You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)


KALI-1/2015

Tarikh : 29 April 2015


Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 2.30 5.00 ptg

Kehadiran :

BIL NAMA GURU JAWATAN

1. PN. S. THEIVAMANI GURU BESAR


2. PN. A.SRIJEEVAGOWRY PK KURIKULUM
3. EN. P.KUMARAN PK HEM
4. PN. G. SIVAGAMI PK KOKU
5. CIK.C.THIRUMAATHI SU KURIKULUM
6. PN. V.THEVAGI
7. PN.S.PUWANESVARY
8. CIK.M.PUSHPARANI
9. PN . R.VANITA
10. EN. M.VIKNESWARAN
11. CIK. N.CHITRA
12. PN.A.VASUGE

Tidak Hadir Bersebab


Tiada
Agenda

1. Kata Aluan Pengerusi


2. Pembentangan dan Pelantikan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah 2015.
3. Pembentangan garis panduan perlaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
4. Pembentangan Prosedur Operasi Standard SPS
5. Pembentangan Pelan Tindakan tahun 2015
6. Hal-hal lain.

1.0 Kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis bacaam doa.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat JPMS kali pertama tahun 2015.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Pengurusan Maklumat Sekolah terdiri daripada tiga
modul yang dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM dan E-Operasi.
1.4 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat membantu dalam
Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun ini.
Makluman
2.0 Taklimat Setiausaha JPMS

2.1 Perlantikan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah 2015

Pengerusi :Pn.S.Theivamani
(Pengetua)
Timbalan Pengerusi :Pn.A.Sri Jeeva gowry
(PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi :En.P.Kumaran
(PK Hal Ehwal Murid)
Pn.G.Sivagami
(PK Kokurikulum)

Setiausaha :En.P.Kumaran
(Guru Data)
Ahli Jawatankuasa :

Semua guru
Tindakan: Semua Ahli Jawatankuasa

2.2 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah dan Prosedur Operasi
Standard Sistem Pengurusan Sekolah.

2.2.1 Sistem Pengurusan Sekolah terdiri daripada 3 modul iaitu:

Modul Pengurusan Sekolah.


Modul Pengurusan Guru.
Modul Pengurusan Murid.

2.2.2 Modul-modul ini boleh diakses melalui laman sesawang di


http://sps.moe.gov.my.
2.2.3 SPS diwujudkan bagi mengelakkan kemasukan data berulang pada masa
akan datang.
2.2.4 Mesyuarat JPMS akan diadakan 4 kali setahun.
Makluman
2.2.5 Bidang tugas Pengetua:

2.2.5.1 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data


dan maklumat sekolah, guru, staf dan murid.
2.2.5.2 Memastikan semua penolong kanan melaksanakan pengoperasian
data dan maklumat dalam SPS.
2.2.5.3 Mempengerusaikan JPMS
2.2.5.4 Mengesahkan Laporan Pengesahan Sekolah sebelum dihantar ke
PPD.
Tindakan: Pengetua
2.2.6 Bidang tugas Penolong Kanan Pentadbiran.

2.2.6.1 Bertanggungjawab terhadap SPS, Modul Pengurusan Sekolah,


Modul Pengurusan Guru dan Modul Pengurusan Murid.
2.2.6.2 Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data sekolah, guru
dan murid.
2.2.6.3 Membimbing dan menasihati guru dan pembantu tadbir dalam
pelaksanaan Modul Pengurusan Sekolah, Pengurusan Guru dan
Pengurusan Murid.
2.2.6.4 Berperanan sebagai Pentadbir Modul.
2.2.6.5 Menyemak laporan pengesahan sekolah sebelum disahkan oleh
Pengetua.
Tindakan: Penolong Kanan Pentadbiran

2.2.7 Bidang tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


2.2.7.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-modul Pengurusan Sekolah,
Pengurusan Guru dan Pengurusan Murid
Tindakan: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.2.8 Bidang Tugas Penolong Kanan Kokurikulum


2.2.8.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul Pengurusan Sekolah,
Pengurusan Guru dan Pengurusan Murid.
Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum

2.2.9 Bidang tugas Guru Data merangkap Setiausaha JPMS.


2.2.9.1 Membantu mengumpul input data, memproses, menyimpan,
mencetak dan menghantar maklumat mengikut kaedah yang
ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul SPS.
2.2.9.2 Membantu menyediakan input data/modul berkaitan SPS kepada
JPMS.
2.2.9.3 Menjadi Setiausaha kepada JPMS.
2.2.9.4 Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan data sekolah.
2.2.9.5 Mematuhi aktiviti pengisian data/modul SPS mengikut jadual yang
telah ditetapkan oleh KPM.
2.2.9.6 Membantu Penolong Kanan dalam pelaksanaan pengurusan data
dan maklumat dalam SPS.
Tindakan: Guru Data
2.2.10 Bidang tugas Guru Kelas.
2.2.10.1 Mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di
dalam kelasnya dari semasa ke semasa jika berlaku sebarang
perubahan atau pertambahan maklumat.
2.2.10.2 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data
dan maklumat murid di dalam kelasnya.
2.2.10.3 Merekodkan kehadiran murid secara harian bersama-sama dengan
pembantu tadbir.
Tindakan: Guru Kelas

2.2.11 Bidang tugas Guru


2.2.11.1 Mengemaskini, menyemak dan mengesahkan Maklumat Peribadi,
Pasangan, Sejarah Perkhidmatan, Latihan/kursus, Gaji dan elaun di
dalam Modul Pengurusan Guru.
2.2.11.2 Menyemak dan mengesahkan Maklumat Perkhidmatan, Maklumat
Akademik dan Maklumat Ikhtisas di dalam Modul Pengurusan
Guru.
Tindakan: Semua Guru

2.2.12 Bidang tugas Pembantu Tadbir.


2.2.12.1 Melaksanakan pengisian kehadiran dan keberadaan guru di dalam
Modul Pengurusan Guru.
2.2.12.2 Melaksanakan pengisian kehadiran murid dalam Modul Pengurusan
Murid sebelum jam 9.00 pagi.
Tindakan: Pembantu Tadbir
3.0 Pembentangan Pelan Tindakan JPMS tahun 2015

3.1 Urusetia membentangkan Pelan Tindakan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat


Sekolah untuk Tahun 2015.
Makluman
4.0 Hal- hal lain.

4.1 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) memaklumkan bahawa pada
masa akan datang diharapkan agar SPS ini akan diperluaskan ke Sistem Pengurusan
Asrama. Pengurusan asrama sekolah masih lagi menggunakan Sistem Maklumat
Murid Asrama (SMMA). Terdapat data yang tidak tepat dalam SMMA berbanding
data SPS.
Makluman
4.2 GPK HEM menggesa agar guru mengemaskini maklumat pencapaian akademik
secepat mungkin.
Tindakan: Semua Guru

4.3 GPK HEM juga berharap agar guru kelas dapat mengemaskini maklumat peribadi
pelajar secepat mungkin sebagai persediaan sekiranya data diperlukan untuk tujuan
biasiswa.
Tindakan: Guru Kelas
4.4 GPK HEM berharap agar Guru Biasiswa dapat mengambil tindakan segera dalam
menguruskan hal-hal berkaitan biasiswa.
Tindakan: Guru Biasiswa

4.5 Guru Penyelaras Buku Teks memaklumkan bahawa terdapat kesilapan dalam senarai
nama JPMS.
Tindakan: Setiausaha

5.0 Penutup

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Urus setia,
SETIAUSAHA
SJK(T) Ladang Ebor
04.05.2015

You might also like