You are on page 1of 26

ISU-

ISU
PENDI
DIKAN

PENDI
DIKAN
Disediakan :

DAN
MUZAIMAH MOKHTAR(P84471)

Pemeriksa:

DR HARUN
GOLO
NGAN
MINOR
ITI
ORAN
PENDAHULUAN

Pendidikan formal adalah satu proses manusia memperoleh banyak faedah sosial
seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik. Ketika penjajahan
British, tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana sekolah dibahagikan
mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Wujud diskriminasi
dalam bidang pendidikan yang mewujudkan ketaksamaan dalam peluang pendidikan.
Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik
lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan
pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti lokasi sekolah, latarbelakang
sosio-ekonomi pelajar, pencapaian akademik, kecenderungan semulajadi, peluang hidup,
sosialisasi dan perbezaan bahasa. Contohnya golongan minoriti seperti orang asli dan
golongan yang memerlukan pendidikan khas iaitu orang kurang upaya .

Kumpulan Minoriti merupakan sesuatu kumpulan Etnik dalam sesebuah masyarakat


yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah
kumpulan itu. Contohnya, masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murud dan
sebagainya.

Golongan kecil orang yang sama keturunan, agama dan budaya yang tinggal di sebuah tempat
berlainan keturunan, agama dan sebagainya. (Kamus Dewan, 2007). Mereka hanya menerima
pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa mereka.
Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir
dalam arus pendidikan.

Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982) merupakan satu
program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari
segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.

Pelbagai usaha kerajaan dalam mewajibkan pendidikan bagi semua golongan


masyarakat contoh seperti mewujudkan beberapa dasar pendidikan seperti Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
yang dikeluarkan pada tahun 2012 bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi, sosio ekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Untuk merealisasikan matlamat tersebut,
jurang pendidikan perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti, dan kualiti dapat dipertingkatkan
sama ada daripada aspek lokasi iaitu jurang antara bandar dan luar bandar, jurang teknologi
(digital), jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar
berkeperluan khas serta jurang sosioekonomi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Namun begitu realitinya masih terdapat keciciran dikalangan golongan masyarakat orang asli.
Doris et al. (2012) menjelaskan kumpula minoriti ini masih jauh ketinggalan dan mempunyai
kadar keciciran dalam pendidikan yang tinggi dalam semua peringkat pendidikan bermula
dari prasekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Kajian menunjukkan hampir 50
peratus murid orang Asli berhenti sekolah selepas tahun enam (Fatan Hamamah,2008),
sebanyak 39.1 peratus pelajar orang Asli yang tamat darjah enam tetapi tidak mendaftar
tingkatan satu (JHEOA, 2008) dan hanya 30 peratus murid Orang Asli menamatkan
pendidikan sekolah menengah,iaitu kurang separuh daripada purata kebangsaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Kadar keciciran pelajar Orang Asli lebih tinggi
dalam kalangan pelajar sekolah menengah berbanding sekolah rendah (Zainal Abidin, 2008).
Walaupun begitu, terdapat juga dalam kalangan masyarakat orang asli yang sudah mendapat
pendidikan tinggi dimana mereka sudah mula menjejakkan kaki ke universiti. Hal ini harus
dilihat sebagai sesuatu yang positif kepada masyarakat orang asli. Kita juga dapat melihat
ramai anak-anak orang asli yang telah menjawat jawatan yang tinggi didalam badan NGO
ataupun dalam sektor awam

Selain itu dianggarkan lebih kurang 90 peratus golongan orang kurang upaya (OKU)
adalah terdiri daripada kanak-kanak di seluruh dunia yang tidak mendapat pendidikan dan
berlaku masalah buta huruf. Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) Sarawak Detta Samen berkata statistik itu menunjukkan situasi yang
membimbangkan .Beliau mengatakan tanpa akses kepada pendidikan dan latihan yang sesuai
dengan keperluan mereka, orang kurang upaya tidak akan dapat meningkatkan kemahiran
mereka untuk bekerja ada juga tanggapan yang menyatakan bahawa OKU tidak akan dapat
menyumbang secara berkesan kepada masyarakat dan ini akan menghalang akses mereka
kepada pekerjaan dan peluang lain (Borneo Post Online)

Penekanan pendidikan dikalangan golongan kurang upaya telah diberikan oleh


kerajaan dengan mewujudkan pendidikan khas . Akta Pendidikan Khas 1961, contohnya
telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan
Pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis
murid serta lain-lain tindakan bagi mengembangkan Pendidikan Khas. Pendidikan bagi
golongan minoriti yang berkeperluan khas telah berkembang dengan pesat di negara kita,
khususnya selepas tahun 1962. Sehingga tahun 2000, JPK me1aporkan bahawa ketika ini
terdapat 31 buah sekolah pendidikan khas di seluruh negara.
GOLONGAN MINORITI:

ORANG ASLI

Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat pribumi terawal yang menduduki


tanah semenanjung Malaysia. Istilah Orang Asal (Original People) dan selepas itu Orang
Asli digunakan di zaman darurat iaitu antara tahun 1948 hingga 1960 oleh pihak British bagi
tujuan memujuk Orang Asli membantu pihak kerajaan memerangi ancaman komunis (Colin
Nicholas, 2000). Istilah Orang Asli adalah merupakan istilah rasmi samada dalam Bahasa
Melayu ataupun Bahasa Inggeris (Carey, 1976). Menurut bancian oleh Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli (JHEOA), pada tahun 2006 terdapat seramai lebih kurang 141, 230 orang asli di
semenanjung Malaysia (JHEOA, 2008). Mereka merupakan komuniti yang terbukti kaya
dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi . Taburan
penempatan tiga suku kaum Orang Asli terbahagi kepada tiga zon iaitu, zon utara yang
majoritinya dikuasai oleh suku kaum Negrito, zon tengah oleh suku kaum Senoi, dan zon
selatan oleh suku kaum Melayu-Proto. (JHEOA, 2003).

Taburan perkampungan Orang Asli pula terdiri daripada 12 kampung berada dalam
kategori pekan atau bandar, 534 kampung di kawasan pinggiran dan seterusnya 323 buah
kampung yang berada di kawasan pedalaman. Selaras dengan peredaran masa, masyarakat
orang asli juga turut menikmati arus pemodenan. Walaupun mereka terdedah kepada arus
pemodenan dan globalisasi ini, masyarakat orang asli merupakan masyarakat yang sering
terpinggir terutamanya dari aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur, sosio-budaya,
pendidikan dan yang paling penting ialah berkenaan dengan hak atau status pemilikan tanah
mereka. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat orang asli masih lagi bergelumang
dalam masalah kemiskinan dan kemunduran walaupun Negara ini telah mencapai
kemerdekaan 58 tahun yang lalu. Secara asasnya, kita memahami bahawa orang asli di
Malaysia juga sebenarnya turut sama memberikan sumbangan dalam pembangunan Negara
ini. Berdasarkan fakta, Negara Malaysia juga turut memberikan kerusi kepada wakil suku
kaum orang asli di dalam dewan Negara. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa isu-isu
pembangunan suku kaum minoriti ini tidak dilupakan untuk dibincangkan secara serius.

Dalam pendidikan tidak dinafikan berlakunya masalah keciciran yang amat ketara
dikalangan masyarakat orang asli disebabkan masalah geografi seperti lokasi petempatan
mereka yang jauh ke pedalaman , kurangnya kesedaran dikalangan ibu bapa peri pentingnya
pendidikan dan sebagainya .

MASALAH PENDIDIKAN DIKALANGAN GOLONGAN ORANG ASLI

Isu pendidikan dalam kalangan masyarakat orang asli juga sudah menjadi isu utama
yangdibincangkan pada hari ini. Apa yang berlaku ialah, masih ramai masyarakat orang
asliterutamanya golongan kanak-kanak masih tidak mendapat hak persekolahan yang baik
daripada pihak kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa, sememangnya kerajaan Malaysia
telah menggubal pelbagai dasar yang berkaitan dengan pendidikan, bermula dengan
PenyataRazak hinggalah Dasar Pendidikan Negara. Akan tetapi, isu keciciran masih juga
berlaku.Kesannya sudah kelihatan dimana masih ramai anak-anak masyarakat orang asli
masih tidak tahu mengira, membaca dan menulis. Menurut Zunaida Zakaria et all (2010),
kadar keciciran untuk Orang Asli telah menurun secara mendadak dalam masa 15 tahun yang
lepas tetapi masih terdapat 80 peratus daripada anak-anak orang Asli yang tidak
menghabiskan sekolah menengah. Peratus kehadiran pelajar amat rendah dan tidak konsisten,
sekali gus menyumbang kepada keciciran dan buta huruf tinggi di kalangan mereka. (Abdul
Razaq Ahmad & Zalizan Mohd Jelas (2009). Masih terdapat masyarakat Orang Asli yang
masih lagi tercicir dalam mengejar pendidikan (Basir, 2008). ). Nicholas (2007) menjelaskan
jika 100 murid Orang Asli yang memasuki tahun satu, hanya enam pelajar sahaja yang akan
menamatkan pengajian sehingga tingkatan lima. 94% daripada mereka akan tidak dapat
dikesan sama ada menamatkan pengajian atau tidak. Beliau menambah perbezaan pedagogi
dan budaya sebagai antara penyumbang kepada wujudnya permasalahan tersebut. Jika
ditinjau daripada peratus kelulusan peperiksaan dalam kalangan murid-murid Orang Asli,
didapati mereka amat jauh ketinggalan dan boleh dikategorikan sebagai orang-orang yang
terpinggir (Mohd Fauzi 2006). Salah sebuah sekolah kebangsaan yang dihuni oleh murid
Orang Asli mendapati peratus lulus Ujian. Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) masih 0%
walaupun sekolah tersebut mula diwujudkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
sejak tahun 1978.

Pencapaian pendidikan Orang Asli dalam tempoh 1980, 1991 dan 2000 ditunjukkan
oleh Jadual 1. Jadual 1 menunjukkan bahawa peratus Orang Asli yang tiada pendidikan
formal semakin menurun dari tahun 1980 hingga 2000. Sementara, peratus penyertaan dalam
sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas dan tahap tertiari semakin
meningkat. Tahap pendidikan secara keseluruhannya lebih baik dalam kalangan lelaki
berbanding dengan perempuan pada semua tahap kecuali pada tahap sekolah menengah atas
dan peringkat tertiari.

Jadual 1

Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan enrolmen Orang Asli di peringkat


sekolah rendah, sekolah menengah (rendah dan atas) serta tertiari.

JADUAL 2 : Enrolmen Orang Asli di Sekolah Rendah, 2000 - 2007

Daripada Jadual 2 di atas, dapat dilihat bahawa pada setiap tahap sekolah rendah
terdapat kanak-kanak Orang Asli yang tercicir yang tidak meneruskan pendidikan mereka
untuk tahap berikutnya. Kadar keciciran paling ketara apabila beralih daripada Tahun 5
kepada Tahun 6. Ini mungkin disebabkan adanya peperiksaan UPSR yang menyebabkan
murid-murid menjadi takut menghadapinya dan terus keluar daripada alam persekolahan atau
kos-kos perbelanjaan di sekolah pada peringkat ini yang menjadi beban kepada ibu bapa yang
tidak dapat ditanggung dan memilih tidak menghantar anak ke sekolah.
JADUAL 3 : Enrolmen Orang Asli di Sekolah Menengah, 2000 2007

Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak semua murid-murid yang tamat Tahun 6 di


peringkat sekolah rendah memasuki sekolah menengah rendah. Walaupun pada setiap tahap
sekolah menengah terdapat peningkatan jumlah murid-murid Orang Asli, namun demikian,
jumlah yang menyambung ke tahap berikutnya semakin berkurangan menunjukkan exit atau
keciciran Orang Asli daripada alam persekolahan sehingga akhirnya jumlah yang menduduki
peperiksaan STPM dan memasuki IPT juga menjadi kurang daripada 100 orang.

JADUAL 4: Graduan Orang Asli di Peringkat IPT, 2000 - 2007

Jumlah graduan universiti dalam kalangan Orang Asli pula hanya berjumlah 316
untuk keseluruhan tempoh 2000-2007.
JADUAL 5 : Kadar Keciciran Orang Asli di Malaysia, 2000 -2007

Jadual 6 : Bilangan Murid Sekolah Rendah Di Sekolah 100% Murid Orang Asli Pada 2007
dan 2009

Berdasarkan jadual 6, secara keseluruhan terdapat penurunan daripada segi jumlah


pelajar sekolah rendah di sekolah 100% murid orang asli. Penurunan jumlah pelajar daripada
tahun 2007 hingga 2009 mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kurangnya
kesedaran peri pentingnya pendidikan dalam meningkatkan taraf hidup serta selesa dengan
keadaan ekonomi yang mereka hadapi sekarang.

Faktor Utama Kepada Kegagalan Akademik (Abdul Razaq Ahmad & Zalizan Mohd Jelas :
2009)
Melalui pemerhatian yang dijalankan, antara faktor yang membawa
kepada kegagalan anak-anak orang asli dalam pencapaian akademik .
1 Sifat dan personaliti pelajar
a. Hiperaktif - Sikap semulajadi anak-anak orang asli sendiri yang suka bergerak
dan tidak boleh duduk diam di dalam waktu yang lama. Sebagai contoh
pemerhatian yang dijalankan di Asrama Darul Falah (ASDAF), pelajar-pelajar
sering berkeliaran apabila tiada pengawasan dari warden asrama di mana
anak-anak orang asli ini melakukan aktiviti menangkap kelawar, tupai dan ular
untuk dijadikan bahan permainan dan usikan kawan-kawan. Disebabkan oleh
sifat hiperaktif ini, mereka tidak dapat memberi penumpuan sepenuhnya
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan akhirnya
menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran
b. Mudah terasa/sensitif - Selain itu, sikap mereka yang terlalu sensitif
disebabkan oleh rasa rendah diri juga menyebabkan mereka selalu ponteng
sekolah. Sebagai contoh, kanak-kanak orang asli di Ulu Chemperoh, Janda
Baik yang bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, mereka ini malu untuk
hadir ke sekolah kerana merasakan diri mereka dipandang rendah oleh
masyarakat luar kerana penampilan mereka yang terlalu berbeza dengan
pelajar biasa seperti pakaian sekolah yang lusuh dan bertampung sana-sini,
kasut koyak dan peralatan sekolah yang serba kekurangan.
c. Mudah bosan- kajian menunjukkan mereka hanya boleh memberi tumpuan
selama 15 minit sahaja, kemudian mereka mula membuat aktiviti lain seperti
mengusik rakan-rakan mereka, berlari-lari dan melompat-lompat di dalam
kelas. Berikutan daripada sikap mereka ini, aktiviti pengajaran tidak dapat
dijalankan secara formal. Mereka lebih berminat mengikuti pengajaran di
tempat terbuka seperti dibawah pokok atau di tepi sungai pelajar-pelajar ini
mampu untuk memberi tumpuan terhadap pengajaran selama 30 minit. Ini
mungkin disebabkan sifat semulajadi mereka yang dekat dan cintakan alam.
d. Konsep kendiri yang rendah pemalu
Pelajar orang asli ini juga didapati mempunyai konsep kendiri yang rendah
dimana pelajar-pelajar ini terlalu malu apabila berhadapan dengan orang luar.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan didapati anak-ana orang asli ini
susah untuk dihampiri dan didekati disebabkan oleh perasaan malu
mereka.Apabila mereka ini cuba didekati, ada setengah daripada mereka
menyembunyikan diri didalam rumah dan ada juga yang lari memanjat pokok.

2 Faktor Geografi
Kedudukan perkampungan orang asli yang jauh di pedalaman turut memberi
kesan terhadap pendidikan anak-anak orang asli. Kedudukan mereka yang jauh
terpencil di pedalam ini menyebabkan mereka jauh daripada kemudahan awam
seperti pengangkuta awam, perpustakaan, alat perhubungan (jalan raya dan
alat komunikasi). Disebabkan oleh kurangnya kemudahan yang diterima,
ditambah pula oleh mentaliti mereka yang sempi menyebabkan mereka malas
berusaha untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak
mereka.

3 Tahap kesedaran ibubapa orang asli


Walaupun terdapat kesedaran dikalangan ibubapa berkaitan pendidikan namun
mereka kurang diberi pendedahan. Namun begitu, tahap kesedaran mereka
masih rendah. Ada dikalangan ibubapa telah menyediakan kewangan yang
cukup untuk pembelajaran anaknya, namun tidak dapat membantu dalam
pembelajaran dan menentukan hala tuju pendidikan anak-anak. Kebanyakkan
urusan pendidikan di serah kepada pengurusan pihak sekolah. Ini kerana
ibubapa juga mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Mereka hanya
menyediakan sumber-sumber kewangan kepada anak-anak mereka tetapi
kurang memberi bimbingan dalam pelajaran anak-anak Kebanyakan
keputusan pendidikan adalah ditentukan oleh anak-anak sendiri atau guru-guru
dan rakan-rakan sebaya.

Selain itu,kurangnya pendedahan dan bimbingan daripada keluarga juga


menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelaja-pelajar
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anak-anak orang asli
bersekolah di sekolah kebangsaan di mana mereka mendapat pendidikan dan
pendedahan yang sama dengan pelajar lain. Namun, tidak semua daripada
mereka dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading walaupun mendapat
keputusan yang agak baik. Ini disebabkan mereka kurang pendedahan kepada
perkembangan semasa negara dan kurang mendapat bimbingan daripada
keluarga. Segala maklumat pendidikan hanya mampu didapati daripada guru-
guru dan rakan sebaya di sekolah.

Anak-anak orang asli juga masih rendah tahap kesedaran tentang hak
pendidikan mereka dan tidak mengetahui cara untuk memohon bantuan bagi
membiayai pengajian. Mengikut Tok Batin, seorang pelajar daripada
penduduk Batu 12 telah Berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi
Mara dalam bidang perhotelan. Namun, beliau terpaksa berhenti belajar dan
bekerja untuk mengumpul wang bagi menyambung kembali pelajarannya. Jika
orang asli ini mengetahui cara memohon pinjaman atau biasiswa, sudah tentu
dapat mengelakkan mereka menangguhkan pelajaran dan terpaksa berusaha
sendiri untuk memperolehi wang.

4 Masalah kewangan
Terdapat juga segelintir ibubapa yang tidak mempunyai sumber kewangan
yang cukup untuk membiayai pendidikan anak-anak di peringkat menara
gading. Kebanyakan anak-anak hanya mampu menamatkan persekolahan di
tingkatan tiga atau tingkatan lima Walaupun anak-anak mereka ada yang
memperolehi keputusan yang baik dala peperiksaan, namun segelintirnya
terpaksa berhenti sekolah untuk membantu ibubapa.

5 Perbezaan bahasa
Faktor bahasa juga menjadi salah satu halangan untuk masyarakat orang asli
terdedah kepada perkembangan semasa terutama yang berkaitan dengan isu
pendidikan. Di perkampungan orang asli Batu 12, dengan mempunyai 18 etnik
yang pelbagai seperti Senoi, Semai, Gritus, Bitomelai, Temiar, dan Janik
menggunakan dialek etnik masing-masing yang tiada kesamaan. Komunikasi
juga menjadi lebih terhad kerana hanya sedikit daripada mereka yang mampu
berbahasa Melayu. Jadi, maklumat-maklumat semasa atau perkembangan
pendidikan yang terkini tidak dapat diikuti dan difahami dengan jelas.

CADANGAN PENYELESAIAN
Perkampungan Orang Asli biasanya terletak di kawasan pedalaman. Sekolah
tidak semestinya dekat dengan perkampungan. Ini disukarkan dengan keadaan geografi
setempat yang berbukit dan dihimpit jurang gaung dan keadaan hutan yang tebal menjadikan
mustahil menyediakan setiap kampung sebuah sekolah untuk kemudahan penduduk
kampung.
Sungguhpun demikian, kemudahan pendidikan tetap diberikan kepada masyarakat Orang Asli
tetapi dalam bentuk berpusat. Beberapa pusat pendidikan bagi anak-anak Orang Asli dibina
bagi kemudahan beberapa buah kampung. Pusat-pusat pendidikan ini dirikan di pos-pos yang
terdapat di kawasan Orang Asli. Menyediakan kemudahan pengangkutan yang baik ini
tentang
pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka dan tidak boleh lagi mengharapkan anak
anak yang akan membantu mencari hasil hutan bersama mereka. Sekurang-kurangnya, taraf
hidup anak-anak Orang Asli ini lebih sempurna walaupun berada di dalam hutan belantara
yang
luas.
Pada masa yang sama, usaha dalam bentuk fizikal tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
Antara usaha fizikal tersebut ialah :
i. Sekolah perlu dibina berdekatan dengan perkampungan Orang Asli.
ii. Sekolah perlu dilengkapi dngan sumber tenaga guru yang berdedikasi dan memiliki
komitmen tinggi.
iii. Keperluan silibus pendidikan yang bersistematik.
Pendidikan dan kerjaya sememangnya dua perkara yang berkait rapat dengan taraf
atau
kualiti hidup sesebuah masyarakat. Bagi mendapatkan kerjaya yang baik dan pendapatan
yang bagus, hanya pendidikan yang baik sahaja yang mampu menjamin impian ini. Begitu
juga dengan masyarakat Orang Asli tidak juga ketinggalan di dalam meningkatkan kualiti
hidup mereka melalui pendidikan. Pendidikan yang diterima mereka sedikit sebanyak telah
membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Antara usaha lain ialah dengan menyediakan kemudahan peralatan dan


kelangkapan persekolahan dengan kelengkapan persekolahan yang setanding dengan di
bandar memudahkan pembelajaran. Selain itu , memperbaiki kelemahan dalam pengagihan
dan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan , supaaya anakanak orang asli mendapat
makanan yang secukupnya dan berkhasiat.

Bantuan kewangan menerusi JHEOA dan KWAPM, bagi ibubapa yang kurang
berpendapatan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Menempatkan guru besar serta guru-guru yang berkemahiran tinggi di sekolah-


sekolah yang mempunyai 100% orang asli . Selain menambah baikkan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas yang selaras dengan kehidupan harian mereka.
ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Orang kurang upaya (OKU) adalah seseorang yang tidak berupaya menentukan
sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang
individu atau tidak hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama
ada dari segi fizikal atau mental samada berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu
(Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008).

Bank Dunia menganggarkan bahawa orang kurang upaya merupakan 1/5 daripada
golongan termiskin dunia (Bank Dunia, 2010).

Kekurang upayaan adalah adalah suatu konstruk atau pandangan sosial di mana
kekurang upayaan dilihat sebagai hasil daripada halangan-halangan yang berpunca daripada
sikap dan persekitaran yang menghalang penyertaan penuh dan efektif mereka secara
saksama di dalam masyarakat (Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, 2010).

Menurut Hasnah Toran, Tajul Arifin Muhamad, Mohd Hanafi Mohd Yasin , Mohd
Mokhtar Tahar & Nur Hazwani Hamzah (2010), Akta OKU yang dilancarkan pada 2008
menyatakan bahawa OKU tidak boleh dikecualikan dari sistem pendidikan umum atas asas
ketidakupayaan mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Hasnah, Mohd Hanafi, Mohd Mokhtar dan
Norasuzaini (2009) mengenai halangan dan sokongan yang dialami oleh pelajar-pelajar yang
mengalami kekurangan upaya di sebuah IPTA tempatan melaporkan terdapat rakan rapat
yang banyak membantu mereka dari segi pengangkutan dan pembelajaran, namun dari
kalangan rakan-rakan sekuliah dari fakulti yang berlainan kerjasama kurang diberikan,
terutama semasa proses pembelajaran.
Antara Hak Asasi OKU yang perlu diketahui untuk menikmati peruntukan
keperluan dari segi pendidikan ,aksesibiliti ,pekerjaan ,komuniti Inklusif ,melindungi diri
daripada dibuli atau penderaan

Hak Mendapat Pendidikan 28(1) menjelaskan OKU mempunyai hak untuk pergi
ke sekolah dan pusat pendidikan, pelatih PDK boleh diajar latihan vokasional untuk
persediaan ke alam pekerjaan. Akta OKU 28(3) menjamin bahawa OKU mempunyai hak
mendapat kemudahan dan bahan pengajaran supaya boleh belajar.

MASALAH MELIBATKAN OKU


Kanak-kanak pekak biasanya menghadapi perkembangan bahasa yang lambat
berbanding akan-rakan mereka yang boleh mendengar (Mayer, 2007). Kebolehcapaian
sesuatu sumber pendidikan. Menurut Siti Zaharah Mohid , Nor Azan Mat Zin (2010), masih
banyak usaha perlu dilakukan didalam menerbitkan dan membangunkan material pengajaran
dan pembelajaran untuk komuniti pekak diperlukan untuk membantu mengurangkan jurang
komunikasi antara mereka dan masyarakat umum.
Kemudahan keperluan akses orang kurang upaya masih tidak mencukupi dengan
jumlah pertambahan golongan OKU di negara kita (Shalini a/p Sanmargaraja & Seow Ta Wee
(2010).
Golongan pendidik yang kurang kemahiran. Menurut Lokman Mohd Tahir, Nurul
Qistin Mustafa, Mohd Hanafi Mohd Yassin (2009) pendidik golongan berkeperluan khas ini
perlu menyesuaikan kaedah pembelajaran mereka dengan pelbagai jenis ketidakupayaan yang
dialami oleh pelajar di bawah bimbingannya.
PENDIDIKAN KHAS
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas
kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program
pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah
biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang
upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di
bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat
elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.
Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan
ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat
paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan
kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk
memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.
Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum
biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan
istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000)
Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai
perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus
atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif
dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan
sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang
ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya
yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

RANCANGAN PENDIDIKAN KHAS


A) Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
Murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran serta yang bermasalah
pembelajaran (sekolah menengah)

B) Program Pendidikan Khas Intergrasi (PKI)


Menempatkan murid-murid berkeperluan khas yang bermasalah pembelajaran, bermasalah
pendengaran dan bermasalah penglihatan
i)Sekolah rendah
ii)Sekolah menengah harian biasa
iii)Sekolah menengah teknik/vokasional (asing murid khas dan murid biasa) & separa
inklusif
SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS?
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa ( 1)
dalam ciri-ciri mental ( 2) keupayaan deria ( 3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal ( 4)
dalam tingkah laku social- emosi ( 5) dalam keupayaan komunikasi atau ( 6) dalam pelbagai
kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau
perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas
ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas
untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan
sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
PERISTIWA PENTING YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
KHAS
1)DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap
individu mendapat pendidikan yang menekankan keperluan keperluan pembelajaran untuk
orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk
menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
2)Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah
mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat
penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang
menjadi kanak-kanak normal.
3)AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas
bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.
4)LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran
melalui PERAKUAN 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan
dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana
tanggungjawab kementerian tertentu adalah sebagaimana berikut:
a) Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang
bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik.
b) Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-
kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.
c) Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan
menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko
Selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 1961
telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan
penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di
mana cirri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga
mereka memerlukan program pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah
juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka.
Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.

JENIS-JENIS MASALAH MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

* Kerencatan akal

* Masalah Penglihatan
* Masalah Pendengaran

* Masalah tingkah laku/emosi

* Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

* Palsi Serebral

* Masalah pembelajaran spesifik

* Masalah komunikasi dan bahasa

* Masalah Autisme

* Masalah pintar cerdaS

PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS

PENYAMPAIAN

Penyampaian pembelajaran dengan menggunakan kaedah tertentu. Contohnya


penggunaan bahasa isyarat.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran yang khusus yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan murid.

PERALATAN

Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-
kanak pekak dan mesin Brailler bagimereka yang buta.

BILANGAN PELAJAR DALAM KELAS

Bilangan pelajar dalam kelas Pendidikan Khas di Malaysia ialah 5-10 orang murid
dan jumlah ini dalam proses penambahbaikan sehingga menjadi nisbah guru-murid 1:1 pada
masa akan datang.

GURU PENDIDIKAN KHAS TERLATIH

Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas seperti


masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran.

PENGUBAHSUAIAN KURIKULUM

Kandungan kurikulum diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid.


AKTIVITI KOKURIKULUM

Diubahsuai dengan jenis murid berkeperluan khas

LATIHAN KEMAHIRAN OKU

Kolej Komuniti latih golongan OKU Kolej Komuniti juga akan terus menzahirkan
keprihatinan kepada pelajar golongan orang kelainan upaya (OKU) terutamanya kepada
pelajar berkeperluan khas (bermasalah pembelajaran)Oleh itu, Kolej komuniti mengambil
langkah untuk meluaskan lagi program kemahiran khas yang telah dimulakan di Kolej
Komuniti Selayang pada tahun 2008.Program Kemahiran Khas diwujudkan untuk
membolehkan Kolej Komuniti meluaskan akses pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional kepada pelajar kelainan upaya pembelajaran lemah melalui kerjasama daripada
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sejak Disember 2008 sehingga kini, Kolej Komuniti Selayang telah melahirkan
seramai 48 orang graduan OKU dengan 98 peratus berjaya mendapat tempat di industry
Maklum balas umum mendapati keperluan bagi Kolej Komuniti menyumbang ke arah
pembangunan golongan OKU ini sejajar dengan prinsip keterangkuman dan semangat
1Malaysia. Dalam menyokong hasrat murni ini, lima Kolej Komuniti lagi disasar untuk
membangunkan beberapa program yang bersesuaian.

Sistem pengajaran dan pembelajaran ini akan mengambil kira keperluan golongan ini
dengan matlamat menjadikan mereka insan yang mempunyai kehidupan yang bermakna,
individu yang berdikari dan warga negara yang dapat menyumbang ke arah kemajuan negara.

Pelajar istimewa ini akan dilatih menggunakan kurikulum yang digubal khas dan akan
dianugerahkan Sijil Khas Kolej Komuniti setelah memenuhi syarat program pengajian yang
ditetapkan.
TRANSFORMASI PENDIDIKAN ,PENDIDIKAN KHAS

Selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan mahupun transformasi dalam


kurikulum pendidikan, pendidikan untuk golongan OKU perlu selari dengan golongan anak-
anak di arus perdana. Sistem pendidikan khas di Malaysia seharusnya tidak lagi berada di
takuk lama. Kalau selama ini anak-anak OKU berada di tahap kelas ketiga disebabkan oleh
ketidakmampuan mereka menguasai akademik, stigma ini pahan ini perlu dilaksanakan
secara menyeluruh. Kalau OKU pekak gagal dalam akademik disebabkan ketidakmampuan
menguasai bahasa, mesti difikirkan cara untuk mengatasinya. Kerajaan telah berbelanja
jutaan ringgit bagi membiayai keperluan pemerolehan bahasa untuk anak OKU pekak. Guru-
guru telah dihantar untuk menjalani latihan kemahiran pakar audiologi dan jurupulih
pertuturan. Pusat-pusat perkhidmatan pendidikan khas yang lengkap dengan peralatan telah
dibina; perjawatan guru pertuturan juga telah diwujudkan dan elaun insentif telahpun diberi
kepada guru yang mengajar OKU. Tapi majoriti anak-anak OKU pekak masih lagi di tahap
lama, tiada bahasa. Namun begitu ada juga terdapat guru-guru yang benar-benar berusaha
memanfaatkan bayaran insentif RM250.00 dengan mendidik anak-anak OKU pekak sehingga
berjaya ke peringkat IPTA,IPTS dan IPGM. Tidak menghairankan kini telah ada OKU pekak
jadi cikgu, jadi chef, jadi pelukis pelan, dan jadi pelukis grafik.

KPM seharusnya meletakkan guru-guru yang telah dilatih dengan kepakaran


audiologis dan jurupulih pertuturan ini di sekolah-sekolah dan program pendidikan khas
pekak. Kalau tidak kerajaan hanya membazirkan wang rakyat membiayai latihan kepada
guru tapi tidak dapat digunakan kepakaran di tempat yang sesuai. Begitu juga dengan anak
OKU penglihatan. Sejarah telah membuktikan bahawa anak-anak OKU penglihatan boleh
berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan.

Kejayaan anak-anak OKU penglihatan memang terserlah. Tidak hairan kalau di


Malaysia OKU penglihatan boleh menjadi Professor, Penasihat Ekonomi kerajaan, menjadi
peguam dan menjadi pendidik yang berjaya. Malah ada OKU penglihatan menjadi pendidik
mengajar anak-anak normal di arus perdana. Hanya KPM belum berkeyakinan untuk
memberikan jawatan di peringkat penggubal dasar pendidikan. Di Jabatan Pendidikan Khas,
KPM pun masih belum berkeyakinan untuk memberi peluang OKU Penglihatan menjawat
jawatan walaupun sebagai operator telefon.

Dibanding dengan negara-negara maju seperti Jepun, pengalaman berada di negara


Jepun berbeza kalau Pensyarah universiti dan Kolej Peguruan ramai kalangan OKU
penglihatan. Amat menkjubkan bilamana seorang Professor Sains Anatomi di universiti,
yang OKU penglihatan, berulang alik dari Yokohama ke Tokyo setiap hari dengan menaiki
kereta api laju tanpa pembantu. Terdapat juga OKU penglihatan yang berjawatan Doktor
menjadi Ketua Jabatan Sains di sebuah Universiti Pendidikan. Malah ramai yang bergelar
Doktor yang mengendalikan pusat atau klinik terapi kesihatan sebagai juru urut dan juru
refleksologi secara profesional. Di Malaysia mungkin kita boleh berbangga dengan
Allahyarham Professor Dr. Ismail Salleh seorang OKU penglihatan yang telah menempa
kejayaan dalam hidup.

Sebenarnya OKU penglihatan kurang menghadapi masalah dalam sistem pendidikan


formal bersama anak-anak normal di arus perdana. Dengan adanya teknologi moden yang
mudah di dapati sekarang OKU penglihatan tidak menghadapi masalah untuk menerima
pendidikan formal. Apa yang perlu adalah sedikit penyesuaian perlu dilakukan kepada
kurikulum untuk anak-anak OKU penglihatan. Perlu ada dalam sistem pendidikan untuk
OKU penglihatan mata pelajaran seperti Pendidikan Transkripsi Braille, Pendidikan Seni
Visual Suaian, Pendidikan Jasmani Suaian, Pendidikan Orientasi dan Mobiliti, Pendidikan
Sains Suaian, Kemahiran Hidup Suaian dan Pendidikan Muzik. Adalah lebih baik kalau
Kemahiran Juru Urut, Juru Refleksologi dan Fisioterapi diwujudkan dalam sistem pendidikan
kebangsaan untuk diikuti oleh anak-anak OKU penglihatan. Ilmu dan kepakaran ini amat
memberi manfaat kepada OKU penglihatan. Mata-mata pelajaran ini masih belum lagi diberi
perhatian sejak berkurun pendidikan OKU penglihatan berjalan di Malaysia. Kemungkinan
dengan adanya transformasi pendidikan untuk golongan OKU penglihatan memberi ruang
untuk melakukan perubahan yang lebih jitu dalam keperluan kurikulum yang sesuai. Kita
tidak lagi dapat melihat OKU penglihatan mengemis di tempat-tempat awam, di kedai-kedai
makan dan di gedung-gedung besar di bandar-bandar dengan menjual tisu. Cukuplah mereka
menjadi pemuzik jalanan, tetapi mereka mempunyai kemahiran yang sukar dikuasai oleh
orang normal sendiri.

Mengimbau kembali sistem pendidikan OKU masalah pembelajaran merupakan


sistem yang paling muda dilaksanakan di negara ini. Selama ini pendidikan untuk golongan
ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Badan-badan Bukan Kerajaan
seperti KIWANIS, Persatuan Autisme, Persatuan Sindrom Down, Persatuan Kanak-kanak
terencat akal dan lain-lain Ngos. Walaupun telah berjalan hampir suku abad, pelaksanaannya
masih kurang mantap. Malah konotasi bagi masalah pembelajaran itu sendiri masih kabur di
kalangan semua pihak. Adakah ia hendak diinterpretasi berdasarkan kecacatan yang dihadapi
atau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid itu?. Kalau di negara maju kita lihat ada
kelas untuk anak OKU down sindrom, kelas untuk OKU autistik dan kelas untuk OKU
terncat akal. Kelas untuk golongan ini diasingkan mengikut kategori, tidak dilonggokkan
dalam satu kelas sebagaimana di Malaysia. Sindrom down, autisme, terencat akal dilambak
dalam satu kelas. Bayangkan bagaimana seorang cikgu pendidikan khas hendak menangani
satu kelas yang terdiri pelbagai kategori. Akhirnya cikgu tidak lagi mendidik sebaliknya
menjadi pengasuh dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Malah anak-anak autisme atau
down sindrom yang berpotensi untuk belajar terpinggir. Kurikulum OKU masalah
pembelajaran di Malaysia cukup gah. Kalau murid sekolah rendah aliran perdana belajar
lapan subjeks tapi anak OKU belajar berbelas mata pelajaran. Begitu lah hebatnya anak OKU
masalah pembelajaran di Malaysia. Akhirnya anak-anak OKU ini tak tentu hala tujunya.
Sukatan pelajaran untuk OKU bermasalah pembelajaran dibangunkan seolah-olah anak-anak
ini tidak akan berlaku perkembangan dalam memperoleh ilmu. Sebab itu kurikulum untuk
golongan ini kerap dianggap tidak mempunyai kualiti dan standard. Standard kandungan dan
standard pembelajarannya sama sahaja untuk sekolah rendah dan menengah. Kalau belajar
mata pelajaran teknologi maklumat sampai ke tua tidak mempunyai peningkatan. Cuba
bayangkan seorang murid autistic atau sindrom down hanya belajar memegang tetikus dari
umur 7 tahun hingga 19 tahun. Bagaimana anak-anak OKU bermasalah pembelajaran hendak
berkembang dalam pembelajaran. Di rumah pula mereka dah mampu menggunakan laman
facebook. Sebab itu, ramai dalam kalangan pendidik anak OKU bermasalah pembelajaran
enggan menggunakan kurikulum pendidikan khas yang dibangunkan oleh pihak KPM
sendiri, malah badan-badan NGOs yang menjalankan pendidikan golongan OKU sendiri
tidak menggunakan Kurikulum yang dibangunkan oleh KPM. Standardnya terlalu rendah
dan langsung tidak memberikan apa-apa impak terhadap perkembangan pembelajaran. Kalau
terdapat anak-anak OKU autistik yang berpotensi untuk mengikuti akademik, peluangnya
dinyahkan dan dipaksa untuk mengikuti kurikulum Masalah Pembelajaran hingga ke tua.
Impaknya ibu bapa kepada anak-anak OKU masalah pembelajaran kecEwa, kerana anak-
anak mereka tidak memperoleh apa-apa setelah bertahun-tahun berada di sekolah atau
program pendidikan khas kendalian KPM.

CADANGAN PENYELESAIAN

Meweujudkan sekolah yang mesra OKU (murid, guru, penjaga dan pelawat) .
Menyediakan peperiksaan khas dan pendidikan khas yang berkualiti,

Kemudahan yang sempurna dan sesuai untuk OKU di sekolah Penyediaan bahan
untuk pendidikan yang adil untuk golongan OKU.

Melalui pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, cadangan yang diberikan supaya


boleh dilaksanakan ialah dengan mengeluarkan pekeliling ataupun peringatan kepada sekolah
tentang kepentingan program Pendidikan Khas. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak
Kementerian harus dipatuhi oleh semua guru dan mampu menjadi titik tolak kepada
perubahan pemikiran prejudis terhadap guru-guru dan murid Pendidikan Khas. Cadangan
kedua ialah berkaitan tindakan yang boleh diambil oleh guru Pendidikan Khas untuk
mengatasi isu ini. Guru-guru pendidikan Khas perlu mengadakan sebuah ceramah
pendedahan tentang program pendidikan Khas di kalangan pihak pengurusan pentadbiran dan
guru-guru aliran perdana terutamanya jika sekolah tersebut baru sahaja membuka program
Pendidikan Khas. Adalah diharapkan melalui kedua-dua cadangan seperti ini mampu
membuka mata dan minda guru-guru lain tentang kepentingan program Pendidikan Khas di
sekolah.
Kesimpulannya, setiap pihak mempunyai isu yang perlu diketengahkan Maka, pihak
tersebut iaitu pihak pengurusan pentadbiran, guru Pendidikan Khas dan ibu bapa perlu
menjalankan peranan masing-masing dan melalui kerjasama yang dibentuk, segala isu yang
timbul diharapkan dapat diselesaikan.

RUJUKAN

Abdul Razaq Ahmad & Zalizan Mohd Jelas. 2009. Masyarakat orang asli: perspektif
pendidikan dan sosiobudaya. Bangi: Penerbit UKM. Hlm 47-58. ISBN 978-967-5048-72-2.

Bank Dunia. 2010. Disability and the millennium development goals.


http://web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/TOPICS/EXTSOCIALPROTECTION/EX
TDISABILITY/0,,contentMDK:21162907~menuPK:3265756~pagePK:210058~piPK:21006
2~theSitePK:282699,00.html [18 Oktober 2012 ].

Basir Zaharom. 2008. Pendidikan orang asli. Berita Harian.


http://www.scribd.com/doc/14269900/masalah-keciciran-pelajaran-kaum-orang-asli. [ 15
Oktober 2012]

Colin Nicholas. 2010. Orang Asli rights problems solutions/a study commissioned by
Suhakam. Kuala Lumpur.

Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Taha & Norasuzaini Sujak. 2009.
Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi
pengajian di Malaysia, ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education Vol 1,
No 2: 18-29.

Hasnah Toran, Tajul Arifin Muhamad, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar, Nur
Hazwani Hamzah. 2010. Pengetahuan dan sikap rakan sebaya terhadap pelajar kurang upaya
di sebuah IPTA di Malaysia. Issn: 1985-5826 Ajtlhe Vol. 2, No.2, July 2010, 21-32

Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2008. Bantulah dan hormatilah OKU. Atas talian :
http://realitioku.blogspot.com/2008/01/bantulah-hormatilah-oku.html ( 21 Oktober 2012).

JHEOA. 2003. Pelan tindakan pembangunan pendidikan orang asli. Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia.

Lokman Mohd Tahir, Nurul Qistin Mustafa, Mohd Hanafi Mohd Yassin. 2009. Pendidikan
teknik dan vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas (Vocational dan Technical Education
for Special Needs Students). Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, Jil. 24, 7387, 2009.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mayer, C. 2007. What really matters in the early literacy development of deaf children.
Journal of Deaf Studies and Deaf Education.; 12:411-431.

Nurul Farhana Binti Jumaat. 2010. ICT dalam pendidikan anak-anak orang asli di sekolah-
sekolah rendah. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai: Johor.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 2010. Konvensyen hak-hak orang kurang upaya.


http: //www.un.org/disabilities/convention/conventionfull.html [ 15 Oktober 2012

Sanmargaraja, Shalini & Ta Wee , Seow. 2011. Kajian penyediaan fasiliti Orang Kurang
Upaya (OKU) di Institusi Kerajaan di Nusajaya, Johor Bahru. Kertas Kerja Persidangan
Kebangsaan Geografi Dan Alam Sekitar Kali Ke 3, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim.

Siti Zaharah Mohid , Nor Azan Mat Zin. 2010. Kemudahcapaian perisian pendidikan
multimedia untuk pengguna masalah pendengaran. Proceedings Of Regional Conference On
Knowledge Integration In ICT 2010.

Zunaida Zakaria, Abdul Razaq Ahmad, Ahamad Rahim & Arbaat Hassan. 2010. Kesedaran
ibubapa terhadap pendidikan anak-anak dalam kalangan masyarakat orang asli. Proceeding
International Seminar : Comparative Studies in Educational System Between Indonesia &
Malaysia.

You might also like