You are on page 1of 11

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Najeemah Bt Mohd Yusof


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
najineen@usm.my

Abstrak: Kajian ini secara umumnya bertujuan meninjau pelaksanaan belajar melalui bermain
terhadap tingkah laku melibatkan psikomotor, kognitif, sosioemosi dan bahasa dalam mengasingkan,
membuat buku skrap, mengkaji pertumbuhan, mengkaji peringkat percambahan dan menggayakan
peringkat pertumbuhan dalam kemahiran sains kanak-kanak prasekolah. Sampel kajian ini terdiri
daripada 25 orang kanak-kanak prasekolah di sebuah sekolah kebangsaan luar Bandar dalam
lingkungan 6 tahun yang di pilih secara rawak di Daerah Kulim, Kedah. Kajian ini dilaksanakan
melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain yang mengaplikasikan instrument iaitu borang
pemerhatian dan senarai semak. Kebolehpercayaan senarai semak ini juga telah diuji dengan
menggunakan SPSS windows Versi 16. Koefisien kebolehpercayaan yang telah digunakan ialah
Cronbachs Alpha dan proses penganalisisan data diadakan secara statistik deskriptif. Komponen
yang akan dianalisis dan di interprestasi secara deskriptif ialah pencapaian kemahiran awal sains
merangkumi keempat-empat tingkah laku iaitu psikomotor, sosioemosi, kognitif, dan bahasa.

Kata kunci: Psikomotor, kognitif, sosioemosi, bahasa, kanak-kanak prasekolah

Abstract: This study aimed at reviewing the implementation of learn through play on behavior
involving psychomotor, cognitive, socio-emotional and language such as differentiating, making
scrap books, study the growth, proliferation and styling to review the level of growth among
preschool children in science skills. The sample consisted of 25 pre-school children randomly
selected from a rural national school in the district of Kulim, Kedah. This study was conducted via
Learning through Play method which applied instruments such as observation forms and checklists.
Reliability of the instrument was tested using Windows SPSS version 16. Reliability coefficients
used was Cronbach's Alpha and the process of data analysis reported by using descriptive statistics.
Components of early science skills which includes psychomotor, socio-emotional, cognitive and
language were analysed and interpreted descriptively.

Keywords: psychomotor, cognitive, socio-emotional, language, pre-school children

PENDAHULUAN

Tingkah laku adalah satu proses psokologi yang berlaku pada setiap individu apabila individu itu
menerima sesuatu rangsangan. Melalui tingkah laku maka wujud beberapa perubahan pada kanak-
kanak antaranya keyakinan diri, perubahan sikap, sosiemosi, perkembangan kognitif, dan
psikomotor. Terdapat berbagai-bagai pendekatan yang digunakan dalam pendidikan kanak-kanak
prasekolah dalam melihat kaitannya dengan tingkah laku. Antara pendekatan yang digunakan
adalah belajar melalui bermain. Pendidik awal kanak-kanak seharusnya mempunyai kesedaran
bahawa permainan adalah satu keperluan dalam setiap aspek pembelajaran seseorang. Kanak-kanak
yang mempunyai sikap dan harapan yang positif lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu yang
baru, terutamanya penekanan kepada mata pelajaran sains dalam kurikulum prasekolah.

Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003)
adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak

53
belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Oleh itu, penekanan kepada
pendekatan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping
keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran
motor kasar dan motor halus serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif
dapat ditonjolkan. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar
melalui bermain yang menggembirakan, melibatkan percubaan idea-idea kanak-kanak sendiri,
memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggaran masa bermain.

Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan
dan minat perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran
dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna, berkesan dan
menyeronokkan. Oleh itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), mengesyorkan empat
pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi pendidikan prasekolah iaitu Pendekatan
Belajar Melalui Bermain, Pendekatan Bertema, Pendekatan Bersepadu, dan Penggunaan ICT dalam
pembelajaran.

Tunjang sains perlu diwujudkan di prasekolah supaya kanak-kanak dapat mengenal dan mengetahui
benda-benda dan kehidupan semula jadi dengan cara memerhati, memeriksa dan menyiasat.
Memelihara haiwan sebagai haiwan kesayangan dapat membentuk sosiemosi kanak-kanak dengan
baik, secara tidak langsung melahirkan perasaan kasih sayang dan mencintai setiap benda hidup.
Melalui Tunjang sains, dapat mewujudkan minat dan sikap ingin tahu kanak-kanak mengenai
benda-benda hidup di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga berpeluang untuk mengumpul dan
mengelaskan benda-benda dan kehidupan semula jadi kepada kumpulan yang bernyawa dan tidak
bernyawa.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian Abruscato (1982), Play in Preschool classrooms mendapati bahawa guru prasekolah di
Norway lebih memfokuskan pengajaran mereka pada konsep membaca, menulis, dan mengira
berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa. Begitu juga hasil kajian Wilson (1994)
menunjukkan senario yang sama. Malangnya ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai
sedikit atau tiada pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap main tidak
mendatangkan faedah serta membawa kepada perubahan tingkah laku kanak-kanak dan hanya
membuang masa dan tenaga sahaja.

Terdapat banyak masalah pembelajaran awal sains yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah.
Guru perlu meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk belajar dengan mengaplikasikan kaedah
belajar melalui bermain. Ramai guru kurang mengaplikasikan kaedah tersebut kerana beranggapan
membuang masa dan kanak-kanak kurang belajar jika bermain sahaja. Konsep belajar melalui
bermain disalah ertikan oleh ramai guru prasekolah di Malaysia. Keadaan ini bukanlah suatu
perkara yang luar biasa kerana ramai guru yang tidak menaruh harapan bahawa kanak-kanak boleh
belajar dan berjaya dalam pelajaran melalui kaedah ini.

Pendekatan dan strategi pengajaran bermain merupakan satu teknik mengajar yang memberi
peluang kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura dalam keadaan terkawal.
Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan prinsip belajar melalui bermain. Aktiviti
bermain adalah kerja kanak-kanak. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan
perkembangan kanak-kanak ke tahap optimum. Oleh sebab permainan merupakan suatu kekuatan
dan pengalaman yang penting, masa bermain menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-
kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain

54
adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak
belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:


1. Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek psikomotor semasa mempelajari
sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
2. Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek sosioemosi semasa mempelajari
sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
3. Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek kognitif semasa mempelajari
sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
4. Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek bahasa semasa mempelajari
sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.

SOROTAN LITERATUR SECARA RINGKAS

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tingkah laku adalah berasaskan kepada tiga
teori utama, iaitu Teori Belajar Melalui Bermain, Teori Behavioris, dan Teori Kognitif. Gagne
menyatakan pembelajaran tingkah laku bergerak daripada yang paling mudah kepada yang
kompleks. Pembelajaran aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran aras yang rendah.
Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri daripada bahan
konkrit, bahan sebenar dan releven kepada kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain
dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna
simbol seperti abjad dan nombor (Ticotsky, 1985; Turner, 1987;Wright,1994).

Oleh itu, penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang
dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara
empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan
keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain
aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Menurut Rakow (1986), main sebagai penentu
penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial
dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan
seseorang kanak-kanak.

Rhee (1991) menganggap imaginative play sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan
fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam
permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam
menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Dengan bermain, kanak-
kanak boleh mengembangkan sifat semula jadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan
menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan,
kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain
hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan.
Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan kanak-kanak. Bahan konkrit, benar
dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi, yang terpenting sekali
ialah permainan menarik minat dan menggembirakan kanak-kanak (Pugh,1997).

Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran daripada
umum kepada yang lebih spesifik. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif
serta bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan

55
penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran
manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan diharap kanak-kanak dapat
melahirkan dan menyatakan perasaan sendiri. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian
kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan
kegembiraan dan keseronokan.

Peringkat Kemahiran Asas dalam Pendekatan Belajar Melalui Bermain Psikomotor

Melibatkan psikomotor kasar dan psikomotor halus yang menggunakan anggota badan seperti
tangan, kaki serta lain-lain deria. Semasa aktiviti mengasingkan biji benih, kanak-kanak dapat
melihat setiap saiz biji benih yang berbeza, warna dan bentuk dan membuat buku skrap. Kanak-
kanak dapat menunjukkan bakat kreativiti yang ada pada diri mereka iaitu dengan melukis
peringkat pertumbuhan biji benih.

Sosiemosi

Semasa aktiviti mengasingkan biji benih mengikut saiz, warna, bentuk dan sebagainya akan
membantu kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan, menterjemahkan perasaan gembira,
berkomunikasi dan berinteraksi. Kanak-kanak juga dapat menunjukkan minat dan tanggungjawab
terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan terutamanya dari aspek mengkaji pertumbuhan dan
peringkat percambahan biji benih. Kanak-kanak disediakan dengan botol kaca, biji benih dan kapas
bagi uji kaji ini.

Kognitif

Melalui aktiviti mengasingkan biji benih, kanak-kanak dapat melihat dan berfikir dengan baik bagi
memastikan biji benih yang boleh dimakan dan biji benih yang tidak boleh dimakan. Kanak-kanak
juga dapat menyusun biji benih mengikut urutan yang betul seperti mana yang diarahkan oleh guru.
Selain itu, semasa aktiviti ini kanak-kanak diajar mengira bilangan biji benih yang ada dalam bekas
kaca yang disediakan.

Bahasa

Dalam aktiviti awal sains ini, kanak-kanak diajar perkataan-perkataan sains antaranya tunas, pucuk,
tabung uji, oksigen, karbohidrat. Kanak-kanak digalakkan bersoal-jawab dengan guru semasa setiap
aktiviti dijalankan. Perkembangan bahasa sains akan bercambah dengan pesat di sepanjang aktiviti
awal sains dijalankan.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berasaskan kepada reka bentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan
senarai semak. Sampel terdiri daripada 25 kanak-kanak prasekolah yang mengikuti kaedah
Pendekatan Belajar Melalui Bermain. Kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan Belajar
Melalui Bermain yang melibatkan tingkah laku terdiri daripada borang pemerhatian dan senarai
semak. Pemerhatian dilakukan semasa kanak-kanak melalui proses Belajar Melalui Bermain di
dalam kelas. Oleh itu, setiap tingkah laku kanak-kanak dan perbualan mereka semasa melakukan
aktiviti Belajar Melalui Bermain perlu dinilai selepas dibuat pemerhatian dan begitu juga dengan
borang senarai semak yang perlu dilengkapkan pada setiap ruang yang disediakan.

56
Kajian Rintis

Tujuan kajian rintis adalah untuk memastikan item-item yang disediakan bagi Menilai Pencapaian
kemahiran Awal Sains seperti mengasingkan biji benih, menilai aspek membuat buku skrap,
menilai dari aspek pertumbuhan buji benih, menilai dari aspek mengkaji peringkat percambahan biji
benih dan menggayakan peringkat pertumbuhan biji benih agar mempunyai nilai kesahan dan
kobelehpercayaan yang tinggi. Menurut Harlem dan Jelly (1989), dalam kajian rintis seseorang
pengkaji dapat menguji instrumen kajian dan prosedur kajian termasuk pengukuran yang dipilih dan
aspek-aspek lain diketahui dalam kajian. Oleh itu, kajian rintis telah dilaksanakan ke atas
sebahagian daripada populasi kajian ini dan sampel kajian tidak digunakan untuk kajian sebenar.
Kebolehpercayaan senarai semak telah diuji dengan menggunakan SPSS windows Versi 16.
Koefisien kebolehpercayaan yang telah digunakan ialah Cronbachs Alpha. Nilai alpha bagi senarai
semak oleh pemerhati dalam kajian ini ialah 0.924.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Jadual 1 dibawah menunjukkan nilai min bagi setiap tinjauan dimensi tingkah laku iaitu
psikomotor, sosiemosi, kognitif, dan bahasa dalam pendekatan belajar melalui bermain dalam mata
pelajaran Sains.

Jadual 1: Nilai min bagi setiap dimensi tingkah laku

Tingkah Laku N Min Sisihan


Piawai SKM KM M C
Jumlah (%)
A.Psikomotor 25 3.19 0.488 - 12.0 48.0 40.0 100
B.Sosioemosi 25 3.14 0.415 - 4.0 68.0 28.0 100
C.Kognitif 25 2.99 0.540 - 32.0 48.0 20.0 100
D.Bahasa 25 3.18 0.578 - 12.0 48.0 40.0 100

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan &


C = Cemerlang

Dapatan analisis menunjukkan nilai min bagi tingkah laku psikomotor mempunyai nilai min yang
paling tinggi iaitu 3.19 (sp=0.488). Diikuti dengan tingkah laku bahasa dengan nilai min 3.18
(0.578), tingkah laku sosiemosi dengan min 3.14 (sp=0.415) dan terakhir tingkah laku kognitif
dengan nilai min 2.99 (sp=0.540). Jika diperhatikan secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa ke
empat-empat tingkah laku ini berada pada skala memuaskan iaitu jumlah peratusan bagi tingkah
laku psikomotor, kognitif, dan bahasa mempunyai nilai peratus yang sama iaitu sebanyak 48.0
peratus dan tingkah laku sosiemosi sebanyak 68.0 peratus. Perbezaan nilai min bagi setiap tingkah
laku juga boleh dilihat seperti dalam Rajah 1 di bawah.

57
3.25

3.2

3.15

3.1
Min

3.05

2.95

2.9

2.85
Psikomotor Sosioemosi Kognitif Bahasa
Tingkah 3.19 3.14 2.99 3.18
laku

Rajah 1: Perbezaan nilai min bagi setiap tinjauan tingkah laku Bagi Konstruk Psikomotor, Jadual 2
dibawah menunjukkan nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan mengikut komponen

Jadual 2: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan mengikut komponen

Tingkah Laku N Min Sisihan


Piawai SKM KM M C Jumlah
(%)
1. Mengasingkan 25 3.08 0.572 - 3 17 5 25
Biji benih 12.0 48.0 40.0 100
2. Membuat buku 25 3.08 0.415 -
skrap 4 15 6 25
3. Mengkaji 25 2.99 0.540 - 16.0 60.0 28.0 100
pertumbuhan
4. Mengkaji 25 3.18 0.578 - 6 8 11 25
Peringkat 24.0 32.0 44.0 100
5. Melukis
Peringkat 25 3.40 0.645 - 3 14 8 25
pertumbuhan 12.0 56.0 32.0 100

2 11 12 25
8.0 44.0 48.0 100

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C =


Cemerlang
Jadual 2 di atas menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi 5 komponen konstruk
psikomotor. Secara keseluruhannya, dengan nilai min 3.19, iaitu 48.0 peratus tingkah laku
psikomotor kanak-kanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada
komponen mengasingkan biji benih, membuat buku skrap dan mengkaji peringkat percambahan biji

58
benih. Sungguhpun begitu pada komponen mengkaji pertumbuhan biji benih dan menggayakan
peringkat pertumbuhan biji benih, tingkah laku kanak-kanak prasekolah berada pada skala yang
cemerlang iaitu masing-masing mempunyai peratusan sebanyak 44.0 peratus dan 48.0 peratus.

Bagi konstruk Sosioemosi, Jadual 3 di bawah menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan
bagi 5 komponen konstruk sosioemosi. Secara keseluruhannya, dengan nilai min 3.14, iaitu 68.0
peratus tingkah laku sosioemosi kanak-kanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat
diperhatikan pada kesemua komponen di mana komponen mengasingkan biji benih dan mengkaji
peringkat percambahan biji benih sebanyak 68.0 peratus, bekerjasam adalam kumpulan sebanyak
56.0 peratus, melaksanakan kerja dengan gembira sebanyak 64.0 peratus, berinteraksi dengan guru
sebanyak 68.0 peratus dan menggayakan peringkat pertumbuhan sebanyak 72.0 peratus.

Jadual 3: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan konstruk sosioemosi mengikut
komponen
Tingkah Laku N Min Sisihan
Piawai SKM KM M C Jumlah (%)
1. Mengasingkan 25 3.16 0.554 - 2 17 6 25
biji benih 8.0 68.0 24.0 100
2. Bekerjasama 25 3.04 0.676 -
dalam kumpulan 5 14 6 25
3. Melaksanakan 25 2.99 0.540 - 20.0 56.0 24.0 100
kerja dgn gembira
4. Berinteraksi dgn 25 3.18 0.578 - 3 16 6 25
rakan dan guru 12.0 64.0 24.0 100
5. Menggayakan
peringkat 25 3.40 0.645 - 2 17 6 25
pertumbuhan 8.0 68.0 24.0 100

1 18 6 25
4.0 72.0 24.0 100

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C =


Cemerlang

Bagi konstruk Kognitif, jadual 4 di bawah menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan
bagi 5 komponen konstruk kognitif. Secara keseluruhannya, dengan nilai min 2.99, iaitu 48.0
peratus tingkah laku kognitif kanak-kanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat
diperhatikan pada kesemua komponen di mana komponen mengasingkan biji benih sebanyak 80.0
peratus, membuat buku skrap sebanyak 60.0 peratus, mengkaji pertumbuhan biji benih sebanyak
44.0 peratus, mengkaji peringkat perambahan biji benih sebanyak 40.0 peratus dan komponen
terakhir menggayakan peringkat pertumbuhan biji benih sebanyak 48.0 peratus.

59
Jadual 4: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan konstruk kognitif mengikut
komponen

Tingkah Laku N Min Sisihan


Piawai SKM KM M C Jumlah (%)
1. Mengasingkan 25 3.04 0.455 - 2 20 3 25
biji benih 8.0 80.0 12.0 100
2. Membuat buku 25 3.04 0.676 -
skrap 6 15 4 25
3. Mengkaji 25 2.99 0.540 - 24.0 60.0 16.0 100
pertumbuhan
4. Mengkaji 25 3.18 0.578 - 8 11 6 25
peringkat 32.0 44.0 24.0 100
5. Mengira biji
benih 25 3.40 0.645 - 8 10 7 25
32.0 40.0 28.0 100

5 12 8 25
20.0 48.0 32.0 100

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C =


Cemerlang

Bagi konstruk bahasa, Jadual 5 di bawah menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi
5 komponen konstruk bahasa. Secara keseluruhannya, dengan nilai min 3.18, iaitu 48.0 peratus
tingkah laku bahasa kanak-kanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada
kesemua komponen di mana komponen menyebut perkataan dgn baik sebanyak 48.0 peratus,
bersoal jawab dengan guru 48.0 peratus, mengkaji dan bertutur tentang pertumbuhan biji benih
sebanyak 60.0 peratus, menerangkan peringkat percambahan biji benih sebanyak 56.0 peratus dan
komponen terakhir menggayakan dan menerangkan peringkat pertumbuhan biji benih sebanyak
48.0 peratus.

60
Jadual 5: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan konstruk bahasa mengikut
komponen

Tingkah Laku N Min Sisihan


Piawai SKM KM M C Jumlah (%)
1.Menyebut 25 3.28 0.678 - 3 12 10 25
perkataan dgn baik 12.0 48.0 40.0 100
2.Bersoal jawab dgn 25 3.04 0.676 -
guru 3 12 10 25
3.Mengkaji dan 25 2.99 0.540 - 12.0 48.0 40.0 100
bertutur
4.Menerangkan 25 3.18 0.578 - 4 15 6 25
Peringkat 16.0 60.0 24.0 100
pertumbuhan
5.Menggayakan dan - 6 14 5 25
menerangkan 24.0 56.0 20.0 100
25 3.40 0.645

3 12 10 25
12.0 48.0 40.0 100

Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan


& C = Cemerlang

Secara keseluruhannya, tinjauan menunjukkan wujudnya amalan tingkah laku kanak-kanak


prasekolah dari aspek psikomotor, sosioemosi, kognitif, dan bahasa semasa mempelajari mata
pelajaran sains dalam pendekatan belajar melalui bermain. Melalui pendekatan ini secara tidak
langsung dapat melihat penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik.
Selain itu juga, kanak-kanak dapat bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Hal ini
diharap dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran
manipulasi, mengusai daya reka cipta secara konstruktif dan diharap kanak-kanak dapat melahir dan
menyatakan perasaan sendiri.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan dan
berupaya menyediakan jawapan kepada persoalan kajian yang telah ditimbulkan daripadanya.
Dapatan kajian menunjukkan wujudnya amalan tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek
psikomotor, sosioemosi, kognitif, dan bahasa semasa mempelajari mata pelajaran sains dalam
pendekatan belajar melalui bermain. Boleh disimpulkan juga di sini bahawa keempat-empat tingkah
laku ini iaitu tingkah laku dari aspek psikomotor, sosioemosi, kognitif dan bahasa berada pada skala
memuaskan hasil daripada tinjauan yang telah dilaksanakan oleh pemerhati. Justeru, amat wajar
pendekatan dengan lebih terperinci dan tindakan harus dilaksanakan agar pada masa hadapan
tinjauan tingkah laku kanak-kanak prasekolah semasa mempelajari mata pelajaran sains dalam
pendekatan belajar melalui bermain meningkat pada tahap yang lebih baik dan cemerlang.

61
RUJUKAN

Abruscato,. 3. (1982). Teaching children science. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Adams, P.E. (1996), Hypermedia in the classroom using earth and science CD-ROMs. Journal of
Computers in Mathematics and Science Teachinng, 15(1/2), 19-34. EJ 526 533,

Blough, G.O. Schwartz, J. (1984). Elementary school science and how to teach it. (7w. Ed.). NY:
Holt, Rinehart & Winston,

Brainerd, C. (1978). Piagets Theory of Intelligence. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Cobb,E. (1977). The Ecology of Imagination in childhood. New York: Columbia University Press.

Dewey, 3. (1938). Experience and Education. New York: The Macmillan Company.

Driver, R. (1989). The construction of scientific know! Edge in shool classrooms. InR..

Gallagher, J.M. & Reid, D.K. (1981). The Learning Theory of Piaget and Inhelder. Monterey, CA:
Brooks/Cole.

Germann P 1. (1991. April). Developing science process skills through directed inquiry. American
Biology Teacher, 53(4), 243-47.

Harlen, W. & Jelly, S. (1989). Developing science in the primary classroom. Essex: Oliver and
Boyd.

Hendrick, P. (1996). Developing Youth Curriculum Using the Targeting Life Skills Model. Ames,
IA: Iowa State Univ., University Extension, PilotVI-960601PH.

Lind, K. (2000). Exploring Science In Early Childhood Education (3rd ed.) Delmar Lind, K.K. (200).

Exploring science in early childhood education. Stamford, CT: Delrnar-Thomson Learning.

Martin, R., Sexton, C. And Gerlovich,J. (1999). Science For All Children. Allyn And Bacon

Micklo, S.J. (1995). Developing young childrens classification and logical thinking skills.
Childhood Education, 77, 24-29.

Osborne, M., & Freyberg, P. (1985). Learning in sciene: Implications of children knowledge.
Auckland, New Zealand: Heinemann. V

Osborne, M, & Freyberg, P (1985) Learning in science Implications of childrens knowledge.


Auckland, New Zealand: Heinemann.

Piaget, J. (1970). The Science of Education and the Psychology of the. Child. NY: Grossman.V

Papert, S. (1998, September 1). Technology in schools: To support the system or render it obsolete.
Milken Exchange on Education Technology [Online]. Available :http://www
mf.org/edtech/article.taf?_furiction=detail&Content_uidl=106[2000,January 25].

Piaget, 3. & Inhelder, B. (1969). The Psychology of the Child. NY: Basic Books.

62
Piaget, 3. & Inhelder, B. (1973). Memory and intelligence, NY: Basic Books. Wadsworth, B.
(1978). Piaget for the Classroom Teacher. NY: Longman.

Piaget, 3 (1929) The Childs Conception of the World NY Harcourt, Brace

Piaget, 3. (1932). The Moral Judgement of the Child. NY: Harcourt, Brace Jovanovich.

Piaget, 3. (1969). The Mechanisms of Perception. London: Rutledge & Kegan Paul. Poh Swee
Hiang (1997).

Pedagogi Sains 3: Kemahiran Proses Sains. Kuala Lumpur: Budiman

Pugh, 0 (1997) Early childhood education finds its voice but is anyone listening In C. Cuilingford
(ed.) The

Politics of Education. Buckingham: Open University Press

Rakow, S. 3. (1986). Teching science as inquiry. Fastback 246. Bloomington, IN: Phi Delta Kappa
Educational Foundation. EI) 275 506

Rhee, M.C., & Chavnagri. N. (1991). 4 year old childrens peer interactions when playing with a
computer. ERIC, ED 342466.

Riley, 3. & Savage, 3. (1994). Bulbs, buzzers and batteries play and science J. Moyles (Ed), The
excellence of play Buckingham Open University Press

Rutherford, F. J., & Ahlgren, A. (1990). Science for all American. New York: Oxford University
Press: Scott, Foresman and Company Gienview, Illionois,

Shade, D.D., & Watson, J.A. (1990). Computers in early education: Issues put to rest, theoretical
links to sound practice, and the potential contribution of micro worlds. Journal of
Educational computing Research 6(4): 3 75-92.

Ticotsky, A. (1985). Who Says You cant Teach Science? : Grades k-6. Scott, Foresman and
Company

Tinnesand, M., & Chan, A, (1987, September). Step 3: Throw out the instructions. Science Teacher,
54(6), 4345.

Turner, T. & DiMarco (1998). Learning to teach science in the secondary school. Padwtow: T.J
International Ltd.

Vygotsky, L. (1984). School instruction and Mental Development. In M. Donaldson, R. grieve and
C. Pratt (Eds), Early Development and Education. B. Blackweil Inc.

Vygotsky, L S (1962) Thought and Language Cambridge, MA MIT Press

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society. Cambridge, MA: Harvard University: Press.

Wilson, R.A. (Ed) (1994) Environment Education at the Early childhood Level. Washington, DC:
North American Association for Environmental Education.

Wright, J.L., & Shade, D.D. (Eds.) (1994) Young children. Active learners in a technological age.
Washington; DC: NABYC.

63

You might also like