You are on page 1of 14

Matematik

Tambahan dalam
seni bina

Nama: Wan Asma Najihah Wan Azman


Kelas: 5 Takwa
No. I/C: 000212-10-1154
Nama Cikgu: Dr. Hjh Zainon binti Basiron
Isi Kandungan

Bil Butir
1. Penghargaan
2. Objektif
3. Sejarah ringkas roller coaster
4. Aplikasi matematik dalam roller coaster
5. Bahagian 1
6. Bahagian 2
7. Bahagian 3
8. Bahagian 4
9. Rumusan
Penghargaan
Alhamdulillah, pertama-tamanya saya ingin bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan kurniaNya dapat saya sempurnakan kerja projek Matematik Tambahan tahun 2015 ini.
Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan khas buat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang memberi peluang kepada saya dan semua
pelajar tingkatan lima seluruh Malaysia bagi menghasilkan satu kerja projek yang unik dan
berguna kepada diri sendiri,masyarakat dan negara. Sekalung penghargaan saya hulurkan
buat guru matapelajaran matematik tambahan saya iaitu Puan Zainon binti Basiron yang
telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja projek ini. Tidak lupa
juga kepada kedua ibu saya iaitu Fauziah binti Sulaiman yang memberi sokongan dan
semangat yang padu agar saya tidak berputus asa dalam menjayakan projek ini.Selain itu,
saya juga sangat berterima kasih kepada rakan rakan saya terutamanya rakan sekelas saya
iaitu rakan-rakan lelaki dan perempuan kelas 5 Takwa yang banyak telah banyak membantu,
memberikan dorongan, kerjasama dan komitmen yang besar kepada saya semasa
menjalankan kerja projek matemtik tambahan ini. Jutaan terima kasih saya hulurkan kepada
semua yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa mereka saya tidak
dapat menghasilkan projek yang berguna ini dengan sempurna yang sememangnya
memerlukan bantuan daripada individu lain. Saya berharap agar dengan adanya kerja kursus
ini, saya dapat membentuk diri menjadi lebih berdisiplin dan berfikir secara rasional dan
kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Saya amat berharap agar saya
mendapat gred yang baik bagi mata pelajaran matematik tambahan dan mata pelajaran yang
lain serta mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Objektif
Antara objektif kajian projek ini yang ingin dicapai ialah :

Dapat mengaplikasikan dan menyesuaikan pelbagai stratergi untuk menyelesaikan


masalah. Melalui pengalaman pembelajaran yang mencabar , menarik dan bermakna .
Meluaskan pengetahuan dan kemahiran berfikir dengan cara yang berkualitidalam
menyelesaikan masalah kehidupan sebenar.
Memperoleh kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang berkesansecara lisan
dan bertulis serta menggunakannya untuk mengekspresikan ideamatematik dengan
betul dan tepat.
Meningkatkan minat dan keyakinan serta mengukuhkan pengetahuan dankemahiran
matematik melalui pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah.
Menyedari bahawa matematik adalah satu bidang ilmu yang penting
dalammenyelesaikan masalah kehidupan sebenar lantas menerapkan sikap positif
terhadap matematik.
Melatih diri belajar secara berdikari , berkolaborasi , bekerjasama dan berkongsi
pengetahuan dalam persekitaran yang bermanfaat dan sihat.
Melatih diri untuk menghargai nilai nilai intrinsik matematik dan menjadilebih kreatif
dan inovatif
Bahagian 1

a) Sejarah ringkas roller coaster

Setiap perkara pasti ada titik permulaan dan sejarawan roller coaster bersetuju bahawa asal
usul roller coaster ialah Russian Ice Slides. Luncur ais ini mula muncul semasa abad ke-17 di
Russia di mana sebahagian pembinaannya adalah dalam sesebuah kawasan yang dikenali St.
Petersburg. Struktur luncur ais adalah dibina daripada kayu yang dilapisi lapisan ais dengan
ketebalan beberapa inci atas permukaanaya. Penunggang memanjat tangga luncur ais yang
dipasang pada belakang luncur ais, memecut ke bawah dengan jatuhan 50 darjah dan
mendaki tangga luncur ais yang selari dengan tangga yang pertama. Ratu Russia, Catherine
the Great sangat meminati keseronokan luncur-lucur tersebut dan terdapat beberapa luncur
yang dibina atas tanahnya sendiri.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai siapa sebenarnya yang telah meletakkan roda pada
gerabak dan mencipta gerabak yang beroda. Robert Carmell, penulis buku The Incredible
Scream Machine: A History of the Roller Coaster, mengatakan bahawa Russia yang membina
mesin beroda pertama di dunia. Beliau mengatakan bahawa ia dibina pada tahun 1784 dan
mempunyai gerabak yang boleh bergerak dengan lancar di atas bukit dengan landasan yang
beralur

Sejarawan lain mengatakan bahawa Perancis yang telah meletakkan roda pada gerabak. Pada
tahun 1817, dua roller coaster telah dibina di Perancis yang dinamakan Les Montagues
Russes a Belleville dan The Aerial Walk, di mana kedua-duanya mempunyai gerabak yang
ditetapkan dengan cara yang khusus
Russes a Belleville ialah roller coaster pertama yang menetapkan gerabak-gerabak yang
mempunyai slaid bergandar dimuatkan dalam alur pada landasan. Ia direka supaya gandar
setiap gerabak muat dalam kawasan terbuka yang diukir pada sisi landasan bersamaan
dengan roda upstop zaman kini. Roller coaster ini mempunyai dua landasan yang
bersebelahan dengan penunggang berada pada menara yang sama

The Aerial Walk pula mempunyai susun atur berbentuk hati dengan dua landasan bergerak
pada arah yang bertentangan dari satu menara utama. Landasan kemudian bergerak
mengelilingi laluan ditetapkan, bertemu di bahagian bawah dan mendaki bukit angkat yang
selari

Roller coaster bergelung yang pertama berada di Frascati Gardens di Paris, Perancis. Bukitnya
adalah setinggi 43 kaki, mempunyai gelung selebar 13 kaki dan diuji dengan teliti sebelum
manusia dibenarkan untuk menaikinya. Susun atur yang digunakan adalah ringkas,
penunggang menuruni cerun yang kurang curam dalam gerabak kecil dan melalui sebuah
gelung besi. Ia diimport dari England di mana terdapat gelung yang dibina pada skala yang
lebih kecil iaitu berdiameter hanya 6 setengah kaki berbanding dengan gelung berdiameter
13 kaki mereka sebelum ini

Ia terus beroperasi selama 20 musim dan keseronokan landasan tersebut mula lapuk.
Kemuduian, Centrifugal Railway dibina di sarkas Napoleon, tetapi ia mengalami kemalangan
semasa ujian percubaan dan segera ditutup. Setelah beberapa tahun menyepi, seorang lelaki
bernama La Marcus Thompson mencipta roller coaster pertama di Amerika Syarikat dan
membawa kepada perkembangan roller coaster sehingga ke hari ini. La Marcus Adna
Thompson yang bekerja di Gravity Switchback Railway membuka Coney Island di Brooklyn,
New York pada tahun 1884. Dia membuat roller coaster yang dapat naik turun. Pada tahun
1886, Thompson mendaftarkan rekabentuk roller coaster nya itu

Pada tahun 1959, taman Disneyland memperkenalakan rekabentuk roller coaster yang baru
dan roller coaster inilah yang pertama kali menngunakan trek baja baja membentuk paip.
Sebelumnya trek menggunakan kayu.. kini rekabentuk roller coaster semakin berkembang
dengan pelbagai bentuk. Di tempat-tempat hiburan besar, roller coaster menjadi salah satu
permainan yang paling digemari kerana keseronokannya mampu memacu adrenalina

Bentuk permaina ini ternyata mempunyai sejarah yang cukup panjang sehinnga membawa
kepada berbagai-bagai bentuk roller coaster yang mampu menjamin keselamatan dan
keseronakan pemain.
b) Aplikasi matematik dalam pembinaan roller coaster

Membina roller coaster banyak memerlukan matematik. Pertama sekali, pereka roller
coaster mesti mengetahui halaju maksimum gerabak tanpa ia tergelincir daripada landasan.
Sedikit sahaja kesilapan menentukan soal hidup dan mati penunggang roller coaster.

Matematik digunakan sejak mula lagi ketika mana jurutera mula untuk berfikir mengenai
pembinaannya. Jurutera harus mengetahui tinggi dan panjang yang tepat serta bolehkah
dibina bertepatan dengan konsep matematik. Mereka mesti mengetahui adakah jatuhan
pertama adalah cukup pantas bagi gerabak untuk melalui landasan.
Mengetahui landasan roller coaster diperbuat daripada apa dan berapa banyak bahan
yang diperlukan juga penting. Sekiranya jurutera bercadang untuk membuat landsan kayu,
dia mesti mengetahui bahawa roller coaster itu tidak boleh dibina setinggi landasan besi dan
sudut, berat gerabak dan kelajuan gerabak mesti diambil kira. Sekiranya bercadang untuk
membina roller coaster besi, jurutera mesti membuat keputusan uuntuk membina roller
coaster yang dilancarkan atau roller coaster engkol yang biasa.

Untuk roller coaster yang dilancarkan, pereka harus menentukan jumlah tekanan yang
perlu diletakkan pada gear pelancaran. Berat gerabak juga haruslah dititikberatkan. Sekiranya
gerabak terlalu berat untuk gear pelancaran, gerabak tidak dapat melalui landasan
sepenuhnya atau gear akan hancur sepenuhnya yang boleh mengakibatkan kjecederaan atau
pembaziran wang. Untuk gear engkol, berat gerabak juga sangat penting. Sekiranya terlalu
berat, rantai besi akan putus dan gerabak akan bergerak ke bawah walhal sepatutnya ia
mendaki ke atas.

Sama ada bahan yang digunakan ialah besi atau kayu, pereka harus mengambil berat
mengenai cerun jatuhan, jumlah keterbalikan, bilangan pusingan, ketinggian, kelajuan malah
bilangan rehat yang dipelukan oleh gerabak. Cerun dan tinggi jatuhan pertama merupakan
antara komponen yang paling penting dalam sesebuah roller coaster. Ia merupakan
komponen penting kerana komponen ini yang menentukan sama ada gerabak mampu
melalui landasan pada kelajuan yang tetap dan bolehkah gerabak melalui gelungan dan
selekoh. Sekiranya terlalu banyak keterbalikan atau pusingan, gerabak tidak mampu kembali
ke menara walaupun jatuhan adalah cukup besar untuk mengekalkan kelajuan gerabak roller
coaster.

Panjang landasan juga penting untuk menentukan berapa tinggi yang diperlukan untuk
melakukan jatuhan dan sudut apakah yang diperlukan. Sekiranya landasan terlalu panjang
untuk gerabak bergerak pada kelajuan yang sama, maka jurutera haruslah melakukan

pelancaran yang lebih berkuasa atau jatuhan yang lebih tinggi dan lebih curam. Sekiranya
terlalu pendek, jurutera perlu memperbanyakkan rehat pada landasan untuk
memperlahankan gerabak agar gerabak tidak merempuh menara yang boleh mengakibatkan
kecederaan malah kematian. Landasan untuk gerabak berehat perlu diletekkan secara
strategik agar gerabak tidak terhenti di tengah jalan.

Sesetengah roller coaster sangat ekstrem sehinggakan daya graviti (G-force) digunakan
menyebabkan penunggang hilang kesedaran. Untuk menyelesaikan masalah ini, pereka roller
coaster mula menggunakan gelung berbentuk air mata dipanggil clothoid, di mana
lengkungan landasan adalah lebih tajam di atas berbanding di bahagian bawah. Dengan cara
ini, kebanyakan pusingan berlaku di bahagian puncak semasa gerabak adalah pada kelajuan
paling perlahan dan pecutan yang paling minimum.

Satu bidang yang mungkin diambil remeh dan dianggap tiada kaitan dengan matematik
iaitu bidang operasi. Seseorang yang mengendalikan roller coaster harus mengetahui masa
yang tepat untuk melancarkan gerabak kerana sekiranya terdapat lebih daripada satu
gerabak yang beroperasi dan orang yang melancarkan dua gerabak terlalu cepat,
pelanggaran antara keduanya boleh berlaku.

Akhirnya bahagian yang paling penting dalam pembinaan roller coaster iaitu mengetahui
kos dan modal yang ada. Sekiranya seseorang terfikir akan sebuah roller coaster yang hebat
tetapi tiada modal, tiada gunanya mencuba untuk menjadikan roller coaster tersebut
beroperasi. Bukan sahaja perlu mengetahui kos pembinaan, jurutera perlu memasukkan
sejumlah wang sebagai insurans ke dalam akaun. Semakin banyak duit yang ada untuk
dijadikan modal, semakin baik roller coaster yang boleh dicipta.

Bahagian 2

a) Pada 20 saat
b) Ketinggian minimum ialah 65m dan ketinggian maksimum ialah 5m.
Masa Ketinggian dari
(s) tanah (m)
0 65
1 43
2 26.6
3 15.2
4 8.2
5 5
6 5
7 7.6
8 12.2
9 18.2
10 25
11 32
12 38.6
13 44.2
14 48.2
15 50
16 49
17 44.6
18 26.2
19 23.2
20 5

70

60
Ketingginan dari tanah (m)

50

40

30

20

10

0
0 5 10 15 20 25
Masa (s)

Bahagian 3
Kaedah 1

y + t2 = t

y = -t2 + t

y/t= -t2 +

m = - x= t c=

t 0.50 1.00 1.50 2.00 2.25


y/t 0.80 0.71 0.41 0.31 0.02

m= 0.71 - 0.8

1 - 0.5

m = - 0.18

= 0.18

Y = 0.18X +

(0.8) + (0.18)(0.5) =

= 0.89

Kaedah 2

y + t2 =

Gantikan dengan nilai y dan t2


0.4 + 0.25 = 0.5 1

0.71 + = 2

Gantikan 2 dalam 1
0.4 + 0.25 = 0.5(0.71 + )

= 0.18

Gantikan nilai dalam persamaan 2

0.71 + 0.18 =

= 0.89

Bahagian 4
a) Fungsi roller coaster saya h(t) = -0.1t3 + 3.4t2 - 22t + 70

Graf diplotkan berdasarkan jadual dibawah:

Masa (s) Ketinggian (m)


0 70
1 51.3
2 38.8
3 31.9
4 30
5 32.5
6 38.8
7 48.3
8 60.4
9 74.5
10 90
11 106.3
12 122.8
13 138.9
14 154
15 167.5
16 178.8
17 187.3
18 192.4
19 193.5
20 190

70

60

50
Ketinggian (m)

40

30

20

10

0
0 5 10 15 20 25
Masa (s)
Bahagian 4

i)
ii) Diameter adalah 30m, dengan itu jejari (amplitud graf) akan 15m

Tempohnya ialah 60s, gantikan dalam formula;


2 2
= =
60 30

Pusat roda ialah 17m di atas tanah, jadi itu akan menjadi garis tengah
Corak kosinus adalah terbalik, jadi formulanya ialah


h(t) = 15 cos 30 + 17

iii) Gantikan t = 45 dalam formula diatas;



h(45) = 15 cos 30 (45) + 17

ketinggian ialah 17m

iv) Gantikan nilai 15m dalam formula tersebut;



15 = 15 cos 30 t + 17
1517
= cos t
15 30
2
cos 1 = t
15 30
(82.34)(30)
=t

t = 13.7 s

Jika roda Ferris akan naik dan turun, berkemungkinan ketinggian akan berada di 15m, dengan
itu,

30s 13.7s = 16.3s

30 s + 16.3s = 46.3s

Masa akan jadi 13.7s dan 46.3s.


Rumusan
Projek ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang mengaplikasikan dan
mengadaptasikan matematik dalam kehidupan seharian. Selepas melakukan penyelidikan,
menjawab soalan, melengkapkan jadual dan menyelesaikan beberapa masalah, saya
mendapati bahawa penggunaan matematik adalah penting dalam kehidupan seharian kita.
Kesimpulannya, penciptaan yang paling baik adalah mempunyai rekabentuk yang menarik,
kos yang berpatutan dan mudah untuk mendapatkannya. Akhirnya, beberapa aspek yang
penting telah didapati dalam perekaan ini. Oleh itu, tidak hairanlah rekabentuk memainkan
peranan penting untuk memasarkan sesuatu produk.

You might also like