You are on page 1of 5

NAMA PELAJAR

SURESH A/L SUBRAMANIAM

NO MATRIK

MP1612397T

NAMA PENSYARAH

DR. WAN MARZUKI WAN JAAFAR

KURSUS

ETIKA, NILAI, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM

KAUNSELING

KAJIAN KES
KES 1

Olympia - Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang

memiliki license of Mental Health (CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan

hubungan seksual semasa mengendalikan kes kaunseling. Carbery disabitkan kesalahan pada

7 September 2005 di Steven County Supervisor Court dengan melakukan 3 kali perkosaan ke

atas kliennya. Carbery didapati tidak dapat menjadi seorang kaunselor yang baik, dan beliau

yang masih mempunyai kontrak dengan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang

menyediakan perkhidmatan kaunseling kesihatan kepada kliennya.

Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua orang

klien perempuan semasa mengadakan perkihmatan kaunseling. Carbery juga didapati

bersalah kerana cuba menakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya kejadian tersebut

dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial, Carbery akan mengancam anak-anak

kliennya. Carbery mempunyai 20 hari untuk memberikan maklum balas di atas tuduhan

tersebut. Daripada kes tersebut, didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai seorang

kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor 2005, batasan seksual

, bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan. Contohnya, kaunselor

dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Justeru itu, gangguan seksual akan

menyebabkan ahli-ahli kelompok tidak selamat dan kebolehpercayaannya terhadap kaunselor

tergugat.
KES 2

Seorang kaunselor pembimbing didapati bersalah kerana mengadakan seks dengan

kliennya yang berusia 16 tahun. Jenniffer Villacrusis disabitkan kesalahan minggu lepas,

kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai kaunselor dan secara tidak langsung melanggar

etika seorang kaunselor. Menurut laporan polis, beliau dan pelajar melakukan kesalahan

tersebut di pejabatnya, Hugesville Junior High School dan di rumah kediamannya. East

Lycony School Superintendent Dave Price, mengesahkan Villacrusis telah digantung bekerja

pada hari Selasa, dan kes ini akan didengar pada 22 Januari di bilik mesyuarat.

Ahli mesyuarat akan membuat keputusan sama ada beliau akan terus atau berhenti

daripada kerjaya sebagai seorang kaunselor. Polis turut mengesahkan satu penyiasatan

terhadap remaja tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Villacrusis tidak memberikan

kerjasama. Penyiasatan ini bermula minggu lepas selepas Villacrusis mendapatkan

perkhidmatan hospital dan memberitahu kepada seorang jururawat bahawa dia telah dirogol

dan tidak mahu membuat laporan polis.


KES 3

Olympia- Jabatan Kesihatan Negeri Washington telah menahan James F. Durham

seorang kaunselor yang juga mempunyai banyak kepakaran professional dalam

mengendalikan bahan kimia . Beliau ditahan diatas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan

penyalahgunaan dadah. Tindakan disiplin dikenali sebagai pergantungan tanpa

perbincanganbermaksud Durham yang mempunyai sijil CP 828 dan berdaftar sebagai

RC11842, didapati tidak dibenarkan bekerja sebagai seorang kaunselor dan juga pakar

mengendalikan bahan kimia sehinggalah kes beliau dibicarakan semula. Durham mempunyai

20 hari untuk memberikan respond diatas tuduhan tersebut. Durham ditahan di atas berurusan

dengan kumpulan kecil untuk tujuan yang tidak bermoral pada 3 June 2001. Perbicaraan

beliau dijadualkan pada 18 Oktober 2001.

Sebelum ini Durham didapati banyak melakukan perbuatan tidak bermoral dan masih

berhubungan dengan pesalah-pesalah juvana untuk urusan peribadi. Penyiasat yang

ditugaskan daripada Jabatan Kesihatan mendapati Durham gagal menunjukkan kesalahan

jenayah di kawasan Yakima dan King. semasa permohananya sebagai pakar penggunaan

bahan kimia . Rekod jenayah Durham sebelum ini mengandungi rompakan berbahaya pada

tahun 1978 dan kejadian jenayah kredibilitinya pada Mac 2000. Merujuk kepada kes ini pula,

kaunselor didapati melanggar etika serta menghilangkan kepercayaan kelompok terhadap

kewibawaan kaunselor. Oleh itu. Dengan tertubuhnya, Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998,

dengan ini mengesahkan bahawa sebarang salahlaku , maka secara automatiknya, jawatan

kaunselor akan digantung sehinggalah kes tersebut dibicarakan.


KESIMPULAN

Daripada kes-kes di atas, dapat mengukuhkan lagi bahawa wujud isu-isu yang berlaku

dalam kaunseling kelompok yang mengganggu proses ataupun sesi dari berjalan dengan

lancar mengikut kaedah yang sebenarnya. Namun isu-isu ini dapat dielakkan jika pemimpin

yang mengendalikan kelompok mempunyai etika yang telus.

You might also like