Professional Documents
Culture Documents
Analisis Teks Terjemahan
Analisis Teks Terjemahan
0 PENGENALAN
Penterjemahan merupakan aktiviti mentafsir sesuatu teks dan menerbitkan semula teks
tersebut dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk membawa makna yang
sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan memainkan peranan yang
amat penting dalam perkembangan tamadun dunia dan aktiviti untuk menyebarkan ilmu
mengandungi usaha untuk menggantikan mesej atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa
Nida & Taber (1969) telah mengemukakan model tentang proses menterjemah. Mengikut
model tersebut, seseorang penterjemahan akan melalui tiga proses, iaitu: menganalisis teks
bahasa sumber, memindahkan warta atau maklumat, dan menstruktur semula teks dalam bahasa
penerima dan sasaran. Proses terjemahan tersebut digambarkan seperti dalam gambar rajah
berikut:
Pemindahan Warta
1
Berdasarkan model proses penterjemahan di atas dalam buku Asas dan Kemahiran
sebagai medium yang digunakan untuk menterjemah bahasa sumber ke dalam bahasa penerima.
Hal ini adalah kerana, terjemahan merupakan sebahagian daripada penterjemahan yang
merangkumi cara menterjemah dan hasil pemindahan teks dari satu bahasa ke satu bahasa yang
lain dan melibatkan persamaan bentuk dan mesej yang terkandung dalamnya. Oleh itu, perkara
yang menjadi persoalan ialah cara atau kaedah yang digunakan untuk menterjemah sesuatu teks.
Terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan oleh seorang penterjemah dalam proses
menterjemah teks. Pertama ialah menganalisis teks. Penterjemah perlulah mengetahui dan
memahami isi kandungan teks tersebut. Penterjemah juga perlu meneliti struktur permukaan
teks. Bagi memudahkan untuk menganalisis teks, seseorang penterjemah perlulah membaca teks
sekurang-kurangnya dua kali sehingga tamat. Jika ayat yang diterjemahkan itu terlalu panjang,
Seterusnya, pemindahan warta merupakan proses yang kedua. Maklumat dan maksud
yang diperoleh dalam proses analisis tadi dipindahkan ke dalam bahasa sasaran. Pada peringkat
ini, penterjemah hendaklah bijak membuat penyesuaian dengan jenis teks yang hendak
diterjemahkan itu.
Proses yang seterusnya ialah menstruktur semula. Maklumat yang hendak disampaikan
itu perlulah distruktur semula dalam bahasa sasaran. Penstrukturan semula bergantung kepada
pelbagai gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri utama pada gaya bahasa dan kaedah yang
2
Proses yang terakhir pula ialah menyemak teks terjemahan. Perkara yang perlu diambil
perhatian ketika menyemak teks terjemahan, ialah maklumat yang disampaikan itu berketepatan
dan jelas, aspek kebahasaan yang betul dan kesan teks asli itu sama dengan teks yang
diterjemahkan.
3
2.0 PERBINCANGAN
Bahan terjemahan selari yang dipilih dalam kertas kerja ini ialah satu rencana yang
bertajuk Adat Resam Masyarakat Orang Asli. Dalam bahasa Inggeris tajuk bagi rencana
tersebut ialah Orang Asli Community. Teks sumber adalah daripada bahasa Melayu dan teks
Kertas Kerja ini akan menganalisis teks tersebut yang terdiri daripada teks bahasa
Melayu (bahasa asal) dan teks bahasa Inggeris (bahasa sasaran) berdasarkan aspek semantik,
Setiap perkataan mempunyai banyak makna dalam semua bahasa. Makna sebenar dan
tepat sesuatu perkataan itu perlu difahami oleh seseorang penterjemah apabila ingin
menterjemahkannya ke dalam teks sasaran. Dalam proses ini, penterjemah perlu mencari satu
persamaan ungkapan mengikut ungkapan bahasa sumber tersebut dalam dua perkara, pertama
dari aspek makna, dan kedua dalam gaya atau jalan bahasa yang lazim. Menurut Zubaidah
Ibrahim (2006), makna seringkali berubah-ubah kerana ia adalah sasaran interpretasi dan
Jenis makna yang terdapat dalam teks yang bertajuk Orang Asli Community atau Adat
Resam Masyarakat Orang Asli ialah makna denotasi, makna kolokasi, makna stilistik, dan
makna tematik. Namun demikian, makna figuratif, makna konotasi, makna pantangan, makna
afektif dan makna tekstual tidak dijumpai dalam teks yang dikaji ini.
4
2.1.1 Makna Denotasi
Menurut Norizah Ardi dan rakan-rakan (2011: 77), makna denotasi juga dikenali sebagai
makna rujukan. Makna denotasi juga merujuk kepada makna sebenar, makna mutlak atau makna
dasar sesuatu kata. Makna denotasi merupakan makna bagi perkataan yang ditanggap atau
dibayangkan dalam minda penutur atau pendengar. Ada juga penterjemah yang mengatakan
makna denotasi sebagai makna kamus iaitu makna yang terdapat dan tersenarai di dalam kamus.
Berdasarkan contoh satu (1) di atas, perkataan kecuali dalam bahasa Melayu
diterjemahkan kepada makna yang mutlak iaitu membawa maksud except dalam bahasa Inggeris
kerana ia diterjemahkan mengikut terjemahan kamus. Contoh yang digunakan ini juga
menggunakan kaedah harfiah atau kaedah penggantian iaitu kaedah yang menggantikan
perkataan atau frasa dalam ayat tanpa melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan
struktur atau susunannya. Perkataan dalam bahasa sumber iaitu except dapat digantikan dengan
5
2.1.2 Makna Kolokasi
Makna kolokasi atau makna kolokatif ialah makna yang berbeza berdasarkan penggunaan
sesuatu kata pada tempat atau kolokasi yang tertentu dengan perkataan yang lain. Menurut
Indirawati Zahid (2003) kolokasi merujuk kepada hubungan sesuatu kata dengan kata lain dalam
Bahasa Sumber: tetamu sampai ketika tuan rumah (muka surat 2, perenggan 2, baris 3)
Dalam bahasa sumber iaitu sampai ketika telah diterjemahkan menjadi happens to arrive
dalam bahasa sasaran kerana maknanya berbeza berdasarkan penggunaan perkataan yang telah
diterjemah tetapi perkataan yang diterjemahkan dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris
membawa maksud yang sama. Kaedah yang digunakan adalah kaedah persamaan iaitu
menggunakan perkataan lain yang hampir sama untuk diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.
Makna stilistik merujuk kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial yang tertentu.
Penggunaannya bertujuan untuk berlaku sopan atau menunjukkan kerendahan hati si penulis atau
si penutur kepada pembaca atau pendengar. Gaya penulisan dan penyampaian yang
mengutamakan kesopanan.
Bahasa Sumber: amboi, comelnya bayi ini ( muka surat 2, perenggan 5, baris 3)
6
Kaedah: Kaedah Transposisi
Dalam contoh di atas, amboi, comelnya bayi ini diterjemahkan menjadi the baby is so
cute dalam bahasa sasaran kerana mengikut kesesuaian terjemahannya yang menunjukkan sifat
yang sopan dalam situasi tersebut. Kaedah yang digunakan bagi menterjemah ayat di atas adalah
kaedah transposisi iaitu kaedah terjemahan yang mengubah golongan kata atau menukar
kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat
teks asal. Contoh di atas dapat dilihat perubahan kedudukan ayat comelnya bayi ini apabila
Makna tematik bermaksud cara pengguna bahasa itu menyusun mesejnya mengikut fokus
atau tekanan dalam ujaran atau tulisannya. Misalnya, ayat aktif disampaikan secara berbeza
Dalam terjemahan di atas, penegasannya adalah pada pelaku iaitu syaitan yang
dipercayai telah membunuh si mati. Manakala dalam bahasa sasaran yang menjadi penegasan
pada devils believed have killed the deceased dalam bahasa sasaran. Penegasan ayat yang telah
7
diterjemahkan membawa makna ayat yang masih sama. Kaedah yang digunakan adalah kaedah
harfiah iaitu kaedah yang menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa melakukan
perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Dalam bahasa sumber
telah membunuh diterjemah secara terus dalam bahasa sasaran menjadi have killed.
Budaya amat berkaitan dengan bahasa sesuatu bangsa. Bahasa secara umumnya
dipercayai menjadi asas kepada lambang etnik dan penghubung kepada kepercayaan, adat, ritual
dan tingkah laku yang terkandung dalam identiti budaya. Menurut Tylor (1981), budaya adalah
sesuatu yang kompleks dan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kepercayaan,
seni, undang-undang, moral, adat, dan sifat seseorang dalam komuniti sosial. Banyak aspek
budaya yang boleh dikaji dalam sesuatu teks. Namun demikian, aspek budaya yang terdapat
dalam teks kajian ini ialah unsur kepercayaan, unsur agama, unsur hubungan sosial dan unsur
adat resam.
Kepercayaan merupakan elemen budaya yang penting bagi setiap bangsa dan
membezakan antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Lim Lay Lin (2003), menyatakan
penyesuaian makna unsur budaya yang terpenting ialah penyesuaian yang dibuat dari segi agama
dan kepercayaan. Contoh unsur kepercayaan yang terdapat dalam teks selari yang dipilih ialah :
Bahasa Sumber : Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Asli didapati mempunyai adat
resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa-dewa,
8
Bahasa Sasaran : Orang Asli are traditionally animists and have their own customs and beliefs.
Berdasarkan contoh teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli sistem kepercayaan
mereka adalah peranan dewa-dewa, keramat, roh dan sebagainya. Tetapi dalam masyarakat barat
sistem kepercayaan mereka terdapat peranan dewa-dewa dan roh namun tidak terdapat sistem
kepercayaan keramat sebagaimana yang terdapat dalam masyarakat orang Asli. Oleh yang
demikian, bagi menterjemah perkataan peranan dewa-dewa, keramat dan roh dalam teks bahasa
Inggeris, penterjemah telah menggunakan kaedah persamaan terdekat iaitu dengan memberi
padanan presence of gods and spirits iaitu kewujudan tuhan-tuhan dan semangat secara
penyesuaian budaya. Kaedah persamaan terdekat ini digunakan kerana unsur-unsur budaya
dalam bahasa sumber itu tidak ada dalam bahasa sasaran tetapi mempunyai makna yang hampir
Agama merupakan elemen budaya yang penting bagi setiap bangsa dan membezakan
antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Lim Lay Lin (2003), menyatakan penyesuaian
makna unsur budaya yang terpenting ialah penyesuaian yang dibuat dari segi agama dan
kepercayaan. Contoh unsur agama yang terdapat dalam teks selari yang dipilih ialah seperti di
bawah :
Bahasa Sumber: Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan
dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua
yang dipanggil batin yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta
9
Bahasa Sasaran: From the social structural and organization aspects, the Orang Asli community
still preserves the importance of co-operation in their daily life. The batin (Chieftain) is
Berdasarkan contoh teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli mereka dipimpin
oleh seorang ketua yang dipanggil oleh batin namun dalam budaya masyarakat barat, tidak
terdapat istilah batin sebaliknya adalah chieftain iaitu penghulu dalam aspek organisasi dan
struktur sosial mereka. Oleh yang demikian, dalam teks selari tersebut penterjemah telah
melakukan kaedah pinjaman secara terus tanpa melakukan sebarang perubahan termasuk ejaan
dalam teks tersebut iaitu batin kerana unsur-unsur budaya iaitu batin dalam bahasa sumber
itu tidak ada atau tidak wujud dalam bahasa sasaran. Kaedah pinjaman secara terus ini adalah
paling mudah dan merupakan terjemahan terus dan terjemahan langsung bagi memberi padanan
perkataan batin.
Manakala berikut merupakan contoh kedua bagi unsur agama yang terdapat dalam teks
Bahasa Sumber : Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama
(shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran
kepercayaan mereka.
Bahasa Sasaran : Orang Asli also believe in religious intermediaries (shaman) or the bomoh
Berdasarkan contoh yang terdapat dalam teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli
mereka berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh namun dalam masyarakat
barat tidak terdapat istilah bomoh tetapi istilah shaman iaitu bermaksud pawang. Oleh yang
10
demikian, dalam teks selari tersebut penterjemah telah melakukan kaedah pinjaman terus tanpa
melakukan perubahan termasuk ejaan kerana unsur-unsur budaya iaitu perkataan bomoh dalam
masyarakatnya hidup dalam keluarga yang besar. Dalam keluarga yang besar ini mereka perlu
menamakan setiap ahli keluarga tersebut. Sebagai contoh yang terdapat dalam teks selari yang
dipilih ialah :
Bahasa Sumber: Sekiranya anak sulung tuan rumah itu bernama Alang maka panggilan
Bahasa Sasaran: For example, if the name of the eldest child is Alang, then the guests will
Berdasarkan contoh dalam teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli wujudnya
gelaran yang berbeza bagi setiap ahli keluarga mengikut hierarki keluarga, maka adanya gelaran
Alang iaitu merupakan gelaran untuk merujuk kepada anak sulung. Gelaran ini jelas dan
khusus namun konsep ini tidak terdapat dalam masyarakat barat. Maka didapati padanan yang
hampir sama untuk gelaran tersebut, yang ada dalam bahasa sasaran ialah eldest child. Perkataan
eldest child adalah bersifat lebih umum, berbanding dengan gelaran dalam bahasa sumber
tersebut yang lebih khusus mengikut hierarki dalam keluarga. Oleh yang demikian, contoh dalam
teks selari di atas tersebut, penterjemah telah menggunakan kaedah pinjam terus atau pinjam
langsung bagi menterjemah perkataan Alang dari bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran.
11
2.2.4 Unsur Adat Resam
Adat resam dan cara hidup amat berbeza antara masyarakat orang Asli dengan
masyarakat barat. Misalnya masyarakat orang asli dalam hal-hal yang berkaitan dengan
perkahwinan amatlah berbeza dengan masyarakat barat. Sebagai contoh yang terdapat dalam teks
Bahasa Sumber : Adat istiadat nikah kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku
Bahasa Sasaran : The wedding ceremony (nikah) differs from tribe to tribe.
Berdasarkan contoh di atas, perkataan bagi adat istiadat nikah kahwin dari bahasa
sumber telah diterjemahkan sebagai the wedding ceremony (nikah) dalam bahasa sasaran.
Perkataan the wedding ceremony (nikah) ialah bermaksud persandingan besar-besaran dalam
bahasa sasaran yang diadaptasikan berdasarkan daripada bahasa sumber yang merujuk kepada
adat istiadat nikah kahwin. Namun adat istiadat nikah kahwin daripada bahasa sumber telah
diterjemahkan sebagai the wedding ceremony (nikah) kerana tidak terdapat istilah akad nikah
dalam bahasa sasaran iaitu dalam budaya masyarakat barat. Oleh yang demikian, the wedding
ceremony (nikah) merupakan kaedah persamaan terdekat untuk menyampaikan maksud bahasa
sumber kerana unsur-unsur budaya dalam bahasa sumber tidak terdapat dalam bahasa sasaran
tetapi mempunyai makna yang hampir sama iaitu bagi makna adat istiadat akad nikah dalam
bahasa sumber.
12
2.3 ASPEK ISTILAH
Peristilahan merupakan usaha mencipta atau menggubal kata baru, terutamanya untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan khusus dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Istilah
boleh dibentuk melalui proses pinjam terjemah atau melalui istilah pinjaman. Menurut Sulaiman
Masri (1993), istilah ialah suatu lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas yang
gramatis dan sistematis, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang
tertentu, dan bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang
Setelah dianalisis rencana Adat Resam Masyarakat Orang Asli atau Orang Asli
Community, Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menterjemah unsur istilah iaitu
Kaedah Penggantian merupakan kaedah yang dilakukan dengan cara memberi padanan
dengan istilah yang sedia ada dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris. Sebagai contohnya:
Bahasa sumber: Kadang kala, masa-masa seperti ini juga digunakan untuk menuntut ilmu
Bahasa sasaran: Some visits are for the purpose of learning curse spells. (muka surat 2
perenggan 3 baris 2)
Dalam contoh petikan di atas, ilmu jampi serapah dalam bahasa sumber iaitu bahasa
Melayu menjadi curse spells dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris. Ini kerana konsep yang
didokong oleh istilah bahasa Melayu memang tersedia ada dalam bahasa Inggeris.
13
2.3.2 Kaedah Pinjaman Langsung atau Terus
Kaedah yang kedua ialah Kaedah Pinjaman Langsung atau Terus iaitu kaedah yang
Bahasa sumber: Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama
(shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukkan aspek ritual dan penyaluran
Bahasa sasaran: Orang Asli also believe in religious intermediaries (shaman) or the bomoh
Berdasarkan contoh petikan di atas, perkataan bomoh dalam bahasa sumber dikekalkan
sebagai the bomoh dalam bahasa sasaran kerana perkataan atau konsep bomoh merupakan satu
konsep yang baru, dan tidak ada dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris.
14
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, analisis terhadap teks tersebut berdasarkan aspek makna, aspek budaya
dan aspek istilah dapat dikenal pasti dalam kajian ini. Ketiga-tiga aspek tersebut terdapat dalam
teks yang dikaji tersebut yang terdiri daripada bahasa sumber (bahasa Melayu) dan bahasa
Dari aspek semantik terdapatnya makna denotasi, kolokasi, stalistik, dan tematik. Namun
demikian, makna figuratif, makna konotasi, makna afektif, makna pantangan dan makna tekstual
tidak dijumpai di dalam teks terjemahan yang dikaji. Dapat dilihat juga, kaedah menterjemah
bagi aspek semantik ini memperlihatkan kaedah harfiah banyak digunakan di dalam teks yang
dikaji ini. Jenis makna yang menggunakan kaedah harfiah ini, ialah makna denotasi dan makna
tematik.
Seterusnya, aspek budaya pula wujudnya unsur budaya dari unsur kepercayaan, agama,
hubungan sosial dan adat resam. Unsur kepercayaan dan adat resam yang terdapat dalam teks ini
telah menggunakan kaedah persamaan terdekat untuk menterjemah bahasa sumber ke bahasa
sasaran. Manakala unsur agama dan hubungan sosial pula menggunakan kaedah pinjaman terus.
Selain itu, aspek istilah pula menunjukkan hanya terdapat dua kaedah yang digunakan
dalam menterjemah istilah, iaitu kaedah penggantian dan kaedah pinjaman langsung atau terus.
15
RUJUKAN
Adat Resam Masyarakat Orang Asli. 2010, Nov 6. Dicapai pada 10 Jun, 2012, daripada
http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php?
option=com_content&view=article&id=160%3Amasyarakat-orang-
asli&catid=66%3Aadat-resam&Itemid=105&lang=bm.
Indirawati Zahid. (2003). Semantik Leksikal: Penjenisan dan Hubungan Makna. Jurnal Dewan
Lim Lay Lin. (2003). Penyesuaian Makna: Kajian Kes Penterjemahan Beberapa Buah Cerita
Nida, E. A and Taber, C. (1969). The Theory and Practice of Translation. Netherlands: EJ. Brill.
Norizah Ardi, Midiyana Mohamad, Rozaimah Rashidin dan Zuraidah Jantan. (2011). Asas dan
Sulaiman Masri. (1993). Teori dan Kerja Peristilahan. Dlm. Ke Arah pembentukan Istilah Yang
Zubaidah Ibrahim, Abdul rahim Mat Yassim dan Supramani Shoniah. (2006). Kajian Bahasa dan
16