You are on page 1of 13

Denggi

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa

maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit

ini.Penyakit ini boleh terjadi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada

gigitan nyamuk aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari kadangkala mengambil

masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.Penyakit ini kerap berlaku di kawasan Bandar

berbanding dengan kawasan luar Bandar.

Disebabkan sejenis kuman virus yang dipanggil kuman virus denggi.Virus ini tergolong

dalam keluarga togaviridae merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga.Terdapat 4

jenis serotypevirus yang telah dikenal pasti iaiti den 1,den 2,den 3 dan den 4.Semua jenis

serotype ini boleh merangsang pembentukan antibody yang berbeza-beza.Namun

begitu,kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis

virus denggi.Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.Virus ini masuk

ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam

tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi.Gigitan nyamuk merupakan

satu cara penyebaran virus deggi dari seseorang ke seseorang yang lain.Daripada satu gigitan ia

boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 milligram darah iaitu 1 hingga 5 kali

beratnya.Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat

2 jenis nyamuk aedes yang membawa virus aedes iaitu:


Aedes aegypti Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak berbentuk kecapi di

kepala.Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat

gelap di dalam rumah.Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam

dan luar rumah.

Aedes albopictus Ciri-ciri nyamuk ini ialah terdapat garisan putih-perak di sepanjang

pertengahan kepala dan badan.Terdapat dalam kalangan perumahan di Bandar juga hutan

terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di rumah.Kadang-

kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia.Di samping bekas buatan,nyamuk

ini juga boleh berkembang biak dalam pelbagai bekas alamiah seperti lubang pada

pokok,tunggul pokok,buluh,ketiak daun seperti daun pandan dan nanas serta tempat

bertakung.

Jarak kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
Cara jangkitan
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.

Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk.

Memerlukan masa pengeraman selama 8 hingga 10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul

di dalam air liurnya ke dalam system aliran darah manusia.Apabila nyamuk aedes betina

menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi.ia akan melengkapi kitaran hidup

virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.

Penularan virus denggi bolah juga tergolong apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah

orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk dengan segera menggigit orang lain pula.Ini

menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran

darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman.Cara ini dipanggil Penularan mekanikal.

Jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu

proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur,jentik-jentik hingga kapada

serangga dewasa generasi berikutnya.Proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di

persekitaran.Melalui proses ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga

sebagai perumah kepada agen penyakit.


Tempat pembiakan
Di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh

membiak di dalam air yang kotor.

Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga,tadah air seperti

kolam mandi,tempayan atau baldi dan perangkap semut.

Di luar rumah seperti di dalam tayar buruk,saluran air hujan,,tin-tin kosong,kawasan

pembinaan,cawan getah,lubang pokok,tingguk buluh,ketiak daun seperti daun pandan dan

nanas.
Jenis-jenis penyakit denggi
Deman denggi klasikal
Pesakit menunjukkan gejala demam,ruam,sakit badan,sakit sendi dan sakit otot.Gejala

penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian.Demam ini juga

pernah dinamakan demam patah tulang atau breakbone fever.

Demam denggi berdarah


Biasanya terjadi dalam kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan 2 hingga 13

tahun.Pada tahap awal selama 2 hingga 4 hari.Gejala yang dihadapi adalah sama seperti

demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti

tekanan darah rendah,ruam dan bintik-bintik merah di badan,pendarahan gusi,berak

berdarah disertai dengan sawan dan tidak sederkan diri.Ia sering menyebabakan

kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera.Ia juga dipanggil sebagai demam

berdarah Filipina.
Tanda-tanda gejala.
Demam denggi klasikal.

Bergantung kepada usia pesakit tersebut.

Bagi bayi dan kanak-kanak cirri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas.

Orang dewasa dan remaja.demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung

selama 2 hingga 7 hari,sakit kapalasakit di belakang mata,sakit otot dan sendi yang

diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke 3 dan 4.Bintik-bintik merah di bawah kulit

yang boleh didapati dan hasil ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet

dalam darah menurun.

Demam denggi berdarah.

Mempunyai 4 ciri klininikal utama seperti demam yang sangat

panas,pendarahan,pembesaran hati dan kegagalan system peredaran darah.

Pendarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit,pendarahan

hidung,gusi,darah dalam najis,kencing berdarah dan kadangkala mendapat haid tang

berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal.

Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan

dan kongesti kulit,kebiruan dan peningkatan kadar nadi.

Kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan

atau dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome


Rawatan demam denggi klasikal
Rawatan yang diberikan adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan

pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari pendarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah.

Demam yang sangat panas,kehilangan salur makan dan muntah menyebabkan dehidrasi.

Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.

Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko penyakit sawan.Oleh itu,demam

patut dikawal oleh antiseptic.

Pesakit akan diawasi supaya gejala pendarahan dan sawan dapat dikesan awal.

Masa yang paling penting ialah pada hari ke 5 hingga 7.

Maka pemberian aliran intravena perlu jika kiraan himatokrit meningkat kerana ini

menggambarkan darjag kehilangan plasma.


Kesimpulan
Oleh hal yang demikian,orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tingggal

mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak denagan membersihkan kawasan rumah dan

membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses

pembiakan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.
Minit Mesyuarat Projek
Tajuk : Mesyuarat Projek Berita/Buletin Warga Sihat(Demam Denggi)

Tempat : Kelas 5 Sains 1

Tarikh : 5 Januari 2010

Masa : 11.50 pagi 12.30 tengah hari

Ahli Mesyuarat :

1)Azizah bt. Ismail

2)Auji Shazwani bt. Samsudin

3)Nur Asmida bt. Mor Azari

4)Mohd Firdaus b. Mohd Shah

5)Narmatha A/P Muniandi

Tujuan : Membincangkan projek yang hendak dilaksanakan iaitu tentang penyakit demam denggi.

Keputusan Mesyuarat :

1.Semua ahli kumpulan telah bersetuju untuk memilih tajuk demam denggi.

2.Mesyuarat telah bersetuju dengan pembahagian tugas yang telah dicadangkan.

Tindakan susulan :

Semua ahli telah menjalankan tugas masing-masing bagi menyiapkan projek ini.
Objektif Projek :

1.Dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar tentang bulletin warga sihat.

2.Dapat meningkatkan kefahaman dalam diri para pelajar tentang jenis-jenis penyakit dan
punca-puncanya.

Pelaksanaan Projek

Perancangan

Perancangan untuk mengadakan projek ini telah dibuat pada 5/1/2010 dalam mesyuarat kali

pertama yang diadakan pada 5/1/2010.Semua ahli telah bersetuju untuk membuat projek

tentang berita/bulletin Warga Sihat(Denggi).Mesyuarat juga telah bersetuju untuk mengadakan

projek secara berkumpulan.Dalam mesyuarat yang diadakan,ahli telah diberi tugas masing-

masing.Mesyuarat juga telah membincangkan cara projek tersebut dijalankan.

Secara keseluhurannya,Projek tentang Buletin/Berita Warga Sihat(Denggi) ini dapat

dilaksanakan dengan jayanya.Semua aktiviti yang dijalankan telah dapat mencapai objektif yang

dijalankan.
Refleksi
Secara keseluhurannya,projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila semua ahli dapat

menjalankan tugas dan peranan masing-masing dengan baik.Berikut ialah rumusan daripada

refleksi yang dikemukakan oleh setiap ahli kumpulan.

1.Semua ahli mengetahui prosedur mengadakan dan mengendalikan mesyuarat.

2.Semua ahli mendapat pengetahuan dan pengalaman tentang perkata yang berkaitan dengan
mesyuarat seperti menyusun agenda mesyuarat.mencatit minit dan sebagainya.

3.Setiap ahli berpeluang untuk mengemukakan pendapat atau cadangan tentang sesuatu
perkara.

4.Setiap ahli berpeluang untuk menjalankan peranan yang telah dipertanggungjawabkan.

5.Setiap ahli dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk mengendalikan sesuatu projek.

6.Setiap ahli mendapat pengalaman tentang cara berkomunikasi dengan mesyarakat luar.

7.Setiap ahli mendapat maklumat tentang Buletin Warga Sihat(Denggi).

Selain itu,setiap ahli juga telah dapat mengenal pasti masalah ketika menjayakan projek ini :

1.Kesukaran untuk menetapkan masa yang sesuai bagi mengadakan mesyuarat kerana masing-

masing mempunyai komitmen yang lain.

2.Dari segi kewanagan,peruntukan yang terhad juga dapat mempengaruhi aktiviti yang hendak

dijalankan.
3.Dari segi masa pula,pihak sekolah juga ada menjalankan aktiviti lain.Oleh itu,aktiviti yang

dijalankan ini bertindih dengan beberapa aktiviti lain.

4.Ahli juga menghadapi masalah untuk mendapatkan penajaan dari segi kewangan.

5.Masalah yang ketara juga ialah komitmen daripada semua ahli.Hal ini demikian kerana setiap

ahli terpaksa juga membuat projek untuk matapelajaran lain selain terpaksa menghadiri aktiviti

kokurikulum lain.

Walaubagaimanapun,projek ini berjaya juga dilaksanakan kerana semua masalah yang dihadapi

telah dapat diatasa.Projek ini berjaya kerana mencapai objektif yang ditetapkan.
Penghargaan
Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelbagai pihak yang telah

membantu uutuk menjayakan projek ini.Kami amat berterima kasih kepada guru matapelajaran

Sivik dan Kewarganegaraan,iaiti Cik Shakirah dan juga guru-guru lain yang telah terlibat dalam

memberikan khidmat bakti,pandangan dan nasihat.Tidak lupa juga diucapkan kepada ibu bapa

dan ahli keluarga yang memberikan sumbangan dari segi kewangan,bahan-bahan,dan sokongan

moral.Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung.

You might also like