You are on page 1of 9

FALSAFAH PENDIDIKAN

(KPF 6014)

TAJUK

TOKOH FALSAFAH
PLATO
( FALSAFAH IDEALISME )

PENSYARAH
PROFESOR DATO DR. ZAKARIA B. KASA

DISEDIAKAN OLEH
DAISSY A/P NESMUTHU
(M20162001921)

PENGAJIAN KURIKULUM
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Sejarah Dan Latar Belakang 1

3.0 Hasil Karya 2

4.0 Falsafah Idealisme 3

5.0 Idealisme Plato 5

6.0 Idealisme Plato Sebagai Falsafah Pendidikan 5

7.0 Kesimpulan 7

Bibliografi 8
PLATO

1.0 Pengenalan

Plato merupakan seorang tokoh falsafah Barat yang terkenal di Yunani. Beliau juga
seorang ahli falsafah Yunani klasik, ahli matematik dan penulis dialog falsafah. Beliau merupakan
murid kepada tokoh falsafah Socrates. Plato menjadi pengasas akademik di Athens yang
merupakan institusi pengajian tinggi pertama di dunia Barat. Sebenarnya cita-cita Plato ialah
menjadi seorang ahli politik. Keinginan tersebut telah terkurung apabila Socrates yang menjadi
guru selama 8 tahun kepada beliau telah dikurung dan dihukum mati dengan alasan menyampaikan
ajaran sesat dalam kalangan orang dewasa.

Plato membantu mengetengahkan dasar-dasar falsafah dan Sains Barat. Kebijaksanaan


Plato sebagai penulis dapat dibuktikan melalui 36 Dialog Socrates. Hasil penulisan Plato telah
disiarkan dalam beberapa fiksyen bagi tujuan sebagai rujukan teks Plato. Dialog Plato juga
digunakan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk falsafah logic, etika, retorik dan
matematik.

2.0 Sejarah Latar Belakang Plato

Plato dilahirkan dalam keluarga kenamaan di Athen. Ayahnya yang bernama Ariston
merupakan seorang bangsawan keturunan Raja Kordus ; Raja terakhir di Athen yang dikagumi
oleh rakyatnya. Ibunya bernama Periktione merupakan keturunan Solon; tokoh legendaris dan
negarawan agung di Athena.
Nama Plato yang sebenarnya adalah Aristokles. Beliau mendapat nama Plato daripada
seorang pelatih senam disebabkan dahi dan bahunya lebar. Akhirnya nama ini menjadi terkenal
sehingga diabadikan nama ini dalam semua karya yang ditulis oleh beliau. Kematian tokoh
Socrates menyebabkan Plato menggembara sehingga Itali dan Sisilia. Selepas pengembaraan
tersebut beliau mendirikan sebuah sekolah Akademik . Tujuan beliau mendirikan sekolah
tersebut ialah untuk memberikan pendidikan yang intensif dalam ilmu pengetahuan dan Falsafah.
Sekolah akademik tersebut dibawah pimpinan beliau selama 40 tahun.

3.0 Karya-Karya Plato

Karya yang dihasilkan oleh Plato masih utuh dan lengkap dari aspek pengetahuan. Di
antara karya yang dihasilkan oleh beliau ialah Apologia, Politeia, Shopistes dan Timaios. Karya
yang paling terkenal ialah Republik dan Laws. Kebanyakkan pemikiran falsafah Plato
bersumber dari Socrates. Socrates adalah seorang guru yang disayangi , dihormati dan dikagumi
oleh Plato. Rasa hormat dan kecintaannya terhadap Socrates dapat digambarkan dalam karya-
karya falsafah yang dikarang oleh beliau. Hampir keseluruhan karya Plato menggunakan Metode
Sokratik iaitu metod yang dikembangkan oleh Socrates yang dikenal dengan nama Metode
Dialektis atau disebut sebagai elenkhus. Metod ini diperkembangkan dan disempurnakan oleh
Plato dengan menuliskan dialog-dialognya dalam bentuk kesusasteraan yang mampu mempersona
umat manusia dari abad ke abad. Selain itu, Plato juga dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran
falsafah sebelum Socrates seperti Heraklitos, Parmanides dan ajaran Orphisme yang sering disebut
sebagai Misteri Orphik.

4.0 Falsafah Idealisme

Falsafah Idealisme berasal dariapda perkataan Yunani yang bermaksud fahaman tentang idea. Ia
merupakan falsafah yang tertua sekali dalam kebudayaan Barat. Falsafah ini mengkaji tentang
perkara yang berkait dengan idea, roh, akal, keadaan dunia yangnyata dan yang tidak nyata iaitu
the spiritual of man and universe. Falsafah Idealisme mempercayai bahawa semua perkara yang
dialami oleh fikiran adalah hasil pemikiran mutlak ( Darley, 1996 ). Seorang ahli falsafah yang
bernama Johnson dalam bukunya mengatakan bahawa fungsi akal manusia ialah fikiran mengenai
sesuatu perkara dan ia merupakan proses konseptual daripada pecahan akal mutakhir dalam usaha
mencari kewujudan pengetahuan dan nilai. Ahli-ahli falsafah Idealisme bersetuju bahawa jiwa
dan kerohanian sangat penting dalam kehidupan manusia.
5.0 Idealisme Plato

Plato ialah bapa fahaman idealisme. Mengikut beliau, manusia mempunyai pengetahuan
yang sifatnya harus dibezakan iaitu pengetahuan yang berlaku khas dan pengetahuan yang berlaku
umum. Manusia mengetahui pengetahuan khas melalui dunia kebendaan yang disebut dunia
pegamatan. Oleh kerana manusia mempunyai pengetahuan umum, maka haruslah ada dunia
tersendiri bagi yang umum itu. Dunia yang umum itu tidak ada di dunia pengamatan ini.

Dunia umum ini disebut oleh Plato eidos yang kemudian terkenal sebagai idea. Dunia
tempat idea itu disebutnya dunia idea. Bagi Plato, memang ada dunia iaitu dunia idea dan dunia
pengamatan. Dunia idea itu sempurna dengan idea-ideanya. Di dunia idea ini ada misalnya,
segitiga yang sempurna dengan segala sifat-sifat kesegitigaan. Di sana juga idea-idea yang lain
seperti kemuliaan, kerajinan, keindahan dan kebaikan, dan sebagainya yang semuanya sempurna.
Dunia pengamatan itu pula hanya merupakan bayang-bayang daripada yang sempurna iaitu dari
dunia idea, sebab itulah sifat-sifatnya tidak sempurna.

6.0 Idealisme Plato Sebagai falsafah Pendidikan

Plato menghubungkaitkan falsafah idealisme dengan pendidikan dalam 3 aspek. Iaitu


tujuan pendidikan, metod pendidikan dan kurikulum.

6.1 Tujuan Pendidikan

Menurut Idealisme Plato, tujuan pendidikan harus mencapai dua objektif yang
disasarkan. Iaitu mencari kebenaran sejati ( true Knowledge ) dan mengembangkan watak
( Character deveploment ).

Dalam usaha mencari kebenaran sejati pelajar didorong untuk mencari konsep-
konsep tentang Idea daripada dunia materialistic yang sentiasa berubah. Menurutnya, dunia
yang bersifat meteralistik ini bukan suatu yang hakiki tetapi hanyalah sebuah bayang-
bayang seperti ilusi yang dilihat oleh manusia dalam gua. Menurut Plato konsep tentang
idea yang hakiki merupakan kebenaran tertinggi yang harus dijadikan tujuan pendidikan.
Plato menganggap pelajar sebagai seorang yang sangat berpotensi untuk
berkembang dari aspek moral dan intelektual. Oleh sebab itu, tanggungjawab utama
sekolah ialah mengembangkan potensi pelajar. Dalam hal ini, guru memainkan peranan
penting dalam memdorong pelajar yang berani mengemukakan pendapat dan persoalan.
Selain itu, guru juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan lingkungan yang
kondusif untuk pelajar belajar.

6.2 Metod Pendidikan

Plato turut memberi penekanan terhadap aspek metod pendidikan atau lebih
dikenali sebagai kaedah pendidikan. Plato tidak hanya menerangkan apa yang harus di ajar
tetapi beliau juga membincangkan secara mendalam tentang bagaimana menyampaikan
pengajaran tersebut secara terbaik bagi memcapai tahap objektif yang maksimum.

Kaedah pendidikan yang disarankan oleh beliau ialah kaedah permainan (game),
permainan peranan (role playing) atau simulasi dan permainan (simulation and game).Ia
dapat dibuktikan melalui ungkapan Plato . di dalam mendidik anak-anak, didiklah
mereka dengan semacam permainan. Ia menggambarkan bahawa dalam pendidikan
Plato tidak hanya berfikir secara idealis malah beliau berfikir juga secara praktis.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kaedah yang disarankan oleh Plato ini
sehingga sekarang digunakan oleh para pendidik dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan di sekolah. Secara tidak langsung kaedah ini merangsang kreativiti pelajar
dengan potensi yang dimiliki untuk mengembangkan watak dan pengetahuan mereka.

Kaedah pendidikan aras tinggi yang disarankan oleh Plato adalah dialektika.
Melalui berfikir secara kritis sesorang individu dapat melihat sesuatu secara menyeluruh.
Karya Plato yang bertajuk Republik merupakan hasil dialektika yang berusaha untuk
mengintegrasikan batasan pendidikan yang luas ke dalam suatu pengertian yang
menyeluruh. Plato percaya bahawa kaedah aras tinggi ini berupaya mengembangkan idea
untuk membentuk sintesis dan konsep yang universal. Beliau turut menegaskan bahawa
kaedah ini merupakan puncak untuk mendapatkan pengetahuan.

Menurut Plato pendidikan merupakan proses untuk mencari kebenaran sejati. Oleh
itu, para pendidik harus mempunyai ciri-ciri berikut :
Guru adalah teladan kepada murid
Guru harus menjadi pakar dalam bidang ilmu pengetahun yang diajar
Guru harus menguasai teknik mengajar yang berkesan
Guru harus mempunyai peribadi terbaik dan disegani oleh pelajar
Guru harus mempunyai peribadi yang merangsang pelajar untuk belajar
Guru harus mempunyai kemahiran berkomunikasi

6.3 Kurikulum

Walaupun pada zaman tersebut belum muncul istilah kurikulum seperti pendidikan moden
kini, Plato telah membuat rencana dan program pendidikan yang dapat kita kategorikan
sebagai kurikulum. Rencana dan program pendidikan yang dirancangkan oleh Plato
dibahagikan kepada 3 tahap tanpa membezakan jantina.

a) Tahap 1
Pada tahap ini pendidikan diberikan kepada kanak-kanak hingga umur 20 tahun.
Pendidikan dibahagikan kepada 2 bahagian. Iaitu muzik dan gimnastik. Hasil pembelajaran
yang diharapkan oleh Plato pada tahap pertama ini ialah dapat membentuk manusia yang
bermoral tinggi dan bersedia untuk menerima pengetahuan yang luas.

b) Tahap 2
Pada tahap ini pendidikan diberikan dari individu yang berumur dua puluh tahun
hingga tiga puluh tahun. Individu yang dipilih untuk tahap ini ialah individu yang lulus
dalam tahap pendidikan pertama melalui syarat pemilihan yang ketat. Pelajaran yang diajar
ialah matematik, astronomi, geometrid an sebagainya. Hasil pembelajaran yang diharapkan
pada tahap ini ialah mencapai tahap profesional dan keintelektualan.

c) Tahap 3
Tahap ketiga ini diperuntukkan kepada individu yang berjaya dengan gemilang
pada tahap kedua. Matapelajaran yang diajarkan pada tahap ini ialah falsafah dengan
menggunakan kaedah dialektika. Tahap ini merupakan puncak kepada semua pelajaran.
Mereka akan mendapat bimbingan selama lima belas tahun dibawah pimpinan pemimpin
yang berpengalaman. Semasa berusia lima puluh tahun mereka akan diiktirafkan sebagai
pemimpin negara yang benar-benar memiliki sifat kepimpinan, watak yang terpuji dan
memiliki moral yang tertinggi.

Persamaan yang terdapat daripada ketiga-tiga tahap pendidikan ini ialah


mengajarkan pelajar atau individu tentang cara berfikir. Plato memberi kepentingan kepada
penggunaan akal untuk berfikir. Penggunaan akal yang maksimum yang menjadikan
seseorang itu mencapai dunia idea yang dikenal sebagai kebenaran sejati.

7.0 Kesimpulan

Pada pandangan saya, Plato merupakan seorang ahli falfasah Barat yang sangat disegani.
Segala ilmu yang diberikan oleh beliau sangat berguna untuk masa kini terutamanya dalam
pendidikan. Isu yang diketegahkan oleh beliau iaitu sesuatu pendidikan yang baik tidak hanya
menyampaikan ilmu kepada pelajar malah ia melahirkan pelajar yang berfikir secara kritis.
Pendapat ini selari dengan matlamat pendidikan abad ke-21 yang memberi kepentingan kepada
pembelajaran kolobratif iaitu pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar.
BIBLIOGRAFI

Abdul Fatah Hassan. ( 2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Pts Publication & Distributors
Sdn. Bhd.

Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga. Serdang:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdul Rahman Md Aroff & Zakaria Kasa. (1987). Falsafah Dan Konsep Pendidikan. Petaling Jaya
: Penerbit Fajar Bakti.

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum. Edisi Pertama. Puchong. Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.

Wan Zulkhairi Zakaria. (2011). Kritikan Dan Perbandingan Falsafah Pendidikan Di Dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) . Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like