduduk Kampung Pulai
.Pengisytiharaan pelantikan abangnya,Penghulu Mahmud menyandang gelaran
Datuk Orang Kaya Indera oleh Duli Yang Maha Mulia yang akan di jalankan di
Kampung Pulai,akan menjadi satu penghormatan dan kemegahan kepada
penduduk kampung dan seterusnya dapat dipujuk untuk berpindah.

BAB 15

Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah.Dia akan meminta bantuan
kawannya,Kasim yang sedang bekerja di Kuala Lumpur.Kasim adalah anak
saudara En.Muhammad .Dia teringat peristiwa dia bersama Kasim sewaktu
bekerja sebagai penjaga kereta di Kuala Lumpur dahulu,tetapi dia tertangkap
dan dipenjarakan selama 3 hari.Selepas itu,dia kembali semula ke kampung.
Mat Akil berasa puas kerana berjaya menyekat langkah Sudin yang menjadi
saingannya untuk mendapatkan Gayah.Sudin yang dicederakannya masih
menerima rawatan di hospital.Dia amat yakin Sudin tidak akan diterima oleh
keluarga Gayah lagi kerana seluruh penduduk kampung percaya Sudin bukanlah
orang baik. MA teringat sahabatnya, Minah yang diperkenalkannya kepada Mr.
Wong .Oleh itu, dia bercadang untuk menemui minah dan Mr. Wong untuk
mengharapkan sedikit hiburan.Dia kemudian bertemu dengan Ali ,seorang
atendan pemungut sewa letak kereta, dan Ali memberi tahu bahawa Kasim
sudah berhenti berkerja. Ali kemudian membawa dia kerumahnya untuk
bertemu dengan Atan yang tahu di mana Kasim bekerja sekarang.Melalui Atan
dia mengetahui bahawa Kasim kini bekerja drebar kereta kepada seorang orang
besar Melayu. Esoknya, sebelum sempat MA bertemu dengan Kasim untuk
menabur fitnah tentang Sudin,dia terlihat Sudin bersama Jahid turun dari kereta
yang dipandu oleh Kasim.Namun,dia meneruskan hasrat untuk bertemu kawan
lamanya itu .Daripada Kasim , dia mendapat tahu bahawa kawannya itu sudah
dua bulan bekerja dengan pak sunyu iaitu Encik Muhammad setelah drebar
lamanya ,Ali dilantik menguruskan kebun orkit Mak Sunyu di Jeram Medang.

BAB 16

Dalam kepala Mat Akil masih terbayang kembali kejadian di KL dua bulan
yang lalu .Dia terkejut dan amat kecewa apabila mengetahui Sudin sudah
bekerja dengan En.Muhammad .MA tidak dapat menerima hakikat bahawa
Sudin berjaya juga berkhawin dengan Gayah yang dikatakan lari dari rumah
tetapi sebenarnya pergi ke rumah En.Muhammad, Pak Sunyu di KL.Justeru,
MA cuba menggagalkan perkhawinan Sudin dengan mengupah seorang (budak)
untuk membocorkan tayar bas yang akan dinaiki oleh rombongan sudin ke
Kuala Lumpur.tetapi budak tersebut hanya melepaskan angin tayar sahaja.
Kegagalan rancangan itu menyebabkan seorang daripada kawannya
mencadangkan agar mereka membuat huru-hara di Kampung Pulai,iaitu dengan
membakar kedai Pak Salim.Mat Akil tidak bersetuju kerana Pak Salim bukan
musuh mereka. Kemarahan Mat Akil terhadap Sudin bertambah apabila Pak
Alangnya sendiri memuji-muji tentang kebaikan Sudin.Oleh itu,dia merasakan
punca kecelakaanya sejak kecil sampai dewasa disebabkan oleh Sudin yang
telah menjadi saingannya sejak kecil. Petang itu,ketika kawan-kawannya sedang
tidur,MA balik kerumah mencuri duit tabung Mak Alangnya dan menceroboh
rumah Imam Saad.Lantas dia membuang najis di atas cadar tilam pengantin di
bilik pengantin.

BAB 17

Rumah Besar kepunyaan En.Muhammad meriah dan penuh gemerlapan. Semua


keluarga En.Muhammad jauh dan dekat berkumpul untuk memeriahkan upacara
pernikahan Sudin dan Gayah.YB MY lah yang telah mencadangkan agar Gayah
dikahwinkan dengan Sudin.En.M menerima cadangan tersebut kerana melalui
perkahwinan tersebut memudahkan lagi strateginya untuk memenangi hati
orang kampung terutamanya mereka yang berpengaruhi di Kampung Pulai.Dia
juga berharap kesan-kesan persengketaan keluarganya dengan keluarga Imam
Saad akan terpadam.Strategi ini sebenarnya telah di atur sejak awal lagi apabila
YB MY dan Jahid datang melawat Sudin ketika di Hospital untuk
memperlihatkan tanda-tanda awal penerimaan keluarga Penghulu Mahmud
terhadap keluarga Imam Saad. Dalam majlis tersebut,En.M sengaja
memperlihatkan keramahan dan kemesraan yang berlebih- lebihan terutama
terhadap Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan walaupun dia sedar bahawa dia
seperti sedang berlakon. Walau bagaimanapun,dia tidak berniat jahat apabila
ingin memiliki tanah orang Kg.Pulai untuk dilombongkan kerana mereka akan
diberi pampasan yang setimpal serta bantuan.

BAB 18

Sudin menerima jawatan penting iaitu sebagai Pegawai Perhubungan Raya


dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang.Tugasnya bermula dengan menjadi
pengerusi untuk menguruskan dan menyelenggarakan perayaan menyambut
lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai untuk
mengisytiharkan perlantikan Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk
Orang kaya Indera.Sebenarnya pengurusan dan penyelenggaraan perayaan
sambutan itu di laksanakan di bawah arahan pengerusi Syarikat Lombong
Lembah Tualang.Oleh itu,Pegawai Dearah telah bersetuju supaya Jawatankuasa
Kemajuan Kampung melantik beberapa orang daripada Penghulu Mahmud
terlibat dalam Jawatankuasa Perayaan tersebut. Sudin di lantik sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Perayaan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang
di pengerusikan oleh Tuk Empat Dhlan.Jahid menjadi Setiausaha, Pak Salim
pula bertindak sebagai Bendahari yang juga Bendahari Jawatankuasa Kemajuan
Kampung,Tuk Empat Dahlan dan Imam Saad sebagai penasihat,semantara Tuan
Pegawai Dearah sendiri sebagai penaum.Jamalu ddin pula di lantik sebagai
salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa.Nama Mat Akil dan kawan-
kawannya juga telah di masukkan kedalam senarai Ahli Jawatankuasa Kecil
perayaan atas nasihat Encik Mohammad dan ayahnya dengan tujuan ingin
memikat hati dan tidak terus menyisihkan mereka selain Sudin sendiri bertujuan
untuk menjatuhkan Mat Akil.Penghinaan MA terhadap keluarganya dengan
menajisi cadar pengantin tidak dapat dimaafkan .Di samping itu ,Sudin juga
sedar bahawa Mat Akil juga mempunyai hak tanahnya di Kampung Pulai dan
juga anak saudaranya kepada anak Tuk Empat Dahlanyang berpengaruh.Oleh
itu,hati MA perlu di tawan untuk tidak menimbulkan punca persengketaan dan
seterusnya menyukarkan rancangan Pak Sunya,iaitu EN.M. Untuk memudahkan
kerjanya,Sudin membuka pejabatnya dengan menyewa sebuah bilik di sebuah
rumah kedai di Pekan Tualang sebagai wakil YB MY.Sudin juga sedar setelah
berumah tangga ,dia harus mula merancang tentang masa depannya.Untuk
itu,dia mesti Berjaya memenangi hati penduduk Kampung Pulai dan
memastikan kejayaan Syarikat Lombong Lembah Tualang.

BAB 19

Mahani kembali berutus surat dengan Rahim sejak peristiwa surat bersejarah
itu.Rahim juga mengutus surat kembali kepada Mahani tetapi lebih menyentuh
rancangan ayahnya yang ingin melombong kg .Pulai .Justeru,Rahim dalam
surat-suratnya membantah rancangan ayahnya yang hendak membeli tanah di
Kampung Pulai dan menghalau orang kampung.Dia beranggapan bahawa
penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang oleh ayahnya itu satu
penganiayaan kepada penduduk Kampung Pulai. Surat Rahim juga
meninggalkan persoalan kepada Mahani.Justeru untuk mengetahui perkara
sebenarnya sebelum Rahim pulang dan berkonfrontasi dengan ayah ,dia
bercadang untuk mengetahui perkara sebenarnya daripada Jahid sendiri tentang
keadaan sebenarnya Projek Syarikat Lombomng Lembah Tualang itu.

BAB 20

Sudin yang tiba di kedai Pak Salim dengan segulung risalah telah dapat
meredakan Mat Akil dan kawan-kawannya serta Kemat Jerangkung daripada
pergaduhan yang berpunca daripada khabar-khabar angina tentang perpindahan
mereka ke rancangan FELDA.Sudin menyuruh Mat Akil dan kawan-kawannya
mengedarkan setiap risalah kepada semua penduduk kampung yang meminta
seluruh orang kampung hadir sebelum sembahyang jumaat untuk mendengar
penerangan tentang perpindahan mereka ke rancangan FELDA. Walau
bagaimanapun,penduduk kampung belum mengetahui bahawa kampung mereka
akan di lombongkan kerana mereka hanya di beritahu tentang perpindahan
mereka ke tanah rancangan FELDA dengan tujuan untuk mengubah taraf hidu
mereka yang rata-ratanya hidup dalam keadaan miskin.Namun begitu,Sudin
yang diberi tanggungjawab untuk memujuk hati penduduk kampung sedar
bahawa dia harus memastikan seluruh penduduk kampung bersetuju untuk
berpindah .Selepas semuanya bersetuju , barulah Syarikat Perlombongan
Lembah Tualang diberitahu sebagai syarikat yang akan membantu membeli
tanah mereka dan memberikan sagu hati kepada mereka yang tidak mempunyai
tanah.

BAB 21
Suasana meriah dan riuh rendah di Surau Kampung Pulai yang akan
menyambut kedatangan YB MY untuk menerangkan tentang rancangan
perpindahan mereka ke rancangan FELDA. Akan tetapi , kehadiran
EN.Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mengejutkan Sudin
kerana kehadiran merek tidak diberitahukan kepadanya . YB MY memberi
ucapan yang hanya menyentuh kebijaksanaan dan kemurahan hati
En,Muhammad.En.Muhammad pula memberikan ucapan yang juga memuji
usaha YB MY menaikkan taraf hidup penduduk Kampung
Pulai.Seterusnya,keluarganya bersetuju memberikan sagu hati kepada mereka
yang mengerjakan tanah keluarganya serta dia sedang berusaha dengan sebuah
syarikat untuk membeli tanah penduduk kampung dan memberikan sagu hati
kepada mereka yang tidak mempunyai tanah. Ucapan Pak Sunya itu melegakan
Sudin yang pada mulanya agak kecewa dengan ucapan YB kerana tidak
menerangkan kedudukan tanah-tanah dan mereka yang akan berpindah ke
rancangan menguruskan hal berkaitan dengan tanah-tanah orang kampung
pulai. Encik Muhammad kemudiannya berjumpa dengan sudin,meminta
menantu saudaranya itu memujuk ayahnya,Imam Saad menerima pelawaan
menjadi imam di pekan tualang dan menggalakkan Tuk Empat dahlan memohon
jawatan penghulu di Pekan Tualang.

BAB 22

Encik Muhammad dalam pejalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kampung


Pulai hairan degan Datuk Tan yang tidak setuju dengan cadangannya untuk
berkerjasama dengan sebuah syarikat Inggeris dalam syarikat Lombong Lembah
Tualang . En.Muhammad juga terus mengatur strategi untuk memudahkan
rancangannya memindahkan orang-orang kampung dengan cara yang halus agar
tidak wujud sebarang punca penentangan yang mungkin akan maeyukarkan atau
menggagalkan rancangannya. Oleh itu , dia cuba mamberikan tumpuan kepada
mereka yang berpengaruh seperti Tuk Empat Dahlan ,Imam Saad ,dan Pak
Salim agar tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati daripada mereka. Oleh itu ,
tugas untuk memujuk mereka telah diberikan kepada Sudin . Di rumah
,En.Muhammad menerima sepucuk surat daripada anaknya,Rahim .

BAB 23

Sani,sahabat Sudin meminta bantuannya untuk meyakinkan pihak finance agar


dia dapat membuat pinjaman untuk membeli kereta dan dicagarkan kepada
seorang saudagar untuk menampung hutang yang lain.Akan tetapi,rancangan itu
tidak di setujui oleh Sudin kerana memgikut pelagamannya sebagai
broker,pekerjaan Sani itu tidak akan melepas kan dirinya terus daripada bebanan
hutang.Oleh itu ,Sudin memcadangkan agar sahabatnya itu berhenti daripada
mengadi broker dan dia akan membantunya. Sudin kemudian berjumpa dengan
Pak Sunya untuk membincangkan perkara Sani yang merupakan anak Imam
Pekan Kuala yang memang ada dalam muslihat mereka untuk dibersarakan agar
tempat kosong itu dapat diganti oleh Imam Pekan Tualang dan seterusnya Imam
Saad dapat mengisi kekosongan Imam Pekan Tualang . Muslihat Sudin ialah
menawarkan Sani satu perjanjian hutang cagaran gerai tanah ayahnya di Pekan
Kuala dan mencari pekerjaan tetap untuknya.Tetapi Pak Sunyu pula
mencadangkan agar perjanjian itu diubah hanya dengan membuat perjanjian
berhutang dengan jaminan YB MY agar muslihat mereka tidak terbongkar.

BAB 24

Sementara itu, Jahid dan Mahani berbincang tenteng Rahim yang akan pulang
dari England dan ditawarkan bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang .
Namun sebaliknya, setahu Mahani ,Rahim membantah rancangan ayahnya
membeli tanah Kampung Pulai untuk tujuan perlombongan . Dia beranggapan
kerja ayahnya itu adalah satu penganiayaan terhadap orang Kampung
Pulai,tetapi perkara ini tidak diceritakan kepada Jahid. Sebaliknya ,perbualan
dengan Jahid itu digunakan oleh Mahani untuk mencungkil rahsia penerimaan
penduduk Kampung Pulai tentang rancangan melombong tanah kampung
mereka yang mungkin dapat diberitahu kepada Rahim nanti
.Walaubagaimanapun ,Mahani masih keliru untuk meletakkan kedudukannya
untuk menyokong tindakan Rahim atau En.Muhammad.

BAB 25

Mahani telah di beritahu bahawa rombongan daripada keluarga Datuk Indera


Mahmud berhasrat hendak meminangnya .Berita itu menyebabkan Mahani
terkejut dan resah kerana dia tidak pasti sama ada Rahim atau Jahid yang akan
meminangnya.Setelah di jelaskan bahawa yang akan meminangnya ialah Rahim
,Mahani tetap resah apabila tidak pasti pula adakah dia mencintai Rahim dan
begitu juga dengan Rahim. Lantaran itu ,dia telah meminta Walid dan uminya
memberi tempoh 24 jam untuk dia memberikan jawapannya.Suasana itu
menyebabkan uminya,Syarifah Muinah gelisah tetapi sebaliknya ayahnya
yakin bahawa anak perempuan tunggalnya itu dapat membuat keputusan yang
matang.
Bab 26

Suasana rumah Tan Sri Syed Aris terang-benderang bermandikan cahaya kerana
waktu selepas isyak nanti akan diadakan kenduri menerima pinangan daripada
Encik Muhammad. Pertunangan antara Rahim dan Mahani akan diisytiharkan.
Mahani tidak mahu majlis pertunangannya diadakan secara besar-besaran.
Begitu juga dengan majlis perkahwinan dan Mahani telah membantah cadangan
ibunya yang hendak mengadakan majlis besar-besaran. Mahani bersetuju
dengan pinangan tersebut setelah mendapat jawapan telegram daripada Rahim
dengan tiga patah perkataan sahaja iaitu " I LOVE YOU ". Empat hari selepas
telegram itu, Mahani telah menerima sepucuk surat ekpress daripada Rahim
menyatakan perjuangannya menentang Tauke Besar MUHAMMAD Bin datuk
Indera Idris iaitu bapanya dan konco-konconya. Mahani terseret sama untuk
merealisasikan perjuangan bakal suaminya itu tetapi tidak menjadi penderhaka
kepada orang tuanya itu Upacara pertunangannya berjalan dengan lancar dan
teratur. Encik Muhammad telah memberi cuti selama seminggu kepada Mahani.
Pada keesokkannya selepas makan, Mahani ke rumah Datuk Tan. Ada sesuatu
yang hendak diketahuinya daripada Datin Tan. Datin Tan merupakan salah
seorang pengarah Syarikat Lombong Lembah Tualang dan sudah tentu banyak
tahu hal syarikat tersebut. Mungkin ada maklumat yang berguna untuk
diselitkan dalam surat yang akan dituliskannya kepada Rahim malam nanti.

Bab 27

Encik Muhammad bersyukur kerana usahanya menyatukan Rahim dan Mahani


telah berjaya. Dia juga terkejut dengan kandungan surat terakhiryang diterima
daripada Rahim yang mempunyai pemikiran yang agak ganjil. Dia sedar
bahawa Rahim tidak tahu hakikat hidupdan harus belajar banyak lagitentang
teori-teori pembangunan ekonomi. Oleh itu, Encik Muhammad tidak hairan
punca Rahim belum menjawab surat rasmi daripada Datuk Tan yang
menawarkan kerja sebagai Pegawai Pengurus Dagang Syarikat Lombong
Lembah Tualang. Sudin menghubungi Encik Muhammad dan dia diminta oleh
Encik Muhammad menunggunya di sebuah restoran dan membawa Jahid
bersama. Pada masa yang sama Yang Berhormat Muhd Yusuf juga in gin
berjumpa dengan Encik Muhammad. Encik Muhammad menjangka mereka
tentu berhadapan dengan masalah orang Kampung Pulai. Ketika itu, fikirannya
terganggu. Kalau memang masalah yang sama tidaklah berat benar untuk
diselesaikan tetapi kalau masalah mereka berlainan, tentu panjang ceritanya.
Dua masalah memerlukan dua tindakan. Makin banyak tindakan makin rumit
dan makin sukar jadinya nanti.

Bab 28

Perkahwinan Rahim dan Mahani telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak
dan akan dilangsungkan pada akhir bulan September. Encik Muhammad berasa
lega kerana tempoh tersebut memberi kesempatan kepadanya menyelesaikan
perkara yang baru berbangit di Tualang sebelum Rahim pulang. Sudin dan Jahid
melaporkan kejadian menjahanamkan ladang orkid Cik Puan Tipah di Jeram
Medang. Yang Berhormat Muhd Yusuf pula melaporkan kejadian perkelahian
hebat di Pekan Kuala. Antara yang terlibat ialah Ali, pengelola ladang orkid Cik
Puan Tipah. Kedua-dua kejadian itu berlaku kejadian itu berlaku serentak dan
melibatkan Ali. Kejadian itu dikaitkan dengan beberapa sebab iaitu yang
pertama, Pendekar Omar yang berkelahi dengan Ali yang menjadi penyokong
kuat bagi sebuah parti manakala Ali pula menjadi orang kuat pemuda parti di
Pekan Tualang. Kedua, ada hubungannyadengan kegiatan kempen minta
bersarakan imam tua di Pekan Kuala dan menaikkan Imam Saad menjadi imam
di Pekan Tualang. Encik Muhammad meminta peguam syarikatnya, Shahril
supaya membela Ali dalam kedua-dua kes tersebut. Dia meminta peguamnya
menyaman pihak yang membinasakan ladang orkid itu.dan mengelakkan
perkara itu dikaitkan dengan soal-soal politik. Selain itu, Shahril diminta
menjalankan penyiasatan yang menyuruh terhadap kes punca itu. Dia juga telah
meminya Yang Berhormat memberikan kerjasama kepada peguamnya

Bab 29

Mahni memikirkan sikap Rahim yang masih berkeras kepala dengan ayahnya
dan dia tahu harapan Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah agar dia dapat
melembutkan Rahim. Kesedaran Mahani terhadap nasib penduduk Kampung
Pulai semakin terasa apabila dia berkunjung ke kampung itu sabtu lalu. Dia
berpendapat penduduk Kampung Pulai memang patut diberi pertolongan untuk
memajukankehidupan mereka. Encik Muhammad menjalankan temu duga
untuk memilih pekerja baru untuk menampung urusannya yang semakin
bertambah banyak semenjak menjadi Pengerusi Syarikat Lombong Lembah
Tualang yang baru ditubuhkan. Dua orang yang dipilih iaitu Saadiah, bakal
menjadi kerani dan Azliah, memegang jawatan penolong setiausaha kerana
mempuyai diploma kesetiusahaan. Cik Puan Tipah dan peguamnya diminta
datang ke pejabat bertemu Encik Muhammad berbincang berhubung dengan
masalah ladang orkid di Jeram Medang. Orang lain tidak dibenarkan
menganggu perbincangan mereka. Situasi itu menimbulkan tanda tanda tanya
kepada Mahani. Siapakah yang sebenarnya yang mengkhianati kebun orkid Cik
Puan Tipah. Pada fikirannya sebab itu bukan datang daripada Encik Muhammad
atau Cik Puan Tipah kerana orang Kampung Pekan Tualang semuanya
menghormati keluarga Datuk Indera. Setelah perbincangan itu selesai dan
peguam itu balik. Encik Muhammad mengajak Mahani makan di luar bersama
dia dan Cik Puan Tipah.

Bab 30

ENcik Muhammad, isterinya dan Mahani telah singgah makan di restoran.


Encik Muhammad selalu membawa tetamunya makan tengahari di situdan dia
juga ada syer 20%dalam restoran itu. Mereka telah memesan steak dan air
limau. Semsa makan Encik Muhammad mengambil kesempatan bercakap
tenteang Rahim dan berharap Mahani dapat "menjinakkan " sifat pembangkang
yang ada dalam jiwa Rahim itu. Encik Muhammad menganggap Rahim dan
Mahani anak melayu yang dibesarkan dalam kalangan masyarakat melayu tetapi
dia bukan orang melayu yang tulen kemelayuannya. Rahim dan Mahani
merupakan anak kota, anak masyarakat cosmopolitan yang tidak mengerti akan
masyarakat melayu. Bagi Encik Muhammad, masyarakat melayu sampai ke hari
ini masih bukan masyarakat kota, bukan masyarakat industri dan dagang.
Mahani menceritakan antara perkara yang dibinangkan dengan Rahim dalam
surat-surat mereka ialah tentang anak. Rahim juga belum mahu menerima
tawaran Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk menjadi Pegawai
Pengurusan Dagang dan Perusahaan kerana menganggap syarikat itu kelak akan
menganiayai orang Kampung Pulai. Syarikat Lombong Lembah Tualang pula
bukanlah bergantung kepada Rahim dan kegiatan itu perlu untuk pembangunan
ekonomi orang melayu. Syarikat itu akan tetap membeli tanah orang kampung
Pulai dan kalau Rahim berkeras menetang kemungkinannya Rahim akan
diketepikan begitu saja.

Bab 31

Sani telah menetap di kampung kelahirannya, Pekan Kuala. Ayahnya telah


berhenti daripada menjadi imam kerana dia telah bersetuju menetap di situ. Dia
juga telah ditawarkan oleh Yang Berhormat Muhd Yusuf untuk menjadi
wakilnya di beberapa buah kampunghingga ke wilayah Pekan Tualang
menggantikan Sudin yang akan menumpukan pekerjaannya sebagai pegawai
perhubungan dalam Syarikat Encik Muhammad. Pada awalnya dia ragu-ragu
untuk menerima jawatan tersebut tetapi setelah menerima nasihat daripada
Sudin, fikirannya berubah. Sani juga ingin membalas budi Yang Berhormat
Muhd Yusuf kerana membatalkan aduan orang ramai terhadap ayahnya dan
berjaya memujuk ayahnya supaya berhenti dengan sukarela. Yang Berhormat
juga telah menjamin pinjaman wang dengan Encik Muhammad kepadanyha
tanpa dikenakan bunga. Sani mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat
bahawa ayahnya itu selalu sakit dan telah dinasihati oleh doktor supaya
memohon bersara.Ksihatan ayahnya itu menganggu tugasnya sebagai imam dan
sering menimbulkan masalah kepada orang kampung. Oleh itu, Imam Saad akan
dilantik menjadi imam dan ditempatkan di Pekan Tualang manakala
penduduknya akan dipindahkan ke sebuah rancangan FELDA.

Bab 32

Sudin terpaksa berhadapan dengan sikap Pak Salim yang membantah rancangan
perpindahannya ke rancangan FELDA. Sudin cuba memujuk Pak Salim supaya
kembali kepada persetujuan yang diberikannya seminggu yang lalu tetapi gagal.
Sudin kemudiannya beredar ke kedai Pak Salim dan meminta supaya
memberitahu perubahan tempat perjumpaan bersama Penolong Pegawai Daerah
dan Pegawai Felda setelah Pak Salim tidak membenarkan kedainya dijadikan
tmpat perjumpaan tersebut. Semasa dalam perjalanan ke Pekan Tualang, Sudin
telah menumpangkan Mat Akil dan kawan-kawannya. Sudin mendapat tahu
punca yang menyebabkan Pak Salim meradang. Pak Salim kecewa kerana Tuk
Empat Dahlan dapat menjadi penghulu dan dapat rumah di Pekan Tualang tanpa
perlu mengikut ke rancangan FELDA manakala Imam SAAd pula dilantik
sebagai imam kerajaan dan dapat tanah ganti tanah wakaf surau itu di Pekan
Tualang. Tinggal dia seorang sahaja orang tua yang terpaksa ikut anaknya ke
FELDA. Sudin ke rumah Datuk Indera Mahmud untuk berjumpa dengan Yang
Berhormat Muhd Yusuf dan Encik Muhammad. Mereka sedang rancak
berbincang tentang rancangan memindahkan penduduk Kampung Pulai ke
FELDA. Sudin melaporkan tentang masalah yang dihadapinya dengan Pak
Salim. Yang Berhormat Muhd Yusuf akan bertemu dengan Pak Salim dan
berjanji untuk mendapatkannya sebuah tapak kedai sebagai jalan penyelesaian.

Bab 33

Pengumuman kewujudan Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk membeli


tanah orang kampung oleh Encik Muhammad telah mendapat tentangan
daripada Jamaludin dan pemuda berjubah. Mereka beranggapan tujuannya
semata-mata untuk mengusir penduduk Kampung Pulai. Di samping itu,
pembinaan hotel peranginan di Jeram Medang akan membawa kepada masalah
judi, arak dan zina ke daerah itu. Peristiwa ini merupakan tamparan yang hebat
kepada Encik Muhammad. Yang Berhormat Muhd Yusuf dan Sani telah berjaya
memujuk Pak Salim menjual dan berpindah ke FELDA. Pak Salim juga
dijanjikan untuk mendapat kemudahan rumah kedai di rancangan itu kelak. Dia
juga telah berjanji memastikan anaknya, Jamaludin tidak akan membantah
rancangan itu lagi. Yang Berhormat Muhd Yusuf telah mencadangkan supaya
kunjungan Penolong Pegawai Daerah ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui
oleh Encik Muhammad. Encik Muhammad telah mendapat laporan daripada
peguamnya berhubung dengan pergaduhan di Pekan kuala dan pengkhianatan di
kebun orkid Jeram Medang. Dia kemudiannya keluar untuk bertemu dengan
Datuk Tan berbincang berhubung dengan perkara tersebut. Dalam hatinya,
Encik Muhammad tetap bertekad bahawa operasi prlombongan Kampung Pulai
serta operasi pemindahan orang Kampung Pulaike rancangan FELDA tidak
boleh dihalangi oleh anasir-anasir fanatik.

Bab 34

Semasa pertemuan dengan Datuk Tan timbul cerita tentang Mary iaitu bekas
setiausaha Encik Muhammad yang datang berjumpa dengan Datuk Tan untuk
mencari pekerjaan. Encik Muhammad tidsk lagi berminat untuk mengambil
tahu tentang Mary kerana menganggap hal-hal dahulu telah berlalu dan yang
perlu dihadapi ialah urusan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Encik
Muhammad menunjukkan laporan peguamnya kepada Datuk Tan dan membuat
kesimpulan bahawa anak-anak muda yang melakukan perbuatan jahat itu
sebenarnya diupah untuk berbuat demikian oleh seseorang dan dia sedang
mencari motif orang tersebut berbuat demikian. Encik Muhammad mengesyaki
Tauke Chan terlibat kerana ingin membalas dendam kepadanya kerana telah
mengagalkan rancangannya mahu berkongsi dengan abangnya mendirikan
perumahan di Pekan Tualang. Datuk Tan tidak bersetuju dengan pendapat itu
kerana dia tahu Tauke Chan tidak berani berbuat demikian. Datuk Tan pula
mencadangkan supaya peguam itu meneruskan siasatan. Datuk Tan percaya
sekiranya Kampung Pulai tidak dibeli operasi perlombongan dapat diteruskan
tetapi Encik Muhammad pula memikirkan nasib dan masa depan Kampung
Pulai yang akan dikelilingi tasik dan timbunan pasir bekas lombong. Oleh sebab
itulah, dia mahu membela nasib orang Kampung Pulai.
Bab 35

Mat Akil telah menerima upah daripada Sudin dan diingatkan supaya sentiasa
memerhatikan gelagat Jamaludin dan lebai Maarup. Mat Akil ke kedai Pak
Salim mencari Lebai Maarup kerana berani menuduh rancangan Encik
Muhammad mendirikan hotel peranginan di Jeram Medang debagai satu usaha
ke arah maksiat. Mat Akil kemudiannya mengajak rakan-rakannya itu balik ke
pondok. Di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan Mak Ngah dan
Milah. Jamilah merupakan anak murid Lebai Maarup. Setibanya di pondok, Mat
Akil membahagi-bahagikan wang upahan yang diberikan oleh Sudin. Mat Akil
masih bercerita tentang kegagalannya untuk memikat Gayah dan meminta maaf
kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat membeli barang-barang yang mereka
pesan dahulu ke bandar mencari Gayah. Mereka juga sedar dengan perubahan
yang berlaku antara mereka dengan Sudin kerana sebelum ini pernah berlaku
permusuhan. Mereka berpisah dan berjanji akan berjumpa di tempat yang sama
esok. Mat Akil terus ke rumah Sudin dan itulah kali kedua dia ke rumah Sudin.
Kali pertama dahulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Dia sedar mak Minah
dan Imam Saad sukar untuk memaafkannya tetapi kini dia bekerja menolong
Sudin sambil mendapat pula kesenangan mencari wang. Sekiranya Tuk Empat
Dahlan menjadi penghulu dia sendiri akan menjadi anak saudara penghulu. Mat
Akil juga tidak menyangka kedatangannya itu disambut baik tidak seperti
dahulu.

Bab 36

Mat akil menyampaikan maklumat tentang Lebai Maarup kepada Sudin tetapi
maklumat yang disampaikan seringkali berubah-ubah. Lebai Maarup dikatakan
ejen sebuah parti politik dan asalnya anak Kampung Pulaitetapi telah lama
meninggalkan kampung mengikut ibu bapa berbendang ke Kuala Selangor,
Tanjung Karang. Dia juga telah mengarahkan kawan-kawannya memukul Lebai
Maarup dan tentang Jamaludin pula dia berharap Pak Salim sendiri akan
menyelesaikan hal anaknya itu. Mat Akil menasihati Pak Salim supaya meminta
pertolongan Sudin untuk mendapat bantuan membuka kedai di Pekan tualang
atau Pekan Kuala. Man membawa berita tentang Lebai Maarup yang diserang
dan diminta berhenti mengacau anak bini orang. Mat Akil menyuruh Man pergi
mengaji dengan Lebai yang mengajar dua kali seminggu di Balai Raya Khas
untuk budak-budak muda dan membuat laporan kepada Imam Saad kononnya
Lebai itu mengamalkan ilmu sesat. Pak Salim telah bertemu Sudin untuk
meminta pertolongan menangani masalah anaknya, Jamaludin. Sudin berjanji
akan menyelesaikannya. Sudin, MAt Akil dan kawan-kawannya ke Pekan
Tualang. Sudin sudah menyediakan laporan kepada Encik Muhammad tentang
orang-orang Kampung Pulai seperti juga orang di tempat lain ingin mengecap
kesenangan dan kemewahan hidup moden. Mat Akil dan kawan-kawannya
berhasrat untuk joli di bandar apabila ibu dan ayah mereka jual tanah. Sudin dan
Gayah pula akan kembali ke Kuala Lumpur kerana tidak sesuai menjadi
peneroka. Oleh itu, dia akan berusaha menyelesaikan urusan pembelian tanah
itu dengan segera seperti kehendak Encik Muhammad.

Bab 37

Sudin tidak mempercayai laporan yang dibuat oleh Mat Akil kerana ayahnya
sendiri melihat kegigihan Lebai Maarup yang berani mencuba menarik kembali
orang-orang muda ke jalan yang benar. Lebai Maarup dikatakan ejen sebuah
parti politik dan mungkin akan menjadi dalam pilihan raya beberapa tahun lagi.
MMat Akil juga akan mencederakan Lebai Maarup buat kali kedua supaya
meninggalkan Kampung Pulai. Sudin berusaha memerangkap Mat Akil dan
membalas dendam terhadapnya. Dia menghubungi Mat Jerangkung untuk
menjadi saksi terhadap jenayah yang dilakukan oleh mat Akil. Sani melaporkan
bahawa sikap Jamaludin dan Lebai Maarup menentang pembelian tanah
Kampung Pulai tidak ada kena mengena dengan politik Yang Berhormat Muhd
Yusuf. Dia juga mendapat tahu bahawa Pendekar Omar telah diupah oleh Tauke
Chan untuk memukul pekerja-pekerja kebun orkid dan memusnahkan kebun-
kebun orkid tersebut melalui drebar Tauke Chan. Sudin teringatkan keluhan
ayahnya tentang akhlak orang muda di kampung itu yang telah runtuh dan orang
tua kini yang mengejar kebendaan dan kemewahan. Imam Saad tidak berjaya
lagi membetulkan keadaan dan mengharapkan orang seperti Lebai Maarup
untuk menjalankan tugas tersebut. Jahid telah menyiapkan senarai nama orang-
orang yang tidak bertanah dan menumpang di tanah keluarga Datuk Mahmud
supaya menyenangkan kerja Encik Muhammad. Sudin telah mengambil
keputusan untuk membawa Gayah ke Kuala Lumpur. Dia mengerti benar betapa
curangnya muslihat-muslihat yang dilakukan oleh Encik Muhammad tetapi dia
tidak mampu menentang kerana telah termakan budi termasuklah usaha
mengahwinkannya dengan Gayah. Sudin sedar sekiranya dia berjaya nanti dia
akan mengikuti jejak langkah Encik Muhammad dalam dunia dagang dan
perusahaan dan kemungkinan dia akan mewarisi tipu muslihat yang tidak jujur
atau menjadi saudagar pertama yang bersifat jujur.

Bab 38
Pada pagi minggu itu, Encik Muhammad berada di dalam bilik kerja di
rumahnya dan tidak mahu diganggu. Dia mendapat tahu perkembangan terbaru
di Kampung Pulai dan membatalkan rancangannya ke kampung itu esok. Soal
jamaludin ingin mendapatkan sebuah kedai di Pekan Tualang bukanlah
merupakan masalah yang besar baginya tetapi dia agak kecewa dengan
kemunculan Lebai Maarup yang mengeruhkan suasana.

Bab 39

Imam Saad mengadu kepada anaknya, Sudin bahawa Lebai Maarup dipukul
orang pada malam tadi. Lebai Maarup tahu siapa yang memukulnya tetapi dia
tidak ada bukti. Hanya secara batin sahaja dia dapat mengagak orang yang telah
memukulnya itu. Lebai Maarup mahu menegakkan keadilan dan ingin melihat
pembalasan yang setimpal dilakukan. Walau bagaimanapun, Lebai Maarup tidak
mahu membawa perkara itu kepada polis kerana tidak ada bukti. Lebai Maarup
telah meminta orang kampung ke balai raya pada pukul sembilan pagi kerana
ingin membongkarkan kes yang menimpa dirinya. Dia menerangkan punca
yang menyebabkan dia dipukul orang dan dia tidak akan melawan sekiranya
dipukul lagi kerana dia tetap tidak akan berhenti menyampaikan kebenaran,
seruan Allah dan Rasul-Nya. Sudin di jemput hadir sama dalam perjumpaan itu.
Sebekum perjumpaan itu berlangsung dia perlu berjumpa dengan Mat Akil dan
kemat Jerangkung.Ini merupakan peluang terbaik untuk membalas dendam
terhadap Mat Akil. Dia kemudiannya ke Peka Kuala bertemu Yang Berhormat
Muhd Yusufuntuk bersama-sama bertemu Encik Muhammad di Kuala Lumpur.
Sudin juga dapat merasakan kekecewaan ayahnya tentang kemerosotan iman
orang Kampung Pulai dan Lebai Maarup yang cuba menyedarkan mereka pula
telah dipukul. Dia berazam untuk membantu ayahnya dan Lebai Maarup tetapi
dia tidak akan menentang Encik Muhammad. Dalam perjalanan ke Kuala
Lumpur, yang Berhormat Muhd Yusuf meluahkan perasaan tidak senangnya
terhadap Lebai Maarup. Dia tidak mahu Lebai Maarup membangkitkan lagi apa
yang diucapkan kepada Encik Muhammad di masjid dahulu.Lebai Maarup
baginya merupakan orang-orang fanatik yang tidak pernah tahu selain daripada
mengaji.Walau bagaimanapun,Sudin hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu
rancangannya diketahui oleh sesiapapun.

Bab 40

Lepas subuh Lebai Maarup,Imam Saad,Bilal Endut dan Kemat Jerangkung


tidak balik kerana hujan lebat.Imam Saad cuba mencungkil rahsia peristiwa
yang menimpa Lebai Maarup tetapi dia enggan memberitahunya kerana ingin
membongkarkannya dalam majlis perjumpaan di balairaya nanti Pagi itu di
kedai Pak Salim menjadi tumpuan umum kerana mereka singgah dahulu minum
kopi dan berbual sebelum ke balairaya termasuklah Mat Akil dan kawan-
kawannya.Orang Kampung Pulai telah berkumpul di balairaya termasuklah dua
orang luar yang tidak dikenali.Setelah Tok Empat Dahlan berucap,Lebai
Maarup memulakan ucapannya dengan salam, tahmid dan selawat.Ketika Lebai
Maarup cuba nmeneruskan ucapannya,Mat Akil dan kawan-kawannya telah
menganggu perjalanan majlis tersebut. Mat Akil menuduh Lebai Maarup
menyusahkan orang kampung dan berlaku kurang ajar menuduh Encik
Muhammad.Selain itu,Lebai Maarup dituduh menganggu anak bini orang.Lebai
Maarup menhadapi tuduhan tersebut dengan tenang dan dapat menjawab
pertuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Man tidak dapat menahan kesabaran
lalu membaling batu tepat mengenai muka Lebai Maarup.Suasana menjadi haru
biru apabila Mat Akil pula cuba menikam Lebai Maarup tetapi sempat dielak
oleh Lebai Maarup dan terkena bahunya sahaja.Kemat Jerangkung berjaya
menangkap Mat Akil.Dua orang yang tidak dikenali itu sebenarnya anggota
polis dan telah berjaya menangkap kawan-kawan Mat Akil yang lain.

Bab 41

Setelah penat bekerja Encik Muhammad berehat di halaman rumahnya bersama


Cik Puan Tipah.Dia berasa lapar kerana masih belum bersarapan sepanjang
hari.Cik Puan Tipah menyuruh Mak Enon menghidangkan ikan baung gulai
tempoyak kepada suaminya itu di luar rumah.Encik Muhammad bercadang
mengadakan kenduri dan menjemput Lebai Maarup membaca doa.Setelah itu
dia berbincang dengan Sudin dan Yang Berhormat Muhd Yusuf pada masa yang
sesuai.

Bab 42

Lebai Maarup telah cedera parah dan dibawa ke hospital.Mereka yang


menyaksikan peristiwa itu diminta ke balai untuk memberi keterangan dan
mungkin dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan nanti.Sudin bertemu Yang
Berhormat Muhd Yusuf di balai polis dan akan ke Kuala Lumpur untuk
menyampaikan berita tersebut kepada Encik Muhammad. Sudin menjenguk Mat
Akil dan kawan-kawannya di dalam lokap dan berjanji akan mencarikan
peguam untuk mereka.Walau bagaimanapun,hati Sudin puas kerana dia telah
berjaya membalas dendam terhadap Mat Akil. Tok Empat Dahlan memohon
maaf kepada Bilal Endut di atas perbuatan anak saudaranya itu terhadap Lebai
Maarup.Sudin bersyukur kerana kejadian itu tidak menimbulkan persengketaan
pula antara golongan tua di kampung itu.Imam Saad pula amat mengharap
Lebai Maarup akan menyertai rancangan FELDA untuk menjadi pemimpin
agama kerana Lebai Maarup masih muda,ada ilmu dan ada kemahuan untuk
berkhidamat kerana Allah.

Bab 43

Encik Muhammad dan isterinya Cik Puan Tipah mengadakan jamuan makan
malam bersama Yang Berhormat Muhd Yusuf,Datuk Indera
Mahmud,Sudin,Datuk Tan dan Datin Tan serta Tan Sri Syed Aris dan Puan Sri
Syarifah Mu'inah,Mahani danb peguamnya Shahril.Encik Muhammad amat
gembira kerana Lebai Maarup akan menjual tanah pusaka ayahnya dan
menyertai rancangan FELDA.iTan Sri Syed Aris pula menceritakan tentang
Ladang Lada Muhammad dan Tan yang akan dibuka secara rasmi. Dalam majlis
tersebut,Sudin berusaha merapati Mahani untuk mencungkil rahsia tentang
Rahim.Mahani menceritakan tentang kepulangan Rahim seminggu lagi dan
tidak mahu mengadakan majlis kenduri perkahwinan mereka secara besar-
besaran.Sudin merasakan langkahnya merapatkan diri denagan Mahani sudah
berhasil dan selepas ini tidak sukar lagi untuknya bercakap dengan Mahani
mengenai Rahim. Sebelum pulang,Sudin menerima arahan dari Encik
Muhammad supaya berbincang dengan peguam Shahril untuk membela Mat
Akil dan kawan-kawannya itu tanpa memperlihatkan perhubungannya dengan
Mat Akil dalam kes tersebut.

Bab 44

Pegawai Daerah dan Pegawai FELDA datang ke balairaya Kampung Pulai


untuk memberikan penerangan tentang penempatan orang kampung itu ke
rancangan FELDA.Turut hadirv dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat
Muhd Yusuf,Sani,Jahid dan Sudin.Ketika memberikan ucapan,Sudin memuji
kepimpinan Yang Berhormat Muhd Yusuf,sikap bertimbang rasa dan baik hati
Datuk Indera Mahmud serta keluarganya dan kemurahan hati Encik Muhd
selaku Pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang. Yang Berhormat Muhd
Yusuf yang membuka jalan untuk orang kampung menyertai rancangan
FELDA.Datuk Indera Mahmud pula bersetuju memberi saguhati serta ganti rugi
kepada orang kampung yang menumpang di dalam tanah keluarganya.Manakala
Encik Muhammad akan membeli tanah orang kampung dengan harga yang
tinggi. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,Sudin singgah menjenguk Lebai
Maarup di hospital dan tidak lupa membincangkan tentang kedudukan tanah
pusaka ayah Lebai Maarup itu.Dia mendapat tahu bahawa Lebai Maarup
berkelulusan SPM dan Sudin berjanji akan melawat Lebai Maarup pada sebelah
petang. Sudin ke pejabat Encik Muhammad dan membincangkan tentang
masalah Mat Akil dan kawan-kawanya itu dengan peguam Shahril danurusan
pembelian tanah orang Kampung Pulai.Encik Muhammad juga diberitahu oleh
Sudin bahawa tanah pusaka Lebai Maarup masih lagi nama ayahnya.

Bab 45

Sudin pulang ke rumah setelah sehari suntuk menjalankan tugasnya.Dia dapat


merasakan perubahan ayahnya,Imam Saad setelah dilantik menjadi Imam Pekan
Tualang.Ayahnya kini menjadi seorang pendiam.Sudin teringatkan kata-kata
Lebai Maarup yang meninggalkan kesan yang mendalam di hatinya.Lebai
Maarup tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah. Pada
malam itu,Sudin tidak dapat tidur lena kerana fikirannya terganggu.Dia
teringatkan pertemuannya dengan Mahani dan cerita tentang Encik Muhammad
akan berusaha menyedarkan Rahim tentang cara dia bekerja kerana Rahim
antara penghalang hasratnya itu. Setelah bersarapan pagi,Sudin keluar untuk
menyelesaikan urusan dengan Jahid dan Sani.Kemudian dia ke pejabat
menunggu telefon daripada peguam Shahril.Selain itu,dia akan ke hospital
melawat Lebai Maarup.Sudin juga menjangkakan mungkin ada di antara tanah
di Kampung Pulai tidak dapat dibeli dan mengharapkan kepulangan Rahim
nanti akan dapat mengubah ayahnya itu.

Bab 46

Seluruh ahli keluarga Datuk Indera Mahmud berkumpul di rumahnya untuk


menghadiri mesyuarat pembahagian sebahagian daripada harta keluarga Datuk
Indera yang akan dibeli oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti yang
diiklankan dalam akhbar oleh peguam yang menguruskan hal ehwal harta Datuk
Mahmud. Mesyuarat dipimpin oleh peguam dan dibantu oleh Tuan Kadi
Wilayah Tualang yang bertanggungjawab membahagikan harta di kampung itu
mengikut faraid. Selepas selepas penerangan peguam, majlis diserahkan kepada
Datuk Indera Mahmud dan Encik Muhammad. Sikap Encik Muhammad
menjadi marah apabila melihat ahli keluarganya tidak menghormati Datuk
Indera Mahmud ketika dia sedang berucap. Encik Muhammad mewakili Datuk
Indera Mahmud meminta persetujuan ahli keluarganya mengenai pembahagian
harta di Kampung Pulai dan syarikatnya akan menawarkan harga yang tinggi
untuk membeli tanah-tanah tersebut. Enci Muhammad dikejutkan dengan
pertanyaan Muhammad Alif Bin Abdul Karim waris nombor sembilan yang
mahu melabur dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan jumlah harga
tanah bahagian masing-masingdimasukkan sebagai saham. Pada awalnya Encik
Muhammad cuba memperlekehkan Muhammad Alif tetapi terkedu apabila
mengetahui Muhammad Alif seorang pensyarah di Universiti Malaya dan
berkelulusan Sarjana Ekonomi dari London School Of Economics, London.
Lepas zuhur, Encik Muhammad dengan Sudin ke Kampung Pulai untuk
menziarahi Lebai Maarup yang baru keluar dari hospital. Pertemuan itu
diadakan di surau dan turut hadir ialah Imam Saad dan Bilal Endut. Lebai
Maarup memang berhajat menemui Encik Muhammad bagi menerangkan
hajatnya untuk mewakafkan tanah pusakanya itu untuk keperluan agama. Encik
Muhammad tidak bersetuju dengan cadangan Lebai Maarup itu. Lebai Maarup
tetap dengan pendiriannya itu kerana sebuah surau diperlukan oleh pekerja-
pekerja lombong dan setelah 15 tahun apabila perlombongan itu selesai, bekas
lombong itu dibangunkan juga dan memerlukan sebuah surau atau sebuah
masjid atau sekolah agama. Encik Muhammad terpaksa mengalah dan akan
cuba memikirkan cadangan Lebai Maarup itu. Sudin dapat membayangkan
kegembiraan wajah ayahnya kerana Encik Muhammad terpaksa akur dengan
keputusan Lebai Maarup itu.

Bab 47

Encik Muhammad balik ke Kuala Lumpur tanpa membawa Sudin bersamanya.


Dia mengarahkan Sudin membereskan urusan tanah dengan Lebai Maarup.
Sudin juga akur dengan cara Lebai maarup mengemukakan gagasannya kepada
Encik Muhammad amat baik dan amat munasabah. Encik Muhammad tidak
dapat tunduk dengan cadangan Lebai Maarup kerana dia seorang yang ego dan
selalunya berjaya dalam tugasnya. Lebai Maarup menasihati Sudin supaya
bertenang dan sabar dengan sikap Encik Muhammad kerana dua tiga hari nanti
Allah akan melembutkan hatinya dan menenangkannya. Sudin kembali ke
pejabatnya pada keesokkan hari untuk menunggu telefon daripada peguam
Shahril. Sudin juga berhajat untuk menyertakan tanah wakaf ayahnya dalam
gagasan Lebai Maarup itu. Dia kemudian telah menerima panggilan telefon
daripada Mahani bertanyakan peristiwa yang berlaku di Pekan Tualang
semalam yang menyebabkan Encik Muhammad cuti secara tiba-tiba dan semua
urusannya dibatalkan. Sudin pula ingin bertemu dengan Mahani untuk
berbincang tentang Rahim. Sudin menceritakan tentang peristiwa yang berlaku
di PekanTualang antara Encik Muhammad dan Lebai Maarup. Sudin
mengemukakan satu teori supaya Rahim mengikut kehendak ayahnya bekerja
dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Mahani bersetuju dengan teori
Sudin kerana dia sendir sedang memikirkan jalan hendak menolong Rahim
memahami ayahnya dan dalam masa yang sama menolong Encik Muhammad
memahami anaknya. Dengan teori itu, Rahim tidak akan kalah kepada ayahnya
itu. Walau bagaimanapun,tidak akan menang seluruhnya. Sebelum menunggu
Rahim balik, Sudin menelefon peguam Shahril supaya menangguhkan
kedatangannya ke Pekan Tualang hingga minggu depan. Dia mengharapkan
kepulangan Rahimmembuka jalan yang memudahkan segalanya urusannya.

Bab 48

Mahani menuggu kedatangan Rahim di lapangan terbang. Perjumpaannya


dengan Sudin kelmarin membuka langkah baru untuk merapatkan jurang antara
Rahim dengan ayahnya. Rahim pulang bersama Robert dan mereka tidak
memberitahu kepulangan mereka kepada ibu bapa masing-masing. Mahani
mengajak mereka ke restoran untuk berbincang dan menerangkan rancangan itu.
Rahim bersetuju dan mengharapkan rancangan itu benar-benar boleh memberi
kesan kepada ketamakan ayahnya itu. Robert juga menasihati Rahim supaya
bersetuju dengan rancangan tersebut dan tidak menentang rancangan ayahnya
itu. Rahim memberi syarat kepada Mahani sekiranya rancangan tersebut berjaya
mereka akan tinggal di kompleks dalam kampung yang ditinggalkan itu.

Bab 49

Ana menerima panggilan daripada Rahim dan berlari memberitahu kepulangan


abangnya kepada ibunya, Cik Puan Tipah. Cik Puan Tipah menyampaikan berita
gembira itu kepada suaminya yang berada di bilik kerja. Mereka pergi ke
lapangan terbang dan bertemu Datuk Tan dan Datin Tan yang juga datang
menjemput Robert. Dalam perjalanan pulang mereka di hiburkan dengan
gelagat Ana. Walau bagaimanapun, Encik Muhammad kelihatan masih sugul
ekoran peristiwa Lebai Maarup dua hari lepas. Sampai di rumah, semua
menghadap hidangan the yang disediakan oleh Mak Enon kecuali Encik
Muhammad yang terus ke dalam bilik kerjanya. Mak Enon menghantar teh
untuk Encik Muhammad dan diminta oleh tuannya itu untuk memanggil Cik
Puan Tipah masuk. Cik Puan Tipah kemudiannya memanggil Rahim masuk
bertemu dengan ayahnya itu. Dia dan Ana tidak dibenarkan mencampuri urusan
mereka berdua didalam bilik itu. Cik Puan Tipah amat risau dengan Rahim dan
suaminya yang berada dalam bilik itu. Dia khuatir akan berlaku pertengkaran
antara anak dan ayah kerana melihat karenah suaminya semenjak dua hari lepas
dan melihat kepada nada surat-surat Rahim selama ini. Akhirnya apabila duara
yang menusuk keluar dari bilik itu bertambah keras, dia masuk tetapi terbuka
sahaja pintu dia melihat kedua-duanya sedang gelak ketawa. Rahim dan
ayahnya ketawa mengenai cerita Robert yang ingin menjadi sami. Cik Puan
Tipah masih tidak berpuas hati dan ingin mendapatkan penjelasan daripada
Rahim dan suaminya. Rahim memohon beredar untuk mengemaskan barang-
barangnya. Encik Muhammad menerangkan kepada isterinya bahawa Rahim
telah pun bersetuju untuk menerima jawatan yang ditawarkan oleh Datuk Tan
sebagai Pengerusi Pengurusan Lombong Lembah Tualang.

Bab 50

Rahim membahagi-bahagikan hadiah kepada ahli keluarganya termasuklah Mak


Enon. Selepas itu dia beredar ke rumah Mahani seperti yang dijanjikan di
lapangan terbang tadi. Rahim memberitahu Mahani bahawa rancangan mereka
telah berjaya. Satu kompleks akan didirikan yang mengandungi pejabat, bangsal
pekerja, surau dan lain-lain. Dia juga memberitahu tentang persetujuan untuk
menerima tawaran menjadi Pegawai Pengurusan Pentadbiran dsan akan tinggal
di kompleks tersebut seperti yang dirancangkan bersama. Tan Sri Syed Aris
hairan dengan perubahan keputusan yang dibuat oleh Encik Muhammad. Dia
juga tidak menyukai Lebai Maarup dan menganggapImam Saad lebih alim
daripada Lebai Maarup kerana tuanya dan pengalamannya. Pendapat itu
disanggah oleh Rahim. Walau bagaimanapun, Rahim teragak-agak untuk
berbahas dengan bakal mentuanya itu kerana tidak mahu menjadi seperti
ayahnya petang tadi yang bertukar menjadi marah. Rahim menceritakan kepada
Tan Sri Syed Aris peristiwa perbahasannya dengan ayahnya petang tadi yang
berhubung dengan perlombogan di Kampung Pulai, Rahim membandingkan
kebajikan yang dilakukan oleh ayahnya hanya untuk kepentingannya sedangkan
kebajikan yang dilakukan oleh Lebai Maarup dan Imam Saad merupakan
kebajikan suruhan agama kerana pengabdian kepada Allah untuk kebaikan
manusia di dunia dan di akhirat. Tan Sri Syed Aris bersyukur kerana Encik
Muhammad telah disedarkan oleh Rahim tentang kesan pembangunan ekonomi
kepada orang melayu dan berharap Rahim akan dapat bekerjasama dengan
Lebai Maarup. Setelah Tan Sri Syed Aris beredar, Rahim dan mahani
menganggap kemenangan Imam Saad yang ikhlas dan sabar. Mereka
menghabiskan sisa malam di setee panjang dan Rahim mengalungkan seutas
kalung platinum bermedialion kecil dengan sebiji permata berlian halus ke leher
Mahani.

You might also like