You are on page 1of 1

HEADCOUNT

Headcount merupakan proses mengenal pasti potensi akademik dan kerjaya murid. Definisi lain
ialah "Proses mengenal pasti, merasionalkan dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri
keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapat menyenaraikan dan
menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang
diajarnya" (Hjh. Salmiah bt. Mohd Salleh- Guru Inovatif Negeri Kedah 2003)

MENGAPA PERLU HEADCOUNT?

- Melihat keupayaan sedia ada setiap murid;


- Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap;
- Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan
diagnosis yang tepat;
- Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif;
- Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru Besar, GPK, guru kelas, dan guru
mata pelajaran secara sistematik;
- Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

Definisi TOV [Take-off Value]:

Nilai Letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian
akademik merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran

Mengenal pasti TOV berasaskan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun sebelumnya. TOV
murid tahun semasa adalah melihat kepada keputusan Peperiksaan Akhir Tahun yang lepas.

Definisi ETR [Expected Targeted Result]:

Merujuk kepada sasaran keputusan terbaik pada akhir tahun nanti. Bagi murid tahun 6, ETR yang
disasarkan ialah UPSR manakala bagi murid lain, ETR ialah Peperiksaan Akhir tahun yang akan
mereka hadapi pada hujung tahun tersebut.

Definisi OTI[Operational Targeted Increment]:

Peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum
mencapai ETR.

Merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali
penilaian.

Definisi AR[Actual Result] / ATR [Actual Targeted Result]:

Pencapaian penilaian pembelajaran yang sebenar pada peringkat terakhir seperti keputusan
Peperiksaan Awam

You might also like