You are on page 1of 18

SENI MUZIK DALAM INSTITUSI RAJA MELAYU: KAJIAN JENIS, PERKEMBANGAN DAN PERALATAN

MUZIK DALAM KONTEKS TRADISI ISTANA Oleh: Azhar Bin Abdul Latiff

1. Pengenalan

Institusi Raja Melayu melalui tradisi istana telah melahirkan pelbagai genre seni
persembahan yang menjadi warisan dan kebanggaan bangsa Melayu pada masa kini. Seni
persembahan yang lahir daripada tradisi istana ini kaya dengan pelbagai elemen
persembahan seperti seni muzik, teater , tarian, dan peralatan persembahan yang
memiliki nilai estetika yang unik dan amat tinggi nilainya. Antara seni muzik yang
lahir daripada tradisi istana ialah Nobat, muzik Makyung, dan Muzik Gamelan. Ciri-
ciri unik kesenian ini dan nilai estetikanya boleh dilihat melalui jenis,
perkembangan, dan peralatan yang digunakan.

Esei ini berfokus kepada perbincangan mengenai jenis, perkembangan dan peralatan
muzik di dalam institusi Raja Melayu. Perkembangan dahulu dapat dilihat melalui
catatan mengenai tradisi istana Raja-raja Melayu. Jenis muzik istana dalam konteks
budaya dan masyarakat di Malaysia. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk
menghasilkan alat muzik di istana sebagai artifak budaya dalam institusi Raja
Melayu yang mendukung seni muzik di istana . Antara muzik tradisional yang akan
dilihat ialah seni muzik yang berasal daripada tradisi istana Raja Melayu iaitu
nobat, muzik makyung, muzik Gamelan, dan lain-lain seni persembahan.

2. Latar Belakang Seni Muzik dan Institusi Raja-raja Melayu

Institusi Raja Melayu yang ada pada masa kini di Malaysia adalah hasil peninggalan
warisan kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan pada kurun ke
-15 yang
berpusat di negeri Melaka. Daripada kewujudan empayar berkenaan, lahirlah institusi
Raja Melayu di sembilan buah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kedah, Perak,
Perlis,

Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, dan Negeri Sembilan. Kesemua institusi-


institusi ini menerima pengaruh sistem beraja dan tradisi istana yang diwarisi
daripada Empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Institusi Raja Melayu telah melahirkan pelbagai jenis seni persembahan yang wujud
hasil daripada tradisi istana seperti muzik Nobat, Joget Gamelan, Tarian Asyik,
persembahan Makyung dan sebagainya. Seni muzik yang wujud hasil daripada tradisi
istana ini bukan sahaja berfungsi memberi hiburan kepada masyarakat istana, malah
turut menjadi alat kerajaan dan menjadi simbol kepada sistem sosial dan politik
institusi beraja melalui aplikasinya di dalam upacara adat serta adat istiadat
diraja. Fungsi simbolik perajaan institusi Raja Melayu berkait rapat dengan konsep
daulat,

Di dalam institusi Raja Melayu, konsep daulat sangat penting dalam konteks
sosiopolitik berkerajaan dan melambangkan kedaulatan seorang raja yang memerintah.
Ia harus dilihat dari segi tradisi penerusan institusi berkerajaan Melayu pra-
Melaka dan praIslam dalam periode Sriwijaya. Seorang tokoh yang memerintah dan
digelar raja akan dikaitkan kepadanya unsur kudus, luhur dan suci, dan mungkin juga
seperti kedudukan raiaraja Jawa dahulu kala, unsur yang luar biasa menjadi sesuatu
yang penting dalam kepercayaan rakyat atau orang kebanyakan dalam tradisi politik
berkerajaan. Oleh yang demikian wujudlah konsep dewa-raja. Konsep dewa-raja ialah
kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi (secara
lisan ataupun tradisi tulisan) dikaitkan dengan dewa-dewa dari kayangan; penjelmaan
daripada Shiva, Vishnu atau Brahma, lelembut, mambang atau makhluk-makhluk halus
yang tidak dapat dipandang mata dari sudut asal usul dan tradisi keturunan nenek
moyang mereka. Ini sebenarnya warisan dari tradisi Hindu-Melayu. (Mohamad Yusof,
1987)

Semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka, daulat di dalam institusi Raja Melayu
dibina dan dihubungkan dengan konsep dan peranan simbol dalam tradisi perajaan.
Simbol ini wujud untuk memberikan beberapa taraf dan hak istimewa kepada raja yang
memerintah
berbanding dengan taraf dan hak rakyat. Antara simbol tersebut ialah i) peralatan
budaya, ii) bahasa, iii) undang-undang, iv) warna, dan v) protokol dan adat
istiadat. Peralatan budaya merupakan alat-alat yang boleh dilihat, dan diadakan
untuk menjadi penyokong kepada karisma raja yang sedang memerintah. Dengan adanya
alat-alat ini di samping kehadiran raja bagi semua upacara rasmi ialah untuk
menunjukkan ia mempunyai nilai dan unsur kebesaran secara simbolik. Oleh itu alat-
alat ini dinamakan sebagai alat kebesaran raja.

Peralatan kerajaan juga termasuklah alat muzik tradisional yang dibunyikan untuk
acara-acara dan adat rasmi yang berkaitan dengan istana dan yang berhubungan dengan
adat istiadat kerajaan. Peralatan ini digunakan sebagai alat kerajaan. Alat
bunyi-bunyian ini ialah seperti gendang, gong, serunai, nafiri, negara dan madeli.
Alat-alat inilah yang membentuk kumpulan nobat. Raja sahaja yang berhak untuk
memiliki dan menggunakan alat-alat tersebut untuk upacara yang bercorak peribadi
dan yang berhubungan dengan istiadat istana dan kerajaan.

Kepentingan alat muzik dalam istana Melayu lama memang tidak asing. Semenjak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi, satu set gendang nobat dimainkan sepanjang acara
pertabalan. Malah beberapa jenis alat muzik misalnya, dalam nobat yang meliputi
gendang, nafiri, nagara, gong, serunai medali telah menjadi sebahagian daripada
perkakas raja atau alat kerajaan. Alat muzik nobat ini jugalah yang menyambut surat
atau tetamu agung negara yang sama taraf. Misalnya, kerajaan Melayu Melaka akan
menjemput wakil kerajaan Haru, Pasai dan Perlak dengan alat muzik tersebut. Selain
itu, paluan peralatan muzik seperti tabuh, gong, dan canang juga digunakan sebagai
cara perhubungan untuk memberitahu atau menyampaikan berita secara langsung dari
istana kepada rakyat jelata.

Muzik umum yang membawa erti, lagu, irama, bunyi-bunyian, pancaragam, tanji
(Zainal Abidin, peny. 1980:1194) memang tidak terlepas juga dalam budaya Melayu
Nusantara. Berdasarkan aspek persembahan kesenian tradisional Melayu, perkataan
muzik tidak pernah tercatat dalam sebarang sumber tradisi, terutama dari sudut
sastera lisan. Pemahaman paling asas dapat dikutip dalam teks Sastera Tradisi
Melayu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu, Hikayat Merong
Mahawangsa, Hikayat Acheh, Tuhfat Ul-Nafis, dan
Salasilah Melayu Bugis yang mencatat sejarah dan kisah raja-raja Melayu. Dapat
difahami beberapa alat yang dibunyikan ialah gendang, nagara (dipalu), nafiri
(ditiup). Gabungan alat yang dibunyikan menimbulkan irama yang dapat dikategorikan
sebagai bunyi-bunyian sesuai dengan makna muzik yang kita fahami kini (Siti Zainon:
2000). Selain itu, teks-teks tradisi juga turut menyebut tentang pelbagai permainan
dan peralatan yang diperbuat daripada berbagai bahan, dari alam semula jadi, batang
padi, buluh, kayu hinggalah alat dari logam, dimainkan atau dibunyikan dengan cara
pukulan, titir, tiupan dan gesekan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Peralatan muzik Melayu juga tidak dapat dipisahkan daripada upacara adat dan adat
istiadat. Malah alat muzik Melayu boleh di kategori mengikut cara alat itu
dimainkan iaitu 1) alat paluan, 2) alat tiupan, dan 3) alat gesekan.

Jadual 1: Jenis alat bunyi-bunyian Melayu berdasarkan sumber teks Judul Teks
Lagu/Irama Alat paluan/canang/titir 1.Sejarah Melayu bunyi-bunyian Melayu
Gendang, gong, nagara, Nafiri, serunai, Rebab kopak, mendeli Alat Tiupan Alat
Gesekan

ceracap, calempong, dandi 2. Hikayat Hang Tuah 3. Misa Melayu gendang arakan/
nobat Gendang Perang 4. Hikayat Merong Mahawangsa 5. Hikayat Acheh genderang
perang, kesukaan, keberangkatan, nobat 6. Tufat UlNafis main-main Joget Jambi
Gendang, gong, alat gamelan Gendang, nahara, dandi Gendang nekara, tambuh, tifa,
dap besar, geduk, lengkara, gong, Nafiri, serunai, Hebab, kecapi kopok, muri,
seruling, serdam, bangsi Gendang, gong Gendang, gong nagara, Nafiri
7. Salasilah Melayu Bugis

gendang perang Malayu gendang kanjar Bugis

Tawak-tawak, tambur

trompet

Seni muzik istana memainkan peranan yang penting dalam upacara adat dan adat
istiadat di istana raja-raja Melayu. Secara umum adat sering dihubungkan dengan
hukum hidup. Sebagai sistem sosial segala perlakuan dan tingkah laku manusia memang
tidak dapat dipisahkan daripada kelompok masyarakatnya. Ia merangkumi nilai, norma
dan sistem kepercayaan yang telah diwarisi sejak lampau. Sesuai dengan perkembangan
sejarah dan budaya, aneka peralatan budaya yang dicipta, diubah suai berdasarkan
keperluan sehingga berkembang digunakan dalam upacara adat istiadat raja-raja
Melayu seperti: 1. Adat istiadat pertabalan, kemangkatan 2. Adat istiadat
perkahwinan 3. Adat istiadat menerima tamu/surat dan memberi anugerah.

Teks-teks tradisi Melayu juga ada mencatat cara persembahan muzik dan penggunaan
alat di dalam upacara adat dan adat istiadat Melayu. Cara permainan muzik di
institusi Raja Melayu turut dipengaruhi oleh struktur organisasi dan sosial.
Kedudukan dan martabat sama ada individu mahupun negara mempengaruhi cara muzik itu
dipersembahkan. Seperti yang dicatat di dalam Sejarah Melayu, sekiranya adat
istiadat itu melibatkan raja, maka sambutan akan diiringi dengan alat kerajaan
seperti gendang, serunai, nafiri dan nagara. Peralatan yang sama akan digunakan
untuk mengiringi negeri-negeri yang sedarjat dengan Melaka seperti Pasai dan Haru.
Upacara-upacara lain yang dicatat teks-teks berkaitan adalah seperti ditunjukkan
pada Jadual 2. Melalui catatan tersebut dapat dipastikan bahawa seni muzik telah
diaplikasikan di dalam institusi Raja Melayu sejak dari dahulu lagi.
Jadual 2: Istiadat Kerajaan Melayu Melaka, Melayu-Acheh, Melayu Johor-Riau:
Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Terengganu Adat Istiadat Bunyian Acara/Peristiwa
Mengadap nobat (Melaka) Bulan Syawal/Ramadan Cara Persembahan/Alat 1) Hulubalang
gendang, di jika kiri Raja kanan Muda

mengadap nobat dipersilakan oleh bentara. Diikuti tiupan nafiri tiga kali (A. Samad
Ahmad, SM:75) 2) Orang besar-besar dari kiri gendang, rang kecil dari kanan
gendang. genderang tabal (Acheh) nobat Sultan Acheh menabal Syah Alam duduk di
tahta kerajaan/ diri setelah mengalahkan ...maka genderang nobat pun dititir Johor
Perarakan (Melaka) diraja 1) Hari kecil/besar (Teuku Iskandar: HA:179) raya Sultan
di usung ke dalam / diarak Penghulu Bendahara, rakyat di balai

menjelang arakan berdiri gendang dimula dipalu tujuh ke masjid ragam, setiap
ragam disambut nafiri. Setelah tujuh ragam beraraklah sultan ke masjid (ibid: 74)

2) Perkahwinan Sultan dengan Mas Ayu

Raja

Melaka

naik iram 40

gajah warna

Mansur kenaikan/payung

Raden terkembang/cogan alamat diiringi alat bunyian madali, gendang, merangu,


serunai, sekati, nafiri, kopok,

ceracap 40 bagai ragam (Kassim, HHT:139) (Aceh) 3) Sultan berarak Acheh Pelbagai
bunyian dengan mengucap selawat seperti guruh/iringan gong, genderang, HA:106) dap
(Tenku Iskandar
(Melayu Johor-Riau)

4) Mengarak mempelai

Mempelai raja berusungan, diiringi penganjur perempuan/orang berebana berdikir


(A.Samad 1985:59-60)

(Negeri Perak)

5) Perkahwinan

Paluan gong, gendang, serunai,nafiri, bangsi, biola/biduan memukul rebana (Raja


Chulan, MM:40)/...rebab

Genderang (Melaka)

arakan Menyambut surat/bingkisan

1) Menyambut

bingkisan

ke

perahu diarak dengan gajah, jika raja besar diarak dengan nobat, nafiri, nagara
(Ibid:91) 2) Surat dari Pasai dan Haru disambut serunai, (SM:71) dengan nafiri dan
gendang, nagara

Genderang

perang

1) Perang

Acheh

Genderang perang dengan alat gendang besar, tambur, rebana (HA:176)

(Melayu Siak-Bugis)

dengan Johor

2) Perang Bugis Siak Lama di Johor

Genderang perang Melayu Siak, gong, gendang, kanjar tawakBugis

tawak/gendang (SMdB:174)

HA= Hikayat Acheh (De Hikayat Atjeh; HTT = Hikayat Hang Tuah; MM=Misa Melayu; SMdB
(Salasilah Melayu dan Bugis; SM=Sulatus Salatin/Sejarah Melayu
3. Muzik Istana dalam Konteks Budaya dan Masyarakat di Malaysia

Sejak daripada dahulu lagi, Kepulauan Melayu dan wilayah Nusantara meliputi negara
Malaysia, Indonesia, sebahagian negara Thai, Kampuchea dan Filipina telah menerima
pengaruh unsur-unsur muzik dari India, China, Timur Tengah dan Eropah.
Pengaruhpengaruh ini datang hasil daripada pelbagai proses pertembungan dan
penyebaran budaya melalui penjajahan, penaklukan, perdagangan, dan sebagainya
Selain itu, pertembungan dan perkembangan kebudayaan juga berlaku di antara wilayah
serantau melahirkan ciri-ciri asli tempatan yang unik dan tersendiri. Proses yang
berlaku selama beratus-ratus tahun ini telah membawa kepada kewujudan pelbagai
bentuk kebudayaan dan kesenian di rantau ini dan tidak terkecuali juga seni muzik
tempatan (Mohammad Ghouse Nasuruddin). Bentuk muzik di Malaysia yang terhasil pada
masa kini adalah cerminan ciri-ciri asli serta juga pengaruh luar yang telah
menyerap ke dalam masyarakat dan boleh diklasifikasikan kepada jenis-jenis tertentu
bergantung kepada keadaan sosial, ekonomi, politik dan jenis budaya di mana seni
muzik diperkembangkan. (Patricia Martusky & Tan Sooi Beng, 1997:1-4)

Pengistilahan budaya rakyat dan budaya istana yang juga merujuk kepada tradisi
rakyat dan tradisi istana telah digunakan oleh ahli antropologi untuk
menonjolkan ciri-ciri sesuatu peradaban termasuklah seni muzik. Kedua-dua tradisi
ini saling bergantung dan sentiasa mempengaruhi di antara satu sama lain. Tradisi
kecil diperturunkan secara lisan di kampung-kampung dan kawasan desa secara
bersahaja. Tradisi kecil yang dihubungkaitkan dengan budaya rakyat didukung oleh
masyarakat yang biasanya tinggal di kawasan desa. Komunikasi secara lisan di antara
anggota-anggota dalam masyarakat lebih diutamakan ataupun sistem bertulis boleh
diwujudkan. Oleh sebab itu, kesedaran sejarah kurang jelas asal usul tradisinya
diperturunkan secara lisan sahaja. Perhubungan dan perlakuan anggotaanggota budaya
rakyat dikawal oleh undang-undang yang dipersetujui bersama sesama mereka. Tambahan
pula, masyarakat dalam tradisi kecil mengalami perubahan yang perlahan-lahan sahaja
dalam masa yang panjang. Bekerjasama, berusaha dan bertindak secara komunal
merupakan satu lagi ciri yang khas dalam tradisi kecil dan budaya rakyat.
Berlainan dengan tradisi kecil, tradisi besar merujuk kepada tradisi yang
berkembang melalui penulisan yang diajar secara sedar dan sistematis di sekolah-
sekolah, masjid atau rumah berhala, dan istana. Tradisi besar biasanya terdapat di
kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. Komunikasi secara bertulis dan
juga kegunaan teknologi semasa di antara anggota-anggota dalam masyarakat lebih
diutamakan. Oleh itu kesedaran teori dan sejarah diketahui dengan jelas. Tradisi
ini menonjolkan ciri-ciri kehalusan dan profesional dalam masyarakat bandar atau
istana yang mengutamakan kepentingan institusi sosial dan kerajaan. Masyarakat
bandar ini boleh mengalami perubahan secara pantas yang mementingkan daya cipta
individu. Budaya rakyat juga telah lama berhubung dengan budaya istana yang menjadi
pusat-pusat pemikiran dan perkembangan institusi sosial, ekonomi dan masyarakat
sejak beratus-ratus tahun. Dalam konteks budaya rakyat dan budaya istana ini, seni
muzik di Malaysia boleh dibahagiakan kepada beberapa jenis iaitu i) muzik klasik,
ii) muzik rakyat, iii) muzik sinkretik, iv) muzik seni kontemporari, dan v) muzik
popular.

Muzik klasik di Malaysia biasanya melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan
bandar atau istana institusi Raja Melayu. Dalam muzik klasik, asas sejarah dan
teori muzik agak kukuh dan biasanya dipelajari. Sekumpulan lagu-lagu tertentu
dikenali sebagai repertior dalam bentuk (genre) muzik yang tertentu. Pemain-pemain
dilatih mengikut cara yang tersusun, dan proses latihan yang teratur dinaungi oleh
golongan istana atau agensi-agensi kerajaan. Idea terhadap profesionalisme
diketahui antara pemain-pemain itu. Tradisi muzik klasik itu biasanya diketahui
oleh sebahagian sahaja daripada komuniti tertentu. Satu fenomena yang menarik juga
ialah muzik rakyat merupakan kategori muzik yang memberi inspirasi dan kerap kali
menjadi dasar kepada muzik klasik itu yang diperkembangkan dalam keadaan bandar
mahupun dalam istana.

Di dalam institusi Raja Melayu, terdapat beberapa bentuk seni muzik yang telah
dikembangkan oleh institusi berkenaan melalui tradisi persembahan istana. Muzik
istana juga dapat dianggap muzik klasik Melayu yang menampilkan ciri-ciri khas alat
muzik tempatan ataupun pertembungan dan adaptasi daripada unsur luar yang telah
disesuaikan hingga menampilkan nada Melayu. Berdasarkan peranan dan penggunaan di
dalam tradisi istana, seni muzik istana boleh dibahagikan kepada dua ciri utama
(Siti Zainon, 2007:212) iaitu:
1. Muzik adat istiadat, iaitu nobat dan 2. Muzik hiburan istana, termasuk makyung,
dan gamelan

4. Muzik Nobat

Muzik nobat dimainkan di dalam upacara nobat yang menjadi elemen yang penting dalam
adat istiadat pelantikan raja atau sultan sesebuah kerajaan (Siti Zainon,
2007:213). Adat ini dapat dikesan sejak munculnya kerajaan Melayu di Bukit
Seguntang lagi. Bukti tentang pertama kali muzik nobat dimainkan telah diterangkan
melalui teks klasik yang menggambarkan peristiwa pelantikan Sang Sapurba yang telah
dibaca ciri purbakala dan diberi gelaran Sang Sapurba Tribuana Tradisi ini telah
dibawa ke Melaka dan seluruh jajahan takluk Melaka. Tetapi pada masa itu masih
belum terbukti kewujudannya alat muzik nobat. Setelah Sultan Muhammad yang mengatur
adat istiadat istana Melaka, baharu nobat mula diperikan. Ini dibuktikan dengan
peristiwa pertabalan Raja Muzaffar, putera Sultan Mahmud yang dilantik menjadi Raja
Perak yang pertama. Baginda juga telah dinobatkan dengan nobat Melaka walaupun
ketika itu Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah sudah berada di Riau. Manakala
Sultan Alauddin putera Sultan Mahmud mangkat di Kampar telah dinobatkan di Pahang,
sebagai waris takhta nobat Melaka, dan Sultan Alauddin anakanda baginda di Kampar,
dinobatkan dahulu di Melaka (nobat Melaka). Pada hari ini terdapat beberapa negeri
yang mewarisi nobat Melaka, iaitu Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Kedah.

Beberapa peralatan nobat itu sendiri memang mempunyai unsur-unsur Parsi. Perkataan
nobat (naubat) itu sendiri berasal daripada perkataan-perkataan Parsi dan sudah
tersebar ke negara-negara Islam seperti Iraq, Iran Turki, Mesir dan Selatan
Sepanyol (Andalusia). Tradisi nobat inilah dikembangkan ke Bentan dan seterusnya ke
Melaka. Mengikut Mubin Sheppard (1983:18-19), Permaisuri Bentan menabalkan dirinya
dengan naubat yang dibawa oleh Sheikh Ismail yang datang ke Pasai pada tahun 1295.
Pada tahun 1414, kerajaan Pasai telah membawa peralatan nobat ke Melaka sempena
perkahwinan puteri baginda dengan Parameswara yang kemudian diislamkan dan diberi
nama gelaran Megat Iskandar Syah. Nobat pertama kali dimainkan sempena kemangkatan
baginda dan sekali gus diadakan pada masa pertabalan Sultan Muhammad Syah yang
menggantikan Megat
Iskandar Syah itu. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud, nobat telah dikembangkan
pula ke Kedah, iaitu setelah peristiwa rombongan istana Kedah dihadiahkan peralatan
nobat.

Riau Lingga juga mewarisi nobat daripada kerajaan negeri Melaka. Sehingga
mangkatnya Sultan Mahmud IV di Lingga, nobat berada di bawah jagaan Tengku Hamidah
di Penyengat.Selangor juga mewarisi nobat dari Perak apabila ditabalkan pada tahun
1765. Terenggnu juga menerima nobat melalui hubungan dengan kerajaan Johor-Riau-
Lingga terutamanya dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1914). Gendang
Negara dari Riau telah dibawa ke Terengganu dan orang Terengganu telah belajar
memalu nobat dengan nada asal Melayu-Lingga- yang memang berasal daripada Melaka
dan Johor Lama tetapi akhirnya Terengganu mula menghasilkan Negara oleh pandai
logam mereka sendiri.

Beberapa kerajaan Melayu lain yang mempunyai set nobat ialah Pattani dan Brunei.
Alat muzik nobat ini telah melangsungkan tradisi yang panjang dan masih wujud
sebagai simbol pertabalan diraja khususnya di Selangor, Kedah dan Perak. Di
Kelantan walaupun mewarisi seni budaya kerajaan Melayu-Pattani tetapi tidak pula
mewarisi nobatnya. Sebaliknya muzik pertabalan disebut Pasukan Gong Gendang Besar
Diraja (Sheppard, 1972: 20).

Antara peralatan gendang nobat yang penting ialah Negara (iaitu gendang yang
diperbuat daripada logam) dan nafiri (berasal dari Parsi-India). Manakala gendang
dapat dianggap sebagai ciri asal tempatan. Pentingnya alat nobat istana dibuktikan
dengan penjagaannya yang rapi, dipimpin oleh Orang Kalur dan pemain-pemain pula
memang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi. Beberapa peralatannya pula
mendapat nama yang berbeza berdasarkan wilayah yang mengembangkan muzik tersebut.
Misalnya, negara dikenali dalam nobat Kedah dan Pattani; di Perak alat itu disebut
mengkara; manakala nafiri, trompet daripada gangsa dikenali di Melaka, Selangor dan
Perak tetapi disebut aboe (serunai) di Kedah. Beberapa lagu nobat yang popular di
seluruh istana Melayu ialah Raja Berangkat dan Raja Bertabal.
5.

Muzik Makyung

Makyung ialah persembahan istana, dan perkembangannya telah mencapai kemuncak di


istana Pattani pada abad ke -17. Makyung juga wujud di istana Kelantan, dan
sehingga menjelang Perang Dunia Kedua, khususnya semasa kependudukan Jepun pada
tahun 1942, makyung berada di bawah kelolaan Tengku Temenggung salah seorang
kerabat diraja Kelantan.

Makyung yang pada asalnya popular di kalangan rakyat (tradisi rakyat) telah
diangkat menjadi tradisi istana apabila di bawa masuk ke istana dan mendapat
naungan institusi diraja. Di Kelantan istilah tradisi istana merujuk kepada
kumpulan makyung yang dipelihara oleh Tengku Temenggung. Tengku Temenggung sendiri
ialah ahli lagu, muzik dan tarian makyung. Sebagai karya seni tradisional, tidak
ada catatan tentang lagu dan muzik yang telah dibukukan di istana. Pengetahuan dan
pengalaman hanya ulang tutur setiap kali dipersembahkan sehingga pelakonnya hafal
dengan sekali setiap patah lagu atau lirik yang dinyanyikan.

Persembahan makyung memang tidak dapat dipisahkan daripada seni suara. Seni suara
itu disampaikan melalui dialog dan nyanyian para pelakonnya, terutama pakyung Raja
yang dilakonkan oleh wanita dan dayang-dayang pengiring puteri atau permaisuri.

Alat muzik yang paling dominan ialah rebab yang diperbuat daripada kayu nangka.
Rebab mengeluarkan bunyi irama dengan gesekan tali ke atas tiga tali halus yang
memanjang daripada kepala sehingga ke perut rebab. Pada masa lalu, talinya
diperbuat daripada serat sabut kelapa. Pada masa moden rebab menggunakan tali
nilon.Alat muzik lain adalah dua gendang (ibu dan anak), sebuah gong dibawa dari
Jawa atau Sumatera, dan serunai yang meniru persembahan menora (Malm 1974: 338).
Rebab merupakan alat muzik utama sejak awal persembahannya diadakan dengan diiringi
lagu mengadap rebab. Semua penari dan pelakon makyung menghadap bomoh rebab.
Upacara ini diketuai oleh pakyung (raja) atau pakyung Muda (anak Raja). Irama solo
rebab digesek oleh bomoh tersebut dianggap kepala
lagu, iaitu lagu mohon restu agar persembahan yang akan diadakan dapat berjalan
dengan baik . Beberapa buah lagu makyung merujuk kepada cerita yang bakal
dipersembahkan. Antara lagu yang terkenal ialah Kijang Emas dan Sedayung Makyung.
Penyampaian lagulagu ini diiringi oleh korus dan don dang (Malm, 1974: 339).
Beberapa lagu lain ialah lagu Mengulit Raja Nak Tidur dengan irama campak bunga,
pandan wangi, timang-timang Welu, Buluh Serus, Cagak Manis dan Lagu Mengambor
(Sheppard, 1972:39).

6. Muzik Gamelan Terengganu

Muzik gamelan Melayu baru berkembang di Terengganu pada awal abad ke-19. Hubungan
baik antara raja Pahang, Terengganu dengan pusat Kerajaan Melayu Johor-Riau telah
mengembangkan kesenian alat logam gangsa ke Pahang dan Terengganu hingga menjadi
warisan budaya Melayu. Sejarah perkembangan muzik gamelan berlaku serentak dengan
perkembangan seni tari atau joget gamelan itu sendiri. Keistimewaan alat muzik
gamelan ialah penggunaan alat gangsa yang dipukul=ketuk (percussion) yang terdiri
daripada gong, saron penerus, saron demung, bonang, kenong, gong, gambang kayu dan
gendang. Muzik gamelan Terengganu tidak diiringi rebab seperti gamelan Jawa. Malah,
walaupun alat muzik intu dibawa dari Jawa ke Jambi dan Riau, sebelum tiba ke Pahang
dan Terengganu gamelan telah dicipta semula atau diselaraskan berdasarkan nada
Melayu.

7. Lain-lain Muzik Istana

Tradisi seni persembahan selain daripada muzik Nobat, muzik Makyung, dan muzik
Gamelan turut berlangsung dalam aneka persembahan kesenian khususnya yang membawa
citra kebesaran raja. Antaranya ialah Wayang Kulit Melayu yang membawa cerita
Mahabrata dan Panji Jawa, Tarian Asyik, dan Tarian Terinai yang menceritakan
tentang puteri-puteri di taman istana/kayangan. Kesenian-kesenian ini diiringi
dengan alunan muzik tersendiri dan menjadi warisan kesenian istana yang memenuhi
ruang persembahan seni budaya Melayu lebih 500 tahun lalu.
Tarian asyik dan muziknya dipersembahkan untuk hiburan istana Kelantan dan
dipercayai berasal dari istana Patani pada kurun ke 17. Dipersembahkan bagi sempena
menyambut hari keputeraan Sultan, majlis perkahwinan diraja, dan lain-lain perayaan
diserikan dengan persembahan tarian Asyik. Penari dan pemuzik tarian Asyik mendapat
naungan dan dilatih oleh pihak istana. Pada asalnya dipersembahkan oleh sekumpulan
penari perempuan dan seorang penari solo lelaki, diiringi lagu Asyik yang
dinyanyikan oleh penyanyi perempuan sambil duduk di rebana besar . Tradisi ini
kehilangan sokongan istana pada suku ketiga abad ke 20. Tarian Asyik pada masa kini
tidak lagi ditampilkan dalam bentuk yang asal dan telah menjadi tradisi rakyat.

Orkestra tradisional asyik terdiri daripada hanya tiga alat muzik, dua daripadanya
tidak digunakan untuk tujuan lain. Satu daripadanya ialah sebuah gendang silinder
kecil satu muka yang dipanggil Gedombak Asyik: diletakkan secara menegak dan
bahagian berkulit (kulit kambing) dititir/dipalu menggunakan jari kedu-dua belah
tangan. Sebelas buah gendang jenis ini digunakan. Alat muzik kedua ialah xylophone
kayu yang dinamakan Gembang, kemungkinan berasal daripada Cambodia walaupun namanya
berasal daripada Indonesia. Alat muzik ketiga ialah alat muzik bergesek iaitu
Rebab, alat yang memainkan peranan yang penting di dalam Makyung. Kesemua alat
muzik ini kecuali Rebab dimainkan oleh wanita yang juga menyanyikan Pantun dengan
gaya persembahan Makyung. Satusatunya pemuzik lelaki ialah pemain Rebab dan
kebiasaannya orang yang pertengahan umurnya.

Tarian dan muzik Terinai merupakan genre kesenian istana di Perlis, Kedah dan
Kelantan. Kesenian ini dipersembahkan di majlis perkahwinan diraja dan
persembahannya diadaptasi daripada cerita kehidupan di istana. Tarian ini ditarikan
menggunakan lilin dan melibatkan penari-penari wanita. Terdapat juga beberapa
variasi tarian Terinai termasuk Terinai Mengadap dan Layang Emas yang
dipersembahkan oleh wanita, dan Ketam Bawa Anak dan Dewa Raja yang dipersembahkan
oleh lelaki. Semua pergerakan tarian mempunyai hubungan dengan alam semula jadi dan
imaginasi alam. Layang Emas pergerakan diambil daripada pergerakan burung layang-
layang. Di Perlis dan Kedah, ensambel yang mengiringi
persembahan ini terdiri daripada serunai, sepasang gendang keling dan dua tetawak.
Di Kelantan pula, tarian terinai dipersembahkan di majlis perkahwinan dan cenderung
menampilkan aksi akrobatik. Ensembel muziknya terdiri daripada serunai, gendang,
tetawak, canang (6 biji) dan kesi.

Wayang kulit Melayu dipersembahkan di istana Kelantan dan menggunakan cerita Panji
Jawa sebagai cerita asas. Kesenian in merupakan contoh seni persembahan tradisional
Malaysia yang wujud di bawah naungan istana pada tahun 1920-an apabila dalangnya
telah dihantar ke Jawa oleh pihak istana untuk mempelajari Wayang Kulit di tanah
Jawa. Bagaimanapun, kesenian ini telah disesuaikan dengan pengaruh tempatan.
Terdapat sebelas lagu di dalam repertoire muziknya, iaitu Katokan, Kelayong, Asyik,
Jubang, Kemucap, Kijang Mas, Gandang-gandang, Dandang Semawa, Sasang, Bujuk Ina,
dan Kadok Manis.

Ensambel muzik wayang kulit Melayu terdiri daripada sebuah rebab bertali dua,
sepasang gendang ibu dan anak, sebiji mong, canang atau kelenang (6 biji), kesi dan
sepasang gong. Rebab pada asasnya merupakan alat melodi tetapi tidak berperanan
seperti dalam makyung. Ia hanya menyediakan iringan ritma dengan mengulangi frasa
utama berkali-kali dan pada ketika yang lain ia bertidak sebagai alat drone.
Gendang pula menyediakan rentak paluan bertingkah, kesi dan mong mengetuk rentak
dan kelenang membentuk ritma tersendiri dengan mengubah nada utama sesuatu lagu
sementara sepasang gong berperanan sebagai penanda masa.
Penutup

Seni muzik istana memainkan peranan yang penting di dalam institusi Raja Melayu
sejak dari dahulu sehinggalah pada masa kini sebagai 1) mengiringi upacara dan adat
istiadat diraja, dan 2) hiburan istana. Dalam konteks budaya dan masyarakat
Malaysia, seni muzik istana merupakan muzik klasik yang wujud melalui tradisi
istana Raja-raja Melayu. Tradisi ini mendapat naungan institusi Raja Melayu dan
dikembangkan di istana. Terdapat juga muzik rakyat (tradisi rakyat) yang diangkat
menjadi muzik istana (tradisi istana) oleh institusi Raja Melayu seperti muzik
Makyung, dan muzik Wayang Kulit

Alat muzik yang digunakan untuk mengiringi muzik istana bukan sahaja menjadi
artifak budaya yang menghasilkan bunyi semata-mata, malah berperanan sebagai alat
kerajaan yang membawa simbol daulat melalui tradisi nobat. Sehingga kini
institusi Raja Melayu seperti di Kedah, Perak, Terengganu, dan Selangor masih
mengiktiraf peralatan nobat sebagai alat kebesaran diraja.

Pelestarian seni muzik istana dan peralatannya sangat penting bagi memastikan
keutuhan institusi Raja-raja Melayu khususnya di Malaysia. Tradisi ini perlu
dipastikan tidak pupus dan dikembangkan dalam konteks dunia masa kini supaya tidak
dilupakan oleh masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah usaha
pemeliharaan melalui dokumentasi digital dan kajian teknikal terhadap seni muzik
istana dan peralatan yang digunakan. Usaha sebegini diharap dapat direalisasikan
oleh pihak yang berkaitan demi memastikan tradisi yang penting ini dapat
dipertahankan.
Rujukan

Matusky, Patricia & Tan Sooi Beng. 1997. Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan
Sinkretik. The Asian Centre, Pulau Pinang.

Muhammad Yusof Hashim.1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang
Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Siti Zainon. 2000. Peranan dan Penggunaan Alat Muzik Tradisional Dalam Adat
Istiadat Melayu. Dalam Alat Muzik Tradisional: Daya dan Bunyi. Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia. Kuala Lumpur.

Siti Zainon. 2007. Seni Suara dan Muzik dalam Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu.
Penyunting Anwar Din. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Sheppard, Mubin. 1972. Taman Indera (A Royal Pleasure Ground): Malay Decorative
Arts And Pastimes. Oxford University Press.

You might also like