You are on page 1of 58

STRUKTUR ATOM

1 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Jirim ialah sebarang bahan yang memenuhi ruang dan
mempunyai jisim.
Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit.
Zarah-zarah ini mungkin atom, molekul atau ion.

2 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Jirim

Unsur Sebatian

Atom Molekul Molekul Ion

Facebook: azlanbudun Blog: cikgu-lan.blogspot.com 3


Unsur ialah bahan yang mengandungi hanya satu jenis atom
atau atom-atom dalam molekul.
Sebatian ialah bahan yang mengandungi dua atau lebih jenis
unsur yang digabung melalui ikatan kimia.
Atom ialah zarah paling kecil bagi sesuatu unsur yang dapat
mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia.
Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau
lebih atom yang berpadu secara kimia
Ion ialah zarah yang bercas positif atau negatif.

4 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Jirim terdiri daripada zarah-zarah halus dan diskrit. Zarah-zarah ini
sentiasa bergerak secara rawak dan mempunyai tenaga kinetik
Terdapat ruang antara zarah-zarah
Tenaga kinetik bagi suatu zarah berubah dengan suhu, iaitu
semakin tinggi suhu semakin tinggi tenaga kinetik dan laju zarah
Pada suatu suhu yang tetap, zarah yang ringan bergerak lebih laju
daripada zarah yang berat
Resapan berlaku apabila zarah-zarah sesuatu bahan bergerak di
antara zarah bahan yang lain dari kawasan yang berkepekatan tinggi
ke kawasan yang berkepekatan rendah

5 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


6 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
Keadaan jirim Pepejal Cecair Gas
Rajah susunan zarah

Susunan zarah-zarah Zarah-zarah disusun Zarah-zarah disusun Zarah-zarah sangat


secara dekat dan secara dekat tetapi jauh antara satu sama
teratur tidak teratur lain dan dalam
gerakan rawak

7 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Pergerakan zarah Zarah boleh bergetar Zarah bergetar, Zarah boleh bergetar,
dan berputar di berputar dan berputar dan
kedudukannya mengalir. bergerak bebas
Zarah berlanggar Kadar perlanggaran
antara satu sama lain antara zarah-zarah
dalam gas lebih kerap
berbanding dengan
dalam cecair.
Daya tarikan antara Sangat kuat Kurang kuat Sangat lemah
zarah berbanding pepejal
Tenaga kinetik zarah Sangat rendah Lebih tinggi Paling tinggi
berbanding pepejal

8 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan Klon SPM
Satu sampel gas metana disejukkan. Yang berikut yang manakah
benar tentang halaju dan saiz zarahnya?
Halaju zarah Saiz zarah
A Bertambah Berkurang
B Bertambah Tidak berubah
C Berkurang Berkurang
D Berkurang Tidak berubah

9 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan Klon SPM
Bahan yang manakah merupakan suatu unsur?
A Udara
B Air
C Karbon
D Naftalena

10 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan Klon SPM
Eksperimen yang berikut menunjukkan
pergerakan zarah-zarah bromin dalam
udara apabila penutup antara kedua-dua
balang gas dikeluarkan.
(a) Namakan proses yang terlibat dalam
eksperimen ini.
(b) Nyatakan jenis zarah yang wujud
dalam gas bromin, Br2.
(c) Terangkan keputusan eksperimen
dengan menggunakan teori kinetik
jirim.
(d) Sekiranya eksperimen diulang pada
suhu yang lebih tinggi, adakah masa
yang diambil bagi wap bromin untuk
tersebar memenuhi kedua-dua
balang gas lebih lama atau lebih
singkat?

11 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan Klon SPM
Pernyataan-pernyataan yang berikut menerangkan tentang proses resapan.

Zarah-zarah yang halus dan diskret


Zarah-zarah yang halus bergerak secara rawak

Keadaan yang manakah boleh diterangkan dengan pernyataan-pernyataan di atas?


I Gas bromin bercampur dengan udara
II Kalium manganat(VII) bergerak melalui gel
III Peleburan plumbum(II) bromida
IV Pembakaran magnesium dalam udara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan Klon SPM
Rajah di bawah menunjukkan saling pertukaran antara keadaan jirim
suatu bahan.
stim

ais air
Pertukaran yang manakah melibatkan pertambahan tenaga?
A Stim ke ais
B Air ke stim
C Air ke ais
D Stim ke ais

13 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan Klon SPM
Jadual di bawah menunjukkan takat lebur dan takat didih empat
jenis bahan W, X,Y dan Z.
Bahan Takat lebur (oC) Takat didih (oC)
W -157 -9
X -13 55
Y 80 196
Z 256 300
Bahan yang manakah merupakan gas pada suhu bilik?
AW C Y
BX D Z

14 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Aktiviti
Menentukan takat lebur dan takat beku naftalena

15 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Bersambung

16 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Graf pemanasan

17 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Titik AB pepejal:
zarah-zarah serap tenaga haba, tenaga kinetik bertambah dan
zarah-zarah bergerak lebih cepat, suhu meningkat

Titik BC pepejal + cecair:


Tenaga haba yg diserap oleh zarah-zarah diguna untuk mengatasi
daya tarikan antara zarah supaya pepejal berubah menjadi cecair.
Suhu kekal tidak berubah.

Titik CD cecair:
Tenaga haba diserap oleh zarah-zarah dalam cecair. Tenaga kinetik
bertambah, zarah-zarah bergerak lebih cepat. Suhu semakin
meningkat.

18 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Graf penyejukan

19 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Assalamualaikum
Sila hantar laporan amali...
Duduk dengan tenang
Sediakan semua peralatan alat tulis
Tarik nafas (7 saat), tahan (7 saat), hembus (7 saat)
Baca doa penerang hati
Set di minda KIMIA SENANG

20 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Perkembangan model atom
Saintis telah membuat penyiasatan untuk menunjukkan bahawa
atom bukan pepejal
Atom terdiri daripada zarah-zarah yang lebih kecil

21 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


22 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
23 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
24 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
Soalan Klon SPM
Ahli sains yang telah menemui zarah bercas positif yang
dinamakan proton dan mencadangkan hampir seluruh jisim
atom bertumpu di bahagian tengah atom yang dinamakan
nukleus ialah
A Niels Bohr
B John Dalton
C James Chadwick
D Ernest Rutherford

25 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Zarah subatomik utama Nukleus berada di tengah
atom atom.
Proton Nukleus terdiri daripada
Elektron proton dan neutron.
Neutron Elektron berada di luar
nukleus dan bergerak
dalam orbit yang tetap
sambil mengelilingi
nukleus

26 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Zarah subatom Proton Neutron Elektron
Simbol p n e
Cas elektrik relatif +1 0 -1
Jisim relatif 1 1 Lebih kurang 0.0005

27 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Nombor proton sesuatu unsur ialah bilangan proton dalam
nukleus atom itu.
Nombor nukleon sesuatu unsur ialah jumlah bilangan proton
dan neutron dalam nukleus atom itu.

28 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


A
X
X simbol unsur
A nombor nukleon
Z nombor proton
Z

Dalam atom:
Bilangan proton = elektron
Ion positif (kation) terbentuk apabila atom logam melepaskan
elektron (p > e-)
Atom ion positif + elektron
Ion negatif (anion) terbentuk apabila atom bukan logam
menerima elektron (e- > p)
Atom + elektron ion negatif

29 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Apa khabar semua?
Ada buat ulangkaji?
Dah faham pelajaran kita minggu lalu?
Kalau tak faham lagi, banyakkan taubat dan berdoa agar
dibukakan pintu hati menerima ilmu ya

30 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Ulang semula
Nombor proton = bilangan proton (atau bilangan elektron
dalam suatu atom neutral)
Nombor nukleon = (Bilangan proton) + (Bilangan neutron)

31 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Contoh
Suatu atom aluminium mempunyai 13 proton dan 14 neutron.
Tentukan
a. Nombor proton
b. Nombor nukleon

32 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Cuba yang ini
1. Atom kalium mempunyai 19 proton dan 20 neutron.
Apakah nombor proton dan nombor nukleon bagi atom
itu?
2. Nombor proton bagi plumbum ialah 82 dan nombor
nukleon ialah 207. Berapakah proton, elektron dan neutron
yang ada dalam atom itu?

33 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Hubungan antara nombor proton dan jenis unsur
a. Atom bagi unsur yang sama jenis mempunyai bilangan proton
yang sama.
b. Atom bagi unsur yang berlainan jenis mempunyai bilangan
proton yang berlainan.

Misalnya: Semua atom oksigen mempunyai nombor proton 8


dan semua atom karbon mempunyai nombor proton 6.

34 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Simbol unsur
Setiap unsur diwakili oleh satu simbol.
Setiap simbol terdiri daripada satu atau dua huruf.
Huruf pertama selalunya huruf besar.
Unsur Simbol
Hidrogen H
Nitrogen
Sulfur
Berilium
Aluminium
Kalsium
Stanum

35 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Perwakilan atom bagi unsur

A
X
X simbol unsur
A nombor nukleon
Z nombor proton
Z

36 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Contoh
23
11Na ialah simbol atom natrium. Tentukan
a. Nombor proton
b. Nombor nukleon
c. Bilangan proton
d. Bilangan elektron
e. Bilangan neutron

37 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Cuba yang ini
Suatu atom mempunyai simbol Be, 4 elektron dan 5 neutron.
a. Tentukan nombor proton dan nombor nukleon bagi unsur itu
b. Tulis simbol atom unsur itu
Nyatakan enam maklumat yang dapat diperoleh daripada
simbol 6530Zn.

38 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan klon SPM
Rajah di bawah menunjukkan susunan elektron bagi ion M2+.
Atom unsur M mengandungi 12 neutron.

Apakah nombor nukleon bagi unsur M?


A 10
B 12
C 24
D 25

39 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan Klon SPM
Jika simbol bagi unsur natrium ialah 2311Na, yang manakah
susunan elektron dan bilangan neutron dalam atom natrium?
Susunan elektron Bilangan neutron
A 2.8.1 11
B 2.8.2 11
C 2.8.1 12
D 2.8.2 12

40 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan Klon SPM
Rajah di bawah menunjukkan susunan elektron bagi atom karbon.

Pernyataan yang manakah benar tentang atom ini?


A Nombor proton ialah 2
B Nombor nukleon ialah 6
C Jumlah bilangan elektron ialah 6
D Bilangan elektron valens ialah 6

41 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Soalan Klon SPM
Nombor proton bagi atom Na ialah 11 dan jisim atom relatifnya
ialah 23. Pernyataan yang manakah betul tentang Na?

A Jisim 1 atom Na ialah 23 g


B Jisim molar bagi Na ialah 23 g mol-1
C Na mengandungi 6.02 x 1023 atom
D Atom Na mempunyai 11 proton, 11 elektron dan 23 neutron

42 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Isotop bagi atom-atom unsur yang sama mempunyai nombor
nukleon yang berbeza kerana bilangan neutron dalam nukleus
berbeza.
Contoh unsur isotop

Hidrogen-2 dan hidrogen-3 juga


dipanggil deuterium dan tritium
masing-masing

43 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


44 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
39
20 M

45 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Terdapat dua jenis isotop
Radioaktif
Tidak radioaktif
Kobalt-60 digunakan dalam radioterapi untuk rawatan
kanser.
Sinar gama kobalt-60 digunakan untuk membunuh bakteria
dalam makanan tanpa mengubah kualiti makanan.
Tentukan umur karbon menggunakan karbon-14 untuk
menganggarkan umur fosil dan artifak.
Metabolisme fosforus dalam tumbuhan boleh dikaji
menggunakan baja fosfat yang mengandungi fosforus-32

46 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Elektron disusun dalam petala-petala atom.
Petala atom dinomborkan bermula dari yang terdekat dengan
nukleus.

47 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Jumlah maksimum
elektron yang dapat diisi
oleh setiap petala bagi
unsur dengan nombor
proton 1 hingga 20

48 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Petala pertama (paling dekat dengan nukleus) dipenuhi
dahulu. Petala ini boleh menampung dua elektron.
Kemudian, elektron yang seterusnya diisikan ke dalam petala
ke-2 sehingga petala dipenuhi dengan 8 elektron maksimum.
Elektron yang tinggal akan pergi ke petala yang ke-3. petala
yang ke-3 boleh menampung 8 elektron atau 18 elektron
secara maksimum. Jika terdapat lebih daripada 20 elektron,
petala ke-3 akan menampung 18 elektron. Jika terdapat 20
atau kurang elektron, petala ke -3 akan menampung 8
elektron sahaja.
Elektron yang selebihnya akan pergi ke petala ke-4

49 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Petala Bilangan elektron maksimum
Pertama 2
Kedua 8
Ketiga 8 atau 18
Keempat 36

50 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


23
Na
11

51 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


35
Cl
17

52 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Elektron valens ialah elektron pada petala yang paling luar
atom.
Contoh: atom klorin
Unsur dengan bilangan elektron
valens yang sama mempunyai sifat-
sifat kimia yang sama.
Fluorin, klorin, bromin dan iodin bagi kumpulan 17 Jadual
Berkala mempunyai sifat kimia yang sama kerana setiap atom
mempunyai 7 elektron valens.

53 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Ujian Akhir Topik
Sila patuhi masa yang ditetapkan
Sediakan buku latihan anda
Selamat menjawab

54 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


10 minit

Blog: cikgu-lan.blogspot.com
Tamat
55 Facebook: azlanbudun
10 minit

Blog: cikgu-lan.blogspot.com
Tamat
56 Facebook: azlanbudun
10 minit

Blog: cikgu-lan.blogspot.com
Tamat
57 Facebook: azlanbudun
5 minit

Blog: cikgu-lan.blogspot.com
Tamat
58 Facebook: azlanbudun

You might also like