You are on page 1of 11

1. Perbandingan dan perbezaan dua model pengajaran yang dipilih.

PERBEZAAN MODEL 5-FASA NEEDHAM INKUIRI


PENGAJARAN

FASA Mempunyain 5 Fasa iaitu Tidak mempunyai fasa tetapi


mempunyai lima langkah iaitu:
i.Orientasi
ii.pencetusan idea i.Pernyataan masalah
iii.penstrukturan semula idea ii.pengumpulan data untuk untuk
iv.pengaplikasian idea hiptesis ujikaji
iii.mengumpul data
v.refleksi
iv.menyusun atau membuat
rumusan
v.analisis inkuiri
KEMAHIRAN Menfokuskan kepada Menfokuskan kepada kemahiran
kemahiran saintifik dan saintifik dan kemahiran
kemahiran manipulatif. manipulatif.

TUGAS GURU Sebagai fasilitator Sebagai fasilitator

KAEDAH Berpusatkan murid Berpusatkan murid

JENIS PENGAJARAN Tidak mempunyai pilihan Mempunyai dua jenis


pengajaran :
i.Induktif
ii.Deduktif
PENGETAHUAN SEDIA Memerlukan pengetahuan Memberikan penekanan kepda
ADA MURID sedia ada murid pengetahuan sedia ada murid

PERMULAAN KELAS Dimulakan dengan set induksi Guru mengemukan pernyataan


seperti siulasi,tayangan video, masalah dan murid dibimbing
soal-jawab atau teka-teki. untuk mengenalpasti masalah.

FASA PERKEMBANGAN Fasa perkembangan


dibahagikan tiga peringkat iaitu
pencetusan idea, penstrukturan
semula idea dan aplikasi idea.

FASAPENSTRUKTURAN Mengenalpasti idea-idea Tidak member penekanan


IDEA alternatif dan mengubah idea kepada fasapenstrukturan semula
sedia ada kepada idea baru . idea tetapi lebih kepada membina
hiptesis untuk menyelesaikan
masalah.

1
FASA PENGAPLIKASIAN Memberi penekanan kepada Memberi penakanan
IDEA mengaplikasikan idea yang kepadamengaplikasikan idea
dipelajari yang dipelajari.

FASA PENEROKAAN - Memberi peluang kepada murid


untuk meneroka atau menyiasat
untuk membina kefahaman
tentang konsep sains yang
dipelajari dengan kefahaman
sendiri.
MINAT MURID Menarik minat dan perhatian Menarik minat dan perhatian
murid murid.

AKTIVITI DI DALAM Guru menggalakkan aktiviti Guru menggalakkan aktiviti


KELAS hands-on hands-on dan minds-on

PENDAPAT Menggalakan murid member Menggalakkan murid member


pendapat pendapat

FORMAT PENGAJARAN - Mempunyai dua format


pengajaran :
i.induktif
ii.deduktif
KEKERAPAN ULANGAN Tidak memerlukan kekerapan Memerlukan kekerapan ulangan
ISI ulangan isi. isi

BENTUK KOMUNIKASI Kmunikasi dua hala Kmunikasi dua hala

LANGKAH Menitikberatkan langkah Tidak mempunyai langkah


KESELAMATAN keselamatan keselamatan

REFLEKSI Menggalakkan murid membuat Tidak menggalakkan murid


refleksi membuat refleksi

PENILAIAN Dibuat pada fasa penilaian Dibuat pada fasa murid murid
menyusun dan merumus
keterangan.

2
Kelebihan dan kekurangan Model Lima Fasa Needham dan Model Pengajaran Inkuiri

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in
Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran
melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea
asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang
sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk
mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru
yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea
ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea
baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan
dengan idea-idea itu. Fasa refleksi merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid
membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses
pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat
memperkembangkan kemahiran meta kognitif.
Pengajaran dan pembelajaran yang berpandukanTeori Lima Fasa Needham akan
menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang tinggi kepada murid. Ini kerana
murid sendiri membina konsep-konsep yang terdapat dalam isi pelajaran dan melalui
pendekatan ini murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja. Di samping itu juga
pendekatan ini memerlukan murid menghubungkait perkara yang akan dipelajari dengan
pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Hal ini akan memberi peluang kepada murid untuk
mengaplikasinya dengan kehidupan atau persekitaran murid yang sebenar. Ia juga membantu
murid berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan menjana idea baru bagi membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Seterusnya
murid boleh membentuk kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep atau idea di mana
murid terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.

Pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan ini juga memberi ruang kepada murid untuk
menimba ilmu dengan hasil usaha sendiri dan bukannya dipindahkan daripada guru kepada
murid.Ini menyebabkan murid tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran
yang lama dimana guru merupakan penyampai maklumat dan murid hanya menerima. Keadaan
ini memotivasikan murid untuk lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

3
Model Lima Fasa Needham ini akan menimbulkan suasana pembelajaran yang membosankan
dikalangan murid yang kurang cerdas. Ini kerana murid tersebut tidak dapat memahami arahan
yang diberikan seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.Keadaan ini
disebabkan oleh latar belakang murid yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia
yang berbeza antara setiap murid dengan murid yang lain.Selain itu pengajaran dan
pembelajaran berkonsepkan model Lima Fasa Needham di bawah fasa pencetusan idea akan
menimbulkan miskonsepsi tentang konsep sains di kalangan murid. Ini berlaku kerana dalam
fasa ini murid perlu menghubungkait pengetahuan sedia ada dengan konsep yang dipelajari.
Murid juga perlu mentafsirkan maklumat untuk membina sesuatu konsep atau prinsip. Semasa
mentafsir ini murid menggunakan cara yang berbeza. Keadaan ini memerlukan guru yang
bertindak sebagai fasilitator sentiasa memastikan semua murid memahami maklumat dengan
betul. Murid juga perlu membina pengetahuan berdasarkan pengetahuan yang dipelajari
sebelum ini. Faktor ini membuatkan pembelajaran ini tidak diminati dan menyukarkan murid
yang mempunyai ingatan jangka pendek.

Manakala kelebihan pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan model pengajaran inkuiri
ialah melahirkan murid yang banyak berfikir ini kerana aktiviti hands-ondanminds-on
memerlukan murid mengkaji prinsip,fenomena dan ciri-ciri unsur sains,situasi ini akan membina
keyakinan diri yang tinggi dalam menyelesaikan masalah. Kaedah ini yang lebih berpusatkan
murid yang memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan bahan pengajaran dan
pembelajaran akan membantu murid untuk menguasai seterusnya memantapkan penguasaan
melakukan amali atau eksperimen . Kaedah ini juga membolehkan murid berinteraksi dengan
fenomena dan menggunakan deria membuat permerhatian atau menggunakan alat-alat
instrument untuk meningkatkan keupayaan mereka. Pendidikan sains yang berasaskan inkuiri
member peluang kepada murid bersama-sama dengan guru meneroka alam sekitar, situasi ini
akan menyebabkan kanak-kanak melibatkan diri secara interaktif dalam pengalaman sains
yang membantu murid untuk membina kefahaman dalam pengetahuan seterusnya meransang
murid menggunakan inkuiri saintifik dalam kehidupan seharian. Hal ini akan melahirkan murid
yang celik sains. Pendekatan ini membolehkan murid menggabungkan kemahiran proses,
penaakulan sains dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berhubung konsep-konsep
saintifik.

Pembelajaran melalui model pengajaran inkuiri mempunyai kekurangan iaitu memerlukan


jangka masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah tunjuk cara, ini kerana kaedah
ini memerlukan murid meneroka dan menyiasat serta menaakul bagi mendapatkan maklumat,
4
untuk membina kefahaman tentang konsep-konsep saintifik.Keadaan ini juga mungkin akan
menimbulkan kesulitan kepada murid-murid yang lemah atau kurang cerdas memperolehi hasil
kajian yang tepat.Situasi ini menyebabkan murid yang lemah tidak akan melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Melalui kaedah inkuiri ini juga guru hendaklah mempunyai
kecekapan yang tinggi untuk mengurus seterusnya mengendalikan aktiviti-akitiviti kajian.Ini
adalah untuk membantu murid yang menghadapi masalah untuk membina konsep-konsep
sains yang betul.Selain itu kaedah inkuiri lebih sesuai untuk pelajar tahap dua sahaja.

2 Rancangan Pelajaran Harian Berasaskan Model Lima Fasa Needham

Tahun : 4 Baiduri

Tarikh : 11 Mac 2013 (Isnin)


5
Masa : 8.45 pagi 9.45 pagi (60 minit)

Bilangan Pelajar : 25 orang

Tema : Sains Hayat

Tajuk : 4. Tumbuhan

Bidang Pembelajaran : 4.1 Memahami ciri tumbuhan

Standard Kandungan : 4.1.1 Memerhati dan mengenali ciri luaran tumbuhan.

4.1.2 Mengelaskan tumbuhan berdasarkan ciri luaran.

4.1.3 Mengelaskan tumbuhan dalam pelbagai cara mengikut ciri


pengelasan.

Standard Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

i. Mengenalpasti ciri luaran tumbuhan.


ii. Mengelaskan tumbuhan berdasarkan ciri pengelasan yang dipilih.
iii. Mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada satu tumbuhan yang
dipilih.
Pengetahuan sedia ada : Bahagian-bahagian tumbuhan, Jenis tumbuhan

Kemahiran Proses Sains : Memerhati, Mengelaskan & Mentafsirkan data (membanding beza)

Kemahiran Manipulatif : Melukis bahagian luaran tumbuhan dengan betul dan tepat.

Nilai Murni : Bekerjasama, Berfikiran Kritikal dan Analitikal & Bertanggungjawab.

Sumber Pengajaran : Gambar tumbuhan, lembaran kerja, tumbuhan hidup (kawasan sekolah).

Fasa Pengajaran Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

6
Orientasi Bahagian - Guru menunjukkan gambar tumbuhan BBM: Gambar
utama yang lengkap kepada pelajar. tumbuhan, lembaran
(5 minit) - Guru membekalkan satu gambar
tumbuhan kerja
tumbuhan yang lengkap kepada setiap
- Daun kumpulan bersama satu sampul surat KPS: Menganalisis
- Batang
- Akar berwarna yang mengandungi label
KB: Mencirikan
- Bunga bahagian utama tumbuhan. (Lampiran
1) Nilai Murni:
- Kumpulan pertama yang berjaya
melengkapkan label bahagian tumbuhan Bekerjasama
dengan betul dan tepat dikira
Pelbagai Kecerdasan:
pemenang.
Visual

Tahap Kognitif:
Pengetahuan

Pencetusan idea Ciri luaran - Guru membahagikan murid kepada 5 BBM: Pokok/tumbuhan
tumbuhan. kumpulan kecil. sekitar sekolah
(15 minit) - Guru membawa murid melawat di
sekitar kawasan sekolah (kebun).
- Sepanjang lawatan, murid dikehendaki
memilih beberapa jenis tumbuhan dan KPS: Memerhati
dengan menyatakan perbezaan ciri
luaran tumbuhan dari segi;
Daun urat jejala/selari KB: Mengelaskan
Bunga berbunga/tidak berbunga
Buah berbuah/tidak berbuah
Batang berkayu/tidak berkayu
Akar serabut/tunjang Nilai Murni:
Habitat air/darat
Cara membiak biji benih, spora, Berdisiplin, Minat dan
daun, keratan batang, anak pokok, bersifat ingin tahu
batang bawah tanah tentang alam sekeliling
- Guru menggunakan teknik penyoalan
untuk mengenalpasti tahap kefahaman
konsep murid-murid.
- Guru melakukan penerangan semula Pelbagai Kecerdasan:
kepada murid yang kurang jelas Visual, naturalis,
7
tentang konsep sains yang ingin pergerakan kinestatik
disampaikan.
Tahap Kognitif:
Pengetahuan,
pemahaman

Penstrukturan idea Ciri luaran - Guru membawa murid ke taman sains BBM: Pokok/tumbuhan
tumbuhan yang sekolah. di taman sains sekolah,
(15 minit) - Guru mengedarkan lembaran kerja
dipilih lembaran kerja
berbentuk jadual berserta arahan
tugasan kepada murid. (Lampiran 2) KPS: Memerhati
- Secara individu, murid perlu memilih
satu tumbuhan yang terdapat di taman KB: Mengelaskan
sains. Nilai Murni:
- Murid melakukan pemerhatian
seterusnya melengkapkan lembaran Bertanggungjawab,
kerja yang telah diedarkan Jujur, Menghargai alam
berdasarkan ciri tumbuhan yang telah sekitar
dipilih.
Pelbagai Kecerdasan:
Visual, naturalis,
pergerakan kinestatik

Tahap Kognitif:
Pengetahuan,
pemahaman

Aplikasi Idea Ciri pengelasan - Guru membawa murid kembali ke BBM: Lembaran kerja
tumbuhan kelas.
(20 minit) - Secara berkumpulan, murid KPS: Menganalisis
membanding beza hasil dapatan
KB: Membanding beza,
antara satu sama lain dengan
Menilai dan Membuat
bimbingan guru.
- Setiap kumpulan menghasilkan satu kesimpulan

8
buku skrap ringkas sebagai laporan Nilai Murni:
bertulis tentang apa yang telah
Bekerjasama,
dipelajari dengan melampirkan
Berfikiran kritikal dan
lembaran kerja yang telah
analitikal
dilengkapkan.
Pelbagai Kecerdasan:
Visual, interpersonal

Tahap Kognitif:
Pengetahuan,
pemahaman

Refleksi Kesimpulan/ - Guru membuat rumusan dan minta BBM: Laptop,


Rumusan maklumbalas murid melalui penyoalan; pembesar suara, lirik
(5 minit) Kenapa penting untuk kita lagu.
mempelajari tentang tumbuhan?
Kepentingan tumbuhan kepada KPS: Membuat
manusia dan haiwan? inferens

- Guru mengedarkan lirik lagu lagu Aku KB:


Pokok Mangga kepada murid. Menghubungkaitkan
(Lampiran 3)
- Murid-murid diminta menyanyikan lagu Nilai Murni:
Aku Pokok Mangga.
Rasional, Bersyukur,
Berani mencuba

Pelbagai Kecerdasan:
Visual, interpersonal,
muzik

Tahap Kognitif:
Pengetahuan,
pemahaman

Huraian Rancangan Pelajaran Harian berasaskan Model Lima Fasa Needham dapat
dikaitkan dengan Model Empat Fasa Kreativiti Terarah

9
Berdasarkan Rancangan Pelajaran Harian yang berasaskan Model 5-Fasa Needham
yang saya sediakan boleh dikaitkan dengan Model 4 Fasa Kreativiti Terarah yang disarankan
dalam KSSR kerana mempunyai instrument atau indicator yang sama.Dalam Model 5-Fasa
Needham fasa yang pertama ialah orientasi manakala dalam Model 4 Fasa Kreativiti Terarah
ialah persediaan.Objektif utama fasa orientasi dan persediaan ini ialah untuk mewujudkan
kesedaran atau minat dan perasaan ingin tahu murid terhadap isi pelajaran yang akan
dipelajari.Selain itu kedua-dua fasa ini adalah untuk menyediakan suasana pembelajaran yang
bermakna dan menarik perhatian murid. Dalam fasa ini murid perlu menggunakan deria bagi
membuat pemerhatian aktif seterusnya mengumpul maklumat.Maklumat yang dikumpul
dianalisis,dihubungkait dengan pengetahuan sedia ada bagi membolehkan murid mendapat
kefahaman tentang fakta atau konsep sains.Murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkannya menguasai kefahaman tentang isi
pelajaran.Dalam Rancangan Mengajar Harian (RPH )saya, set induksi yang dipilih memerlukan
murid mengenalpasti ciri tumbuhan iaitu melabelkan bahagian utama tumbuhan.Bagi menjawab
soalan ini murid hendaklah membuat pemerhatian secara aktif.Murid juga perlu
menghubungkait dengan fenomena atau situasi yang sebenar.

Dalam langkah pencetusan idea saya telah memilih perbincangan melalui penyoalan
dan penerangan untuk menyatakan ciri luaran tumbuhan.Langkah ini bertujuan untuk
menghubungkait pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baru atau konsep yang
akan dipelajari.Perkara ini dapat dikaitkan Fasa imiginasi dalam 4 Model Terarah ialah
mempunyai halatuju yang sama iaitu murid berupaya menjana idea untuk menghasilkan idea
secara bermakna disamping dapat menghubungkait idea lama dengan idea yang baru
diperolehi.

Dalam Model 5-Fasa Needham fasa yang seterusnya merupakan pencetusan idea
yang memerlukan murid mensintesis idea lama kepada idea yang lebih saintifik. Disini murid
mesti bijak mentafsir data atau mengumpul maklumat yang diperolehi.Objektif ini adalah sama
dengan fasa imaginasi yang terdapat dalam model Kreativiti Terarah. Kemahiran utama yang
diterapkan dalam fasa imiginasi ialah murid dapat menjana idea untuk menghubungkait
pelbagai konsep yang dipelajari untuk menguasai kefahaman yang lebih jelas.Dalam fasa
penstrukturan semula idea, saya telah memilih aktiviti menyelesaikan masalah dengan
menjawab lembaran kerja yang disediakan. Untuk melengkapkannya murid perlu menggunakan
kemahiran proses sains memerhati dan mengelas.Ia juga mewujudkan kesedaran tentang idea
alternatif yang berbentuk saintifik disamping menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu
10
diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. Murid perlu
menjana idea untuk mewujudkan perkaitan idea lama dengan idea baru. Matlamat ini sama
dengan fasa imiginasi dalam 4 Fasa Terarah dimana dalam fasa ini murid dikehendaki murid
menjana idea untuk sesuatu konsep.Guru juga perlu melibatkan murid secara langsung dengan
fenomena atau bahan atau alat bagi membangunkan asas pengalaman bagi membantu murid
mempersembahkan idea untuk menjelaskan fenomena melalui pelbagai kaedah dan bentuk
komunkasi..

Proses Kreativiti Terarah menerusi strategi Pembelajaran Konstruktivisme ialah Fasa


Perkembangan. Fasa ini menekankan aspek penjelasan lanjut atau kefahaman untuk
membolehkan murid menghubungkait pelbagai konsep atau kemahiran saintifik yang berkaitan.
Murid juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk
digunakan dalam kehidupan harian.Situasi ini dapat dilihat dalam fasa aplikasi idea dalam
Model 5-Fasa Needham.

Fasa yang terakhir dalam 5-Fasa Needham ialah refleksi.Dalam fasa ini pelajar
membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung kembali proses
pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka.Murid juga dikehendaki
membuat refleksi untuk menilai sejauh mana idea asal mereka telah berubah.Dalam 4 Fasa
Kreativiti Terarah keadaan ini dapat dilihat dalam fasa tindakan.Melalui fasa tindakan ini murid
membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran baru.

11

You might also like