You are on page 1of 2

Perbezaan Antara Teori Pergantungan Dan Teori Sistem Dunia

Teori Pergantungan telah diasaskan oleh Pengarah Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan


Bangsa-bangsa Bersatu, PBB untuk Amerika Latin, Raul Prebisch pada tahun 1950-an. Teori
ini menjadikan negara terbahagi kepada dua iaitu negara maju (core) dan negara miskin
(periphery). Negara miskin atau pinggiran terpaksa bergantung kepada negara maju dalam
mendapatkan barangan/goods manakala negara pusat juga memerlukan sumber bahan mentah
daripada negara miskin untuk menghasilkan barangan. Negara maju mengeksploitasi negara
miskin dari segi ekonomi kerana mereka menjual kembali barangan yang diperbuat
menggunakan bahan mentah yang diperolehi daripada negara miskin dengan harga yang lebih
tinggi. Negara miskin terpaksa bergantung kepada negara maju kerana mereka tidak
memiliki teknologi yang setaraf dengan negara maju dalam menghasilkan barangan sendiri.
Negara miskin tidak dapat menukarkan status kepada negara maju kerana negara maju
sentiasa mencari jalan mengekalkan kekayaan mereka dengan mengeksploitasi ekonomi
secara berterusan. Hal ini menyebabkan negara maju (core) dan negara miskin (periphery)
saling memerlukan atau saling bergantung dalam sistem ekonomi mereka.

Teori Sistem Dunia pula diasaskan oleh Immanuel Wallerstein pada tahun 1970-an.
Teori ini membahagikan negara kepada tiga bahagian iaitu negara maju(core), negara
separa pinggiran(semi-periphery) dan negara pinggiran(periphery). Ketiga-tiga bentuk
negara tersebut terlibat di dalam hubungan yang harmoni secara ekonomi dan kesemuanya
bertujuan untuk menuju kepada bentuk negara pusat yang mapan secara ekonomi. Perubahan
status boleh berlaku daripada negara pinggiran dalam menuju negara separa pinggiran yang
ditentukan oleh keberhasilan negara pinggiran melaksanakan salah satu atau gabungan
daripada strategi pembangunan, iaitu strategi memanfaatkan peluang, strategi promosi dan
strategi berdiri diatas kaki sendiri. Keupayaan negara semi pinggiran menuju negara pusat
bergantung pada kemampuan negara semi pinggiran melakukan perluasan pasaran dan
introduksi teknologi moden serta kemampuan bersaing di pasaran antarabangsa melalui
persaingan harga dan kualiti. Negara-negara di dunia biasa naik dan juga biasa turun kelas.
Negara pusat biasa menjadi Negara Separa Pinggiran, Negara Separa Pinggiran boleh menjadi
Negara Pusat atau Negara Pinggiran, dan Negara Pinggiran boleh menjadi Negara Semi
Pinggiran.
Struktur Dalam Teori Pergantungan

Struktur Dalam Teori Sistem Dunia

You might also like