You are on page 1of 10

Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 43

UNIT 3
KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan maksud kurikulum.


2. Menganalisis kurikulum, struktur pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
tertentu.
3. Mengambil kira prinsip utama dalam perancangan dan organisasi kurikulum untuk
pengajaran.

PENGENALAN

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kurikulum? Sedarkah anda bahawa struktur
pengetahuan dan kemahiran merupakan elemen kurikulum yang mempengaruhi pembelajaran murid?
Adakah pengalaman anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanan
sebagai seorang pemindah kurikulum yang professional? Adakah pelaksanaan kurikulum anda secara
optimum membantu murid mencapai matlamat pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar?

K
urikulum yang terancang boleh membantu murid memahami dengan lebih baik isi kandungan
yang akan diajar dan sebagai guru, anda harus mengetahui bagaimana sesuatu kurikulum
dibina, ditukar, diubahsuai untuk menambah baik interaksi guru dengan murid sehingga
membawa kepada peningkatan pengetahuan, kebolehan, intelek dan kemahiran. Kurikulum
mengandungi struktur pengetahuan dan kemahiran. Ia boleh dilihat sebagai satu proses dan produk.
Mari kita bincang lebih lanjut maksud kurikulum.

ISI KANDUNGAN
Apakah maksud kurikulum?

T
erdapat pelbagai pengertian dan tafsiran konsep kurikulum. Pada amnya kurikulum bererti apa
yang guru hendak mengajar dan apa yang murid perlu belajar. Kurikulum formal dan terancang
di sekolah ialah mata pelajaran atau subjek yang diajar di sekolah yang berasaskan sukatan
pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Tetapi di sekolah terdapat juga kokurikulum
(kurikulum tambahan) yang murid belajar secara terancang di luar bilik darjah, seperti dalam aktiviti
44 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

sukan, persatuan dan pasukan beruniform. Berikut ialah beberapa istilah atau konsep berhubung
dengan kurikulum di Malaysia.

Sukatan pelajaran (Syllabus)


Sukatan pelajaran ialah pelan kasar bagi keseluruhan sesuatu kursus atau mata pelajaran, misalnya
sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, sukatan pelajaran Matematik Tingkatan 1-3, dan
sebagainya. Ia biasanya mengandungi matlamat, objektif mata pelajaran itu, tajuk dan ringkasan
kandungan yang perlu diajar di sekolah. Ada juga silibus yang menyarankan kaedah pengajaran,
aktiviti pembelajaran dan sumber yang boleh digunakan, dan kaedah penaksiran. Biasanya ini dibuat
dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Kursus atau Program Pengajian (Course or Program of study)


Sesuatu program pengajian terdiri daripada satu set atau siri kursus. Di peringkat pengajian tinggi
kurikulum atau sesuatu program pengajian biasanya terdiri dari set kursus dalam sesuatu bidang
(misalnya dalam bidang perubatan, undang-undang, fizik, geografi atau pengajian Islam), yang pelajar
perlu belajar dan lulus untuk dianugerah sijil, diploma atau ijazah.

Rancangan kandungan kursus (Course content outline)


Sesuatu rancangan kursus di institusi pengajian tinggi biasanya mengandungi pernyataan objektif
kursus, senarai tajuk dan isi kasarnya sebagai panduan tentang liputan apa yang perlu diajar, kaedah
penaksiran, tempoh masa, dan rujukan utama.

Pengalaman terancang (Planned experiences)


Mengandungi semua pengalaman murid yang dirancang oleh sekolah atau institusi pendidikan. Ia tidak
membezakan antara kurikulum dan aktiviti luar kurikulum

Pelan akademik (Academic plan)


Pelan biasanya mengandungi elemen seperti tujuan, isi kandungan topik-topik dan urutannya, proses
instruksi, bahan dan sumber pengajaran, dan kaedah penaksiran.

Standard (Standards)
Standard merupakan satu set kriteria yang perlu dicapai oleh murid untuk dianggap sebagai telah lulus
dan mencapai tahap yang diperlukan. Kurikulum berasaskan standard ialah kurikulum yang
menentukan dahulu tahap atau kriteria yang murid harus capai dalam sesuatu mata pelajaran atau
kursus. Kemudian kandungan kurikulum untuk mencapai standard itu ditentukan dan dinyatakan
(content standard). Biasanya standard dan kurikulum ini didokumenkan (dalam bentuk sukatan
pelajaran) untuk rujukan guru dan murid bagi proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai
tahap hasil pembelajaran yang diharapkan itu.

Skop dan urutan (Scope and sequence)


Mengandungi satu set atau siri hasil pembelajaran yang diharapkan murid mencapainya. Urutan diberi
dengan menyenaraikan hasil pembelajaran bagi setiap tahap pembelajaran. Ini membayangkan skop
kandungan dan hasil pembelajaran mengikut topik tertentu.
Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 45

Buku teks (Textbooks)


Buku teks ialah salah satu sumber tafsiran kandungan sukatan pelajaran yang dibuat oleh
pengarangnya. Ia biasanya menjadi sumber utama untuk guru dan murid melihat liputan kandungan
kurikulum sesuatu mata pelajaran: apa yang perlu diajar atau dipelajari. Di kebanyakan negara,
termasuk di Malaysia, buku teks merupakan bahan instruksi utama dalam pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran atau kursus. Buku teks yang baik biasanya diguna oleh guru dan
murid sebagai rujukan utama kerana ia meliputi sebahagain besar apa yang hendak diajar atau belajar.
Tetapi oleh kerana sesetengah buku teks ini kurang mencukupi isinya atau kurang jelas penulisannya,
buku-buku rujukan lain digunakan juga.

Apakah jenis-jenis kurikulum?

Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis kurikulum di sekolah? Bolehkah anda


namakan beberapa jenis kurikulum yang anda gunakan di sekolah?

A
nda mungkin boleh menghuraikan jenis-jenis kurikulum sekolah berpandukan pengalaman anda
sebagai seorang guru. Mari kita bincang dengan lanjut pelbagai jenis kurikulum seperti berikut;

Kurikulum rasmi (official curriculum) kurikulum yang didokumen secara rasmi


Kurikulum operasi (operational curriculum) isi kandungan sebenar yang diajar guru dan hasil
pembelajarannya dipertanggungjawabkan kepada murid
Kurikulum utama (core curriculum): mata pelajaran atau subjek utama atau wajib yang perlukan
semua murid belajar, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan
sebagainya
Kurikulum tersembunyi (hidden curriculum) norma dan nilai sesebuah institusi yang tidak
diungkap secara terbuka oleh guru dan kakitangan sekolah/institusi
Kurikulum luar (extra curriculum) pengalaman yang dirancang di luar kurikulum akademik

Lihat perbezaan antara kurikulum rasmi dengan operasi. Sejauh manakah anda berusaha
merapatkan jurang antara kurikulum operasi dengan kurikulum rasmi? Bolehkah anda beri satu contoh
kurikulum tersembunyi?

Kerangka kurikulum

P
roses merancang dan membina kurikulum rasmi dipandu oleh apa yang dipanggil kerangka
kurikulum. Kerangka kurikulum mengandungi elemen-elemen penting yang perlu ada dalam
sesuatu rancangan kurikulum secara keseluruhannya (misalnya kurikulum sekolah rendah) dan
bagi sesuatu mata pelajaran. Kerangka kebanyakan kurikulum di sekolah sekarang adalah berasaskan
hasil kajian penulisan Ralph Tyler (1949) yang dipanggil Tyler Rationale. Mengikut beliau, kurikulum
adalah semua pembelajaran oleh murid yang telah dirancang dan ditentukan sekolah untuk mencapai
46 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

matlamat pendidikan di sekolah. Ia digunakan sebagai prosedur yang diikuti apabila merancang
kurikulum. Terdapat empat soalan sebagai panduan untuk menentukan kurikulum sekolah.

1. Apakah sepatutnya objektif pengajaran di sekolah? (What educational


purposes should the school seek to attain?)

2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan yang mungkin


mengakibatkan tercapainya objektif itu? (What educational experiences can be
provided that are likely to attain these purposes?)

3. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran ini harus disusun supaya berkesan


bagi pembelajaran? (How can these educational experiences be effectively
organized?)

4. Bagaimanakah kita menentukan yang objektif pembelajaran itu tercapai? (How


can we determine whether these purposes are being attained?)

Struktur pengetahuan

K
andungan kurikulum sesuatu mata pelajaran sebahagian besarnya termasuk pengetahuan dan
kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran atau topik. Terdapat pelbagai pengertian dan
kefahaman tentang pengetahuan dan klasifikasi pengetahuan mengikut ahli falsafah, ahli
psikologi kognitif, ahli sains dan ahli pendidikan.

Pada amnya pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu ialah hasil daripada kombinasi
pengalaman, persepsi, data, maklumat, dan interpretasi peribadi seseorang. Berikut merupakan
huraian jenis dan hieraki atau struktur pengetahuan.

Jenis-jenis Pengetahuan

Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge)


Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge)
Pengetahuan struktur (Structural knowledge)

Pengetahuan boleh juga diklasifikasi sebagai

Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge)


Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge) yang terkumpul dalam diri seseorang, yang
lebih luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara eksplisit.

Jenis dan hieraki pengetahuan mengikut Bloom (1956)


Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 47

Pengetahuan fakta spesifik


Pengetahuan istilah dan konsep
Pengetahuan tentang kaedah dan prosedur
Pengetahuan klasifikasi
Pengetahuan generalisasi, prinsip, teori
Pengetahuan struktur ilmu pengetahuan sesuatu bidang atau disiplin (structure of knowledge of
a discipline)

Mari kita bincangkan lebih mendalam hieraki pengetahuan Bloom. Berikut merupakan huraian setiap
satu jenis pengetahuan tersebut.

Fakta spesifik (knowledge of specific facts) seperti mengetahui nama orang, nama tempat, tarikh,
ukuran.
Fakta merupakan dakwaan yang boleh dibuktikan tentang elemen tertentu dalam dunia ini
berdasarkan pemerhatian beberapa orang yang ahli/arif
Fakta diperlukan bagi membina konsep dan generalisasi
Konsep juga diperlukan untuk membuat suatu dakwaan

Istilah dan konsep: (knowledge of terminology and concept)


Mengetahui erti sesuatu perkataan, istilah, simbol - simbol bahasa dan bukan bahasa (verbal and non-
verbal symbols).
Idea am, biasanya dalam bentuk perkataan, yang mewakili sekumpulan orang, benda, tingkah
laku, kejadian, atau perhubungan, yang mempunyai ciri-ciri sepunya, misalnya konsep harga
(price) dalam ilmu ekonomi, fotosintesis dalam biologi, aptitud dan kebolehan kognitif dalam
ilmu psikologi pendidikan
Konsep boleh jadi perkara konkrit (seperti tempat, objek, institusi) atau abstrak (seperti kejadian,
perasaan, cara berfikir, tingkah laku)

Prosedur, cara atau kaedah membuat sesuatu (knowledge of ways and means of dealing with
specifics)
Pengetahuan tentang cara, kaedah atau prosedur membuat, menyusun dan menyelenggara sesuatu:
prosedur mengurus sesuatu, cara mempelajari sesuatu, kaedah mengkaji dan menilai sesuatu.

Klasifikasi dan kategori (knowledge of classifications and categories)


Pengetahuan tentang kelas, pembahagian, set, susunan yang dianggap penting dalam sesuatu bidang
ilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerakerja untuk mencapai sesuatu tujuan, dan sebagainya.
Contoh klasifikasi dalam sains seperti klasifikasi jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Generalisasi (knowledge of principles, laws, models, and theories)


Pengetahuan tentang generalisasi seperti prinsip, hukum, model, dan teori yang berguna untuk
menerang, menghurai, meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukum
permintaan dan penawaran sesuatu produk yang mempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebih
banyak latihan lebih cekap.
48 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Generalisasi merupakan penyataan yang memperihal dan/atau menerangkan perhubungan


antara dua atau lebih konsep.
Prinsip, hukum dan teori merupakan contoh generalisasi yang telah diuji
Hukum dalam sains merupakan penyataan yang hanya memperihalkan (tidak menerangkan)
perhubungan dua atau lebih konsep
Teori merupakan penyataan yang mampu menerangkan perhubungan tersebut. Konsep teori
lebih komprehensif iaitu terkandung di dalamnya fakta, hukum, dan prinsip serta penjelasan
tentang sesuatu fenomena.
Teori merupakan aras abstract formulations yang tinggi. Mengetahui teori dan struktur ilmu
dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi,
sosiologi, geografi, dan sebagainya adalah asas bagi memahami struktur ilmu dalam bidang itu.
Dalam psikologi pendidikan terdapat teori stimulus-respons, teori gestalt, dan teori motivasi
Maslow.

Adakah anda jelas dengan penerangan hieraki pengetahuan di atas? Apa kata kita lihat beberapa
contoh fakta, konsep, dan generalisasi bagi membantu anda memahami struktur pengetahuan dengan
lebih baik.

Contoh 1

Fakta: (i) Apabila air dipanaskan ia menjadi lebih panas, (ii) Sumber yang memanaskan
diperlukan, (iii) Apabila diukur dengan termometer, bacaan termometer meningkat.
Konsep: (i) Suhu - darjah kepanasan, (ii) Pemanasan haba diserap, (iii) Haba satu bentuk
tenaga yang berpindah disebabkan adanya perbezaan suhu antara dua benda.
Generalisasi: Teori Kinetik Jirim Cecair terdiri daripada molekul. Apabila cecair dipanaskan,
haba yang diserap menyebabkan molekul air bergerak lebih pantas, lalu menyebabkan molekul
merkuri dalam termometer bergerak lebih pantas dan merenggang antara satu sama lain. Ini
menyebabkan merkuri mengembang dan akhirnya bacaan termometer meningkat.

Contoh 2

Fakta: Suhu bulan Januari di Tg. Malim adalah 350C; di Kuala Lumpur 360C; di Pulau Pinang
340C. Jumlah hujan di Tg. Malim x mm setahun, Kuala Lumpur x mm setahun, Pulau Pinang
- x mm setahun
Konsep: Iklim keadaan dari segi suhu, tekanan atmosfera, jumlah hujan, dan lain-lain.; suhu
darjah kepanasan, tekanan atmosfera daya seunit luas yang dikenakan oleh atmosfera ke atas
objek di permukaan bumi
Generalisasi: Iklim tidak banyak berbeza dari satu tempat ke satu tempat di Semenanjung
Malaysia
Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 49

Rajah 3.1 menunjukkan hieraki struktur pengetahuan yang paling ringkas.

Rajah 3.1 Hieraki struktur pengetahuan

Anda harus sedar bahawa salah satu faktor yang penting yang mempengaruhi pembelajaran murid
ialah kefahaman tentang struktur pengetahuan. Murid boleh dibantu untuk memahami isi kandungan
dengan lebih baik jikalau anda memahami struktur pengetahuan isi kandungan bidang anda sehingga
anda boleh mengolah ilmu mengikut peringkat kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Pengajaran seperti ini akan membawa kepada peningkatan pengetahuan, kebolehan intelek dan
kemahiran murid anda. Kefahaman tentang struktur pengetahuan sesuatu bidang adalah sebahagian
daripada kefahaman isi kandungan yang bersifat sintaktik seperti yang akan kita bincangkan dalam
Unit 4 nanti.

Uji kefahaman anda tentang struktur pengetahuan dengan memberikan contoh fakta,
konsep, dan generalisasi dalam mata pelajaran tumpuan anda. Catatkan dalam ruang
kosong di bawah.

Fakta:
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Konsep:
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Generalisasi:

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________
50 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Struktur kemahiran

S
elain dari pengetahuan, kandungan sesuatu kurikulum termasuk juga kemahiran, iaitu apa
yang diharap murid boleh lakukan dalam pelajaran tentang sesuatu topik itu. Terdapat pelbagai
kemahiran atau tingkah laku psikomotor serta heirakinya. Di sini oleh kerana pembahagian
mengikut heiraki itu agak kompleks, guru boleh membuat senarai kemahiran penting yang perlu
dimasukkan ke dalam pengajaran sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan murid, misalnya
Pendidikan Jasmani, Kimia, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan
sebagainya. Dalam mata pelajaran vokasional dan teknik, kemahiran banyak sekali dimasukkan
sebagai kandungan kurikulum.

Ada pelbagai klasifikasi kemahiran ini mengikut bidangnya. Rujuk Unit 2 untuk melihat semula hasil
pembelajaran komponen kemahiran yang telah dibincangkan. Secara amnya kita boleh membahagikan
kemahiran kepada beberapa jenis walaupun mungkin setiap satunya tidak seratus peratus unik.
Dengan lain perkataan kemahiran ini ada pertindanan antara satu dengan yang lain. Antara jenis
kemahiran termasuklah:

Kemahiran kognitif, yang banyak melibatkan penggunaan minda seperti kemahiran berfikir
(seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran berfikir secara lateral) dan
kemahiran proses sains (seperti membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal pemboleh
ubah, menaakul, dan sebagainya)
Kemahiran psikomotor, yang banyak melibatkan penggunaan pergerakan otot (seperti
kemahiran manipulatif, menari, berbasikal, melukis rajah, dan sebagainya)
Kemahiran sosial atau insaniah, yang banyak melibatkan perhubungan dengan pihak lain
(seperti kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bekerja dalam pasukan, dan sebagainya)

Dalam bidang sains misalnya, kemahiran penting yang perlu diajarkan secara eksplisit kepada murid
termasuklah kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir kreatif/lateral dan kritis,
strategi berfikir dan kemahiran menaakul secara saintifik manakala dalam bidang bahasa misalnya,
kemahiran bertutur, menulis, dan mengeja merupakan kemahiran yang ditekankan semasa
pengajaran.

Berikut ialah beberapa contoh kemahiran dalam mata pelajaran tertentu:

1. Murid prasekolah dapat menulis mengikut garisan setiap huruf abjad dengan betul.
2. Murid Tahun 2 dapat membaca pantun secara kuat dengan jelas dan menarik.
3. Murid Tingkatan 1 dapat meringkaskan petikan yang dibaca dalam 100 patah perkataan dan
menulisnya.
4. Murid Tahun 5 dapat mengukur panjang dan lebar bilik darjah mereka, dan kemudian mengira
dan mencatat luasnya.
5. Murid Tingkatan 4 dapat menulis satu laporan tentang lawatan mereka ke sebuah kilang
perabut, mengikut format yang diberi oleh guru.
Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 51

6. Setelah membaca kisah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, murid Sejarah Tingkatan 6
dapat menulis sebuah skrip drama pentas dan melakonkannya.
7. Murid Kimia Tingkatan 6 dapat menjalankan ekperimen untuk menguji keasidan sesuatu
bahan.
8. Murid Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 dapat menyiapkan sajian sarapan tengah hari untuk
tetamu sekolah.

Senaraikan beberapa kemahiran yang dianggap penting dalam mata pelajaran tumpuan
anda. Kemudian gunakan templet dalam Jadual 3. 1 untuk merancang dan menyediakan
kandungan pengajaran-pembelajaran satu topik dari segi isi kandungan (pengetahuan) dan
kemahiran yang ingin dicapai.

Jadual 3.1 Penentuan Isi Kandungan Pelajaran


Mata pelajaran:________________________________

Topik:_______________________________________

Unit Pengetahuan Kemahiran


Fakta Konsep/ Generalisasi Kognitif Psikomotor Sosial
Istilah
Unit 1
(Tuliskan sub-
topik)
Unit 2

Unit 3

RUMUSAN
1. Kurikulum mempunyai elemen struktur pengetahuan dan kemahiran.

2. Terdapat pelbagai pengertian kurikulum seperti sukatan pelajaran dan standard.

3. Kurikulum rasmi dan kurikulum operasi mungkin berlainan bergantung kepada pelaksanaan
guru.

4. Pengetahuan mempunyai struktur tertentu yang boleh terdiri daripada fakta, konsep atau istilah
dan generalisasi seperti hukum, prinsip dan teori.

5. Kefahaman guru tentang kurikulum termasuk struktur pengetahuan dan kemahiran mampu
membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.
52 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

KATA KUNCI
1. Kurikulum 7. Struktur pengetahuan
2. Kurikulum Operasi 8. Fakta
3. Kurikulum Rasmi 9. Konsep
4. Kurikulum Tersembunyi 10. Generalisasi
5. Kurikulum Utama 11. Struktur Kemahiran
6. Kurikulum Luar

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan kurikulum
sekolah?

2. Apakah perbezaan utama antara jenis-jenis kurikulum dengan kerangka kurikulum? Bagaimana
pula anda sebagai seorang guru membuat pemilihan dalam melaksanakannya?

3. Mengikut Tyler, apakah prinsip dan asas memilih kurikulum untuk diajar kepada murid?

RUJUKAN
Bloom, B. S., et. al. (1956). Taxonomy of educational objectives, Handbook 1: Cognitive Domain.
Longman.

Nurulhuda Abd Rahman et al. (Eds.) (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD3026. Tg. Malim:
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI

Posner, G. J. (2003). Analyzing the curriculum (3rd Ed.). McGraw-Hill: Humanities/Social


Sciences/Languages.

Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Researcher,
15(2), 4-14.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational
Review, 57, 1-23.

Tyler, R.W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: The University of Chicago
Press.

Wilson, S. M., Shulman, L. S., & Richert, A. (1987). 150 different ways of knowing: Representations of
knowledge in teaching. In J. Calderhead (Ed.), Exploring teachers thinking. 104-124. Sussex,
England: Holt, Rinehart & Winston.

You might also like